nuffnang

Friday, January 28, 2011

Cerita di Langkawi - part 1

Muka ceria di Langkawi :)
Update live from Langkawi..*wink2*

semalam kul 11 pagi dah sampai kat sini.Memandangkan belum sampai masa untuk check in kt hotel, kami terus di bawa untuk sesi bershopping di sekitar pekan Kuah walaupun semua masih penat dan belum mandi pagi..hehe. Lagipun masa yang kami ada amatlah terhad, jadi haruslah menggunakan masa yang ada dengan semaksima mungkin untuk berjalan-jalan di sini kerana hari ini kami sudah mula berkursus dan dikurung di dalam hotel..huhu.

coklat...murah beb..
macam2 jenis adaa..

Aku beli apa ek?? emm..bila sebut Langkawi mesti dalam kepala kita tak lepas dari terbayangkan coklat yang pelbagai pilihan dan murahh kat sana.ye tak? pendek kata kalau tak beli coklat jangan kata la korang sampai kat Langkawi pasal coklat tu lah yang boleh menjadi bahan bukti yang korang sampai kat sana..hehe..aku pun tak terkecuali memborong coklat sampai beratus RM abis untuk coklat sahaja..mencikk! :P

tengok tuu..sampai dua beg plastik coklat aku beli..stok untuk stahun agaknya..

Wednesday, January 26, 2011

Langkawi oh Langkawi!



Puas menggoogle akhirnya gambar ni jugak yang kupilih..hehe.. i'll be leaving to Langkawi tonite.. ada kursus kat sana selama 3 hari.. Sabtu baru balik.Walaupun aku sendiri yang jadi bos di Cawangan Latihan kat ofis ni tak bermakna aku takyah menghadiri kursus.. so sementara kaki dan tangan masih cukup ni elok la daku pergi berkursus dulu. Kang masuk bulan depan bila dah sampai waktu busy memanjang menguruskan dan mengatur kursus untuk pegawai-pegawai lain memang sure tak menyempat la spent masa tuk diri sendiri pegi berkursus ye tak kawan-kawan? ;) 

Dijadualkan bas bertolak kul 12 tengah malam ni ke Kuala Perlis. Bertolak lewat malam sebab kalau bertolak awal nanti sampai awal sangat lak kat sana..lagipun perjalanan mengambil masa dalam 6-7 jam je dari KB ke Kuala Perlis. 

Harap-harap aku selamat pergi dan balik..doakan daku ye kawan-kawan..kalau sempat aku akan bersiaran dari sana kay (ayat bajet cam selebriti..piiiraahh..hahaha)..

Tuesday, January 25, 2011

Nasi Ni Boleh Makan Time Hujan Panas Aje Ke?


Jeng..jeng..jeng..tq pakcik googles sebab ado gambar ni..so takyah susah2 nak upload dari kamera hp..takde beza sangat rupa nasik ni ngan yang aku makan tadi..ari ni ada majlis taklimat kat opis..jadi harusla ada jamuan makan yang tersangat la sedapnya hingga menjilat siku..eh salah..> jari..hehe (apa ko ingat ini kehepsi? :P)

Nama nasik ni ialah NASI HUJAN PANAS. Rasanya cam nasi minyak ah..cuma kaler dia je warni-warni..cantikk..nak makan pun geram je rasa..cam pelangi gitu..tapi takkan la time ujan panas je baru bleh makan kot? heheh..ishh..takde la..nama dia je camtu..sebab kaler dia kot..macam cuaca tak menentu gitu..hihi..Lauknya? Daging Kerutub, Dalca dan acar timun..pastu ada sambal ngan ayam masak merah jugak..pergghh..sedap2! wallah..

Oh, ya! tadi aku jadi MC masa majlis tu..menggigil kepala lutut since dah lama tak naik pentas..pastu slow2 aku cover..hikhik..oklah..nak sambung keje..bye..





Sunday, January 23, 2011

Nak Tergelak Aku Baca Statement Pompuan Ni..hahaha..

Petang-petang ni
merayap dari blog ke blog
then aku terbukak la blog kisah artis ni
tengok tajuk pun nampak cam menarik je
dan oleh kerana rasa ingin tahu tu tinggi
so i baca la citer dia

kahkahkah
nak tergolek dog aku rasa
baca statement minah ni
apa raa...hadoii..
buat malu kaum pompuan je...ish..

korang nak tau gak? KLIK SINI ..hehe..

PN: Err..seriyes aku tak kenal dia ni? korang kenal ke? glemer ke eh?

Friday, January 21, 2011

Sedapnya Berurut..

gambar hiasan- bukan aku ye..

Salam petang jumaat kawan-kawan
aku baru lepas bermassage ni
bukan pegi SPA pun
atau guna kerusi urut tu
tapi sewa tukang urut kampung je..hihi
makcik ni memang best
dia datang umah kita sendiri naik beskal
umur dah 60 lebih kot
tapi tenaganya..mak aii..
sampai sentap semua urat2ku
lepas dia urut..barula badan ni rasa bertenaga semula
letih benar i seminggu dua ni
sebab tu la terus call makcik ni suruh datang
tenkiu makcik sebab urut kita
esok boleh la kita come back to kelas erobik
pastu kalau sakit badan kita panggil makcik lagi ek :)

JOM GEGAR BLOG!


Menyahut seruan untuk mengegarkan blog dari bro BEN ASHAARI kita yang ngetop boom-boom ini..jom kengkawan kita kasi gegar ramai-ramai..yeahh!

Thursday, January 20, 2011

Mari Memotivasi Diri

Bersikap positif di tempat kerja


FOKUSKAN diri di tempat kerja dalam memastikan anda dapat menzahirkan kerja yang lebih berkualiti.


PAKAR motivasi ada berkata, 'Anda tidak akan berjaya dan gembira dengan melakukan perkara yang anda sukai. Sebaliknya anda akan cemerlang dan berbahagia apabila anda menyukai perkara yang anda lakukan'.
Persoalannya, adakah sekarang ini anda melakukan pekerjaan yang anda suka atau memang suka melakukan pekerjaan anda ini?

Dua persoalan yang hampir sama ayatnya, cuma perbezaan kedudukannya akhirnya memberikan maksud yang amat ketara.

Bertuahlah jika anda sedang melakukan pekerjaan yang anda suka. Bersyukurlah jika anda suka dengan pekerjaan anda sekarang. Lebih beruntung jika anda sedang melakukan pekerjaan yang anda suka dan suka melakukannya.

Anda rugi jika anda melakukan pekerjaan yang anda suka tetapi anda tidak suka melakukannya. Bertambah rugi jika anda melakukan pekerjaan yang anda tidak suka dan tidak suka melakukannya.

Penting! Pekerjaan bukan semata-mata kerja dan dapat gaji. Kerja adalah amanah. Kerja juga bukan semata-mata cita-cita tetapi adalah satu tanggungjawab. Apabila anda menerima tawaran sesuatu pekerjaan bererti anda memegang amanah dan tanggungjawab untuk melaksanakan pekerjaan tersebut dengan sebaiknya.

Berikut ialah lima tip untuk kekal bermotivasi dalam melaksanakan pekerjaan anda:

1. Ikhlaskan niat bekerja
Tanyalah diri, kenapa aku bekerja? Mahu cari duit? Nak sara keluarga? Bosan duduk saja? Pelbagai alasan boleh diberikan. Cuma satu alasan yang betul dan tepat iaitu untuk melaksanakan amanah Allah. Pekerjaan anda sama ada sebagai guru, kerani, penoreh getah, buruh kasar atau apa juga pekerjaan yang halal di sisi syarak adalah termasuk dalam kategori ibadah. Jika anda niatkan ikhlas kerana melaksanakan amanah Allah, anda akan mendapat pahala dalam setiap apa juga tindakan yang anda lakukan ketika melaksanakan pekerjaan anda. Amanah Allah itu luas. Sebagai suami, anda berperanan untuk menyara keluarga. Sebagai anak, anda bertanggungjawab membantu ibu bapa. Hanya dengan bekerja, tuntutan tersebut boleh dilaksana. Lantas, perbetulkan niat dan rebutlah pahala daripada-Nya ketika bekerja.

2. Tanamkan minat dan suka bekerja
Tidak semua individu beruntung peroleh pekerjaan yang diidamkan. Kehendak semasa, mendorong individu memohon dan menerima pekerjaan yang tidak pernah diimpikan. Bersyukurlah sebab anda diberi peluang dengan menanam azam dan semangat dalam diri untuk menyayangi pekerjaan tersebut dan berusaha untuk berikan yang terbaik. Jika minda anda positif, hasilnya juga akan positif.

3. Anggap pekerjaan sebagai cabaran untuk diri
Pekerjaan bukan mainan, malah bukan juga bebanan. Jadikan pekerjaan anda sebagai satu medan untuk mencabar keupayaan diri. Mungkin ia bukan bidang anda tetapi bila anda diberi jawatan bererti anda diberi kepercayaan. Lantas, buktikan majikan anda tidak salah meletakkan kepercayaannya kepada anda.

4. Tekad untuk jadi lebih baik
Kalau Mat Jenin boleh berangan mahu jadi kaya dan lebih kaya, apakah anda hanya sekadar mahu kekal di takuk lama bertahun lamanya? Tekadkan azam, jalinkan semangat, sentiasa berusaha dan bertindak agar kedudukan anda bertambah baik dari hari ke hari, tahun ke tahun. Jadikan pekerjaan anda medan persaingan secara sihat agar hidup anda pada masa depan lebih baik.

5. Bertindak demi kecemerlangan
Apabila anda punya azam untuk lebih berjaya, susun strategi agar pekerjaan anda menjadi lebih baik dan mendapat pengiktirafan majikan. Bertindak dengan cara yang baik, dibenarkan syarak dan norma masyarakat.

Ingat! Matlamat tidak menghalalkan cara.

~Petikan dari: Akhbar Kosmo (20.1.11)

Monday, January 17, 2011

Miting ke Shopping?

Diari daku hari ini..checkidaout..

MH 1427..6.45 am > KBR-KUL
 
arrive KLIA @ 7.45 am

4.30 am - bangun mandi..bersiap,,calit mekap lebih kurang..*mata masih ngantuk..huhu*
5.30 am - bertolak ke airport pengkalan chepa..check in flight to KL
6.45 am - depart to KL
7.40 am - sampai di KLIA..lari-lari ayah anak kat epot.. kejar tren (ERL) kat tingkat bawah
8.20 am - tren gerak..(terlepas tren kul 7.55 am..huk~
8.35 am - sampai stesen putrajaya..amik teksi terus ke Wisma Tani (MOA)
9.00 am- miting..miting..miting n miting! sampai lebam..
11.45 am -miting abiss...fuhh..lega..lepak kat cafe jap..makan mee johor dgn rakan agensi (baru kenal)
12.45 pm -tumpang member tu ke stesen ERL
12.55 pm-naik tren ke KLIA
1.15 pm - sampai KLIA..lepak di situ sambil jalan-jalan cuci mata perabis RM kat BODY SHOP, SEMBONIA etc.. (tak masuk agenda g miting..hihi)
2.00 pm-masuk balai berlepas..menguap kat situ 14x..tunggu flight balik KB
3.05 pm-flight take off
4.10 pm-sampai airport kb..ambik kete kat car park..start enjin..balikk > tgh jalan hubby call ajak dating gi makan ^_^
5.30 pm-sampai umahh...

fuhhh...letih! letih! penat giler rasa walaupun aku buat satu keje jer ari nih..just attend miting.. begini la jadual ku bila kena turun miting@putrajaya..tapi yang aku musykil tiap2 kali singgah KLIA mesti sempat nyer aku grab 'apa2' kat situ..contohnya macam hari ni..sempat lagi aku tangkap benda2 ni  masa cuci mata tu...ehehehe..nak tengok tak? meh sini..
-
-
-
beli apa kat sini??
 ni diaaa...
tak mahal..RM50 je..hehe..suka bau diaa..


kat sini pun beli ker?
adaaa... nak tengok?
-
-
-
tak lawa..tapi selesa untuk bersantai > RM129
lepas beli dua benda ni aku wat-wat pejam mata je la masa lalu kat free duty dalam tu..tak pandang kiri kanan dah..takut ada brek yang melekat pulak nanti habis berlubang handbag ku balik nanti..hehe..

huuaaargghhh...ngantuk la..aku fenat ni..nak tido awal malam ni..gud nite!

Saturday, January 15, 2011

Mari Melompat dan Menikam

Jom makan lompat tikam.. ari ni mak bonda terajin buat kuih lompat ni tikam sendiri sebab adinda dan kekanda yang dok KL sampai tengahari tadi dengan famili masing-masing.. jadi memang berbaloi la mak bonda buat banyak kuih ni (kuali besar gitu) sebab ramai yang memakannya.. kebetulan makcikku dan sepupu ada datang ke rumah petang ni... memang langkah kanan lah kiranya mereka hari ni :)

Lompat tikam yang mak bonda wat memang tak leh blah punya lah... aku makan sampai dua tiga mangkuk.. hihi..

Cucu Keparat ! Elok Disembelih jer..

Pagi-pagi lagi aku dah hangin bila terbaca berita yang terpampang di dada akhbar tempatan yang mengisahkan seorang cucu keparat yang sanggup merompak dan menikam datuknya bersama rakan-rakannya di sebuah rumah di perkampungan felda di Negeri Sembilan. Lepastu sanggup pulak dia belasah neneknya dengan benda keras dan melarikan wang dan barang kemas bernilai RM10,000 dengan kawan-kawan keparatnya itu.

Aduhai dunia..kenapa manusia sekarang semakin kejam melakukan kejahatan tanpa mengenal sesiapapun waima keluarga sendiri? siapa lah yang nak disalahkan? diri sendiri? keluarga? masyarakat? sama-samala kita renungkannya..

nak baca berita ni sepenuhnya sila klik UTUSAN MALAYSIA ONLINE di sini.

PN: kalau dapat elok disembelih jer budak-budak ni..

Friday, January 14, 2011

Jom Pegi TESCO!

Ayam dah tido baru terhegeh-hegeh nak buat entry untuk ari ni..hehe..salam hari jumaat yer kengkawan..apa citer ari ni? Daku macam biasa lah.. hari jumaat sememangnya ditunggu-tunggu setiap minggu memandangkan jumaat adalah hari cuti-cuti kami sekeluarga.. mak dan anak boleh bangun lambat sebab tak yah pegi ofis atau skolah.. lepas subuh buat aktiviti menyambung tido anak beranak sampai kul 9 pagi ..kekeke..waktu tengahari pulak anak-anak cam tau-tau je kalau ari weekend sebegini musti dah get ready lepas jumaat untuk bersiar-siaran di shopping mall secara tak langsung menghabiskan RM mak dan ayah dia ni..hihi..

puteri bongsu a.k.a adik > sampai kat TESCO terus panjat benda alah ni..hehe


Maka diceritakan pada ari ini bahawa aktivitas kami sekeluarga ialah berpeleseran di TESCO sambil makan-makan dan shopping barang dapur sikit-sikit..biasanya aku malas je nak gi shopping kat sini pasal orang ramai sangat..pastu dia punya floor pun besar sampai tak larat nak tolak troli berjalan mencari barang-barang di situ.. tapi kalau jarang-jarang sekali camni boleh la..sambil layan anak-anak kan..sian jugak diaorang.."boring la ma, asyik pegi Mydin Hypermart selalu".. komplen they all.. hihi.. 

Papa: "okeyla..ari ni kita pegi TESCO pulak..dah lama tak gi makan-makan kat sana kan?"



Ini abang a.k.a boboy..tahun ni dah masuk darjah 3..suka sangat makan sizzling yee mee..kalau pi mana-mana restoren atau food court yang ada benda ni musti dia order nyer :)..yummy2..sedapnya makan tuu..selera betul..suka mama nengok :) sampai tak nak share dengan adik pun kan?! :P

Lepas makan-makan kat food court layan bebudak ni main kat kids playland sebelah tu..abis le berpuluh2 RM jugak melayan diaorang berdua tambah dengan kazen dia sorang lagi (arini bawak anak buah sekali :)

mama tengah memantau anak-anak bermain..
"Dah puas main dah? jom naik atas pulak..mama nak beli barang sket ni"...sampai kat atas tu nak cari minyak masak la konon..dah stok yang kat dapur rumah tu tinggal skit je lagi..nampak macam ada stok minyak kat sini sebab tadi ramai gak yang dalam troli masing-masing ada botol minyak masak..tapi bila aku sampai kat rak minyak tu alangkah hampanya cek melihat rak yang tinggal rak semata-mata...aduhhaiii..apa la malang nasib cek ari ni tak dapek minyak barang sebotol pun..huhu..
-
-
-

kosong??? ohhh...mana minyakk???
Takpela..dah takde minyak kat sini nak buat camana kan..besok jer la cari kat gudang keling...tak pun kita takyah masak..beli je nak makan..hehehe..jom balik anak-anak semua!!

nak jugak ambik gambar tolak troli..bukti bergambar i pegi shopping ari ni..hehe..

gambar bonus- dua orang sepupu yang sangat rapat..percaya tak yang kecik tu dh masuk darjah 1 manakala yang besau tu muda setahun dari yang kecik tu? *wink2*

Wednesday, January 12, 2011

Majlis Welcome Vs Goodbye..

Terasa lama benau  dah tak menghapdate blog ni.. eh? ye ke? baru dua hari ler..tapi entry lepas pun cam takde isi  je..bukan apa.. sebab tuan puteri ni kan 'lady boss' yang bz sepanjang masa..bz ke? bz lor.. dah minggu lepas sibuk dengan urusan pertukaran ke bahagian baru.. dulu kena jaga barang kat Unit Aset & Stor.. sekarang kena jaga orang pulak kat Cawangan Latihan. nak kena handle orang berkursus, exam semua.. adoi.. berat sungguh tanggungjawab baru yang dipikul ni.. tapi nak wat camana.. dah kerja kan.. lagipun kita ni kuli kerajaan jer.. jadi bekojolah kita sekueknya. demi negara yang tercinta.. huhu..

Ok.. nak citer pasal majlis makan-makan yang di adakan di opisku minggu lepas di mana satu majlis telah diadakan bagi meraikan boss baru yang bertukar tempat denganku bersekali dengan majlis gudbye padaku selaku ex-boss di situ :(

Jom tengok gambar..


menu utama..nasi dagang.. very the mabeles..

the foods

zoom skett...roti jala + kuzi ayam..sedapp!

cik puan-cik puan rancak berbual sambil makan :)

ramai btul yg datang..sampai ke luar dapur duduk..hehe..
boss pun datang jugak..tq boss!

rakan seperjuangan..engineer yg dah tak available :P

penggemar laksa penang tegar..mr shazlan

menerima cenderahati kenangan dari anak buah..amik gambar sket..

majlis ni diadakan pada hari khamis minggu lepas > 6 januari 2011. Thanks to all of u guys.. jasamu di kenang.. mmmuuaahhss!

Sunday, January 9, 2011

Hahahaha..TQ Ben!

Sambil nengok AJL25 aku bukak blog ni...belek-belek dashboard ter'klik' la blog bro Ben kita dan baca entri dia kat SINI..tergezut dan tergelak aku baca entry yang dia letak link blog ku ni di situ. Hahahaha..by the wat tq en.ben! errr..tapi aku pompuan laa..tak sesuaaaii ler nyanyi lagi 'AKU MASIH TERUNA'..kalau kata 'aku masih dara' tu okeylah jugak..hihi :D

Saturday, January 8, 2011

Hati rasa berdebar-debar

Salam Uols.. aku kat ofis ni.. hari cuti pun datang ofis gak sebab nak kemas barang-barang.. besok dah start  keje kat ofis baru..

tak tau la kenapa tetiba 2 3 hari ni hati rasa berdebar-debar je..dada terasa panas cam nak pecah..sebab? hmm..agaknya sebab nak berdepan tugas baru yang agak mencabar ni kot..kalau korang nak tau aku kena naik pentas pulak lepas ni..tapi bukan sebab nak terima hadiah.. atau pun nak kena menyanyi.. tapi sebab aku maybe kena bagi speech pulak lepas nii..huk3..aku ni bukan takut sangat nak bagi speech tu tapi sebab aku allergic dengan mikrofon..kang dapat mikrofon aku ter'menyanyi' la pulak..hahaha*maklumla..kaki karaoke tegar*kah2..(gila gelak sorang2 :P)

Hek eleh.. macam la susah sangat nak bagi speech tu.. sambil makan kacang pun bolee..ye tak? :) Saja pujuk ati sendiri..dah kalau aku tak pujuk sapa la yang  nak pujuk ati aku ni kan? hmm..jom relax bawah pokok..tarik nafas dalam-dalam!

saja aku kasi besar ini gambar..nak tunjuk orang bawah pokok tu cantik skali..hihi :P

Friday, January 7, 2011

Tiga Piala Dipamer Serentak


 Tiga Piala utama dalam sukan bola sepak yang dimenangi oleh pasukan Malaysia/ Kelantan telah di pamerkan untuk tontonan rakyat Kelantan di KB Mall hari ini di  dalam satu majlis memperkenalkan pasukan The Red Warriors Kelantan 2011 dan pelancaran jersi serta kad keahlian The Red Warriors pada jam 3.30 petang tadi (Jumaat, 7.1.2011).

Piala-piala kebanggaan yang dipamerkan

Tiga piala tersebut ialah dari kiri: Piala Malaysia, Piala Emas Raja-raja dan Piala Suzuki AFF 2011.

Timbalan Presiden FAM Malaysia @ Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa sedang memberikan ucapan.
 Syabas kepada pasukan bola sepak Malaysia umumnya dan pasukan bola sepak Kelantan khasnya..i love The Red Warriors! Semoga tahun ini akan membawa lebih tuah dan kejayaan cemerlang buat pasukan bola kita..ooo yeahh!. ^_^

Thursday, January 6, 2011

MEREKA KATA

Segmen ini ditaja oleh Blog  Ben Ashaari.com

Salam 1 Malaysia..

Selamat datang ke blog 'Princess Nur in Da House'..aaa...sila masuk! sila masuk! bersila.. bersila..jemput duduk semua....tambah nasik?!..hehehe..apa la akak ni kan? awal2 lagi dah mengarut, merapu meraban je..*sila lempang sebijik*

By the way..selamat datang ke blog putericahaya a.k.a Kak Nur yang tidak seberapa ini..sudi2kanlah menjadi followers akak, membaca dan mengomen hasil tulisan akak yang tak seberapa dan suka merapu2 di sini... semoga ruangan ini juga boleh dijadikan medan untuk kita semua beramah mesra dan mengeratkan silaturahim bukan sahaja setakat di sini bahkan ke alam nyata jua..Insyaallah..

Salam kenal dan salam mesra dari akak buat korang semua  ^_^

Banjir oh banjir!


Dari semalam
hujan lebat tak berenti
awan mendung dan kelam
hujan turun selebat-lebatnya
bahang banjir mula terasa
beberapa kawasan sudah dinaiki air
tadi kat ofis pun ramai yang bergegas balik
masing-masing dapat panggilan dari rumah
air telah naik dan memasuki rumah

ohww!!
aku pasti cerita pasal banjir akan keluar dalam tv malam nanti
tunggu dan lihat je la..

Hari Terakhir


Sedih pulak rasanya tuk meninggalkan ofis lama..ibarat kata orang 'tempat jatuh lagi dikenang..ini pula tempat bermanja'..chewah..bermadah berhelah la pulak..hik..gud luck ye my ex-staff..buat keje elok2 taw..pratikkan ilmu yang saya ajar tu..ingat pesanan tok guru..Jaga Diri Hiasi Peribadi..dan yang penting..'Jangan MENGETEH lama-lama kat warung seberang jalan tu time opis hoccay? :P

Selamat Bekerja dengan boss baru..i'll gonna miss uols..

Wednesday, January 5, 2011

Kalau Masa Bisa Dihentikan

Semalam miting
9 pagi hingga 12 tengahari
Hari ni pun miting
9 pagi hingga 11 tengahari
Buat majlis suai kenal dengan staf baru
Masing-masing nampak cuak tengok muka aku..hihi

Report banyak lagi yang lum siap
Nak kena settle sebelum ke office baru
aduhh..rasa macam tak cukup masa
Kalau lah waktu boleh dihentikan seketika

Doraemoooon!!
Tolong saya...huhu..

Sunday, January 2, 2011

Esok! Esok!

Eeh?! dah pukul 5 ptg la..tetiba aku terbangun selepas terlelap 2 jam..ngantuk ler. Semalam tido lambat. Kes tido petang cam ari ni lah.Karang mulalah susah nak lelapkan mata dan jadi burung hantu..huhu..ni la jadinya kalau dah cuti lama sangat. Dah 10 ari aku tak masuk keje ni..balik oliday dapat cuti free pulak..best2..memang best..jadi takde keje lain melainkan makan tido dan membesarkan badan bagai johan jer..huhu..

Nampaknya besok semua akan back to normal kan? yang bekerja akan  back to office dan anak-anak akan kembali bersekolah..schooooll mate!! hehe..sempat lagi aku wat iklan kat sini..mesti pagi esok bangun dan kalut macam ribut..nak kejutkan anak-anak, berebut bilik air dan sibuk menyediakan bekalan ke sekolah diaorang. Lepas tu time tengahari me akan keluar untuk menjemput anak2 pulang dari sekolah..haiyo..yo..bermulalah episod kesibukanku sebagai isteri, ibu, anak, bos dan segalanya esok..

Dan...

Satu perkara yang paling mendebarkan aku ialah..aku sepatutnya akan memulakan tugas di tempat baru esok.. keje baru? yupp! segala-galanya baru..keje baru..staf baru..opis baru..sebenarnya semasa aku bercuti hari tu aku telah menerima sepucuk surat cinta yang menyatakan pertukaran ku ke bahagian baru di pejabat yang sama. Sebenarnya aku sudah boleh mengagak pasal pertukaran ni sebab boss ku ada menghubungiku semasa bercuti hari tu. Hampir 60 orang pegawai terlibat dalam pertukaran ini. Dan sebagai pegawai yang profesional (ececeh..ye sangatla tu) aku akur dengan kehendak jabatan dan sedia mematuhi arahan ini. Aku akan cuba hadapi tugas baru ni dengan sebaik-baiknya..Insyaallah..itulah azamku di tahun baru ini..semoga tuhan mempermudahkan urusanku..amin.

Eh..jom minum petang..aku ada blue berry cheese cake ni...yummy2x!

P/s: Aku pohon seminggu lagi tempoh peralihan dari boss sebelum ke bahagian baru untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh..jadi minggu depan aku still kat tempat lama :)

Ke Mana Menghilang?

Helllooooooo Uolls!! 

Masih belum terlewat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru pada korang..lama betul aku menyepi dari dunia blog ni..bukannya daku menghilang terus..ekceli walaupun blog ni tak ber'update' tapi aku bukak blog ni setiap hari dan baca entri kat blog korang..cuma semangat nak menghapdate tu la yang malas..mungkin sebab penat bercuti sakan la kot bercampur dengan mood tak berapa baik la sehari dua ni ..so takde idea dan terasa malas yang amat untuk menaip dan membebel di sini..hehe.

Cuba mengimbas kembali saat daku menghilangkan diri seminggu ini..bermula dari tarikh percutianku dari 22-29 Disember 2010..ke manakah aku sampai sibuk sangat tu? jom kita terjah jadual ku masa bercuti tu:

22.12.10 - Bertolak dari KB ke KL

23.12.10 - Jalan-jalan cari makan n shopping kat Jalan TAR & KLCC

24.12.10 - Beriang ria di Sunway Lagoon dengan my family

25.12.10 -Rehat. tak keluar memana (kes letih bersuka ria di Sunway Lagoon semua tido sehari suntuk kat  umah..penat!)

26.12.10-  Aktiviti berkaraoke bersama keluarga di The Curve (Damansara) dan ke rumah sepupu di gombak

27.12.10- Window shopping/jalan-jalan kat One Utama, layan cerita 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' @
GSC.. malam pegi i-city pulak kat Shah Alam.

28.12.10- Panjat Genting Highland.. bersuka ria kat situ pulak dari pagi sampai malam baru balik KL

29.10.10- Pulang ke KB

Haa..amacam? sarat kan jadual cuti ku tu..anak2 suka ibu setuju! hihi.. memang enjoy abis la kami skeluarga masa oliday tu kan...(poket pun kering dan rabak..kihkih)..tapi takpe..asalkan anak-anak ku gembira dan enjoy..me n hubby sanggup berhabis demi anak-anak..(eh..anak2 sedara pun tumpang sekaki tau)..gambar?? nanti la..sebab terlalu banyak jadi pening lak..tak tau nak upload yang mana satu. Nak pilih pun pening..