nuffnang

Saturday, April 30, 2011

Petua Mengasihi Isteri

Sesuatu yang menarik untuk dikongsi..saya jumpa kat fesbuk..jom baca

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Sekali sekala Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

3 Hari Cuti 3 Buah Magazine..

DSC01943

Giler semangat beli magazine

semalam menggoda en suami di kedai buku beli

majalah MINGGUAN WANITA dengan RAPI

hari ni beli NUR pulak

padahal satu pun belum baca lagi

mentang-mentangla cuti 3 hari

takut bosan dok kat rumah

lagipun kalau hari keje tak sempat nak

belek-belek majalah ni

harap-harapnya hari cuti ni

bolehla belek2 majalah

baca-baca..

kemudian magazine tu plak baca aku

heheh..

yang pasti

satu magazine tu

mungkin mengambil masa seminggu

untuk habis dibaca

nak wat camna

tuan tanah takleh konsentrate

time membaca…

ada2 je rancangan tergendala

atau gangguan time i membaca

tengokla nanti…kui2..

kalau jumpa tips yg bagus

kita share kat sini k…

jom baca!

Friday, April 29, 2011

Siapa Mona? *Edisi Seram*

Pagi jumaat ni dihidangkan dengan cerita seram kat dada akhbar. Kisah murid, guru dan ibu hamil diganggu mahkluk jelmaan bernama Mona sehingga semuanya diserang histeria sampai sekolah ditutup selama 2 hari… ishh.. seram..berdiri bulu roma i baca cerita ni.. sumber berita DI SINI

Thursday, April 28, 2011

Kembali Bersiaran..Selamat Hari Pekerja!

Salam semua.. lama betul ai tak online. RIndu sama ini blog. Kita busy la uols. Bizi dengan kerja yang membuatkan kita rasa letih dan stress. Badan penat otak letih.. sampai kita takde idea nak update apa kat blog ni. Time ofis kita sibuk. Nak main internet pun tak berapa sempat.. lagipun kalau kita online nanti anak buah kita tengok kata apa pulak kan? petang2 kita sampai rumah dekat nak maghrib.. mandi, makan dan hantar anak-anak pegi ngaji.. pastu rehatkan badan. Bukak internet pun kita jeling fb je. Blog kita sendiri ni pun pandang sipi-sipi je.. apa lagi nak jenguk blog kawan2 memang tak larat dah.. tu belum bab kita rasa letihh sangat nak menaip sampai takde idea nak update apa.. jadi terpaksa la kita biarkan blog ni bersawang seketika..huhu.. sian kan?

Sejak bertugas di bahagian latihan ni memang ai semakin bizi.. maklumlah, program latihan bersusun mengikut jadual yang diatur.. lepas satu satu program yang dirancang dijalankan.. alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. walaupun penat tapi kita rasa sangat berpuas hati sebab dapat memberikan ‘sesuatu’ kepada pegawai-pegawai di jabatan..dan paling bermakna bila mereka mengucapkan terima kasih kerana memberikan ilmu kepada mereka untuk bekerja dengan lebih berkompeten pada masa akan datang :)

Duduk kat unit latihan ni camtu la.. kadang-kadang masa sendiri terpaksa dikorbankan.. keje sampai lewat petang (macam ai memang tak dapat OT la sebab kita kat level Pegawai Kumpulan Profesional..huk~).. hari minggu pun pegi keje juga bersama-sama staf..tgk apa yang patut disempurnakan menjelang program yang akan dijalankan.. pendek kata selagi ada bajet, selagi tu la kita takleh dok diam.. keje..keje.. keje..

Apapun kita berpuas hati dan gembira dengan tugas kita.. apa yang kita buat kita ikhlas.. lagipun kita sentiasa berpegang pada slogan perkhidmatan  awam iaitu ‘SAYA YANG MENURUT PERINTAH’ dan ‘BERKHIDMAT KERANA NEGARA’.. chewaahh.. macam baik jer kan? hihi..

Minggu ni paling best sebab cuti weekend 2 hari start esok ditambah pula dengan 1 hari cuti sempena hari buruh kepada semua pekerja di seluruh Malaysia.. jadi kita pun nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA kepada semua kawan-kawan yang bekerja ya, pesanan dari penaja > Bekerja Biar la Ikhlas, Insyaallah Kelak Kita akan Mendapat Ganjaran yang Setimpal DariNYa.. Selamat Bercuti ^_^

Tuesday, April 19, 2011

Mama Singaaa!!

angry2

angryface

angry-tiger

index2

index

Memek muka mak yang sedang mengajar anaknya study untuk exam esok… nampaknya aku takbleh jadi cikgu..kalau tak sure ku telan sekor-sekor anak orang..hehe~

Monday, April 18, 2011

Good Luck Boboy!

Baru jam 8.48 pm..mata dah ngantuk giler ni..penat weh..aku menaip sambil pejam mata..korang percaya? kalau tak percaya kena percaya jugak..sebab aku memang ngantuk..tapi tahan jugak mata ni.. adik belum balik kelas quran.. pukul 10 baru habis kelas..boboy pulak tengah study ni..esok dia ada exam math year 3..pening kepala aku nak ajar dia bab fractions (pecahan)..otak letih..kepala weng..kalau boleh nak lompat terus atas katil..tapi gagah kan diri jugak demi anak-anak.. papanya pun dah terlentok keletihan jugak..hmm

Mama doakan semoga boboy berjaya dalam exam esok..ingat pesan mama tau..hati2 jawab tu..fikir jawapan tu betul ke tidak..tapi si boboy ni memang cool je tiap2 kali exam..bila aku tanya boleh wat ke tak dia jawab boleh memanjang..alih2 resultnya alahaii…cukup2 makan jer.. aku nak marah pun camtu la..budak baru darjah 3..takkan nak marah berapi macam budak besau yang nak ambik SPM plak kan? hihi..

Apa-apa la boy…mama dah berikan yang terbaik..hantar kelas tuisyen, beli buku latihan, ajar wat homework..tapi mama tau boboy akan jadi bijak macam mama bila besar nanti..mama dulu pun masa kecik-kecik malas jugak..dapat nombor tercorot je masa sek rendah..tapi bila dan naik form 4 tu baru la mama sedar dan belajar bersungguh2 :)

Alhamdulillah…now mama dah merasa jadi bos..walaupun bos kecik jer tapi mama bersyukur =)

Saturday, April 16, 2011

Kahwin Bogel? Gila Kentang tul..

Bukak berita ni membuatkan aku ketawa rasa mau pingsan.. hahaha.. sib baik benda bukan jadi kat Mesia ni, kalau tak bolehlah kita katakan yang pelakunya sure orang asli.. kahkah..

apa-apapun layan jer la berita kat KOSMO ni Smile

DUNIA

Pasangan berkahwin berbogel jimat kos pakaian

MELANIE SCHACHNER (dua dari kanan) dan Rene Schachner (dua dari kiri) bergambar dalam keadaan bogel di Feldkirchen, Austria baru-baru ini


FELDKIRCHEN, Austria - Satu pasangan di sini berkahwin dalam keadaan bogel manakala para tetamu lain memakai pakaian, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan itu, Melanie Schachner, 26, dan Rene Schachner memilih untuk berbogel bagi menjadikan majlis perkahwinan mereka sebagai sesuatu yang boleh diingati buat selama-lamanya.

Melanie berkata: "Kami tidak malu mengenai tubuh kami dan kami mahu melakukan sesuatu yang berlainan. Ia pastinya akan menyelamatkan kos pakaian perkahwinan kami."

Dalam majlis itu, seorang pendaftar perkahwinan yang memakai pakaian menyaksikan pasangan berkenaan membaca ikrar perkahwinan.- Agensi

Mari Bersauna..Jom Tengok Apa Kebaikannya ;)

imagesCAPMV7H7

Dah lama tak pegi bersauna a.k.a mengukuskan diri di dalam almari berzip macam di atas.. hehe.. panas gila wooo.. tak tahan dok dalam tu lama-lama.. itu pun aku tahan sampai 20 minit je kot.. pastu minta dilepaskan dari  kurungan..hihi..

tapi  kan, memang  rasa  segar la sket badan ni yang dok lemau 2-3 hari ni.. pastu aku wat facial aromateraphy skali.. hmm..memang best la.. dia sapu krim penyejuk muka tu.. segar sekali terasa.. kalau la  duit ku berkepuk macam mak datin mesti aku pegi salon tu paling  kurang pun 4x seminggu..hihi *berangan*

oklah..takmo mengarut panjang2, nanti  korang bosan.. meh tengok kebaikan  bersauna  ni.. banyak tau.. dan memang aku rasa dah terbukti betul la.. terutama bila badan kita letih ni, elok la pegi bersauna..boleh buang  daki2 yang bertepek kat kulit tu skali..kekeke

TIPS UNTUK KESIHATAN

* Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15 hingga 20 minit setiap kali.
* Tiga (3) kali penggunaan seminggu sudah memadai. Anda akan merasai kesegarannya setiap kali anda melakukan mandian.
* Minum air secukupnya sebelum dan selepas penggunaan sauna. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan.
* Penggunaan sauna ketika perut kenyang adalah tidak digalakkan, memandangkan badan kita pada ketika yang sama juga menggunakan banyak tenaga untuk sistem penghadaman.

TIPS UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN
* Lakukan mandian 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama 10-15 minit lagi
* Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya.

FAKTA KELEBIHAN MANDI SAUNA

MENGELUARKAN TOKSIN
Peluh yg keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yg diketahui, pori-pori yg membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu, turut keluar bersama peluh ialah toksin yg ada dalam tubuh kita. Kesannya kulit akan menjadi cerah & bersih.

MENINGKATKAN METABOLISMA
Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori!!

MENGURANGKAN STRESS
Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stress. Biasanya, setelah selesai melakukan aktiviti sauna, fikiran akan merasa tenang. Stress dan kerisauan boleh dikurangkan dengan sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai.

MENYEMBUHKAN MASALAH KULIT
Panas ruang sauna yg biasanya antara 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.

MEMBUNUH BAKTERIA & VIRUS
Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya me‘nyah‘ toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses perbaiki sel otot. Selain itu proses pemanasansuhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus; meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

* Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600  kalori.
* Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
* Berbasikal selama 30 minit membakar 250 รข€“ 500 kalori.
* Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
* Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori

Pendek kata, bila kita bersauna ni ibarat mendapat pakej lengkap yang memberi 1001 kebaikan pada diri kita seperti:

PAKEJ KECANTIKAN
Mencantikkan kulit, menanggalkan daki-daki pada celah-celah badan seperti ketiak, paha, tengkuk, jeragat di muka & melancarkan peredaran darah.

PAKEJ MELANGSINGKAN BADAN
Membakar lemak (sehingga 600 kalori), sama seperti berjogging sejauh 5 km! Paling berkesan untuk kuruskan badan

PAKEJ KESIHATAN
Mengurangkan demam, selsema, lendir, kahak, alahan hidung, migrain, mengeluarkan toksik, mengurangkan sengal-sengal, sakit sendi, meningkat metabolisma, meningkat pengaliran darah, memecahkan lemak-lemak, kolestrol baru dan lama, mengurangkan berlaku penyakit jantung, strok dan darah tinggi, anti penuaan dan masalah tidur

PAKEJ LEPAS BERSALIN
Mengecutkan perut, rahim, paha, menyembuhkan luka-luka dalaman, menjadikan ibu lebih bertenaga & cergas.

Haaa..  banyak kebaikan mengukus badan ni kan? aku rasa cam nak beli je la satu set sauna ni letak kat umah.. bukan mahal sangat pun.. dalam 400++ gitu je kot.. daripada dok perabis RM tetiap minggu kat salon tu baik beli je 1 kan? ngeee….

Friday, April 15, 2011

Mujurla ada Jumaat..

Salam Jumaat kawan-kawan.. rindu awak semua.. rindu juga kat blog ni.. tapi sebab terlampau sibuk dan kepenatan maka blog ini terabai buat sementara waktu. Mujur la ada jumaat.. barula rasa tenang dan boleh beristirehat seketika.. ni pun badan masih penat, rasa nak demam pun ada.. rasanya lepas ni kena ambik lebih banyak vitamin untuk menghilangkan letih dan lesu badan ni.. maklumlah, kerja sekarang menuntut saya untuk kerap outstation dan macam2 hal lagi kena buat.. badan ni pulak jenis kurang berdaya tahan.. jadi cepatlah berasa letih, penat dan stress pun ada.. now muka penat tak sudah, pastu tumbuh pulak jerawat 2-3 bijik termasuk ngan jerawat batu kat dagu yang membuat saya bertambah tension..arrggghhh

Badan pun sakit-sakit ni tau..sakit sendi situ..sakit sini.. lenguh situ.. lenguh sini… ishh… nasib baik bibik pandai urut.. semalam dah tahan body kat dia dekat sejam lebih.. :)))

Rasa nak berehat puas-puas.. ambil cuti atau pergi menenangkan diri di SPA.. mungkin itu cara terbaik.. Ok set- esok nak pegi bersauna.. orang kata boleh hilangkan stress.. kan? sauna + facial..hmmm..cantek :)

Hari ni luangkan masa untuk anak-anak dulu.. kesiankan adik dengan boboy.. mama sibuk dan terpaksa tinggalkan diaorang dengan bibik dan mak tok kat umah.. mujurla they all dah besar dan faham dengan tugas mama dia ni.. tapi paling kesian sebab bila kita dah sibuk dan penat dengan kerja ni, kadang-kadang pelajaran anak pun terabai.. ini nak kena tengok balik ni.. tak nak menyesal di kemudian hari nanti..

eh? dah panjang jugak sesi bebel di pagi jumaat ni.. kita stop kat sini dulu ek..nak gi layan pulut durian kejap..hihi..

salam jumaat buat semua :)

Sunday, April 10, 2011

Very da Busy..

Sorry blog..tak sempat update.. letih sangat2.. dari minggu lepas hingga minggu ni.. dan mungkin akan berlanjutan hingga minggu depan.. nak tau kenapa kita busy sangat? checkidaout…

4-6 April  Kursus ‘Training Need Analysis (INTAN Kemaman)

7 April     Back to ofis *kerja menimbun*

8-9 April Weekend but have to come work for program 10 April

10 April  Program ‘Ceramah Inovasi’ (Office)

next schedule..

12 April  Fly to KL – Present budget for RMK-10 @ UPEN, Jabatan Perdana Menteri

13-14 April  Program’ Kursus Kewangan’ @ Bukit Keluang Beach Resort, Besut

hmmm….see? very the tired.. but apa nak buat..selagi belum tutup mata.. keje! keje! keje!

Sunday, April 3, 2011

Mau Pergi Bertapa

DSC01858 Gambar ada kena mengena ke dengan entry ni eh? non adooo.. ni saja nak tunjuk keindahan pantai bukit keluang yang i pegi minggu lepas.. hihi

Pukul 10 kejap lagi mau pergi bertapa selama 4 hari 3 malam di blok batu di tepi pantai Kemaman, Terengganu.. maklumlah baru dapat tugas baru sebagai Pegawai Tadbir Latihan awal tahun ni.. jadi sebelum kita bagi orang latihan atau kursus elok la kita lengkapkan diri sendiri dengan ilmu di dada dulu.. kan? =)

Masih lintang pukang mengemas barang-barang… cuti dua hari lepas langsung takde mood nak packing.. gini la selalu perangainya.. last minute baru sibuk dan kalut cari itu ini.. opss..jgn lupa name tag dan kasut! nanti takbleh masuk kelas ^_^

Friday, April 1, 2011

Laksa Penang dah Masak :)

 P4012900 Dah makan untuk 1st round… tunggu petang skit nak makan lagi.. ni yang original home made tau.. bukan yang dibeli atau cilok dari pasar pagi :) mak bonda yang buatkan.. sambil aku layan internet je tetiba dah siap terhidang..hehe.. mak cakap kali ni dia buat yang spesel skit.. letak ikan sardin 2 tin tambah ikan rebus sekilo.. patut la kuah dia pekat dan sedapp sangat… masa makan tu letak ‘prawn paste’ skit.. perghh… mabeless!!

P4012899

terliur ke? meh laa.. jemput makan semua.. bersila2.. :)

April Fool = Hari Menipu?

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah jumaat lagi.. hari ni 1 April kan? aku baru perasan bila ada member ucap selamat 1 april tadi.. mungkin ada yang menganggap tarikh ni ‘special’.. sebab dah familiar dengan permainan APRIL FOOL tu.. sejujurnya aku sendiri pun tak tau apa makna april fool ni.. yang aku paham pada hari April Fool yang diagung-agungkan oleh orang barat ni adalah hari yang dibolehkan untuk kita menipu atau membohongi seseorang.. ye ke?

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine’s Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Rasanya sebagai umat Islam tidak perlu lah kita menyambut budaya barat yang tidak berfaedah ini. Elok la kita sambut hari yang mulia seperti hari ini (Jumaat ini) dengan perbanyakkan selawat ke Nabi s.a dan bersedekah Al Fatihah kepada saudara mara kita yang telah pergi mengadap ilahi..

renung-renungkan dan… selamat beramal!

PN: tetiba jadi ustazah :)