nuffnang

Tuesday, May 31, 2011

Aku Jatuh Sakit :(

Salam frens..dah dua tiga hari tak update..keadaan sangat2 tidak mengizinkan.. hari ni kita cuti sakit @ mc.. badan rasa sangat tidak sihat dan tak larat nak bangun untuk bekerja.. dari hari jumaat lagi dah rasa tanda2 sakit tekak ni..memang dah rasa macam nak kena demam selsema.. nampaknya semalam keadaan makin kuat.. kepala pun rasa ting tong (pening) semacam jer.. ini kes berjangkit dengan incik suami yang baru reda demam selsemanya lepas dia balik dari Bali hari tu..

Malam semalam dah pegi klinik ambik ubat.. bila telan pil-pil tu rasa makin kuat pulak peningnya..mungkin dos ubat yang terlebih mengantuk.. so tak bleh buat apa dah.. pagi tadi tak larat nak bangun pi keje.. lepas makan ubat pagi ni terus ‘pingsan’ lagi sampai kul 12 tengahari..huhu

Bila kena demam selsema ni nak makan pun dah rasa takde selera.. apa yang ditelan seme terasa pahit.. hilang nikmat makan seketika :( semoga tuhan percepatkan sembuh sakit saya ini.. rasa risau la pulak memandangkan dua hari lagi kami sekeluarga dah plan nak bawa anak2 pergi bercuti sempena school holiday ni.. harap2 dapat cover balik esok…

Rasanya ni kali pertama dalam tahun ni kita kena demam camni.. semoga tuhan percepatkanlah sembuhkan demam kita ni..amin..

image Pauh-20110531-00064

Saturday, May 28, 2011

test

Update guna bb..br balik drperdana resprt..family day di sana..sgt penatlah..budak2 seme dah pancit..huhu

Thursday, May 26, 2011

Yang Diidam Telah Dimiliki ;)

image

Gambar diimport dari En Googles..tq.

Akhirnya.. setelah hampir sebulan menunggu..

idaman hati sudah ada di tangan ^_^

Memang best laa.. maklumla.. sebelum ni kita guna handphone yang biasa-biasa jer.. but this time kita decide nak try pakej CELCOM.. memula ingat nak rembat iphone 4.. tapi memandangkan kawan-kawan suggest kita amik bb.. so kita pilih bb torch lah.. hampir tiga minggu order dengan CELCOM baru la dapat stok.. punyala merana menunggu.. kebetulan hp lama tetiba terus wat hal > rosak. Merajuk agaknya dengar tuan dia dok canang satu kampung order hp baru.. hehe..

1st day pakai memang agak kekok la nak guna touch screen ngan keypad tu.. tapi masuk hari ke-2 ni rasa ok dah sket.. stil tengah main-main dengan setting dia laie.. nampaknya tk susah sangat nak paham function bb torch.. i loikee! dh ramai member add for bb massenger n tuwitt tuwitt.. besh2 :)

kawan-kawan apalagi? rembat la satu ek.. tak rugi… memang berbaloi baloi..

Tuesday, May 24, 2011

::Kefenatan::

Jumaat lepas kita pegi Cameron Highlands

Sabtu balik..

Malam tadi pulak terbang ke KL..then

Bermalam di Senawang, Negeri Sembilan..

Hari ni pagi-pagi dh bertolak ke Keluang, Johor

Untuk menghadiri mesyuarat di sana

Kemudian ‘berlari’ ke KLIA

Dan menaiki flight pulang ke KB..

Very the tired laa..

Tapi apa nak buat, kebetulan minggu ni jadual

Kerja sangatlah padat.. sampai tak dapat cuti pun :(

Kesian anak-anak…hmmm

Tapi takpe..minggu depan ofis

Mama adakan family day..

Nanti kita semua pegi sana

dan..kita enjoyyyyy!

ok? ;)

Saturday, May 21, 2011

::Entry Sedih Nak Mam***::

image

Apalah nasibku…huhu.. tetiba semuanya hilang.. apa salahku?.. apa dosaku? aku tidak minta jadi begini.. musnahlah harapanku.. hilang semuanya.. semuanya punah!! hancur berkecai..

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

image

tak guna punya camera! abih seme hilang pic dalam memory card dia.. aku tak wat pape pun..bila masuk kt laptop..semua hilang..chaitt… hilang semangat nak hapdate blog ni setahun..huhuhu…

Tuesday, May 17, 2011

Akhirnya Kubur Abah Bernesan Jua

Dah beberapa bulan abah pergi.. tetapi dia tetap di hati kami.. justeru itu kami adik beradik sepakat untuk membuat belindan untuk kubur abah.. dan selepas sebulan menempah akhirnya belindan kubur abah siap dipasang semalam.. syukur alhamdulillah..

imageimage 

imageimage

Kerja-kerja memasang belindan sedang dijalankan..

 image

Kerja-kerja memasang dan mengecat hampir selesai..

image

image

dan akhirnya kubur abah siap dipasang belindan dan nesannya.. syukur Alhamdulillah Ya Allah..kami adik beradik dan bonda sangat bersyukur kerana telah menunaikan tanggungjawab kami selepas ketiadaan abah..

image

Abah..

Walaupun dirimu telah tiada

Kami anak-anak tidak pernah

melupakanmu walau sedetikpun

Doa Kami sentiasa mengiringimu Abah

Semoga roh Abah dicucuri rahmat Allah SWT..

Amin…

Monday, May 16, 2011

Kelantan Layak Ke Piala FA..Yeay!

Alhamdulillah..

Akhirnya Kelantan berjaya mara

ke Piala FA pada 11 Jun nanti

walaupun seri di gelanggang sendiri

dengan Selangor 1-1

Kelantan layak ke perlawanan akhir dengan agregat 6-2 selepas seri 1-1 dengan Selangor di Kota Bharu manakala Terengganu mara dengan agregat 5-2, setelah mengalahkan Pahang 2-0 di Kuantan. - Soccer ball

GOMO KELATE GOMO!!

Model tak berbayar di taja oleh:

Lady’s Die Hard Fan Club  Smile with tongue out

Selamat Hari Guru Cikgu!!

Masih belum terlambat untuk kita mengucapkan

SELAMAT HARI GURU

kepada semua cikgu-cikgu di Malaysia

Jasamu tidak terbalas :)
Tema Hari Guru tahun 2011:


” GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

DSC01986

Kad untuk cikgu sekolah boboy..

mamanya yang sibuk bertungkuslumus buat kan :)

 

 

Saturday, May 14, 2011

Hujung Minggu Ini

*Jumaat*

Macam biasalah..bila tiba hujung minggu  barulah terasa heaven sedikit.. Masa yang ada digunakan sepenuhnya untuk melayan anak-anak. Semalam lepas jumaat terus bawa anak-anak dan bonda berjalan-jalan di shopping mall dan makan pizza.. suka benau boboy ngan adik dapat round-round shopping mall.. segala kedai yang ada di shopping mall tu kami masuk.. paling best masa kami masuk ke dalam kedai yang jual kerusi urut.. apalagi..dapat dapat mengurut free la di situ..kekeke

image

Masa sampai kat situ, aku dengan encik suami buat-buatla berminat nak beli sebiji.. maka kami pun diberi peluang untuk mencuba sesi mengurut di atas kerusi yang berharga berbelas ribu tu.. memang makcik tak mampu lah nak beli.. ada juga yang agak murah dalam tiga ribu lebih gitu.. yang tu rasa macam nak beli kalau ada rezeki lebih.. bolehla wat hilangkan penat bila balik kerja… naik atas kerusi, tekan dan relax… oh! sungguh bestnya rasa diurut oleh mesin walaupun tidak seenak di spa ;)

 image Dalam pukul 6 petang, kami pun balik.. malamnya dinner dengan nasi lauk budu durian je.. memang kelakarla rasanya.. nak wat camana, tengahari tu we all makan pizza hut macam makan kenduri kat kb mall.. yang tak tahan tu malam nak jugak makan nasik.. bila dah kena lauk budu durian, maunya tambah berpinggan-pinggan..hehe..opss..budu bukan sebarang budu tau.. budu ni jenama ‘BUDU RAJA’ yang dikeluarkan khas oleh projek di raja Kelantan..rasanya memang ummpphh la..tapi encik suami memang tak makan budu..dia kata takde sebab..cuma tak suka :)

*Sabtu*

Tengahari sikit baru we all keluar sebab pagi boboy ada kelas tuisyen.. tetiba tengahari nampak cuaca gelap dan hujan turun dengan bunyi guruhnya..tapi mujurla seketika cuma.. awalnya kami plan nak ke Karnival Red Warriors di Pasir Mas (semangat giler maklumla TRW menang lawan Selangor malam tadi) tapi terpaksa la batalkan sebab cuaca kurang baik dan encik suami rasa cam nak demam. Tapi we all keluar juga pegi tempah baju melayu untuk boboy dan papanya.. awal gila tempah baju raya! maunya tak..kedai2 kat sini dah nak close tempahan raya by end of this month.. kalut kami sekeluarga pegi beli kain untuk raya minggu lepas... aku nyer baju ngan adik pun dah settle tempah dua tiga hari lepas… lega rasanya..takyah pikir pasal baju raya lagi..

Dah panjang mengomel nampaknya ni.. makcik kena chow dulu la nampaknya kengkawan.. nak gi antar budak2 mengaji quran pulak… jumpa lagi ye…trima kasih banyak-banyak kerana rajin membaca entry merapu kat blog makcik yang ntah hape hape ni.. bebaii…

Sunday, May 8, 2011

Buat mu Ibu Sempena Hari Ibu

Aku selalu mencintaimu bonda..sembah sujudku padamu..

maafkan daku atas semua khilafku padamu..

‘Selamat Hari Ibu kepada anda semua yang bergelar ibu..’

Aeman
Buatmu Ibu


Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian


Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...
Kasih sayangmu sungguh bernilai

Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Saturday, May 7, 2011

Pesta Thai..Mari! Mari! Mari!

Semalam pegi PESTA THAI kat Gelanggang Seni, Kota Bharu....pesta ni telah berlangsung selama 5 hari dari 4 hingga 8 Mei 2011. Memang menariklah Pesta Thai kat sini. Macam-macam ada.. tak payah cerita panjang-panjang, jom kita terus tengok gambar apa yang ada kat sana..

P5063390 P5063457

Gelanggang Seni..tempat pesta berlangsung..dari 10 pagi hingga 11 malam.. aku pegi petang semalam..ramai giler orang..

P5063394

yang paling best kat Pesta Thai ni sebab macam-macam makanan pelik dari sana kita jumpa.. jenis sambal sira kering, tomyam, pulut mangga, ntah apa benda tah macam-macam ada..

P5063392 ni makanan jenis ikan kering  dan ikan bilis yang disira..aku try..sedap jugak rasa dia manis-manis pedas gitu..

P5063393

P5063397kraftangan pun ada.. 

P5063401

‘nam prik kung siap’..yang siap yang tak siap semua ada…hihi

P5063402

‘Nam Prik Kung Krob Samunjai’ pebenda ntah..sedap gak rasa dia makan dengan nasi panas..ramuan dia ikan kering, gajus, cili kering, garam, gula..harga pun bleh tahan weh.. RM10 dalam 250gm je kot.. aku beli =)

P5063396

Aksesori yang menarik..tapi aku tak berminat nak beli

P5063434

ni kat gerai nasi Yarang Ayam Goreng.. aku nampak ramai yang berkerumun kat gerai ni.. tengok-tengok nasi dia habis…huhuhu..frust tak dapat makan.. nampak cam best nasi dia ni..ada iras-iras nasi beriani.. tapi sedap lagi kot..

P5063436

ni rupa nasi dia..P5063437

macam-macam gerai makanan ada… sampai tak tau nak pilih yg mana satu nak makan.. kat bawah ni gerai ‘jansawei nasi kerabu’ atau nasi kerabu 5 cahaya (warna)..

P5063440 P5063441

somtam pun ada..makanan tersohor dari Thailand

P5063447 P5063448

dalam lapar berjalan-jalan disitu, encik suami terasa lapar dan terus beli yang ini..yum..yum..sedap P5063450

banyak picture yang aku captured..tapi tak larat nak upload eh.. kesimpulannya Pesta Thai yang wajib diadakan setahun sekali kat sini memang best ah.. pegi sekali rasa nak pegi lagi.. semalam pun banyak benda gak aku shopping kat sana.. kain baju, makanan, kayu urut, pastu cosmetics yang berasaskan nature’s product pun ada gak dijual.. so korang  yang dok kelantan tu jangan lepaskan peluang berkunjung ke sini… pegi jangan tak pegi.. setahun sekali je beb :)

Friday, May 6, 2011

Ben Ashaari Gegar Blog May 2011

image

Join Segmen Ben Lagi..

sapa yang nak join? masih ada masa.. 3 hari lagi

meh klik SINI :)

Aku Tidak Percaya Pada Fesbuk!

Baru terima satu massage dari mat salleh yang datang ntah dari mana di inbox aku:-

“How is your day? i hope you are in good condition, i saw your account and it look so nice. so i wanna know little about you. waiting to hear from you.”

Bukan sekali ni aku terima message cenggini..Dah ramai yang nak add..tapi aku tak approve. Bukannya aku sombong atau perasan diri ini glamer dan sewaktu dengannya.. tapi sekadar berhati- supaya tidak terjadi sesuatu yang tidak diingini. Ada baiknya aku ignore kan saja permohonan insan2 yang tidak dikenali ni untuk menjadi friend di alam maya ni begitu saja.

Itu pun dalam berhati-hati aku penah ‘kena’ dengan sorang minah ni, cantik kemain tapi rupa-rupanya dia berminat nak jadi mak ayam kot.. aku approve dia kiranya dah tapis la sebab nampak dia macam sopan lepas tu pompuan pulak. Tapi tak berapa lama lepas tu dia siap offer aku jadi ‘ayam VIP’ lagi.. gila sungguh! terkezut beruk aku.. dia kata sebab aku ada pakej.. woii pompuan..aku ada pakej ke, apa ker..bukan untuk orang lain tau..aku dah ada laki daa… memang wrong person la kalau kau offer aku jadi anak ayam kau.. apa kau ingat aku ni gila $$$$ bagai ??

Sebab tu la aku lebih berhati-hati.. malas aku nak layan manusia di fb yang tidak dikenali ni sebagai ‘kawan’ pada nama jer…tapi kualitinya tiada.. sebab apa aku cakap camtu? sebab sesetengah manusia yang kita add tu kadang2 just add sebab nak skodeng kita jer.. bertegur sapanya tidak.. untuk orang-orang camni yang aku anggap stalker tidak bertauliah telah aku remove secara perlahan-lahan dari fb aku.. padan muka..ngeh3…

Pada aku, tak perlu nak tunjuk yang kita ramai kawan atau glemer di fb dengan angka yang beribu riban tu… buat menyemak wall fb kita jer dengan berita  diaorang yang tak penah pun nak bertegur sapa dengan kita… ada baiknya digunakan fb tu sebagai medium untuk mencari rakan-rakan lama dan sanak saudara yang betul-betul dikenali dan kita tahu siapa orang itu.. kualiti lebih penting dari kuantiti.. itu pendapat aku laa.. betul tak korang? depends pada diri masing-masing.. apa yang penting kita semua perlu berhati-hati dengan alam maya yang boleh menjerat kita jika tidak sedar dan waspada…

10 Sebab Kenapa Saya Suka Hari Jumaat

1. Sebab hari ni cuti weekend, jadi bolehla kita bermalas-malasan dirumah

2. Boleh bangun lambat..hihi.. lepas subuh kita tido balik dan bangun bila matahari mula memancarkan sinarnya…keke

3. Biasanya lepas jumaat, kita akan keluar bawa anak-anak bermesra di shopping mall dan memperabiskan RM dalam dompet dengan makan-makan, jalan-jalan, shopping2 dan sewaktu dengannya

4. Hari jumaat juga digunakan untuk aktiviti ziarah menziarah orang sakit, orang tua dan menghadiri majlis2 bercukur, akikah dan sebagainya..

5. Jumaat Penghulu segala hari =)

6.  Baru sempat nak buat aktiviti mengemas dan membersihkan rumah, upah orang mesin dan meracun rumput dsbgnya.

7. Tengahari jumaat bole tido sekejap..buat pahala..heheh

8. Nonton TV atau rancangan2 menarik di TV3 dan Astro di petang Jumaat

9. Test skill memasak yang jarang diketengahkan (kalau rajin ler)…kuikui

10.Hari jumaat baru boleh update blog dan blog walking.. hari keje sibuk memanjang sampaikan blog terabai…huaaaa

Korang pulak? suka tak hari jumaat? kenapa dan mengapa? jom share ^_^

Tuesday, May 3, 2011

Semakin Lama Semakin Malas

image

Ni satu penyakit jugak.. penyakit malas nak update.. padahal dalam satu hari berapa belas kali bukak blog sendiri. Graf pelawat meningkat pun bukan sebab orang lain.. tapi sebab yang buka blog ni tuan tanah sendiri..hihi.. tapi buka sekadar buka jer la.. nak update nya malas yang amat.. tak tau kena penyakit apa.. mungkin penyakit ‘M’ a.k.a MALAS atau pun aku ni jenis takde idea nak update apa. Padahal gambar beribu riban dalam my camera yang aku cadang nak blogkan cerita-cerita harian yang terjadi pada aku..cess!

Maybe kena pakai PA untuk tolong taipkan blog aku ni *ngade* hihi.. eh, cik puteri cahaya, boleh tolong jangan perasan tak? awak ingat ramai ke orang yang datang baca blog awak ni? tak de pun tauu…ptuiii… :P

Sunday, May 1, 2011

Rintihan Rasa

( DJD: )
Tidak dapat kuceritakan semuanya
Bagaimana hidup pahit ku
Hanya dikaulah yang tahu
Kerna kau juga merasa

( UR: )
Duhai janganlah hendaknya kau sesalinya
Kau juga telah mengatakan
Bersabar menempuhi hidup
Tuhan ada di sisimu

( DJD: )
Dunia pancaroba
Suka bertemasya
Oh oh oh bagai seorang insan
Kita melakunkan

( UR: )
Hanya lagu ini
Menghiburkan hati
Kutetapkan iman
Menempuh dugaan

( DJD: )
Bercahaya sungguh pintu hatiku ini
Untuk hidup seribu tahun lagi
( DJD & UR: )
Kami bukanlah pujangga
Hanyalah insan biasa

( DJD: )
Dunia pancaroba
Suka bertemasya
Oh oh oh bagai seorang insan
Kita melakunkan

( UR: )
Hanya lagu ini
Menghiburkan hati
Kutetapkan iman
Menempuh dugaan

Cuti Kita Hari Ini..

image comelnyaaa…mmmuaaahhhss!

Hari ke-3 cuti..esok dah kena masuk kerja..ohh..sungguh tidak best.. aku rasa sungguh relax dirumah dapat berehat sepuas-puasnya dan mengqada tidurku di waktu pagi ;) *buruk tabiat sungguh* kuikui…

Sempena cuti hari pekerja ni banyak pula dapat undangan majlis bercukur dan akikah dirumah jiran dan sanak saudara. Pagi ni daku sudah memenuhi undangan makan nasi dagang dirumah jiran sempena majlis bercukur cucunya. Tengahari ni pula dirumah bapa saudara – majlis bercukur cucunya dan petang pula ke rumah sedara bonda- juga majlis bercukur.. pendek kata hari ni dapur tak berasap lah. Semalam pun tak berasap sebab pegi kenduri rumah sedara belah encik suami sempena naik rumah baru.. oh..memang indah la kalau cuti dapat jemputan makan pulak.. tak yah pikir2 nak masak apa untuk makan hehe..

Hari ni juga i plan nak gi cari kain untuk baju raya untuk we all satu famili.. semua orang dah sibuk2 cari kain untuk ditempah...tukang jahit pun dah nak tutup tempahan dah ni.. ohh! panic disitu.. nanti kita tak dapat beraya pakai baju sama kaler… sungguh tidak ceria nanti raya kita satu keluarga.. ini tak boleh jadi.. harus segera ke kedai kain JACKEL yang sedang offer diskaun sekarang… berapa pasang mau beli? tengok la nanti.. :)