nuffnang

Thursday, July 28, 2011

Cuti Hari Ni..

Hari ni aku cuti .. badan sakit sakit woo lepas balik kursus semalam. Mana tak sakitnya, hostel tempat kitaorang tinggal masa kursus tu nun jauh di atas bukit. Kena panjat tangga dua tiga round dulu baru jumpa bilik. Aduhh.. penat sungguh .. terasa macam kembali ke zaman study di uitm dulu .. masa kursus tu pun boleh tahan jugak lasak aktivitinya. Siapa buat latihan main ragbi lagi .. mana tak sakit badan ai yang hanya bersenam dan bersukan setahun sekali ni .. hehe

Bangun pagi hari ni terus telefon makcik urut datang ke rumah. Mintak dia  urutkan dengan tungku sekali .. lega skit rasa .. kalau tak maunya tak leh bangun ni .. terasa bisa dan lenguh abih seluruh badan :( harap2 besok dah okey sebab dah janji dengan anak2 mau bawa diaorang bercuti ke Pulau di terengganu pulak .. al maklumla, minggu depan kan dah masuk bulan puasa .. so ni la peluang terakhir kami sekeluarga bercuti sebelum puasa dan raya ni .. dah lepas raya ni masuk musim hujan pulak kang susah .. takleh pegi dah ke tempat cam pulau pulau ni .. kan?

sekejap lagi mau keluar beli bekalan skit untuk ke sana besok .. orang kata makanan kat sana mahal2 .. biasala tempat jauh dan susah nak makan kan?

eh? dah pukul 2 petang? ni nak kena keluar cepat ni .. kang hujan petang2 ni susak plak .. ok ye semua .. wassalam ..

Monday, July 25, 2011

::Masa untuk Packing::

Adehh… kena packing lagi

ni yang malas ni

bab2 nak packing laa yang menjadi masalah bagi aku

baju mana nak kena ambik

tudung mana yang nak bawak untuk dipakai

dan yang paling lecehnya

mestila pakaian kecik dan anak2 tu

kalau tertinggal masak aku.. heheh

esok pagi2 dah kena terbang

kali ni nak pegi berkursus 2 hari satu malam

di IPV Cheras

mujurla tak lama beb

kalau tak malas jugak i nak pegi lelama ni

rindu anak2 di rumahla (padahal rindu kat bapaknya..hehe)

lagipun kursus ni bukannya kursus formal

yang kena pakai baju kurung semua tu

lepas tu dok dalam kelas mendengar ceramah

tapi kursus main-main je…

kursus main-main?

yupp.. kursus main-main

apa korang ingat kalau ada

main main bukan kursus ke?

yang penting objektif kursus tu tercapai

tak kira la guna modul apa skali pun

ceramah ke, bengkel ke..

eh… lari topik pulak

mentang-mentangla dia pegawai latihan.. hehe..

oklah.. nak sambung peking lagi ni

banyak lagi yg tak kutip ;)

Saturday, July 23, 2011

Makan makan di Kenny Rogers Roasters … sedapnyeerr!

Dah lama tak pegi makan-makan di Kenny Roger Roasters ni .. memandangkan bulan Ramadhan akan tiba tak lama lagi maka aku dan incik suami pun mula la memasang niat untuk melepaskan gian mengidam makan di sini sambil berlumba menambahkan berat badan masing-masing yang dah semakin dumuk ni .. hihi .. let’s checkidaud picture masa makan makan semalam …

Photo0031 Muka bebudak ceria tak sabau nak makan .. dah lapar sangat le tu * abang pose macam muka mr bean jer ;)*

Jom buat tinjauan sambil menelan air liur di sini secukup rasa dan sesedap mata memandang ;)

Photo0015

ice blended kapurcina .. eh.. silap cappuchino (betul ke ejaan ni ? belasah je laa) air ni adik yang punya .. bukan ahmad albab yang punya ye =)

Photo0018

sedap yer dik? tapi mama jugakkk yang kena habiskan .. abis air mama yang kat bawah ni pulak camana sapa yang nak habiskan? camana mama tak dumuk ? asyik jadi  cam lori majilis perbandaran je pewut mama ni .. huhu *tapi ice blended ni memang bestlah*

Photo0016  yang segelas cantik ni mama nyer .. rasa stoberi campur oren berkarbonat gitu ..

Kenny2 Tu diaa .. main menu yang kitaorang order .. 1 whole roaster chicken sama gravy in original n blackpepper .. juga semangkuk ‘aroma rice’ pelengkap menu ..

Apa yang best makan di sini ialah sebab kita boleh pilih pelbagai side dishes mengikut citarasa kita sendiri .. side dishes nya ada macam macam jenis dari coleslaw, pasta, salad dan sebagainya tapi untuk lunch ni aku pilih yang ni jer ; nasi , mashed potato with gravy , sweet corn ngan carrots dan bbq baked beans ..

Kenny1

oh, ya .. ada satu lagi special menu yang lengkap dengan set ni .. lupa plak nak tayang … tarraaaaa ….

Photo0019 muffin coklat n vanilla .. yummy!

dan akhir sekali .. desert sebagai penyedap mulut

Photo0029 cheese cake… sedap weh .. rasa cam tak cukup jer .. huk~

Photo0033

time to eat … ambik serba sedikit then letak dalam pinggan.. kunyah pelan pelan sambil menikmati keenakannya yang sangatlaa mabeles .. mmmmmm

makan waktu petang ni kenyangnya bawa sampai ke malam … jadi dapur memang tak berasap lah .. tapi memang dapur kat rumah aku ni memang jarang berasap pun … kalau berasap pun time rebus air je kot … hahaha…

Friday, July 15, 2011

Lunch:: Ikan Siakap Stim

IMG-20110715-00579Tengahari ni masak simple2 jer.. ikan siakap stim resepi campak-campak.. side dishes takde ye.. sebab pepagi dah keluar ke rumah sedara yang adakan majlis bercukur.. lepas tu pegi round2 shopping mall kejap – beli stationery untuk anak-anak..

Lepas jumaat tadi terus kerumun ikan ni sekor untuk satu family..hasilnya? for sure la ikan ni tinggal tulang jer… eh? tulang ada lagi ke? rasa-rasanya tulang dia pun kena ngap kot… hihi..

Dah kenyang semua… now masa untuk bersantai dan melayan aktiviti kegemaran masing-masing.. papanya macam biasa- jahit mata barang sejam :) , adik - main game kat galaxy tab, boboy- nonton astro ceria dan mama – update blog! hehe..

ok..nak berblogwalking dihujung minggu ni..

kepada yang sudi singgah disini, terima kasih ya! i lap u…

mmmuaahhsss!!

Friday, July 8, 2011

Hari Minggu Saya :)

Salam Jumaat semuaa…
baru sempat nak update
maklumlah bizi memanjang
walaupun hari ni kita cuti mingguan
tapi jadual harian dipenuhi pula dengan
pelbagai aktiviti kebajikan :)

Seawal pagi kami sekeluarga dah keluar rumah
memenuhi undangan majlis akikah
dirumah bapa saudara
kemudian terus ke rumah saudara yang lain
menziarahi keluarga yang ditimpa musibah
dimana anaknya ditimpa kemalangan
akibat berlumba motorsikal..hmm
beritanya memenuhi ruang dada akhbar2
tempatan hari ini..
kesian mak bapak arwah budak tu
yang umurnya baru menginjak 17 tahun..
mungkin jiwa remajanya yang tidak begitu matang berfikir
menjadikan dia mudah dipengaruhi rakan sebaya
sehingga terlibat dengan lumba haram dan menemui ajal
apa nak buat kan.. redho je la (kata ibunya)

Dah habis sesi ziarah keluarga si mati
kami sekeluarga ke hospital pulak
menziarahi suami sepupu saya
yang sudah beberapa minggu koma
akibat pembedahan jantung..

Time Jumaat tengahari tadi baru la sempat pulang
beristirehat di rumah..

Petang nya pulak..
kita pegi makan kenduri kat rumah
jiran di belakang rumah..
kita suka pegi tempat kenduri ni
terutama bab2 makan..hehe..
kena pulak gulai kawah orang kampung…
rasa cam nak tambah2 time makan tu..heee

Balik kenduri terus keluar rumah
bawa anak-anak shopping pulak
cari pakaian diaorang lebih kurang
tapi bukan baju raya tau..
pakaian harian dan untuk aktiviti
di sekolah juga..

Dah penat sangat bershopping
we all masuk Kehepsi @ KFC
tapau ayam lebih kurang
bawak balik untuk dinner

waahhhh…
banyak betul aktiviti ari ni
nama je cuti mingguan
tapi tak dapat rehat pun..
maklumlah.. dah jadi kebiasaan keluarga kita
time hari cuti camni la baru sempat buat aktiviti kebajikan..

korang punya weekend esok agak2 camana yer?
ce citer… =)









Thursday, July 7, 2011

Asyik Kena Block :(

image

Cuba korang tengok kat shoutbox aku kat atas tu.. dah sah la tak leh taip kan? sama jugak if aku masuk kat blog korang.. langsung takleh tinggal jejak.. ingat nak gak cari kawan baru.. tapi apakan daya.. line internet kat opis di ‘restricted’ atas sebab-sebab tertentu huhu… semangat nak blogwalking hilang sudah.. yang mampu ku buat hanya komen di entry korang jer.. huhu.. mencik! :(

Monday, July 4, 2011

Breakfast: Nasi Kerabu Ayam Bakar

image

Breakfast pagi ni.. nasi kerabu ayam bakar.. beli tepi jalan on da way to opis.. nasi kerabu makcik ni memang sedap… ada kuah tumis juga.. dalam seminggu mesti ai beli sekali atau dua kali.. kalau tak dapat makan mesti teringat2 sampai termimpi-mimpi makan nasi kerabu ni.. hehe..

ehh? tunggu apalagi? jom la makan…bismillahirahmanirrahim….

Sunday, July 3, 2011

Strawberry Cicah Coklat… mmmmm!!

image

Silalah cuci mata anda dengan buah strawberry dan coklat cair di atas.. picture ni dirakam semasa ai ke tanah tinggi Cameron pada hari rabu lepas (29.6.2011) atas urusan kerja.. kami telah mengunjungi sebuah ladang strawberry milik seorang pengusaha produk strawberry yang berjaya di sana.. masa sampai di sana kami di sambut dengan hidangan hi tea yang sangat istimewa gitu… nak tengok lagi? jom  zooommm pic besau besau..*sila telan air liur* hihi..   image strawberry cicah coklat yang sangat sedapp…mmmmm… buah dia langsung tak masam dan besau2 eh..

image

Our table yang penuh ngan hidangan berasaskan strawberry..

image

mmmmm…yummy2x… ada muffin strawberry jugak n kuih apa tah nama dia (macam roti la)…rasa dia best gilerr… kena  pulak masa dia hidang tu.. roti tu masih panas… memang gebu dan lembut skali dan sangat lazat dimakan  ngan whipped cream ngan jem strawberry tu.. sumpah sedapp! tapi memang rugi aa sebab aku tak  dapat makan banyak sebab my tummy dah penuh dengan kuew tiaw  goreng yang dibelasah di warung brinchang sebelum tu*menyesal huhu*

image

My officemate yang riak menunjukkan buah strawberry yang besar bangat saiz diaa.. rasanya pun sodap eh..

image

sesi diskas-diskas dan berkongsi pengalaman dengan tuan punya ladang (membelakangi kamera)..

image

Picture last masa nak balik… boss (kanan) sempat memberi sedikit sumbangan kepada Tuan Hj Khairani- tokey ladang (kiri) di atas jasa baik beliau menyambut dan melayani kami di sana.. terima kasih tuan haji.. lain kali nak datang lagi la ke ladang tn haji..nak makan strawberry fresh..hehe..tq.

Saturday, July 2, 2011

Letih bin Penat

Rabu lepas naik ke cameron highlands atas urusan kerja. Hari khamis esoknya terus balik semula ke kota bharu. Walaupun semalam dan hari ni cuti weekend namun keletihan tu masih belum hilang.. Badan rasa sakit2 dan lesu sangat2.. Tak tau kenapa. Mungkin perjalanan panjang yang memakan masa hampir tujuh jam dan jalan bengkang bengkok dan berbukit membuatkan tubuh ni sakit2.

Esok dah kena keja lagi.. Aduhai badan.. Cepatla sihat. Jangan la kau sakit2 selalu..dh ku telan macam2 ubat dan vitamin tp macam ni la jugak yg ku rasa.. Cepat sihat ye badan.. Nanti kita nk gi jalan lagi.. Huhu
Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, July 1, 2011

Tukar Layout Lagi..

Jangan pulak ada yang tak kenal  blog ai ni bila layout dah bertukar ye.. sebab tuan punya blog ni memang jenis gatal tangan.. kalau dia tak rajin nak update habis la blog dia godek2 sampai punah ranah.. hehe.. blog header?? takde… huhu…ada sapa2 yang nak tolong watkan? ;)