nuffnang

Monday, September 26, 2011

Al Fatihah

*gambar di pusara abah di pagi raya aidilfitri 2011*

Jam 5.15 pagi tadi saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari saudara memberitahu pemergian suami sepupu yang hampir 4 bulan terlantar di hospital selepas menjalani pembedahan pintasan jantung..

Al fatihah buat arwah abang farid@ abe chor..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh..

Salam takziah juga kepada che cor (isterinya) dan che sekeluarga..semoga tabah dengan ujian ini..*

*sekarang berada di rumah arwah bagi urusan pengebumian..



Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, September 25, 2011

Lawak Ahad :D

Sepasang kekasih di kedai makan.

GF : u tau x rokok ni blh wat u cpt mati?

BF : mane ade. Jodoh ajal maut semua kat Tuhan yang...

GF : hmmmm...berapa banyak u habiskan duit untuk rokok?

BF : satu kotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling...

GF : satu hari satu kotak. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200...ayg mule isap rokok bile???

BF : pandai math u ni...dri tingkatan 2. kenape?

GF : skrg ayg punye umo 24. 24-14=10..
and then RM25,200 darab dengan 10 dapat RM252,000! Banyakkan yang u dah bazirkan dlm tempoh 10 tahun.

BF : so? I ade mintak duit kat u ke nak beli rokok? Tak adakan?!

GF : memanglah takde tapi kalau u tak merokok and u simpan skrg u dah boleh
beli Skyline ke... Evo ke... semua boleh!

BF : u isap rokok x yang?

GF : Tak yang...kenape tanye mcm 2?

BF : kalau u x isap rokok mcm i...mane Skyline u?

GF : *gggrrrrrr*
Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, September 24, 2011

Takde angin takde ribut..

Takde angin takde ribut
tetiba je template blog ni bertukar
sebab tuan rumah rasa template yang lama tu
macam tak kemas la pulak..

Rasanya yang ni lebih cool dan kemas..

Pandangan anda  pulak macam mana?
ce citer..

Blog header non hadoo
sebab tuan punya blog tak reti nak berphotoshop bagai..

Sekian..

Thursday, September 22, 2011

Puding Triffle: Percubaan kali ke-2

Semalam tetiba datang mood nak mem’triffle’ untuk kali ke-2 selepas percubaan pertama di bulan puasa yang lepas kurang menjadi.. sebabnya aku tak reti masak kastard kot.. dia jadi agak cair.. maklumlah aku ni kurang expert bab bab mempuding ni.. jadi bila first time buat tu agak ‘fail’ di situ..

Namun ai tidak berputus asa okeh..semalam tetiba datang mood nak buat lagi dan lagi puding ni sebab memang feveret aii yang amat.. 

Dannnn… ini lah hasilnya…

Taraaaaaa…..

triffle

Cantik tak? kemain hijau triffle aku nih.. orang guna kaler merah.. tapi aku bantai je jeli hijau perasa limau ni yang dah ada dalam almari dapur…heheh..dan nampaknya percubaan kali ke-2 ni tidak menghampakan sebab sangat menjadi (senyum sampai ke telinga).. kastard dia dah tak lembik macam yang dulu.. sebab aku sangat berhati-hati masa buat ni.. masak kastard tu lama sket pastu guna fresh milk sebagai campuran (masa 1st time dulu guna air je..huhu)

triffle2pandangan sisi my triffle…yummyy!!

Kebetulan whipped cream ada lagi dalam peti so aku letak la skit.. tak mo letak banyak sangat nanti dia jadi lembik dan susah nak makan pulak.. fruit cocktail tu memang aku letak banyak sket la sbb memang ai suka :)

Tak sabar nak balik rumah, bukak peti sejuk dan ngappp… nyamannya anak tekak…yummehh!

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday: Adik The Graduate

Like mother like daughter ;)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, September 18, 2011

Senyum itu sedekah ek?

Alkisah seorang budak . . . Dia selalu tersenyum dekat tabung masjid. Perilaku itu dilihat oleh imam, dan imam itu berasa hairan dan curiga . Suatu hari imam bertanya pada budak tersebut, 'nape kamu senyum kat tabung tu ?'. Budak tu pun jawab, 'Cikgu saya pesan, senyum itu satu sedekah..saya xde duit nak sedekah, jadi senyum jelah kat tabung tu . Sedekah jugak:D :p =)) hehe


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, September 17, 2011

Karnival Kerjaya Sektor Pertanian 2011

Saya di sini selama 2 hari dari 17-18 Sept 2011..

Kepada para graduan dan pencari kerja, sila lah datang ke sini untuk melihat pelbagai peluang dan tawaran kerjaya menarik yg disediakan..

Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Jom datang beramai-ramai..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 16, 2011

Blog kena Hack!

Nampaknya myblog dah kena hack gara2 aku tersalah post security code masa post entry guna hp blackberry ni..

Tak caya cuba tengok entry sebelum ni.. Menatang mana berani post entry bebukan kat blog aku ni woii!!

Hari tu dah ada skali.. Hari ni ada lagi!!

Nak buat camne ni ek??



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

I WILL GREATLY APPRECIATED IF YOU ACCEPT MY PROPOSAL IN GOOD FAITH.

FROM THE DESK OF MR HARWORD SOMDA.

MANAGER, AUDITING AND ACCOUNTING DEPARTMENT,

BANK OF AFRICA,

OUAGADOUGOU, BURKINA FASO,

WEST AFRICA.

                                      GOOD NEW'S

Dear friend,

 

My name is Mr. Harword Somda am the manager of auditing and accounting department Bank of African, I need your urgent assistance in transferring the sum of $17, 200, 000.00 (Seventeen Million Two Hundred Thousand United States Dollars Only) immediately to your account. This is an abandoned fund that belongs to one of our foreign customers who died along with his entire family in a plane crash in December 2007.

 

Meanwhile, it was very fortunate for me to come across the deceased file, when I was arranging the old and abandoned customers files in other to sign and submit to the entire bank management, an official re-documentation and to the law imposed by the British Prime Minister Gordon Brown said in World Press Conference on Tuesday 6 December 2005 at 12:18 GMT. For more information about the prime Minister decision on dormant Accounts visit:

Audit of the year against 2006 informed clearly that it was stated in our Foreign banking rules and regulations, which was signed lawfully that if such fund remains unclaimed till the period of 3 years started from the date when the beneficiary died, the money will be transferred into the Government treasury as an unclaimed fund.

 

However, it is not authorized by the rules guiding our bank for a citizen of Burkina Faso to make the claim of the fund unless you are a foreigner, no matter the country you come from, that's the reason I contacts you as a foreigner to apply for the claim and transfer of the fund smoothly into your reliable bank account as the next of kin to the deceased, and I assure you that this transaction is 100% risks free.

I agree to offer you 40% in respect of all your assistance for this transaction, 10% will be for the incurred expenses that will be made during the transferring process of this fund in your account, then 50% will be for me being the pioneer of the business. If you are really sure of your, Trust worthiness, Accountability and confidentiality on this transaction contact me and accept not to change your mind to cheat, or disappoint me when the deposited funds are released to you by our bank.

 

Full Name:.................................................

 

Address:.....................................................

 

Occupation........................................

 

Age....................................................

 

Sex.....................................................

 

Telephone Number:............................

 

Country:..............................................

 

Reply me as soon as possible so that I will let you know the next steps and procedures to follow in order to finalize this transaction immediately.

 

I expect your urgent reply

 

Best regard,

Mr. Harword Somda.

Thursday, September 15, 2011

::Kerana lambat seminit::

Hari yang memenatkan.. Tak suka betul tapi terpaksa kerja demi tugas..

Sepatutnya ari ni keje half day sampai pukul 3 tapi kena keja sampai kul 10 malam..

Sebabnya?

Outstation okayy..
Naik flight dari Kb kul 11.55 pagi
Attend taklimat di JPA
habis kul 5.30 petang
So terpaksa ambil last flight pulang ke kb
Dekat kul 12 malam karang baru bleh jumpa anak anak balik nampak gayanya..

Dan esok..
Datang ke KL semula jam 3 petang
Balik semula pada hari Ahad jam 10.30 pagi

Sibuknya kita..
Kesian anak2 terpaksa ditinggalkan..

Sabau aje laa :-(

Note: Entry sambil menunggu tren ke KLIA..terpaksa menunggu 20 minit lagi sbb terlepas tren sebelum ni kerana jalan jem..huhu
Published with Blogger-droid v1.7.4

Message Bergeli Geli

Baru terima message cubaan bergeli geli cenggini kat fesbuk..

Hi;

How are you doing, hmmm, I'm really dazed by taking a glance on your cute smiles, you really sounds so matured and reasonable, honestly i truly found you to be such a decent woman which every wise man seek for, well if you never mind am really interested to know you better for a serious relationship,

Hope to hear from you soonest
Cheers,

Hakeem

Hmmm..nampaknya dia ni cuba nak bergeli geli (pinjam ayat blogger JIJI YU skejap) dengan aaiii lettewww..

Rasanya korang pun penah trima msg cam ni kat fb ek?

Mode: Boooo Layan!!!




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday

Mode: ntah hape-hape..ngeeee
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Suka hati akulah nak buat apa..kubur lain2!

Korang pernah dengar orang cakap camni kan? tak kira lah kat tv ke.. kat luar ke..

nampak sangat orang jenis macam ni jenis tak hirau kan orang kan?

Meh sini aku nak citer:

 

Walaupun “~KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SIKSA NERAKA LAIN-LAIN~”

INGATLAHHH...

yang memandikan jenazah kamu "ORANG LAIN"

yang sembahyang jenazah kamu "ORANG LAIN"

yang mengkafankan jenazah kamu "ORANG LAIN"

yang mengkebumikan jenazah kamu "ORANG LAIN"

yang membacakan yaa siin d pusara kamu "ORANG LAIN"

yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan "ORANG LAIN"

jadi jangan menyusahkan "YANG LAIN" DENGAN perangai kamu yang "TIDAK DISENANGI ORANG LAIN"...

P/s: terima kasih kepada sahabat saya yang sudi meminjamkan status ni dari fesbuk beliau ;)

Tuesday, September 13, 2011

Tomyam Sardin.. Cepat Dimasak Sedap Dimakan!

Ini entry bajet dari dapur Chef Wan...tapi si tukang masak ni bukanlah Chef Wan (one) yang glemer tu tapi chef two atau mungkin Chef three four five six seven eight nine dan ten... hahahaaa!! *belum apa2 dah ke laut*  Okeh... fullstop. 

Mempersembahkannnnn... masakan orang paling malas di dapur.. dengan resepi campak campak dan sepuluh minit siap!!

Semudah abc dan cepat dimasak sedap dimakan... *pinjam tagline meggi sekejap*

image
tomyam sardin ke sardin tomyam? err..apa apa jelah.. hihi
Amboii kauuu.. baru masak sardin dah riuh satu dunia..siap canang dalam bbm, twitter dan fesbuk bagaiii... orang len masak segala benda takdela sure heboh cam kau bedah....hehe

Biasaklah...orang jarang turun ke dapur kannnn... tapi sekali dia masak... pergghhh...menangisss encik suami makan..*sila muntah*

Kenapa? tak percaya? iklan bcb la pulakk kalau tak percaya sila cuba resepi ini okeh.. resepi yang dituntut jauuhhh... nun di selatan thai sana.. saja aku nak share dengan korang kat sini sebab ramai pulak kawan2 kat twitter ngan fesbuk bertanyakan resepi ni lepas tengok picture tomyam sardin ni heheh..

Bahan-bahannya:

1 tin sardin (aku guna sardin cap ayam sbb paling best)
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1 biji bawang besar
1 batang serai (dititik)
cili api/cili besar yg dipotong(ikut suka)
1 kiub tomyam (knorr/adabi mana2 pun bleh)
3 helai daun limau tomyam
sedikit air limau nipis (limau purut pn boleh)
gula/perasa

Cara-caranya:

1. Tumis bawang putih, halia dan serai dengan sedikit minyak.
2. Masukkan sardin dan sedikit air
3. Masukkan kiub tomyam, daun limau dan perah sedikit air limau nipis (ikut suka korang nak masam banyak mana)
5. Masukkan bawang besar dan cili yang dipotong (sukahati korang nak pedas ke tak)
4. Letak sedikit perasa/gula
5. Biarkan seminit dua lepas tu bleh tutup api bila masak

Camana senangkan? kalau nak letak garam pun bolee..pandai2 ler korang rasa masakan kau tu sedap ke tak sebab ekceli kiub tomyam tu dah masin.. so aku tak letak le garam.. nanti kena darah tinggi pulak encik suami tu...hihi

Okeh..selamat mencubaa!!

Kalau sedap bagitau kawan.. tak sedap bagitau aii okeh?! huhuhu...

Saturday, September 10, 2011

Nak Kurus? Minumlah Jus Super Maxx-5+1


 Akhirnya berjaya jugak menghabiskan 1 sachet jus oren ni yang dibancuh dengan 300ml air yang digoncang mengunakan shaker..


Terpaksa jugak telan sampai abis walaupun rasanya tak la sesedap oren asli yang biasa kita minum tu..

Tips: Minumlah ketika perut lapar sebab bila kau dah makan sure takleh telan nyer..huhu

P/s: nak menurunkan berat badan ler kunun.. Kecewa sebab berat tak turun2 masa bulan pose lepas..makin naik ada la..huaaa

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 9, 2011

Bye bye Matok!!

Sob..sob.. Sedih pulak rasanya bila matok nak terbang ke kl kali ni..

Yang paling sedih dah tentulah siboboy sebab mulai malam ni dia dah tak dapat tido bawah ketiak 'matok' dia ni..hehe

Kali ni matok pegi rumah cik su (mysis) lama sket kot sebab ciksu bakal bersalin anak kedua dalam minggu depan..

Kesian boboy ngan adik ye..kena tinggal dengan bibik siti je la nampaknya lepas balik skolah pasni..

Sabor ajela ye anakkk.. Mama dengan Papa kan adaa.. nanti mama ngan papa bawak korang pegi jalan2 cari makan ek? ;-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, September 8, 2011

Rumah Terbuka Aidilfitri 2011

Baru sempat update cerita pasal raya.. nampaknya aku kena skip dulu dari cerita yang masa awal2 raya hari tu sebab semalam adalah majlis open house di rumahku yang jarang-jarang didiami itu..

Ekceli buat open house takde la buat perancangan yang teliti sebab aku ngan incik suami tak bajet pun nak buat rumah terbuka ni tapi tetiba je kami buat plan mengejut nak jemput anak buah memasing kat ofis datang makan-makan kat rumah.. pastu jemput jiran-jiran terdekat sorang dua..

Saudara mara tak jemput sangat pun sebab dah jemput masa open house kat rumah mak pada hari raya kedua hari tu.. harap-harapnya takdela yang berkecil hati sebab tak dijemput ye.. lagipun ni majlis jamuan bajet je..lain kali kami jemput uols.. Insyaallah :)

Semua menu ma yang masak.. tq ma! semua orang puji yang makanan adalah sedap terutama kuih lompat tikam tu..

 2011-09-07 11.49.28

2011-09-07 11.49.08 Menu utama adalah nasi tomato, kurma daging, ayam masak kicap, acar nenas dengan sambal belacan.

2011-09-07 11.50.21  Biskut-biskut, puding dan kek serba sikit..

image buah tangan dari anak buah di ofis..thanx nanii!

PICASA1 kawan-kawan lama masa sekolah dan mystaf semuanya datang.. terima kasih semuaa!

imagegeng ofis yang havoc dan sporting! yang depan tu single lagi..

imageni pun kawan lama jugak (masa form 2 lagii)… tq ye teacher na ;)

 image anis and hubby yg baru sempat balik beraya di kelantan..

image tiga orang staf merangkap pembantu yang menjayakan program open hauss ini… terima kasih banyak2 buat zura, kak nab dan kak yah yang datang menolong.. sayangg semuaa!!

Sehari suntuk melayan tetamu dari jam 12 tengahari hingga 9 malam bukanlah sesuatu yang memenatkan malah satu kepuasan dan kegembiraan kerana dapat melayan tetamu yang berkunjung ke rumah ni..

dann… TERIMA KASIH TAK TERHINGGA buat ‘dia’ yang terrrsayanggg yang menyediakan juadah sehari suntuk sebelum majlis ni…

>
>
>
>

image

merehatkan diri selepas sehari suntuk memasak dan melayan tamu juga..

Mana tak letih ye ma.. masak nasi tomato sampai 4 gantang, ayam masak kicap 17 ekor dengan daging masak kurma 8 kilo.. tapi puas hati sangat-sangat sebab semua orang cakap masakan ma sedappp sampai bertambah-tambah makan dan licin semua! tu belum kira ngan kuih lompat tikam sampai 4-5 talam besar tu weh! hehe..

Tuesday, September 6, 2011

Bila dia datang..

Sehari suntuk terbaring pagi ni. Masa nak bangun mandi subuh tadi tiba-tiba otot peha rasa kejang.. Lenguh sangat-sangat. Niat nak pegi keja terpaksa la ditangguhkan padahal baru dua hari aku masuk opis selepas raya ni..

Dah telan 3 bijik ubat tu terus rasa mata ni rasa nak terpejam.. Memang ubat-ubat ni membuatkan mata mengantuk dan kepala jadi weng.. Jadi jalan penyelesaiannya adalah tido..

Pukul 12.45 tengahari baru bangun semula.. Terpaksa gagahkan diri jugak bangun untuk jemput anak-anak balik dari sekolah..

Now baru terasa lega sikit tapi kepala masih ting tong..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, September 3, 2011

Semuanya Sudah Pulang

Tetiba rumah ni terasa sunyi bila terjaga dari tidur pada pagi ini.. mana tidaknya, tiada lagi kedengaran suara riuh rendah anak anak saudaraku dan mak bising dengan cucu cucunya disamping kesibukan menyediakan juadah di waktu pagi kepada anak menantu dan cucunya.. 
Semuanya dah bertolak balik ke negeri masing-masing bermula tengahari semalam.. abang long dah selamat sampai di Johor jam 2.30 pagi semalam.. kak long pulak bertolak seawal jam5 pagi tadi pulang ke Kuala Lumpur.. saja dia bertolak awal di pagi hari untuk mengelak kesesakan jalan raya yang pastinya tidak dapat dielakkan di musim perayaan ini.
Oh, ya! Bagaimana sambutan hari raya korang pada tahun ini? meriah tak? pastinya meriah bukan? esok lusa pastinya semua blog akan mula di update semula dan cerita serta kemeriahan hari raya masing-masing akan dipaparkan.. aku pun sama kot.. niatnya nak buat entry skit pasal cerita raya tahun ni.. Insyaallah.. harap niatku ni termakbul hendaknya.. bukannya apa.. aku ni jenis pemalas sikit.. bila sampai masa nak update ada ada jer halangannya.. takde idea la.. sibuk la.. hehee 
Bermula semalam dah sibuk dengan urusan kenduri kendara pulak.. banyak betul dapat undangan kenduri di musim perayaan ni.. dahla jalan jem memanjang.. tapi nak wat camanakan? nak tak nak kena redah la jugak.. kalau tak pegi malu kat tuan rumah pulak.. huhu..