nuffnang

Friday, February 24, 2012

Minum Petang dengan Red Velvet Cake

Apa menu minum petang uols petang ni?

Kita baru sudah minum secawan teh panas dan sepotong kek red velvet.. Yummy!

Dah lama mengidamkan kek red velvet ni.. Semalam godek2 kat internet cari sipembuat kek ni di sekitar kota bharu sib baik la jumpa.. Terus tempah sebijik untuk sesaja makan di rumah petang ni..

Alhamdulillah.. sedap! Terima kasih ye cik tiqah.. Next time akak tempah lagi.. Insyaallah!

Kepada blogger yang dok kat kelate dan nak tempah kek red velvet buatan cik tiqah ni
Silalah add fb beliau > Atiqah's Homemade Dessert .. Harganya pun tak mahal sangat.. Kira berbaloi la dengan apa yang kita dapat :)

Pesan Rasulullah S.A.W

As salam wahai sahabatku sekalian amnya serta salam Jumaat dihari yang mulia ini. Tazkirah untuk kita pada pagi ini ialah " PESANAN RASULLULLAH S.A.W KEPADA UMATNYA" untuk kita sama sama amalkan.. Moga ini menjadi sebahagian dalam rutin kehidupan kita. Insya'Allah!!!

SEBELUM tidur, Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah ra :

"Ya Aisyah!!! janganlah engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an

2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir

3. Sebelum para muslim meredhaii kamu

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah"

Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda :

1. "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an." Bismillaahir rohmaanir rohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3x)

2. "Membaca selawat untuk ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafa'at di hari kiamat". Bismillaahir rohmaanir rohiim, Allahumma sollii 'alaa Muhammad wa'alaa alihi Muhammad (3x)"

3. "Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu". Astaghfirullahall adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x)

4. "Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan - akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah".
Bismillaahir rohmaanir rohiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallahu allahu akbar (3x)

RasuIullah saw bersabda ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang kekal bagi orang yang mengajarnya, meski hanya 1 ayat,dan meskipun kita sudah meninggal dunia.. Barrakkallahum fikum.. Jazakumullah...Khoiron.

Wallahua'alam...
Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Ice Cream Lover

Wajib ada aiskrim kat dalam peti ais di rumah.. Setiap perisa mengikut kegemaran masing-masing.. Strawberry untuk adik.. Wall's Selection Fruit Salad mama punyer (yummy!!) .. Dan Venetta Brownies Tiramisu pilihan si boboy..

Tak lama bertahan dalam peti ais tu.. tak sampai seminggu sure dah abis.. As a desert di waktu petang atau malam..

Eh, untuk papa takde ke? Papa nyer asal ada jer.. semua dia sapu bersih.. Hihi..

Monday, February 20, 2012

‎Rahsia Solat

Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, February 17, 2012

Weekend @ Bali..eh silap..Tok Bali daa..

Berhujung minggu di sini lagi.. Anak-anak beriang ria mandi kolam.. Maknya bertenggek kat tepi kolam je.. Jaga kunci bilik dengan handphone..huhu

Wednesday, February 8, 2012

Kembali

Selamat Malam..

Malam ni baru aku buat come back selepas beberapa lama menyepi dari blog ni..ekekeke

Sory ye korang.. Ekceli tuan punya blog ni tersangattla bizi dengan urusan duniawi yang berkaitan dengan kerjayanya sebagai Pegawai Latihan.. Memang letih non ado menguruskan program latihan kepada pegawai2 di jabatan yang bertali arus walaupun baru awal tahun... Huhuhu..

Flashback selama menghilang..

Last week pegi ke Bukit Gambang Resort City untuk Kursus Team Building kepada Pegawai Kumpulan A dan B. Bestt sangatla kursus ni sebab semua peserta enjoy dengan outdoor game yang dibuat oleh Active Academy Bukit Gambang.. Pendek kata boleh hilangkan stress masa kursus tu.. Walaupun ada yang cuak dan nampak macam malas nak pegi pada mulanya tapi at last masing2 nampak puas hati dengan mengikuti kursus ni.. Buktinya bila aku sebagai Ketua Program melihat borang penilaian program yang dihantar oleh peserta yang majoriti memberi markah fullmarks dan tiada penilaian yang tidak berpuas hati dengan penganjuran program tersebut.. So sebagai Ketua Unit Latihan memang aku puas hati dan berbangga dengan pencapaian program kali ni..

Gambar masa program nanti aku upload hari minggu ni ye.. Ni update kat hp je.. Sambil nunggu solat Isyak..

Eh, korang dah makan? Aku belum.. Tunggu encik suami balik.. Jap lagi nak makan satey yang dibeli di pasar malam siang tadi.. Namanya gi pasar malam tapi beli waktu petang..apa kejadahnya kau ni nur ye? Hehe..

Ok lah ye darling2 semua.. Nak gi solat Isyak dulu..Mana yang singgah baca entri ni terima kasihh sangat2 pada uols.. Jangan lupa tinggal jejak ye.. Nanti akak pegi blog korang balik ;)

~Luv u~
Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.