nuffnang

Friday, April 27, 2012

Pameran kucing di KTC





Tarikh : 27-28 April 2012
Masa : 10 pagi- 5 petang
Tempat : Kelantan Trade Centre (KTC)

Nota: Pertandingan Pakaian Beragam Kucing akan diadakan pada sebelah petang 28 April 2012.
Published with Blogger-droid v2.0.4

Blender Baru Vakum Baru

Alahaii blog.. Sian betul kau ye blog..hari jumaat baru la tuan tanah boleh datang sini sambil bawak vakum pastu sedut habuk2  yang dh setebal 5 inci kat sini..hehe...*sambil mop blog ni lelaju*

Cerita pagi ni..

Lepas keluar makan roti canai kat kedai mamak pagi tadi.. Terus mengajak encik suami menyinggah di kedai letrik seng heng utk membeli blender dan vakum yang rosak dan dh berapa lama belum berganti.. Sementelah gaji baru masyuk jadi elok la kita menggoda encik suami di kedai letrik sebelum poketnya bocor bila masuk minggu kedua di bulan depan ni ye..hihi


Pilih2 lebih kurang terus zass 2 benda kat atas ni..

Kalau beli barang letrik memang kami pilih untuk beli di Seng Heng sebab harganya berbaloi dan yg penting dapat jaminan yg bila barang kau rosak dlm tempoh warranty dia akan tukar terus dgn yg baru..pastu kalau kita tambah bayar skit boleh extend warranty sampai 4-5 tahun.. Begituu..


Balik rumah terus test blender baru..mesin bawang segala dan masak asam pedas ikan sardin.. Encik suami kata sedap.. Makan tambah 2 pinggan.. Tu pun sebab aku tanya laa..sedap ke tak baru dia kata sedapp..hihi

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 11, 2012

Tsunami?! Semoga adikku di Phuket Selamat!

Lepas lunch nasi ayam homemade tengahari tadi terus tertido.. Penat sangat rasanya lepas balik dari outstation selama 3 hari semalam.. Mujurla hari ni cuti.. Sempatla main masak2 untuk anak-anak pastu tertido kat atas kekenyangan bahana nasi ayam 2 pinggan :P

Lebih kurang dekat pukul 5 baru la aku mamai2 bangun.. Tu pun lepas takleh tido sebab budak-budak dok wat bising kat depan tv..

Terus bukak fesbuk kat handphone.. Tetiba mata terbukak luas bila baca status kat fb yang rata-rata dok update pasal amaran gempa bumi di Acheh..

Ya Allah! Acheh lagi!? Ku mohon padamu Ya Allah..selamatkan mereka yang tidak berdosa.. Kasihanilah mereka yang pernah dilanda musibahmu ini beberapa tahun dulu..

Terus teringat pada adikku yang baru berlepas ke Phuket tengahari tadi.. Hantar mesej guna whatsapp - tanya khabar dia dan keluarganya..dia bagitau pihak hotel telah membunyikan loceng kecemasan dan semua pelanggan diminta turun berkumpul di lobby..taklimat dan amaran langkah berjaga-jaga telah diberi..

Aduh..aku yang kat kelantan ni pun panik bila terbaca status kat fb, twitter dan blog ni pasal amaran tsunami di bumi Malaysia, Thailand, Sri Lanka, India semua.. Risau pada keluarga adik pun berganda-ganda..tambahan mereka bawa 2 orang anak kecil yang tak mengerti apa-apa..

Kau Lindungilah mereka Ya Allah!


Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, April 7, 2012

Jom Minum Herbalife Milkshake

Salam..

Uols dah sarapan? Akak baru je lepas habiskan segelas chocolate milk shake tu.. Jaga badan ler katakan..*kahkah*

Padahal malas nak keluar beli sarapan.. Lagipun semalam kemain banyak melantak nasi dengan ikan bakar berempah kat restoran.. Ex-roomate I masa belajar di UiTM dulu datang ke rumah dari Terengganu.. Jadi haruslah meraikan kawan baik kita ni dengan menjamu selera di restoran yang sodap2 ;)

Ekceli baru seminggu aku try minum herbalife shake ni.. Alhamdulillah boleh telan.. Biasa minuman diet lain aku takleh telan.. Tapi herbalife ni lain.. rasa dia sumpah sedapp!! Akak bleh telan sampai habis.. Harap2 lepas ni body yang dah kembang ni bleh slim balik macam pinggang saloma gituu..♡hϱϱ♡hϱϱ♡hϱϱ♡"̮..

Ok..kita nak gi facial plak.. Kang body saja cantik tak guna gak kalau muka berkerak..ekeke..

Friday, April 6, 2012

Petua Untuk Memiliki Bentuk Badan Menawan

Kebetulan terbaca petua ni kat fb..so aku rasa nak share dengan korang kat sini.. sementelah diri sendiri tengah diet nak turunkan berat badan yang semakin naik menjadi jadi ni.. huhuhu

1. Amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan sumber tenaga. Jangan terikat dengan sesetengah jenis buah atau sayur. Pelbagaikan pengambilan buah-buahan.

2. Susu perlu ada dalam dalam diet harian anda. Minum sekurang-kurangnya 2 cawan susu tanpa lemak. Anda juga boleh menggantikannya dengan yoghurt atau keju.

3. Anda boleh menjamah snek tetapi pilihlah yang rendah lemak, seperti sandwich, bertih jagung ataupun popia basah.

4. Anda boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul. Masakan secara memanggang, membakar atau mengukus lebih bermanfaat.

ps: korang ada lagi petua lain yg boleh share kat sini? thanks!
Published with Blogger-droid v2.0.4