nuffnang

Thursday, August 30, 2012

Boboy Digigit Ular!

Siapa kenal ular apakah ini? *dibunuh oleh bibik siti guna batang besi*



Cerita dia macam ni..
Malam tadi sebaik saja bagi salam lepas solat Isyak tetiba terdengar boboy terjerit jerit berlari dari luar menghala kepada matok di dapur.. "ULAAARRRRR! Matokk uulaarrrr!"

Haahhhhh? terus aku dengan mak cemas dan panik.. tambahan melihat boboy memegang tangan kanannya yang ada kesan darah..

"Boboy kena gigit kee?"... "yaaaaaa'' *sambil meraung*

'Cepat kita bawa gi spital'..kata mak.

Panik dan cemasnya masa tu.. fikir nyawa anak lagi.. dahla baru lepas solat.. masih dalam kain telekung.. capai tudung mak.. ishhh.. tak kena.. ok.. naik tingkat atas tukar pakai track bottom n tshirt.. ambik tudung.. handphone.. purse.. tekan hp call encik faris tapi dia tak jawab la pulak.. *sigh*.. masa ni encik faris keluar ke kedai alatulis dengan adik beli stationery dak kecik tu..



seminit dua pastu baru encik faris call balik.. 'tunggu kat emergency husm..boboy kena gigit ular! mama bawa dia sekarang..' 'hhaaaaaaa? ok2'

Sampai kt HUSM terus gitau kaunter..'kes kena gigit ular..tolong segerakan..'

Time ni aku angin skit sebab staf kt situ boleh suruh duduk dulu pastu kena isi borang bagaii.. rekues ic budak tapi aku tak bawak..dah panik sangat mana la sempat nak fikir dokumen tu kann.. last2 hulur ic mak dia ni je.. lantak lah..janji bleh masuk jumpa doktor cepat.. huhu



See? dah bengkak jari boboy kesan gigitan ular tu.. mana mama dengan matok tak risauu



Doktor bagi injection.. tak pasti ubat apa..tapi sebelum tu buat sesi interview dulu tanya ular apala..macamana kena la.. ishh



sesi rawatan di zon merah wad kecemasan HUSM



pastu kena transfer lak ke zon kuning sementara menunggu urusan masuk ke wad sepatutnya..



Terpaksala bermalam di sini malam tadi.. doktor kata at least 24 hours kena monitor walaupun nampak dia takde simtom keracunan serius macam pening, pitam, muntah dan sebagainya.. manala tau kan?



Pagi ni macam dah ok skit.. doktor sedang wat cek up.. harap2 esok dah bleh discaj..

Satu pengalaman pahit dalam bulan Syawal tahun ni.. Syukurla boboy selamat!

P/s: Tujuan boboy keluar ke depan pagar rumah tu sebenarnya nak ambil kucing kesayangan kami, Zorro untuk di bawa masuk.. tetiba masa nak pegang Zorro tu ada seekor ular melompat ke atas lengan dia dan menggigit tangannya menyebabkan dia terkejut dan menyentap ular tu ke tanah..



Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, August 28, 2012

Semoga Nazlina cepat sembuh!

Salam Semua..


Semalam terima berita ni dari geng twit2 my officemate..
kesian betul dengan nazlina @ na ni ..
sebelum ni pun selalu sakit-sakit .. mc pun ada
 kerap jugak la aku tengok dia ni tak datang kerja ..

Semalam sempat gi jenguk dia kat HUSM Kubang Kerian...
still kena warded kat emergency ward..
 dari pagi sampai malam tak dipindahkan ke wad yang betul lagi
 sebab doktor kata wad masih penuh.. alahaii.. >_<



Sakit apa? doktor kata suspect SLE .. 
aku pun tak berapa paham pasal penyakit ni 
sebab jarang-jarang orang kena ..
tapi definition dia kurang macam ni :

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Untuk maklumat lanjut korang boleh baca kat sini


Macam kes kawan aku ni dia selalu kena serang kesakitan di bahagian urat saraf dalam satu badan.. katanya sampai takleh gerak dan keluar airmata bila sakitnya datang.. rasa macam menyucuk2 gitu.. kesian kan?

Apa-apapun semoga na cepat sembuh..
sama-sama kita doakan.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, August 27, 2012

Kiamat

Kiamat menurut Agama Islam di tandai dgn:
- Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Turunnya Nabi Isa (AS)

- Kemunculan Yakjuj dan Makjuj

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya

- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan

- Pemusnahan/runtuhnya Kabah

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.

Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"

Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu:ertinya hanya mmikirkan duniawi drpda akhirat. Kerugian meninggalkn solat:
Subuh:
Cahaya wajah akan pudar.
Zuhur:
Berkat pendapatan akan hilang.
Asar:
Kesihatan mulai terganggu.
Maghrib:
Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
Isya':
Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.
Sebarkan dgn ikhlas.
Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)
Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Perfect Saying

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, August 26, 2012

Kembali Bekerja

Hari ni dah kembali bekerja ..
mood kerja takyah cerita la.. memang sah2 dah ke laut .. masuk opis pagi tadi terus twit geng kepoh ajak makan-makan .. isi perut dulu tu penting .. kalau tak makan dulu makin takleh pikir pasal keje la jawabnya :p

shikin dan shidah.. dua kembar sama tapi tak serupa ..amboi2 .. ceria bebenor la lepas memasing cuti seminggu yek.. jumpa jer terus bergelak jer keje kitaorang dengan citer masing2.. hehe

Me dengan adikku Anis Suraya @ BFF via BBM hehe.. posing depan nasik dulu seround sebelum makan...pastu kita gossip2 pasal ubat kurus ok? :D


nasi ayam kampung goreng madu dengan gulai yang  hot di kedai makan kat Telipot.. sampai mimpi2 ai sebab tak makan kat sini sebulan... cedappppnya hingga menjilat sikuu.. yummmyy!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 24, 2012

Rumah terbuka KADA, KAFA dan UMNO Bhgn Ketereh

Ramainya orang! dijangka12 000 orang akan menghadiri majlis ini.. Majlis hari raya dan rumah terbuka KADA bersama KAFA dan UMNO Bahagian Ketereh telah diadakan pada hari ini, Jumaat 24 Ogos 2012 di Seri Puri..Bukit Marak, Kelantan. Majlis berlangsung dari jam 9 pagi hingga 5 petang diserikan dengan persembahan hiburan dari artis live band dan muzikal samrah dari Indonesia..Dato Jefry Din dan Artis Dikir Megat Nordin turut sama memeriahkan majlis. So korang yang berada di Kelantan tu jemput la datang bersama keluarga ye! sama-sama kita memeriahkan majlis ini..datang jangan tak datang!
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 23, 2012

Perut Beronar..

Dari raya pertama dok teguk air oren sejuk bergelas-gelas.. Pastu bedal lak kuah kacang dengan satay, nasi impit, nasi dagang, kuzi, laksa, soto dan segala macam makanan masuk dalam perut ni..

Hari ni lak dapat jemputan pi kenduri.. Minum ais lagi.. Pastu makan bubur kacang dgn fruit cocktail.. Elokkk la sangat.. Ni kali kedua telan pil chi kit teck aun.. Dari subuh tadi perut ni dah memulas mulas.. X_Xhadoº°˚˚˚˚°ºohhX_X

Esok kena bertugas sebagai penyambut tamu sempena majlis raya.. Harapnya perut ni tak meragam lagi lah.. Kalau tak memang kes naya la aii..huhu
Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya

Tiada bintang seterang matahari,
Tiada mentari secerah keikhlasan hati,
Sempena hari yang mulia ini,
Ampun dan maaf kita kecapi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir dan batin,
Daripada sy nur hayati & keluarga.
Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, August 18, 2012

Sesi Tayangan Biskut Raya

Salam semua.. Dah hampir benar dengan raya kita.. ramai yang dh tutup blog agaknya sebab dah balik atau dalam perjalanan balik ke kampung.. selamat mengharungi jem ye.. aku tak pernah rasa jem2 tu semua sebab rumah aku, mak dengan mertua jaraknya dalam berapa jengkal je hihi.. kesian anak aku sampai tanya, 'ma, kenapa kita tak pernah balik kampung ye?' .. kelakarkan? :-D

Raya tahun ni adalah sedih.. sebab adik beradik aku semuanya giliran beraya dengan keluarga mertua. Kak Na petang raya baru sampai kelantan. Abang Jea dan keluarga beraya dengan keluarga mertua di Segamat. . adik pulak di muar. . tinggal je famili aku dengan ma dalam kesayuan mendengar takbir di pagi raya esok nampak gayanya. . tapi kami tetap balik ke kampung halaman di Bukit Marak untuk sembahyang raya bersama-sama keluarga besar kami *adik beradik ma dan sedara mara yang lain*.. itu amalan tradisi keluarga kami setiap tahun yang mungkin jarang dialami oleh keluarga orang lain..

Bercerita mengenai persiapan raya pulak boleh dikatakan 90% beres.. yang tak beres tu tang nak gosok baju-baju raya je kot.. skrang ni baju raya aku bibik baru cuci pagi ni sebab semalam baru siap gi ambik d rumah taylor.. mujur la siap.. kalau tak menangis la aku di pagi raya.. huhu.. Panjang pulak membebelnya pagi ni .. sebenarnya motif update pagi ni nak tayang biskut raya je.. sebab aku tengok stok biskut raya banyak betul dok parking kat tepi dinding dapur rumah ma ni.. hehe.. nak wat camana. . selagi belum raya semua pakat dok gila mengorder dan memunggah biskut raya dari kawan2 di ofis.. *aku dengan encik suami la tu* ma pun ada beli jugak time dia singgah2 kat kedai. . tak caya cer tengok gambar ni. .
haa. . tu dia. . boleh tahankan? dengan kerepek dan kacangnya sekali. . ni stok biskut ni tunggu korang2 datang beraya umah aku raya ketiga nanti yer.. sebab raya ketiga ni makbonda kita wat open haussss... jadi sila la datang tanpa segan silu kalau korang beraya kat kelantan ye..
kasi zoom dekat2 skit supaya korang terliur.. *macam la rumah aku je ada biskut raya banyak camni haha* Oklah..Selamat menyambut hari raya ye uols.. yang dalam perjalanan tu berhati-hati dijalan raya.. nanti kita update lagi esok :-)
Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 17, 2012

Isi Duit Dalam Sampul Raya

Budak rajin nak menolong.. boleh mama awak dok relax.. buat sampai habis ye.. nanti mama kasi yang warna hijau dengan merah lak kejap lagi.. hehe
Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, August 14, 2012

Iftar 25 Ramadhan

Pajeri terung, ikan bakar dalam daun pisang, ayam goreng kicap, sayur goreng, budu durian dan bawal goreng sebagai menu berbuka hari ni.. Alhamdulillah .. Syukur padamu Ya Allah! Jom bersiap gi tarawih..
Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Berbuka dengan Steamboat

Ni gambar masa berbuka petang semalam..

Abang nizam tolong booking tempat.. Awalnya aku tak plan pun nak join family dia..tapi sebab dia bawak ma sekali terus aku jadi blank nak makan apa la time berbuka nanti kalau ma takde..huhu

Diskas lebih kurang dengan encik faris..mujur la dia setuju.. Cuak gak aku sebab dah banyak kali kami keluar makan kat luar di bulan Ramadhan ni ;)

Nama tempat ni ialah di Food Village a.k.a restoren ikan bakar di jalan Kuala Besar PCB..cantik tempat dia..konsep restoren terapung di atas sungai gitu..

Pakej makan pun murah jer.. Dewasa dalam 20 ringgit sorang..budak2 berapa belas ntah *abang aku blaje* hihi..
Tapi murahla.. Boleh makan banyak mana kita nak.. Pastu ada side dishes macam mee dan kuewtiaw goreng, cendol, tauhu fa, kuih.. Tapi air dia ada oren je.. Ada abc jugak..

Boleh makan seafood tu dengan cara bakar-bakar cicah dengan sos manis atau pedas (sos dia sumpah sedaapp) atau nak rebus dengan kuah sup dia pun boleh (sup pun sedapp)!

Pendek kata, kitaorang makan sampai kenyang dok hengat..anak-anak suka ibu -ibu setuju :)

Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 9, 2012

Iftar Nasi Arab

Alhamdulillah... kenyang makan nasi arab.. sedapnye..Masyaallah!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Berbuka di Luar

Alhamdulillah...brrrrpp..
Ni jer yang tinggal.. ♡hϱϱ♡hϱϱ♡hϱϱ♡"̮..

Hari ni aku suruh mak cuti je dari masuk dapur..nampak dia pun cam penat je sehari dua ni.. Lagipun aku tak sempat la nak gi beli barang dapur semua.. Tunggu jer la hari cuti esok lusa..

Tengahari tadi sms encik suami - 'kita berbuka kat luar je la ye'.. Dia memang ok jer.. Lagipun dia paham yang bini dia ni memang tak reti (atau lebih tepatnya malas.. Heheh) nak masak tambah2 dihari bekerja time bulan puasa ni..

Bukan payah pun nak oder makan kat luar sekali sekala .. Just dail no telefon kemudian pesan je apa yang kau rasa nak makan contohnya macam aku hari ni , 'hello, saya nak booking table untuk 5 orang ye, lauknya sup sayur, sizzling beancurd, daging blackpepper, sotong celup tepung dan ikan siakap sweet sour!

Lepas tu dah dekat2 nak berbuka tu kau pergi je kat restoren tu dan cari je meja yg ada nama ko dan dah siap terhidang semua menu yang dipesan tu..Mudah jer kan? ;)

Tapi jangan amalkan selalu ye puan-puan.. Sekali sekala boleh la ya sebab kalau tak henbeg ko yang rabak ada jugak kuali yang terlingkup atas kepala tu.. ​=))ĦŨǻĦǻĦǻ=))ĦŨǻ ĦǻĦǻ=))!
Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 6, 2012

Iftar Ramadhan ke-14 dan 15

Ambik kau.. Entry 2 dalam 1skaligus hehe.. Aku kan pemalas lipas nak update..jadi biarlah gambar yang bercerita ye.. Jap aku upload pic semalam dgn hari ni satu satu kat sini ek..

Ciken chop dari restoren selera cik siti nama dia..yummy.. Yang ni menu semalam.. Anak2 rekues nak makan..jadi kita ikutkan aje.. Senang dan takyah masak kat umah..tapi boleh tahan la jugak harga makan untuk satu famili..huhu

haaa.. ni plak menu terbaik dari dapur mak kita.. mee goreng basah dari chef mah yang terbaekkk.. sedap wok! makan sampai bertambah..ni dah nak tido pun perut ku rasa penuh lagi.. ;-)

makan dengan keropok..lagiila sedap!! ada lagi side menu yg lain..

roti john..

donat yang gebu..

dan kuih buah melaka.. Alhamdulillah.. sangat mengeyangkan walaupun tak makan nasi time berbuka tadi!
Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 3, 2012

Iftar Ramadhan ke-14

Diam tak diam dah masuk14 hari kita di bulan ramadhan ye.. hari ni baru la rasa terajin sikit nak upload gambar menu berbuka.. tak yah citer panjang2.. jom zoom..

amboi banyaknya hidangan.. penuh meja nampak tu.. mari kita zoom satu persatu..
daging bakar cicah kicap+cili+bawang+tomato
gulai tempoyak.. air tangan kakak ipar aku..dia yang bawak
sambal pauh *ma yang buatkan*
sayur lemak bayam+labu..idea aku yg rekues nak makan ;)
tembikai merah tapi tak berapa manis..huhu
budu durian wajib adooo..
ulam-ulaman penambah selera
ikan selayang rebus goreng.. pembuka selera
dan ayam goreng menu wajib untuk budak2 4 orang yang berpuasa tuu..


Alhamdulillah.... kenyang sangattt! sahur malam karang panas2kan yang ni je la :)


Published with Blogger-droid v2.0.6

Ustaz Azhar Idrus di Kota Bharu

Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 2, 2012

Ramadhan ke-12

Hari ke-2 di Putrajaya.. nak muntoh dah aku mengadap sistem MySPATA ni.. macam-macam details bangunan, tanah semua nak kena perinci.. pastu nak kena masukkan ukuran tinggi, luas, lebar semua.. semua rekod dan data teknikal kena ada.. pendek kata pengguna sistem ni boleh muntoh la kalau nak completekan semua.. hehe

Meh tengok menu iftar semalam.. mujur la encik suami pun ada kursus jugak di Bangi.. jadi bolehla kami dating berdua di Alamanda.. kalu tak for sure aku kena makan sorang-sorang.. ..

Abis kursus jam 4.30 petang terus call teksi ke Alamanda.. awal betul aku sampai..malas berjalan sebab bag pack aku berat sangat dengan baju dan laptop so dok menunggu je la encik suami sampai di food court  RASA tu sampai jam 5.30 petang.. lepas encik suami sampai kami round2 skejap kat dalam tu.. takde apa yang menarik bagi aku kat Alamanda tu.. tapi dah takde tempat lain nak pegi agaknya, sebab tu orang putrajaya ni pakat gi berkumpul di situ ;)

Jom tengok menu buka puasa semalam..
Mulanya aku nak booking kat restoren Johnny's sebab teringinnnn sangat nak makan steamboat dia yang dap2 tuh... tapi masa aku nak pi booking sebelum pukul 5 tu staf dia gitau yang meja still ada tapi heater untuk steamboat tu dah takde.. frust menonggeng mak.. T_T.. last2 makan kat food court luar tu je :(

Lepas berbuka terus hubby call teksi.. malas dah nak meronda sebab masing-masing dah penat ..aku pun rasa badan melekit-lekit sebab tak mandi lagi dari pagi sampai ke malam.. teksi datang ambik dan terus hantar hubby  ke Pusat Latihan BSN di Bangi.. aku lak menginap di Residence Inn kat sebelah UNITEN tu jer.. dekat memang la dekat tapi sebab kami datang atas urusan kerja jadi tak payah la menggatal nak berhoneymoon berdua di hotel ni .. tambah2 di bulan pose ni hahah...


cantik tak bilik di Residence Inn ni? ok la kan? cukup selesa untuk stay selama 1 malam di sini..  dok sorang2 memang heaven lah.. aku tido sampai termimpi-mimpi.. heh..



Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 1, 2012

Outstation..

Bulan Ramadhan ni ingat bleh la rileks skit dari kesibukan kerja tapi nampaknya sama je.. Pukul 6 pagi - now dh terpacak di airport. Ingatkan bulan puasa ni tak kena terbang macam selalu. Tapi dapat invitation pulak untuk pergi berkursus di kementerian. Nak tak nak kena pegi jugak sebab dah diberi tanggungjawab >_<

Berbekalkan sebuah beg untuk keperluan selama 1 malam..huk huk.. Kesian jugak sebab terpaksa tinggalkan anak-anak..especially si adik yg selalu kena suap time sahur.. Tapi takpe la..mama pegi satu hari jer pun.. Bukannya lama kann.. Macam suatu kebetulan pula bila encik faris pun turut sama kena pegi berkursus..tapi dia lama kena 3 hari.. Jadi urusan persekolahan anak terpaksa di amanahkan kepada tok pa dan tok ma untuk tugas menghantar dan mengambil budak2 time sekolah ;-) Oah..dh calling utk masuk flite..bye2!
Published with Blogger-droid v2.0.6