nuffnang

Thursday, September 13, 2012

Jamuan Raya Lagi..

Tak habis lagi dengan cerita makan hehe..
hari ni kat bahagian saya sendiri lak wat jamuan..
jamuan raya dan jamuan perpisahan kepada student praktikal di tempat kami
menu utama adalah nasi dagang putih semestinya air tangan bonda saya yang sedap bangatt..
yang lain semuanya staf bawak sorang satu menu (kira style pot luck gitu)..

Lepas makan kat bahagian sendiri merayap gi bahagian lain pulak
maklumla selagi belum habis syawal ni banyak pulak bahagian yang wat jamuan
di bulan syawal ini..

Pendek kata kalau sebulan camni asyik jamuan jer..
pasti pipi saya tembam macam belon .. huhu  >_<


Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, September 10, 2012

Hari makan-makan


Muka lapar pagi tadi..ambik gambar dulu pujuk perut suh dok diam-diam sebab laparrr yang amatt.. hehe


Hokkaido Cake.. 1st time jumpa.. rasanya macam roti manis... ada whipping cream dalam tu.. sedappp!

Meriahnya makanan di Bahagian Kejuruteraan Elektrikal ! kat Bahagian Pengurusan tak sempat ambik
gambar makanan.. terus ngap dan blah... hihi


Published with Blogger-droid v2.0.6

Sate Ikan Punya Pasal

Cer tengok muka anak jantan aku tu..
Ekceli dia baru lepas amukan pocong gara-gara adiknya balik dari Mydin Mall
(ikut aku pergi beli barang-barang dapur).. kedian dia hulur lidi sate ikan jer kat abang dia.. hehe

Tadi aku beli la sate ikan ni kat adik dia singgit kat depan mall tu ..
dalam kete tu si adik makan laa sesedap rasa ..
then bila sampai kat umah dia tayang lak lidi sate tu kat abang dia..

abang dia ni apalagi?!
mengamuk sakan la menangis sambil
cakap 'nak jugakkkkk.... nak jugakk..!'
kalau ikutkan tahap kesabaran mak dia ni
maunya aku lempang dia laju-laju ..

tapi mujurla mood aku petang ni ada baik sikit...
lepas setengah jam dia dok menangis tak berenti renti
terpaksa la aku bawak dia gi beli sate ikan tu balik.. ggrrrr!!

mujurlah pakcik sate ni tak beralih lagi .. kalau motor dia ni dah  tak ada sapa nak jawab????


Beli 3 hengget (15 cucuk) makan kat dia sorang-sorang ...
belum sampai balik kat umah dah tinggal lidi jer semua
yang kat sebelah tu mampu tengok jerr... hahahaha

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, September 9, 2012

Open House Raya 2012

Gambar-gambar kenangan semasa majlis rumah terbuka raya pada hari Rabu lepas (5 Sept 2012) ..
Alhamdulillah .. tercapai jugak hajat nak jemput kawan-kawan ofis n fesbuk serta saudara mara datang beraya ke rumah saya yang tak seberapa ni huhu ..

Sebenarnya tak bercadang sangat pun nak wat open house ni .. tetiba je terasa nak menjemput ramai2 datang ke banglo saya yang dah lama tertutup ni hehe .. (kita kan tinggal kat umah mak) >_<

Meja hidangan .. menu utama ialah nasi dagang kelate, nasi tomato, laksa penang, soto, popia goreng, lompat tikam, bubur kacang durian, fruit cocktail dan kek..

95% menu adalah homemade okeeyyy.. terima kasih kepada mak bonda yang bersusah payah memasak dan bersungguh-sungguh membuat itu ini untuk meraikan tetamu kita
*sayang ma ketat-ketat*

Majlis bermula dari jam 11 pagi hingga 7 malam (tapi malam tu pun ada lagi yang datang ..)
Start Jam 11 pagi tu dah berduyunnnn tibaaa *eh2 macam lagu Juliana Banos la pulak* ..
biasa la kalau jemput staf di ofis saya .. diaorang kalau bab makan memang cepat je sampai semua :D

 By the way, terima kasih kepada semua yang datang ye..  'terasa diri begitu berharga' .. chewaahhh....
saya dapati 90% jemputan adalah datang..
 yang tak datang tu memang saya paham sangat2 lah ..
mungkin ada yang sibuk, uzur atau berpuasa .. kan?
tapi takpe .. Insyaallah kalau ada rezeki lagi tahun2 depan saya buat lagi majlis yg serupa ini ;)

rakan-rakan ofis yang menyerbu seawal pukul 11 pagi..

makan kenyang2 ye semua .. silalah tambah ..
Rainbow Cake ni special saya tempah melalui fb .. sedapppp!!


Pavlova coklat ni pun sama .. mereka kata sedap tapi tuan rumah tak sempat nak merasa dek sibuk sangat melayan tetamu .. kena tempah semula la pasni huhu..

wah2.. seronok nampak semuanya bab makan  ni ye..

makan sambil berborak dan berseloroh sungguh menyeronokkan.. hehe
kaum pompuan biasa la.. sambil makan ralit bercerita ..

Yaya -sahabat lama hamba masa form 1 .. 20 tahun baru jumpa balik ..
thanks for coming Yaya !

My BFF yang malatops.. ce teka siapakah diantara mereka yang still single n available? ekeke..

Anis dan Mimi (Bos Besar MPKB) ;)

Tak cukup bergambar di bawah khemah kita naik atas rumah plak :D

Bersama geng-geng PA yang comel ..


Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, September 7, 2012

Saturday, September 1, 2012

Hari Makan-makan



Open house di rumah abang nizam..
Ada nasi minyak..lompat tikam..lontong..
sate dengan nasi himpit..pulut kuning..biskut raya..
semua dah selamat masuk dalam perut ni..heee

Pukul 3 tgh gi kenduri pulak..
makan lagi..

Hadoooo oh!
Bila la nak kurus? ? :-P

Published with Blogger-droid v2.0.6