nuffnang

Tuesday, January 29, 2013

10 gangguan ketika solat

Antara gangguan ketika melakukan solat adalah:

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratulihram

Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah kekiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat,syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yangbermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan. Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri. Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud(thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (HadisRiwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat kekiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu,selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).

8) Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.”(Hadis Riwayat Thabrani). Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya(menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”

10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (HadisRiwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.

~Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Friday, January 25, 2013

Al Fatihah buat Jeff!

Nama sebenarnya Aziz bin Yusof tapi semua rakan sekerja menggelar dirinya Jeff. Pada mata aku dia seorang pekerja yang lurus, mudah berkira dan patuh pada arahan ketua.

Walaupun dia tidak pandai membaca dan menulis tapi kerjanya jarang tersilap. Kalau disuruh hantar surat ke 10 bahagian dalam pejabat semuanya dapat diserah dengan betul. Itulah keistimewaan jeff. Dia tidak pernah malu untuk berbasikal dalam kawasan pejabat, menyapu sampah dan sebagainya.

Bila aku ditukarkan ke bahagian lain kadangkala di datang ke bilikku semata-mata nak bertanya khabar 'bos sihat hari ni?' .. Dan aku macam biasa akan jawab 'sihat2 aje jef..sebab tu bos datang keje ni'.. Kemudian dia terus blah sambil tersengih.. Kali terakhir dia singgah ke bilik aku dalam minggu lepas.. Wajahnya agak muram dan kurang ceria..

Dan tadi selepas bawa balik si boboy dari hospital aku dikejutkan dengan wasap geng2 ofis yang menyatakan jeff sudah tiada kerana penyakit darah tinggi yang serius. Sebaik saja mendapat perkhabaran itu aku terus menghubungi isterinya dihospital husm dan bergegas ke sana. Sewaktu aku sampai jenazahnya belum dimandikan tapi telah ditutup dengan kain kapan sementara ustaz yg memandikan sampai selepas solat jumaat.

Aku hanya mampu memberi kata2 perangsang kepada isterinya supaya banyak bersabar dan redha dengan pemergian beliau. Jelas terpancar wajah pilu dan sebak isterinya..mungkin mengenangkan nasib dirinya dan dua anak mereka yang masih dibangku sekolah..

Bercerita tentang penyakitnya, kami tahu dia ada penyakit darah tinggi tapi nampak tidak begitu serius. Cuma sebulan dua lepas dia alami keuzuran hingga beberapa hari tak datang ke ofis. Kemudian nampak ok macam biasa.

Mungkin telah sampai masa beliau untuk dijemputNya. Siapa sangka kan? Itu kerja Allah dan hanya Dia yang hanya maha mengetahui!

Al Fatihah buat arwah Aziz Bin Yusof.. Aku percaya dia insan terpilih olehNya kerana dijemput dihari baik (Jumaat) dalam bulan yang baik juga (Maulidur Rasul)..

Kami akan tetap mengingatimu Jeff!



Sent from my BlackBerry Torch9800® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 24, 2013

Boboy masuk wad

Akhirnya aku terpaksa masukkan anak sulungku ni di kbmc. Semalam pukul 11 malam bawa dia ke sini setelah seminggu dia mengadu perutnya sakit. Dalam tempoh tu jugak dia miss 3 hari ke sekolah. Kemuncaknya semalam bila dia muntah sampai 5 kali dan aku dengan encik faris bawa dia ke hospital semula untuk di wadkan.

Mulanya aku ingatkan anak aku ni sakit perut angin jer. So aku bagi dia ubat gastrik. Tapi tak hilang jugak sakitnya. Dua hari lepas tu dia ngadu cirit pulak. Last2 muntah kat sekolah dan pening kepala.

Alahai kesiannya anak aku sorang ni. Budak boboy ni kalau dapat penyakit mesti melarat. Kalau tak masuk wad susah nak sembuh sakit dia ni. Tapi bila dah masuk wad dan dapatkan rawatan doktor pakar kanak2 baru la sembuh sakitnya. Antibodi lemah kau ni nak.. huhu..kesian..


posted from Bloggeroid

Wednesday, January 23, 2013

RM200

Alhamdulillah.. Orang kata rezeki jangan ditolak.. Musuh jangan dicari.. Tak gitu?!

Tengahari tadi aku ke sekolah anak-anak terima duit bantuan persekolahan tu. Dalam surat jemputan gitau pukul 2 dah kena berada di sekolah. So dalam 2.15 camtu aku dah sampai di sekolah. Daftar dulu untuk dapat kupon. Sapa takde kupon tu takleh tukar dengan duit RM100 untuk seorang anak. Jadi sebab anak aku 2 orang dapat la 2 kupon.

Tunggu punya tunggu pukul 3 baru majlis bermula. Tunggu VIP UMNO kata kau. Pastu dengar ceramah pulak dekat sejam.. Alahaii..dah la keje aku banyak lagi nak buat kat opis.. Terpaksa la demi nak dapatkan fulus percuma tu. Bukannya kemaruk sangat tapi dah hak kita kan? Takkan tak nak ambik..

Pukul 4 lebih baru la settle semua. Aku sampai opis balik dah jam 4.30 ptg. Pukul 5 dah tamat waktu kerja.. Esok lak cuti Maulidur Rasul. Hmmm.. Elok la sangat..terpaksa tunda semua kerja aku demi RM200 tu..

Ok takpe2.. malam ni mama belanja anak2 makan seafood nak? ♡hϱϱ♡hϱϱ♡hϱϱ♡"̮..

Sent from my BlackBerry Torch9800® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 16, 2013

Girls day out!

Assalamualaikum..

Lamanya tak update
Dah macam takde mood nak berblog
Agaknya dah kering idea kot huhu..
Pagi tadi wasap2 dengan geng kepoh di ofis berajak keluar makan reramai.
Kalau bab makan semua laju jer tambah2 waktu pagi time perut lapar berkeroncong huhu..
Makan nasi kerabu dengan ayam dan daging bakar cicah kicap.. memang sedap dan menyelerakan..

Thanks kepada cik Anis kita yang sudi belanja dan bawak kitaorang ke sini. Next projek di Kopitiam Kita pulak ye ;)
posted from Bloggeroid

Monday, January 7, 2013

Friday, January 4, 2013

Nasi Beriyani Simple

Baru lepas lunch. Alhamdulillah kenyangnya.. hari ni masak simple2 je dengan mak. Menu nasi beriyani, kurma ayam, acar timun + carrot, sambal belacan dan ayam goreng. Aku makan bertambah tambah sampai 2 pinggan. Now kenyanggg sangat dan mata pun dah start melayu. Tido la skejap ;)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Hari berganti
Bulan berganti
Tahun pun berganti 
Tahun baru harapan baru 
Tetap semangat 
Masa lalu adalah kenangan 
Hari ini adalah goresan 
Hari esok adalah harapan 
Selamat tahun baru 2013 
Selamat tinggal kenangan 
Selamat datang harapan !

Published with Blogger-droid v2.0.9