nuffnang

Tuesday, October 29, 2013

Fungsi Handphone Yang kita Tidak Tahu

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ‘ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.

4) TELEFON KENA CURI

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya.

Sumber: whatsapp

Sunday, October 13, 2013

celebrate besday boboy dengan adik

Assalamualaikum ..

lama giler tak update!
bersawang abih blog ku ini nampaknya ..
fuh ..fuh.. kasi tiup sket #ambikvakumdgnmop

apalaa malasnya tuan punya blog ni
malas bebenar nak update
padahal banyak jer bahan yg nak diceritakan..
tp dah sebab penyakit 'M' tu terlebih maka terbengkalai la blog ni jadinya.. hihi

cerita semalam..
celebrate besday boboy dengan adik
boboy yang ke-11
adik lak yang ke-8
dua orang ni date besday dekattt sgtttt
si abang 13 oktober n adik lak 14 oktober
so every year harusla celebrate sama-sama
pandai mak bapak diaorang ni kan? :)))

memandangkan semalam adalah cuti hujung minggu
jadi kita wat awal sket la .. 12hb

beria ia dua beradik ni mintak mama dgn papa dia buat kan besday party
ramai kawan-kawan yg nak datang katanya

okla anak..
kita layan ajer la
coz sebelum ni takdenya penah wat celebrate besar2 pun kan
setakat beli kek sebijik pastu bawa makan kat luar huhu ..


gambar mama di hari kejadian..
harusla letak gambar mama dulu sebab tak ambik gambar pun dgn anak anak masa party tu
masa ni keluar untuk ambik kek kat bandar
pakai shawl serabai jer
tak koser nak belit belit bagaii :D


makanan budak budak ..

aku sebenarnya pening nak pikir nak wat party budak budak ni
dok pikir nak hidang apa laa kat kawan kawan boboy dgn zahra ni
last last pegi supermarket tolak troli capai je apa yang terlintas dalam kepala
dengan apa yang nampak depan mata hehe ..


meja hidangan ..
buat kat bawah porch luar rumah je senang..
takde sepah sepah kat dalam rumah
kan budak budak ramai
kang kalau makan tumpah sana sini sapa nak kemas?
bibikkkk jugakkk ... #bukan aku pun yang kemas .. kekeke


goodies untuk budak budak..
isi dalam tu ?
sumi jely sketul ..
roll cake ..
ceklat mentos dua bijik
ceklat ala ferrero rocher sjibik

kawan kawan si boboy la yang ramai skit
si adik tak menjemput mana pun
malu katanya
budak budak kan..
yang ada dua tiga kerat tu pun anak jiran jiran sebelah rumah :)


fast food goreng goreng je
sesuai la untuk makan budak budak pukul 3 ptg
makanan berat aku tempah mihun jer
tu pun tak habis..


besday kek yang yummy.. ada fruits lagi..


budak budak yang tak sabar tunggu pukul 3
jam 2 lagi dah terpacak kat rumah aku heheh



hepi besday anak anak ku
mama dan papa doakan kamu berdua menjadi anak yang soleh dan solehah
mudah belajar dan sentiasa taat pada ibubapa!

mama dan papa tak mampu nak bagi hadiah yang besar besar
dapat celebrate macam ni pun dah kira ok la kan?
berhabis sakan dah mama dgn papa korang bulan ni hehe..

hadiah tunggu ujung bulan 1 tahun depan..
kita gi oliday ... yeehaaa!!

Monday, October 7, 2013

Amalan Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum Tarikh penting utk muslimin muslimat : Hari ni 5 okt 2013 sabtu mlm ahad (Maghrib) = 1 zulhijjah 1434Hijrah Semua yang terlibat dgn ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Apabila kamu telah melihat anak bulan zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya." (Hadith Riwayat Muslim) Isnin 14 Okt = Hari Arafah 9 zulhijjah. Jom kita puasa ramai2. Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi) Takbir raya Aidil Adha selepas Subuh hari ke 9 Zulhijjah (14 Okt) dan berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah. (masuk magrib 14 zulhijjah tamat) Selasa 15 Okt = 10 Zulhijjah Eidul Adha Solat Raya Bawa semua anak , isteri termasuk yg uzur/haid. Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak ada amal yang dilakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah melebihi amal yang dilakukan di tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Oleh kerana itu, perbanyaklah membaca tahlil, takbir, dan tahmid pada hari itu.” (HR. Imam Ahmad)