nuffnang

Monday, June 27, 2011

Rumah Kak Yah Terbakar..

page 

Kesian Kak Yah.. she is one of my staf yang di duga dengan ujian yang berat olehNya.. Rumah terlibat dalam satu kebakaran besar yang melibatkan lebih 5 buah rumah di Kampung Dangar, Pasir Mas pada 10 Jun lepas.. kebakaran berlaku pada waktu petang hari Jumaat lebih kurang jam 5 petang..

Saya bergegas ke tempat kejadian keesokannya selepas mendapat berita tersebut dari anak buah yang lain. Memang keadaannya sangat menyedihkan kerana semua rumah (antara 5-8 buah) hangus dijilat api. Tak banyak barang yang sempat diselamatkan.. boleh dikatakan semua penghuninya tinggal sehelai sepinggang.. kak yah hanya sempat menyelamatkan beberapa barang seperti set sofa dan sedikit kain baju aje.. yang lainnya semua hangus dan punah sama sekali dijilat api..

rumah kyah

Sangat kasihan kan? kami di pejabat pakat menghulurkan sumbangan setakat yang mampu.. semoga kak yah tabah dan redha dengan ujianNya ini..

Sunday, June 26, 2011

Majlis Makan-makan

Acara makan-makan sempena majlis perpisahan dengan student praktikal di cawangan kami.. Buat simple2 jer as a morning breakfast.. Ada sate, nasi impit dengan roti dan kuah kacang serta sedikit kuih muih pembasuh mulut...

Alhamdulillah.. Kenyang sampai ke tengahari :-)

Published with Blogger-droid v1.7.2

Mimpi Buruk

It’s sooooo scary…sangat tidak suka bila mendapat mimpi buruk.. jalan ceritanya pulak mengarut dan tak logik mengalahkan filem tamil.. nak kata sebab sebelum tido tak basuh kaki rasanya tak betul sebab aku dah siap semayang isyak sebelum tido semalam.. doa pun dah baca.. tapi still dapat mimpi buruk yang membuatkan diri susah mau sedar bila masuk waktu subuh.. sudahnya waktu sedar diri untuk semayang subuh telah terbabas selepas pukul 7 pagi.. huhu…

Saturday, June 25, 2011

Katak Dalam Bungkusan Nasi

image image

Aku pasti masa korang mula2 baca tajuk entry ni pun semua orang dah loya anak tekak kan?.. mana taknya.. cuba korang bayangkan.. masa uols tengah sedap sedap menikmati hidangan sebungkus nasi dengan lauk yang enak tetiba korang tertelan makhluk tuhan paling seksi yang comel ni dan…. gullppp.. masuk ke dalam anak tekak korang…errrkkk!!

Kalau la benda ni terkena kat aku sure tak lalu makan sebulan weh!!

Hakikatnya, ini lah pengalaman yang tak dapat dilupakan oleh seorang pemuda seperti yang diceritakan di dalam berita di bawah ini…

RANTAU PANJANG – Seorang lelaki di sini terkejut apabila mendapati nasi yang dibeli di sebuah kedai di pekan Rantau Panjang pagi semalam mempunyai seekor katak bersaiz ibu jari orang dewasa.

Lelaki terbabit yang mahu dikenali sebagai Faizal, 25, berkata dia kecewa kerana peniaga terbabit tidak menitik beratkan soal kebersihan ketika penyediaan makanan. Menurutnya, dia tidak melihat isi bungkusan berkenaan dan terus makan, bagaimanapun hasratnya terbantut apabila melihat objek seperti katak dalam makanan tersebut.

“Saya baru menyuap nasi ke mulut tetapi sebaik melihat objek seperti katak saya berhenti.

“Selepas mengamatinya jangkaan saya tepat, ia memang katak dan saya terus muntah,” katanya.

Faizal berkata, nasi berlaukkan daging serta sayur campur tersebut dibeli dengan harga RM3.00.
Menurutnya, dia memasukkan sendiri daging goreng ke dalam bungkusan nasi tersebut sementara sayur dicedok peniaga tersebut.

“Selepas muntah, saya tidak dapat makan, saya masih terbayang-bayang katak yang terdapat dalam bungkusan nasi itu.

“Saya percaya, katak tersebut digoreng bersama sayur campur, saya kecewa dengan apa yang berlaku dan berharap pihak kesihatan mengambil tindakan kepada peniaga yang tidak menitik beratkan soal kesihatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian Edisi Kelantan, 25 Jun 2011

Huhuhu..kesian kan? memang patut dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa la penjual ni.. eloknya dikenakan tindakan sewajarnya di atas kecuaiannya menjaga kebersihan makanan di premisnya tu..

Ada ke Kawan-kawan yang Masih Ingat Pada Saya?

Lamanya tak update blog dengan cerita atau kisah yang panjang berjela.. nak buat camana..kesibukan kerja mengatasi segalanya.. time ofis agak sibuk dengan macam-macam kerja dan orang yang datang nak mengadap kita.. bukan tak buka internet langsung tapi masa untuk mengadap internet lelama sangatla terbatas.. waktu lunch tengahari pulak sibuk berkejaran mengangkut anak-anak balik dari sekolah.. petangnya pula, pulang agak lewat dari ofis dan badan rasa tersangatla fenat sehingga otak menjadi tepu dan takde idea langsung nak menulis… huhuhu.. teruk betul ai ni kan? buat entry pun macam sampah jer..

Orang lain ada blog semua rajin je menghapdate.. tapi kita punya blog ni.. ehehe *korang bole nilai sendiri la kot ;)* agak-agaknya ada ke orang yang rindu kat blog ai ni? ada lagi ke kawan2 setia yang rajin menjenguk ke sini? minta maaf la ye kawan-kawan kalau ada yang terasa korang je yang rajin masuk ke sini tapi tak dapat kunjungan balas ai semula… bukan itu yang ku mahu tetapi dek kerana keterbatasan masa dan keadaan saya yang sentiasa bizi di alam nyata ni menjadikan masa untuk membuat kunjungan balas dan blogwalking agak terbatas.. tapi lepas ni ai akan cuba sedaya upaya untuk kembalikan masa berblog seperti masa mula2 ai naikkan blog ni dulu..hoccay? =)

Ekceli ai rindu uols sangat2 dan saaaayaaanggg uols ketat-ketat.. ehehehe…. nantikan entry ai yang tak best langsung ni  esok lusa dan seterusnya okeh?? mmmuuaaahhss..

Thursday, June 23, 2011

Sssyyyyyhhhhh

Sssyyyyhh, jangan bising-bising ye.. Jangan bercakap dan tidak dibenarkan meniru atau merujuk apa apa nota yang di bawa..

Dengan lafaz bismillah anda boleh mula menjawab sekarang :-)

Mode: sedang bertugas sebagai Ketua Pengawas Peperiksaan untuk jawatan Jurutera
Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, June 17, 2011

Alhamdulillah..akhirnya impian terlaksana

Rasa macam tak percaya.. finally my dream comes true..samsung galaxy tab sudah berada di tangan..siapa kata galaxy tab takleh update blog? Ai dh buktikan yg itu tidak benar malahan its soooo fun..so kawan2 tunggu apa lagi? Jom blogging guna galaxy tab pulak..heeee..
Published with Blogger-droid v1.7.1

Thursday, June 16, 2011

Datanglah Mood..Datanglah Idea

Datanglah wahai mood.. datanglah wahai idea..

Datanglah wahai mood.. datanglah wahai idea..

Datanglah wahai mood.. datanglah wahai idea..

Datanglah wahai mood.. datanglah wahai idea..

Datanglah wahai mood.. datanglah wahai idea..

Datanglah wahai mood.. datanglah wahai idea..

Datanglah wahai mood.. datanglah wahai idea..

Datanglah wahai mood.. datanglah wahai idea..

Datanglah wahai mood.. datanglah wahai idea..

Datanglah wahai mood.. datanglah wahai idea..

*Kes: malas nak update..huhu

Saturday, June 11, 2011

Budu VS Kepok Lekor

Budu vs kepok lekor

atau

Kijang vs Penyu?

masih lagi dalam debaran

menanti berakhirnya

perlawanan piala FA malam ni

aku tengah berdebar-debar ni

huhuhu…

apapun aku tetap sokong KELATE

GOMO KELATE GOMO!!

image

Friday, June 3, 2011

Cuti-cuti Malaysia

Salam semua…now bersiaran dari Kuala Lumpur..chewahh..macam jauh sangat..yela..dr kb ke kl..jauh la jugak kan? semalam bertolak, subuh tadi baru sampai.. Alhamdulillah..badan pun rasa dah semakin sihat dah..kalau tak taulah nak cakap camana..sudah pasti rancangan cuti-cuti Malaysia kali ni terbatal dan anak-anak akan majuk majuk sebab tak dapat melancong..hehe
 
Jadi esok kami dua keluarga (ai dan famili kakak) akan sama-sama berkonvoi pergi ke rumah abang sulung di Johor.. dah lama dah ekceli tak sampai  keJohor ni..seingat ai last sekali pegi Johor masa abang ai yang nombor empat tu kawin kot..lepas tu tak pegi pegi dah.. maklumlah, jauh bebenar rasanya jarak antara Johor dengan Kelantan ni.. nak pegi kali ni pun terpaksa transit di KL dulu.. kalau pegi straight dari Kelantan pun mungkin akan memakan masa perjalanan yang panjang hingga 12 jam..fuhh..tak larat!
 
Bila berjalan dengan keluarga reramai ni rasa seronok la sikit..bebudak pun ramai yang memeriahkan suasana perjalanan dan tak la kita rasa penat sangat..kan? harap-harap perjalanan kami esok lancar walaupun dah nampak dan mendengar khabar yang keadaan traffic musim cuti sekolah ni tersangatlah sibuk.. tapi nak wat camna kan.. dah memang musim cuti sekolah ni memang gitu la keadaannya.. sibuk tak sibuk, jem tak jem jalanraya atau highway tu kena la redah jugak.. dah musim orang melancong dan balik kampung berkenduri sana sini ;)
 
Alang-alang sampai Johor esok ingat nak masuk ke Singapura lah.. hehe..jadi ke tak jadi ni ek? apapun kita tungguuu dan lihat lepas sampai sana esok ;)
 
Tataaaa…..