nuffnang

Wednesday, July 17, 2013

Airmata Rasululullah SAW

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizin kannya masuk, 'Maafkan lah,ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuat kan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'

'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya.

'Uushiikum bis shalati, wa 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihih
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.

Tuesday, July 16, 2013

Cuti cuti Tok Aman Bali Beach Resort

Salam Ramadhan..

Ni cerita seminggu sebelum puasa baru ni. Kami plan nak bawa anak-anak bercuti di resort Tok Aman di Kg Semerak Daerah Pasir Puteh yang letaknya kira-kira 50km dari bandar Kota Bharu. Memandangkan cuti sekolah hari tu aku dan encik faris tak sempat nak bawa anak-anak bercuti makanya kami pun bawa la mereka bercuti di sini sebelum menjelang Ramadhan ni.. pelepas hajat budak budak nak mandi kolam katanyer ;)


Cantik sangat resort ni .. nampak sangat exklusif dengan suasana yang tenang dan jauh dari kesesakan bandar..
Ruang lobi tempat check in ..

Bilik kami. Aku mintak kat ground floor supaya senang nak akses ke kolam renang. Luas bilik ni .. yang ni jenis family room dengan 1 katil queen dan 1 single bed. Aku rikues 1 lagi extra bed untuk boboy sebab yang single bagi kat ma yang datang skali dengan kami sekeluarga.

Harga bilik? bermula dari RM198 ke atas ..

view from the toilet .. amboi, see tru kauu .. jangan lupa tarik blind tu sebelum mandi yer .. kalau tak senang-senang jer boleh tengok free show dari luar hik hik..

landskap di perkarangan resort yang sangat cantik ..

bonda ku yang vogue :)

phewittt ... berspek itam di tepi kolam gitew ..

ni aktiviti petang tu .. budak budak dan encik faris turun ke kolam tapi aku malas nak turun basahkan baju semua.. lepak tepi kolam jer dengan ma sambil makan cekedis.. hii

adik .. mengelip sampai itam kulit tu dok berendam tengah panas

eh? ni budak mana pulak yer? kami datang 2 famili sebenarnya .. my abang jea dengan familinya pun ikut sekali .. tu budak wafin dengan budak balqis yang tak reti nak naik ke darat bila jumpa air .. hehe

suka la dapat berendam yek ..



orang suruh pose dia wat lembik camtu pulak .. isshh boboy.. boboy!

Sunday, July 14, 2013

Iftar hari ke-5


Sebelum menjelang esok dan aku sendiri yang telan ailio tengok lauk pauk kat bawah ni jadi baiklah kita publish entry berbuka hari ni malam ni terusss .. boleh ? ;)

ni menu berbuka time maghrib tadi ...
aku masak kari ikan siakap, telur bungkus dan sotong celup tepung untuk anak-anak .. then add on tembikai merah dengan kuih onde-onde

Alhamdulillah .. berbaloi-baloi aku masak hari ni
anak-anak dan encik suami puji sedap dan makan bertambah-tambah ..
 bagus2x .. esok lusa kalau mama rajin mama masak lagi ek!
tu pun kalau mama korang ni rajin la..
kalau mama tak berapa nak rajin jawabnya tapau lauk kat PARAM jer la kita yek :D


telur bungkus yang tak seberapa cantik .. rupa tak menggambarkan rasa ye .. ni disebabkan kuali yang aku guna tu agak dalam dan tak sesuai untuk buat telur dadar.. nak guna pan leper tu tengok macam kecik lak.. kang tak muat nak dadar telur ni silap  haribulan jadi tebal 1 inchi telur dadar aku .. hihi

kari ikan siakap ..
ni percubaan pertama aku masak kari ikan guna ikan siakap .. mula-mula ingat nak masak stim jer ikan ni tapi bila pikir2 asyik stim jer makanya aku pun tanyala cik google masakan apa yang sesuai guna ikan dan hasilnya ... wallah!! sedap sangat masak kari pakai ikan siakap ni rupanya... dengan isinya yang lembut..ditambah dengan airtangan tukang masaknya yang sedap ... kekeke *muntoh*

sotong celup tepung .. aku guna yang instant jer ni .. beli kat supermarket jenama Pacific West ..  500gm berharga RM17 .. sedap sotong ni tau.. lembut jer isi dia ..

air sirap laici .. manis giler bibik aku bancuh .. sampai kena tambah air sejuk banyak banyak lagi baru kurang manisnya... kalau la hari2 minum air macam ni maunya aku laki bini cepat kena kencing manis >_<

Ni nak tunjuk jugak menu semalam .. nasi ayam madu pun aku yang masak tauuu ..guna resepi dari cik google jugak .. Alhamdulillah menjadi dan sedap famili kata ;)

Iftar di Hotel Perdana KB

Assalamualaikum semua..

sebelum tu aku nak ucapkan Salam Ramadhan kepada korang semua :)
ada yang dah tinggal puasa? Kalau ada tu pandai pandai la kaver yek terutama kaum hawa yang wajib kena tinggal puasa ni. Jangan nak over sangat masak megi ke apa time bulan pose ni kang tak pasal pasal kantoi korang jugak yang malu.. kekeke :P

Persiapan raya korang caner? 
Amboii baru masuk 5 hari puasa dah kepoh pasal persiapan raya kauuu. Eh eh.. mesti la kenn.. mana bleh prepare lambat lambat.. nanti tak sempat dan bz dengan orang ramai kat shopping mall tu. Jadi haruslah kami sekeluarga membuat persiapan awal memandangkan tahun ni langsung tak menempah baju dengan tailor huhu..

shopping baju raya anak anak kat kb mall .. bajet baju raya keluarga macam biasa incik faris yang sediakan :)
tarraaa... dah dapat sorang 3 pasang .. complete dengan kasut sekali .. tersenyum simpul 2 beradik ni
lepas shopping di kb mall terus ke Hotel Perdana ni untuk berbuka.. kami sampai awal sejam dan solat asar dulu sebelum survey hidangan yang disediakan.. untuk pengetahuan uols hotel ni baru dibuka semula pada bulan Ramadhan ni selepas beberapa bulan ditutup untuk renovation *picture google*
menu special di sini .. kambing golek wajib ada ..

jom ambik gambar adik dulu .. dah cantik hotel sekarang lepas renovation ..

bersiap sedia untuk berbuka .. habis ke tu boy dan adik ? banyak nyaaa...

close up makanan di meja kami .. mujur la meja tu kecik .. kalau tak lagi penuh meja tu aku angkut semua jenis makanan .. hihi

ni mamanya yang punya ... nasi minyak  dengan lauk pauk nya.. aku ambik skit jer takut tak muat space dalam perut nak makan benda lain lagi .. eh, sikit ker camtu? haha

cis kek dan biskut .. semuanya sedap!

kiri : sagu gula melaka *sedap* kanan: gulai rusa .. aku cicah dengan roti *pun sedappp*

Segala macam kerabu *aku ambik serba skit*

kambing golek yang special iteww ..

abc boboy yang punya .. tapi budak ni tak larat dah nak makan .. last2 mama dia yang kena habiskan .. ggrrr

gulai tempoyak ikan patin .. aku tak ambik

kerabu stalls ..


rojak buah pun ada..

bahagian sup .. kambing .. tulang .. ayam .. perut .. semua ada *tapi kuah sup dia agak masin aku rasa*

kiddos yang tak sabar menunggu nak berbuka ..

ibu dan anak lelaki .. heheh

yang ni last aku makan lepas solat maghrib kat situ .. cempedak dan ubi goreng dengan popia .. nak masuk perut pun rasa macam terpaksa dah ... kenyang bangattt >_<


Harga pakej berbuka untuk dewasa RM 65 .. kanak-kanak 6 tahun ke atas RM32.50
Ekceli banyak lagi hidangan yang disediakan macam spagetthi, nasi ambeng, segala macam gulai kawah, asam pedas, aiskrim, desert dan air air.. tapi aku tak sempat nak snap semua sebab orang ramai kenn... 
Overall agak berbaloi la dengan harga pakej yang ditawarkan tu.. 
Kalau korang yang dok Kelantan ni nak cuba hidangan berbuka di hotel ni boleh call no 09-7458888 untuk tempahan..
ok..bai!