nuffnang

Sunday, June 23, 2013

Al Fatihah buat Pak Kob!

Assalamualaikum..
Pagi ni mendapat perkhabaran yang jiran saya Pak Kob telah meninggal dalam tidur semalam. Sejak kebelakangan ni memang nampak beliau agak uzur. Nak bangun pun dah tak larat. Mungkin disebabkan usianya yang menjangkau lebih 80 tahun saya kira menyebabkan beliau semakin uzur. Sementelah arwah isterinya Mak Mah telah banyak tahun pergi meninggalkan beliau.

Dulu Pak Kob lah yang sering menemani abah di bawah porch depan rumah untuk sarapan bersama-sama. Arwah abah sering mengajak Pak Kob untuk sarapan pagi bersamanya. Dia kata kesian dengan Pak Kob sebab dia kesunyian. Pak Kob ni pendiam orangnya. Tak banyak bercakap. Lagipun pendengaran dia sudah kurang. Arwah abah je yang rajin menemaninya.

Jika ada makanan yang lebih abah akan bawa kepada Pak Kob. Sebelum meninggal abah pernah berpesan supaya jangansesekali  lupakan Pak Kob walapun dia telah tiada. Sebab tu ma seringkali ingat pesan arwah abah supaya sentiasa berbuat baik dengan orang susah seperti Pak Kob. Seringkali waktu pagi bibik siti akan ke rumahnya untuk menghantar sarapan yang dimasak oleh ma walaupun sepinggan nasi goreng atau mihun. Semalam bibik siti cerita Pak Kob nampak dah tak larat nak bangun semasa dia hantarkan makanan untuknya. Nampak sangat yang beliau dah semakin uzur.

-Gambar Hiasan-

Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah SWT  dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Salam takziah kepada anak-anak, menantu dan cucunya..

Al Fatihah!


Mi Kari Ketam






2 kali tambah..

Now tengah lepak kekeyangan sampai berdengkur dengkur laki aku...

Gara gara penangan mi kari ketam hehe..

Tq mak bonda sebab masakkan mi kari yang maveles ni.. tercapai hajat aku nak makan mi kari ni.. dah lama mengidam mengalahkan orang mengandung..hihi
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, June 16, 2013

Cucur Bilis Simpel




Petang ni terasa nak makan cucur bilis. Balik keje campak henbeg..bukak tudung.. terus masuk dapur. Suruh bibik keluarkan bahan bahan untuk wat cucur - gandum..daun bawang..bawang besar..ikan bilis (tumbuk sket).. telur dan garam. Laju-laju bancuh tepung tu dengan air panas campur air sejuk. Tunggu setengah jam baru digoreng. Dah... siap!! Boleh jamu perut bonda dan anak2. . :)
Published with Blogger-droid v2.0.10