nuffnang

Tuesday, February 15, 2011

Jangan Kau Berdamping Dengan Aku..

DampingMalamDVD
Baru abis nonton citer ni. Petang tadi masa keluar shopping kat KB Mall, aku ternampak la DVD ni dijual di satu kedai vcd di situ. Teringatkan si boboy yang beriya-iya nak tengok citer ni di Astro First minggu lepas. Tapi aku tak kasi sebab baru je ‘beli’ Ngangkung minggu sebelum. Kang melambung bil Astro bising la pulak papanya nak kena bayar..hihi..

Sampai umah terus DVD tu di pasang..satu family mengadap tv nonton sama-sama. Oh.. best jugak cerita ni..unsur-unsur seram yang dipaparkan bisa membuat jantung berdegup kencang.. jalan ceritanya pun tidaklah berat sangat.. mudah difahami berbanding kita baca sinopsis dia yang berbelit-belit tu :)

Mesej disebalik cerita ini: “JANGAN AMALKAN ILMU HITAM.. KELAK IANYA AKAN MEMAKAN DIRI SENDIRI.. TIADA GUNANYA KITA BERKAWAN DAN BERDAMPING DENGAN SYAITAN KERANA DIA ADALAH MUSUH YANG NYATA”

Sekian, terima kasih.

PN: yang aku rasa nak gelak si boboy siap jadi pengulas pulak masa citer tu tengah main.. aku tanya, “boboy tengok kat mana?mama tgk boboy tau semua je jalan crita ni? “dia jawab ‘kat youtube..’ laa..rupa2nya dia mengoogle laptop mamanya ni sebab nak sangat tengok citer ni..hihi..

1 comment:

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Hapuskan ilmu hitam..
Kalau shaja mahkamah boleh jatuhkan si ilmu2 hitam sedunia, pasti org2 baik akan hidup aman damai kan?
apapun, salam maulidur Rasul kak nur and family!
wahh, damping malam?? cite malay atau indon nii?
bunyii cam indon je?
belom tgk agii nii...