nuffnang

Wednesday, March 30, 2011

Jadi Menteri Pembangunan Wanita Sekejap..

Ibu Tunggal

Aku masih kat ofis sekarang..

biasala hari-hari time ni

aku still kat ofis

walaupun orang lain

dah sibuk sibuk nak balik

bila tengok je jam 5 petang

tak macam aku

selagi belum pukul 7

dok bertapa la aku dalam ofis ni

dengan dua orang kerani ku

tengah sibuk menyiapkan

kerja-kerja dan program

yang dirancang setiap minggu

Lagipun esok ada majlis rasmi

untuk penyampaian bantuan

kepada ibu-ibu tunggal

dalam jajahan jabatanku

maka terpaksa la aku

naik pentas sekejap

mengambil alih tugas

YB Senator Dato’ Sri Sharizat

selaku Menteri Pembangunan Wanita

Keluarga dan Masyarakat

hahaha..*perasan*

antara teks ucapanku nanti..

 

“Pihak KADA sentiasa prihatin dan berusaha untuk

meningkatkan taraf hidup

golongan yang berpendapatan rendah dalam

kawasan KADA terutama golongan miskin tegar

dan ibu-ibu tunggal khususnya..”

 

chewaahh… tak macam

Dato’ Shahrizat gitu?

hahaha.. ok la tu, kan? =)

 

Harap-harap semuanya berjalan lancar esok

Insyaallah :)

 

Nota Kaki: Aku berucap yang bahagian kata-kata aluan jer..

yang selebihnya bos aku la..hehe

Tuesday, March 29, 2011

Hujan Rintik-rintik Air Bergelora..

Dari petang semalam hujan lebat betul… kepala pening.. perut pulak meragam.. pukul 10 mlm aku dah masuk dalam selimut.. tiba-tiba tengah malam tadi terjaga bila dengar hujan lebat sangat.. bangun pagi ni kawasan rumah dah dikepungi air.. bilik stor kat rumah pun dah dimasuki air.. ingat dah malas nak datang kerja.. tapi mengenangkan ada miting pagi ni dan banyak surat-surat nak kena ‘sign’ maka niat bercuti tu terpaksa lah dibatalkan. Ekceli aku rasa tak sedap perut sangat ni.. dari semalam dah berbelas kali ke bilik air.. tak tau la kenapa.. mungkin penangan ubat kurus yang ku telan malam kelmarin.. tak sangka pulak kesan dia sampai camni.. nak lembik dah aku rasa.. huhu..

So, sampai kat ofis pagi ni aku arahkan assistant kanan ku untuk masuk miting.. harap-harap semuanya ok lepas ni.. wahai perut.. jangan la buat hal lagi.. kang tak pasal-pasal aku kena ‘bersaie’ ke toilet macam semalam.. =)

Monday, March 28, 2011

Cuti-cuti di Tanjung Demong

Rupanya bercuti kat ‘tepi’ rumah pun best jugak… takyah pegi jauh kalau nak pi makan angin di hujung minggu. Perjalanan yang cuma mengambil masa sejam sudah cukup membuat anak-anak riang gembira.. janji tempat yang dikunjungi itu haruslah ada kolam untuk berendam ala badak air selama mana diaorang suka.. hihi.. tak percaya? jom tengok..

P3252843

boboy berendam sampai ‘mengelip’ kulitnya eh..

P3252846

adik pun apa kurangnya.. sampai kulit jadi legam abis..

P3252850 P3252847

Pendek kata diaorang berdua ni memang sakan lah berendam selama dua hari tu.. kalau boleh tak nak naik ke darat.. pakat nak jadi dugong belaka.. hihi.. mamanya jugak la yang jadi puteri lilin kat situ.. dok control nak cover muka lagi menahan panas.. tengok..

P3252858 

P3252869

Bajet lawa je dok tengah panas dalam kolam..kekeke.. aaiii.. dok cek perut ke apa tu? oo.. buncit yea.. tau takpe :)

P3252864 amacam? cantik tak? bwekkk.. :P

Papanya mana?? adaaa.. sama naik dengan si anak.. meh tengok sini..

P3252872 P3252863

Percubaan menjadi otromen tak cukup tinggi ngan boya laut naik ke darat.. kehkeh.. *pose mama yg ajar ;)*

We all bukan pegi satu famili je tau.. tapi skali ngan my bro’s nye family skali.. jadi haruslah ada affin, balkish dan juga uwaiss..ngeeee~

P3252856 P3252874

alahai.. si affin pejam mata pulak masa cik nor snap pic tuh.. uwais pun tak nak lepas kan peluang mandi kolam jugak yea… tengok tu.. suka bebenor eh bleh masuk dan tepuk dalam air =)

P3252866 P3252873

ni sorang lagi.. bapak budak yang tak sedar diri.. hahaha!

P3252880 boboy in action.. nak berenang cam orang dewasa.. tapi asyik tenggelam timbul jea.. hehe

P3252882

banyak lagi picture ekceli.. nanti sambung kat next entry :)

Friday, March 25, 2011

::Family Weekend::

holiday

Salam pagi Jumaat.. dari dinihari lagi hujan turun..agak lebat..sekarang pun belum berhenti.. tapi pelik jugak pasal hari ni aku bangun pagi.. biasa kalau hari hujan suka memeram dalam selimut.. hehe.. Alhamdulillah cuti hari ni.. baru hilang kepenatan bekerja.. plan hari ni nak bawa anak-anak bercuti kat resort di Besut. Maklumla cuti sekolah baru ni tak pegi memana.. jadi dengan masa yang ada ni elokla bawa mereka bercuti kan? now tengah packing-packing.. jap agi nak bertolak la.. petang ni nak main pasir pantai..yehaa! kalau hujan? main dalam kolam kt resort je la nampak gayanya.. ^_^ .. takpe anak-anak.. hujan ke, tak hujan ke.. pegi tetap pegi? ok? :)

Wednesday, March 23, 2011

Outstation Lagi..

Semalam ke KL..melalui udara..hari ni kita nak ke Lojing pulak..guna driver..jauh woo..dekat Cameron Highland tu..kalu sempat nak naik ke Cameron lagi..tiap kali pegi sure tak miss naik ke sana..skejap lagi nak bertolak dah ni.. tunggu driver sampai..doakan kita selamat ye kengkawan.. nak pegi rasmikan Majlis Penutupan Kursus Peningkatan Profesionalisme Penjawat Awam kepada pegawai kita. Anjuran Biro Tatanegara.. best kursus ni tau..ada camping kat atas bukit lagi. Sebab tu la pilih lokasi kat sana.. kiranya cabaran la.. cabaran nak sampai ke tempat kursus tu pun dah satu cabaran. Dengan jauhnya..dengan kena angkut mengangkut peserta sebab jalan ke sana tidak boleh dilalui dengan bas..pastu ada sungai-sungai..kampung orang asli semua..cuaca kat sana takyah nak cerita la..sijukkk sangat-sangat.. jadi tak hairan la kalau ada peserta kursus tu yang tak mandi pagi.. hehe.. Harap-harap perjalanan kursus tu berjalan lancar lah.. mula dari semalam.. esok habis… semoga peserta pulang dengan ‘sesuatu’..membawa azam dan semangat baru untuk bekerja esok. lusa dan seterusnya..

Sekian untuk hari ini..akak pegi dulu ya! kalau ada line kat sana kita update lagi.. k..bebaii!

Tuesday, March 22, 2011

Ini Entry Auto Publish..

mting

I’m here right now..

meeting @ putrajaya

macam biasa

terbang seawal 6.45 pagi

balik selewat 6 petang

KBR-KUL-KBR

12 hours working..

*sigh*

Monday, March 21, 2011

Ini Celita Manyak Panass!!

Video Seks Pemimpin Pembangkang Mula Tersebar

21/03/2011 21:05:44

Cukup heboh apabila seorang pemimpin pembangkang dikatakan terbabit dalam aksi seks dengan seorang pelacur wanita. Aksi seks itu dikatakan berlaku di sebuah hotel di ibu negara yang menawarkan perkhidmatan seks. Ketika berita klip video seks dikatakan membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mula tersebar pagi tadi, ramai tertanya-tanya siapa gerangan si pelaku.

Semuanya bermula apabila seorang individu bergelar Datuk T dikatakan menjemput kebanyakan editor kanan akhbar ke Carcosa Seri Negara untuk menonton video seks berkenaan.

Difahamkan wartawan menyaksikan tayangan video itu mendakwa lelaki dalam rakaman itu kelihatan seperti seorang pemimpin kanan pembangkang. Rakaman video 21 minit hitam putih itu dikatakan ada empat segmen menggambarkan pemimpin terbabit mengadakan hubungan seks di sebuah hotel. Ia dirakam 21 Februari lalu.

Datuk T yang mendedahkannya mendesak pemimpin berkenaan letak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video itu didedah kepada umum.

Sumber: TV3

TUGAS HAKIKI, KOMPETENSI, DAN KPI ANTARA ELEMEN DALAM SISTEM PENILAIAN BARU -JPA

Berita ni ekceli dah keluar beberapa hari lepas tapi memandangkan aku terlepas pandang dan baru terjumpa berita ni kat blog CUEPACS jadi elok la kita share di sini untuk tatapan penjawat awam terutamanya ek..

KUCHING, 14 Mac (Bernama) -- Sistem penilaian baru bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) mulai 1 Julai ini akan menilai semua penjawat awam berdasarkan jenis perkhidmatan dan tugas hakiki masing-masing.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata di bawah format baru itu, calon juga akan dinilai berdasarkan kompetensi dan elemen Petunjuk Prestasi Utama (KPI) individu berkenaan."Sistem penilaian baru ini tidak seperti konsep 'seragam untuk semua' yang digubal serta digunakan oleh semua jabatan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama Anggota Perkhidmatan Awam dan Negeri Sarawak, di sini, Isnin.

Abu Bakar berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang dalam peringkat pengolahan format baru itu dengan mendapatkan input dan maklum balas dari Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Katanya proses menggubal format baru itu sedang berjalan lancar dan yakin kaedah baru penilaian penjawat awam dapat dilaksanakan dengan lebih teratur mulai 1 Julai ini.

"Sejajar dengan usaha kerajaan mentransformasikan perkhidmatan awam, kami perlu mengenali struktur kompleks perkhidmatan awam. Kita perlu semua jenis pendekatan bagi menyesuaikan keunikan perkhidmatan yang sedia ada," katanya.

Perjumpaan itu dihadiri oleh lebih 2,000 penjawat awam dari jabatan dan badan berkanun peringkat persekutuan dan negeri. Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohammad Morshidi Abdul Ghani dan Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Yahaya Basimin.

Ujian PTK, yang diperkenalkan dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) mulai 1 Nov 2002, mengundang pelbagai kontroversi dan persoalan kerana dikatakan ramai penjawat awam yang berpengalaman sukar menikmati kenaikan pangkat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika membentangkan Bajet 2011 pada Oktober lepas, mengumumkan pemansuhan PTK dan digantikan dengan sistem penilaian baru yang lebih sesuai dan diterima baik oleh penjawat awam.

PN:: Kita tunggu je la pengumuman pihak JPA dalam tempoh terdekat ni :)

Sunday, March 20, 2011

Sein & Nana: Tutup Buku Lama Buka Buku Baru

sein

Alhamdulillah..akhirnya kedua-duanya kembali bersatu demi anak-anak tersayang..

Sumber Berita DI SINI :)

I’m Back to Work..

WORK

Salam pagi Ahad

Selamat bercuti jugak buat korang

Kita dah kembali bekerja cam biasa

Anak-anak pun dah kembali ke sekolah

Tinggal la bibik sorang-sorang kat umah pagi ni..hehe..

Apapun kita happy hari ni

Takde rasa cam ‘sunday blues’

Sebab mak bonda akan pulang

dari mengerjakan umrah hari ni

Insyaallah..

Moga-moga dia selamat sampai

bersama-sama kakak dan suaminya..

By the way..

apa planning uols cuti hari ni?

Jom kita share ^_^

Friday, March 18, 2011

Siapa Juara RL5?

Raja-Lawak-Musim-Ke-5

Malam ini bakal menentukan siapa yang layak bergelar Juara diantara pelawak Man, kumpulan R2 dan kumpulan Balas. Acara kemuncak ini akan bersiaran di Pusat Konvensyen Shah Alam dan dipancarkan secara langsung di Astro Prima (105) juga saluran khas Definisi Tinggi (HD) di saluran 188. Dalam gelanggang terakhir ini mereka diberi tugasan untuk sketsa bebas dan komedi muzikal. Agak-agak siapalah yang menang ye? Jom kita tonton sekarang di Astro Prima…

P/S: akak dok tergelak depan tv ni haa.. hehe

Aktiviti Hari Ini ialah..

Salam semua. Berjumpa lagi kita di hari jumaat yang indah ini.. pagi ni tak pegi memana. Dok lepak kat umah je dengan anak-anak.. petang nanti tak taula plak. Kot terajin nak keluar bawak anak-anak pegi jejalan dan makan-makan. Lagipun cuti sekolah tak bawa dia orang memana pun.. siankan? maklumlah.. mama dan papannya busy sangat this week.. mama keje banyak kat ofis.. banyak program dan planning nak kena buat. Papa pulak kena pegi outstation dua tiga hari lepas. Mujurlah anak-anak tak merungut sangat.. lagipun boboy dah cakap masa last day sekolah hari tu, “mama, cuti sekolah ni tak yah pegi memana lah.. boboy banyak homework..” (uiih..baiknya anak mama ;) okey..fine. Lagipun affin n balqis (kazen diaorang) pakat mai tido kat umah ni reramai. Jadi diaorang ada group untuk bermain cikgu-cikgu masa cuti ni =)

Ok..back to the topic.. now tengah mengajar boboy buat keje sekolah… sambil mama update blog.. papa keluar sekejap..ada hal kat luar. Dua hari lagi sekolah dah nak bukak.. tentunya minggu depan semuanya kembali sibuk. Mama of kos la sibuk sangat-sangat. Dengan program kursus, dengan mesyuarat di kementerian (harus outstation ke putrajaya lagi hari selasa depan..huk~).. kemudian ke tanah rata Lojing (ada kursus utk staf di sana) dan pelbagai benda lagi nak kena buat.. tired!

Hari minggu ni lah nak digunakan dengan sebaik-baiknya untuk berkunjung kembali ke blog kawan-kawan yang sudi berkunjung dan bertegur sapa disini.. kalau takde aral (terutamanya line internet yang sentiasa brok & beng ni.. nur akan sampai ke blog uols.. ok? tungguuu…

Mujur la ada hari jumaat.. kalau tak.. berkarat la blog ni.. hehe..sekian..

Thursday, March 17, 2011

Very the Tired..

tired

Penat betul la hari ni.. keje banyak.. sampai tak sempat update blog pun.. sorry ye kengkawan.. tak sempat menjenguk dan buat kunjungan balas uols.. sempat jeling 1-2 blog je beberapa minit tadi.. Insyaalah akan berblogwalking lagi esok memandangkan jumaat kita cuti weekend..yeayy!! gud nite..mau titun awal la.. kefenatan yang amat..

Wednesday, March 16, 2011

Jom..Jom..Dinner!

P3162695

P3162692

Menu dinner malam ni..

Chilli Crab &

Baby Kailan with Oyster Soya Sauce

Bukan aku yang masak..

Tapi my  bro ngan wife dia

Aku balik keje tadi

ketam tu dah siap

terkangkang atas meja

hihi..

nampak sedappp

tak sabau nak makan

tunggu en suami siap mandi

pasni kita makan reramai

siap ler ko ketam

kejap2 lagi aku patahkan

hehe..

baby kailan tu pun sedap tau

mudah je wat..

pakai bawang putih cincang

ngan kicap jer..

kita makan dulu yer..

jemput..jemput bersila semua..

Bismillahirahmanirahimm

*Doa Makan*

^_^

Orang Lelaki.. Jangan Simpan Handphone Anda Dalam Poket ya!

hphone

Tahukah anda? Telefon bimbit sebenarnya membahayakan penggunanya terutamanya golongan lelaki.. Golongan lelaki mungkin perlu berhati-hati apabila menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar selepas ini berikutan dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa tindakan itu boleh membawa kesan kepada sistem reproduktif mereka.

‎1. Pengguna yang membuat panggilan lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.

2. Penggunaan telefon bimbit secara berlebihan menjadi satu faktor yang menyumbang kepada penurunan bilangan sperma selain obesiti, merokok, stres, pencemaran dan bahan kimia yang mengganggu hormon.

3. Lelaki yang membawa telefon bimbit yang diletakkan di bahagian tali pinggang atau dalam poket dengan 'keypad' mengarah ke luar pula akan menghadapi kesan yang tinggi kerana antena berada di belakang dan lebih hampir dengan tubuh.

4. Wanita yang sering meletakkan telefon bimbit di dalam beg sandang yang tergantung di sebelah payu dara turut mendapat kesan terhadap kesihatan dalamannya.

Syarikat Apple dalam buku panduannya telah memberi amaran kepada pengguna agar menjauhkan Iphone dalam jarak sekurang-kurangnya 15 milimeter daripada tubuh.

Syarikat Blackberry pula menasihatkan pelanggannya supaya menggunakan telefon bimbit bebas wayar atau menjarakkannya seinci dari tubuh wanita hamil dan bahagian bawah perut remaja. Bagaimanapun, pengguna masih tidak mempedulikan kesan yang akan mereka tanggung itu.

Ini sama kes seperti penggunaan telefon bimbit terlalu lama boleh menjejaskan otak manusia. :)

Jika syarikat pengeluar sudah menyarankan agar menjauhi telefon bimbit, mungkin ada benarnya juga. Tunggu kenyataan rasmi dari pihak kerajaan. :)

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Tuesday, March 15, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

BANNER BEN ASHAARI_thumb[2]

Satu lagi Segmen Menarik dari Ben Ashaari.. aku memang tanak lepaskan peluang untuk join segmen ni.. bukan apa.. rugi rasanya kalau tak join sebab masa ni la kita berpeluang dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru dari serata dunia dan mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan blogger yang sedia ada.. tak gitu kawan-kawan? Ayuh kita mulakan..

  • Sila ceritakan latar belakang anda ..

Tuan empunya blog ni dah berumur 33 tahun, sudah berkeluarga dan mempunyai 2 orang cahaya mata (sorang boy (9thn) dan sorang girl (6 thn)..  tinggal di negeri Cik Siti Wan Kembang.. adik beradik ada 5 orang (anak ke-4).. suami keje bank..

  • Profesion anda sekarang ?

Kerja sebagai Pegawai Tadbir di salah sebuah agensi di sektor kerajaan.. tugasnya ialah sebagai Ketua Unit di Cawangan Kompetensi dan Kerjaya dimana tugasnya adalah mengurus dan mengendalikan kursus/latihan/peperiksaan kepada pegawai-pegawai di jabatan..

  • Blog favourite anda .. kenapa ?

Selain dari Blog Ben ni sendiri, saya suka melawat dan membaca blog kawan-kawan yang rapat dan sudi bertegur sapa disini selain dari blog resepi dan mempunyai info termasuk hiburan :)

  • Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ?

Blog yang banyak sangat gajah rimau dalam tu.. hehe..maknanya blog tu sarat dengan hiasan dan iklan sampai sakit mata akak ni dik oii.. :)) satu lagi… blog yang bila kita masuk tetiba ada lagu yang wat kita tergezut mendengarnya.. huhu

  • Impian anda terhadap blog anda ..

Semoga blog ini semakin dikenali dan followers semakin bertambah (tapi tuan tanah ni tak berapa sempat nak menghapdate.. camano tu? huhu..)

Tu je la.. terima kasih ...

Monday, March 14, 2011

Bila Dua Blogger Bertemu

Hari tu jumpa adik blogger tu di sini.. sabtu lepas pulak jumpa kakak blogger ni yang datang jauhh nun dari KL ni...
Pertemuan yang dirancang dalam masa yang singkat akhirnya menjadi kenyataan.. dah lama plan nak jumpa kakak yang berjari halus ni.. hari tu ada plan nak jumpa masa turun ke KL tapi tak sempat jumpa la pulak.. kali ni baru berkesempatan jumpa dia.. kebetulan dia balik ke Kelantan untuk menghadiri majlis kenduri adiknya..

P3122686
kenapa i nampak begitu gemuk? OMG..
Dari blog ini kami saling berkenalan.. hampir setiap hari kami bertegur sapa di shout box.. kemudian ke alam SMS dan akhirnya.. ke alam nyata.. best.. seronok.. gembira.. terharu.. semuanya bercampur baur bila dapat jumpa kakak saya yang comel ni.. kulit mukanya halus mulus.. mulutnya ramah tamah.. orangnya baikk sangat dan suka berceloteh.. kalau lah bukan kerana masa yang cemburukan kami pada masa tu maunya kami berborak sampai ke malam.. tapi apakan daya.. k'chik datang bersama keluarganya dan harus pulang kerana banyak lagi agenda keluarga yang perlu diikuti..

Memang tak rasa letih langsung bila dapat berjumpa dan berborak dengan k'chik.. terasa berbaloi penantian menunggu dia ni sampai walaupun terpaksa menunggu hampir dua jam dek kerana jarak perjalanan yang jauh dan kesesakan jalanraya.. tambahan pula masa tu hujan turun mencurah-curah.. walau apa pun semua itu tidak menghalang niat kami berdua untuk bersua muka kerana masing-masing dah niat 'dapat jumpa sekejap pun jadi laa..'' *iye ke k'chik? :)* hihi..

Harap-harap lepas ni ada lagi blogger yang sudi nak berkawan dan berjumpa dengan nur ni ye? ada ke? ada? sila angkat tangan...

Saturday, March 12, 2011

Jangan Lupa Tonton Berkalong Noda Malam ni..

Akak dah terpacak depan tv ni.. dah siap makan malam semua.. tunggu nak tengok Cerekarama ‘Berkalong Noda’ di TV3 kul 10 malam. Teruja baca sinopsis dia di Harian Metro dua tiga hari lepas. Kisah seorang isteri yang curang pada suaminya akhirnya memakan diri sendiri. Pelakonnya ialah Fasha Sanda, Roy Azman dan beberapa yang lain (tak berapa nak ingat dah..huhu).. tapi akak pasti citer ni musti best sebab Fasha yang berlakon.. kan? kan? jom tonton sama-sama.. pukul 10 malam @ TV3..

Besarnya Kuasa Tuhan.. Gambar Ikan Berkumpul Selepas Tsunami di Jepun..

Mexico Fish SurgeSEKUMPULAN ikan dilihat berenang berhampiran persisiran pantai Acapulco, Mexico, hari ini. Menurut nelayan tempatan, mereka tidak pernah melihat kejadian itu sebelum ini. - Foto AP

Mar 12, 2011 9:09 am

Sumber: Berita Harian Online

Marilah Kita Hulurkan Bantuan Kepada Mereka..

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Alhamdulillah.. kita masih boleh menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t pagi ni.. masih teringat peristiwa semalam yang sangat memberi kesan kepada dunia – Tsunami di Jepun. Betapa naifnya kita yang hanyalah hambaNya dan tidak mampu melawan takdir yang telah tercatat olehNya. Syukur Alhamdulillah.. rakyat Malaysia di sana diberitakan selamat semuanya di sana.

Sepanjang malam hujan turun dengan lebat selebat-lebatnya di sini.. hinggalah pada waktu ni, hujan masih turun dengan lebatnya di luar sana. Adakah kerana kesan peristiwa itu? Wallahualam.. walau apapun, kehidupan tetap diteruskan seperti biasa. Sama-samalah kita cuba menghulurkan apa jua bentuk bantuan yang kita mampu kepada penduduk  Jepun selepas ini. Sudah tentu mereka akan menghadapi kesukaran untuk membangunkan semula kehidupan dan negara yang ditimpa bencana yang amat besar ini.

Entry ini dicatat untuk menunjukkan bahawa kita semua sangat bersimpati dengan kejadian yang menimpa Jepun dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan Negara Malaysia yang tercinta ini. Semoga Allah melindungi Malaysia selalu..

Ya Allah, kami sangat bersyukur padamu kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang tercinta ini dan lahir sebagai seorang mukmin disisimu.. Engkau lindungilah kami  dari sebarang bencana dan keburukan yang hanya Engkau yang maha mengetahui segala-galanya..  Amin..

Friday, March 11, 2011

Tsunami di Jepun..

Jepun dilanda gempa bumi 8.9 magnitud

2011/03/11

TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters


Sumber: Berita Harian

Makan Tengahari dh Siap!! Ayam Harum Thai yg mabeles..

P3112674

Macam tak percaya..

aku terajin pulak masuk dapur tadi..

dalam dok berehat dan melayan blog..

aku suh bibik siapkan bahan-bahan

untuk masak ayam ni

tu diaa..’Ayam Harum Thai’

resepi cedok dari internet..

sedap weh!

bahan-bahannya mudah jer

bawang putih, halia, bawang besar

pastu buat pes tomyam

campur ngan sos cili, sos tomato dan kicap pekat

kicap cair pun letak jugak..

pastu campak la serai ketuk'

ngan daun limau purut 3-4 lai..

siapp untuk dimakan

dengan nasi ayam *kakak ipar yang wat*

kira adil la kan? aku masak lauk

dia wat nasi ayam..hehe..

tunggu apalagi?

bersila-bersila..

jemput makan :)

Breakfast Menu Western..

P3112672
Salam pagi jumaat..makan apa kita pagi ni? Eh..eh..akak  ni..orang dah sibuk nak masuk dapur untuk siapkan makan tengahari kita baru nak citer pasal breakfast ke? hihi.. biasala kan.. hari minggu bangun lambat skit.. pastu termenung skejap.. kemas-kemas bilik barulah pegi mandi.. then jenguk dapur kononnya nak tengok apa yang boleh dimakan.. rupa-rupanya abang (brother) kita tengah siapkan bekpes yang mabeless gitew.. abang kita ni memang rajin masuk bersilat kat dapur.. tambah-tambah kalau masak gulai tempoyak.. perghh.. sedap2! baik nyer abang.. dia datang umah ni semalam angkut satu famili tolong temankan kita 3 beranak kat umah ni sebab tok shuben kita pegi berkursus 4 hari kat KL.. tengahari ni dia plan nak wat nasik ayam plak.. kita tolong jugak.. tolong hulur modal dan tolong tengok..hehe Smile

Wednesday, March 9, 2011

Kebakaran! kebakaran!

Kejadian berlaku di sebuah gudang barang runcit di tepi jalan dalam perjalanan ke tempat kerja ku pagi tadi sekitar jam 7.30 pagi menyebabkan jalan jem teruk..

Kelihatan asap keluar berkepul-kepul sehingga waktu petang..laluan juga sesak sampai  ke petang kerana kerja-kerja memadamkan api giat dijalankan.

Anggaran kerugian tidak dapat dipastikan. Mungkin keluar dalam akhbar esok..

DSC01831


DSC01832

DSC01836
DSC01838
DSC01835


Gambar tak berapa clear pasal guna hp cikai jer..lagipun en polis dan bomba sedang menjeling-jeling padaku semasa aku tengah snap picture sambil drive di laluan itu tadi *sib baik tak kena saman* ;)

Tuesday, March 8, 2011

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU

BANNER BEN ASHAARI_thumb[2]
Aku baru perasan ada segmen ni kat blog bro BEN ASHAARI yang famous amos ni..tapi memandangkan mataku dah tak larat nak celik sudah, jadi di harap bro BA tidak menghampakanku untuk join segmen ni. Lagipun ‘kedai’ beliau ni dah nak ditutup tak sampai sejam lagi. Walaubagaimanapun syabas diucapkan buat BA kerana berjaya mengadakan segmen seumpama ini yang sangat aku cari-cari kerana ingin mencari seramai mungkin kenalan dari kaum wanita yang bergelar IBU seperti diriku..tahniah BEN! terima kasih kerana banyak mempromosikan blog kami yang tidak seberapa ini disamping mengukuhkan ukhuwah sesama kita..kepada semua wanita di luar sana.. SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA diucapkan..tq dan salam kenal semua :) untuk cerita tentang family dan diriku secara details akan aku buat selepas ini ye kawan-kawan..sebab tak berapa sihat..nak taip pun tak larat dh..tq!

Selamat..Selamat..Selamat Semuanya..

Ini entry pagi-pagi masuk office terus bukak komputer dan update blog :) Pagi ni tetiba cuaca mendung dan hujan la pulak. aku masuk ofis dalam kelembapan (sebab kena hujan sket tadi he..he..) dah lama tak hujan di waktu pagi camni.. hujan rahmat la agaknya ni.. ya, hujan rahmat kerana hari ini adalah Hari Ulangtahun Kelahiran En Suami tersayang.. ulang tahun yang ke-40.. 40?? ohw..dah tua abang ye.. orang putih kata life begin at 40.. tapi rasanya takyah la kita guna prinsip tu.. tak berapa nak leh pakai rasanya.. hee~ petang nanti kita beli kek dan mama belanja dinner, ok? ^_^

Buat mak bonda tersayang dan kekanda Zarina dan suami- abang amin serta sanak saudara yang lain akan berangkat bersama-sama ke Tanah Suci petang nanti untuk menunaikan umrah.. semoga selamat semuanya.. selamat pergi dan selamat pulang ye.. tolong doakan kami yang kat sini juga.. semoga dapat beribadah dengan sempurna..Insyaallah.

Pagi-pagi ni takleh membebel panjang-panjang uols pasal kita kena kerja..semalam tak sempat wat apa-apa pun pasal sepanjang hari semalam kita duk kat dewan je sebab ada dua majlis pagi dan petang..jadi haruslah mengadap kerja-kerja penting yang dah due date hari ni..ohh??

Sebelum tu..jom makan nasik kerabu ayam bakar..kita beli kat tengah  tepi jalan on da way datang ofis tadi..yumm2x! Oppss..ada satu lagi kita nak citer.. masa kita nak draw duit kat ATM Machine pagi ni kan.. kita jumpa Pak Haji tu pakai serban ngan baju melayu..takde yang pelik la..cuma kita rasa nak tergelak sebab kain baju melayu pak haji tu printed perkataan ‘Playboy’.. hehe…

Sekian.

Sunday, March 6, 2011

Sunday Blues

the-sunday-blues-b-small
Hari Ahad..
macam biasa la..
masuk opis pun takde semangat
dengan langkah yang longlai
dan mata yang kuyu
duduk kat meja tak tau nak sentuh
yang mana satu
padahal kejer berlambak
tambah-tambah pulak
ramai staf yang takde kat opis
anak buah ramai yang gi outstation
tinggal beberapa kerat je yang ada
pastu tetiba menghilang la pulak
pegi breakfast la, bank la
tinggal la boss sorang-sorang
terkulat-kulat dalam bilik..
adehh..tak bleh jadi ni
ayuh ngerjain !!

Friday, March 4, 2011

Habis Sudah Cuti Jumaat ku..

Salam hari Jumaat..aku kat sini sekarang > KLIA. Tunggu flite balik ke Kota Bharu jam 3.05 petang. Hari ni memang dalam sejarah la sebab kena keja hari jumaat..dapat panggilan mesyuarat pulak di kementerian. Jadi macam biasa la..seawal jam 5 pagi tadi, aku dah bangun mandi dan naik kapal terbang di pagi hari..brekpes dengan kacang masin dan air oren je dalam kapal terbang..sedih tul..huhu..

Yang paling tak best, dah la ari ni cuti weekend, pastu mesyuarat setakat 2 jam je. Pukul 11 dah settle semua..sedangkan flight aku pukul 3 petang *paling awal la tu*..jadi terpaksa la berkampung kat epot ni dengan penuh kepenatan dan kebosanan..demm! tapi apa nak buat kan..dah kena keje..huaa..

Pukul 4 petang dijangka sampai di epot KB. Tak terus balik ke rumah sebab mak bonda ku pulak yang akan akan berlepas ke Kuala Lumpur. Dia akan berangkat ke Mekah 8hb ni. Harap-harap flite ku tak delay la.. kang menangis aku tak sempat nak peluk cium mak bonda tersayang..

Oklah..dah calling tu..aku kena masuk..bye!

Thursday, March 3, 2011

Padan Muka..Lain Kali Curi la Lagi..

Sapa suruh kau curi getah?
kang dah kena belasah..

tuu lah..
masa kecik dulu mak bapak antar pegi skolah
suh kau belajar rajin-rajin kau malas
sekarang bila dah takde keje
kau buat benda tak elok.

pastu bila kena camni
sapa yang susah??
*aku dah mula geram*

Sumber berita DI SINI

Wednesday, March 2, 2011

Kelantan Tumpaskan Juara Piala FA..Oo Yeah..

wall kelate

Lalalalalala

Pepagi ni masuk opis

hati menyanyi riang..

chewaahhh..

 

Alhamdulillah

Kelantan menang lagi malam tadi

dalam perlawanan di Stadium Sultan Mohamed IV

menentang pasukan Negeri Sembilan

dengan keputusan akhir 3-0

Jaringan Gol:
S Chanturu minit 51 - 1
Norshahrul Minit 79 - 2
Norshahrul Minit 82 - 3

Pertukaran:
S Chanturu >>> K Soley
Ramzul >>> Khalid Jamlus
Nurul Azwan Roya >>> Danial Fadhly

 

Tahniah kepada Presiden KAFA

Tan Sri Annuar Musa

Jurulatih The Red Warriors- M Karathu

barisan pengurusan

dan semua penyokong Kelantan

yang bertungkus lumus

memastikan kejayaan

demi kejayaan dikecapi

oleh pasukan Kelantan..

GOMO KELATE GOMO!

^_^