Jepun dilanda gempa bumi 8.9 magnitud
2011/03/11
TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa. Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.
Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.
Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters
Sumber: Berita Harian
5 comments:
tsunami bertandang lagi....masyallahhhh kuasa ALLAH tak siapa dapat menahan
takutnya
iyer kak nur.. Suya takut sgt bila tahu ni.. semoga kita dilindungi
ya allah minta jauhkanlah dari kami di malaysia ini. semoga dorang disana pun selamat dan keadaan menjadi normal kembali...amin.
semoga semua baik2 saje....amin~
Post a Comment