Ekceli dua tiga hari aku rasa macam stress la .. asyik sakit kepala je .. Tapi bukan dalam kepala sangat tapi di pangkal kening yang mana bila kita picit akan terasa kesakitannya .. Doktor kata kalau sakit di sini maknanya kita dalam keadaan stress ..
Stresskah aku?
Mmmm ..
Mungkin! Ya .. Aku pasti aku stress ..
Puncanya bila secara tiba-tiba cawangan tempatku bertugas distrukturkan semula menjadi unit yang lebih kecil. Bilangan staf juga dikurangkan ... Malah kami juga dikehendaki berpindah pejabat ke ruang yang lebih kecil ..
Kadang-kadang aku tak faham mengapa pihak pengurusan terburu buru membuat keputusan tanpa melalui perbincangan dan tolenrasi ? Padahal bukannya payah untuk memanggil pegawai berbincang dan bermusyawarah melihat pro dan kontranya bila sesuatu keputusan hendak dibuat ..
Sungguh aku tak faham!
Sudahnya aku dijadikan tempat meluahkan perasaan oleh pegawai pegawai bawahan yang tidak berpuas hati dengan keputusan pihak atasan .. Sukar juga tersepit dalam keadaan sebegini sebab bukannya aku membantah secara totally keputusan pihak pengurusan kerana sebagai sebagai Pegawai Kumpulan A aku faham kehendak, matlamat dan halatuju jabatan tetapi ..??
Mungkin sebab tu aku stress!!
Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.
5 comments:
nanti fifi ada d kb, kita g makan2, hilanglah tu nnt stress!:)
payahkan bila kita tengah-tengah diantara 'org atas' dgn 'org bawah'...
jgn stress2 sgt.... tp susah jugak kalo tersepit tgh2
sabar yer kak nur
tapi kan.. pada suya, jadi org tengah antara orang atas dan orang bawah.. memang stress sangat.. Suya pun kadang2 nak pengsan jek stress dgn situasi gini la~
@FIFIEY LYCHEE MARATION thanx fy!
Post a Comment