Salam..
tetiba je aku rasa nak buat entry ni
dek kerana kemarahan yang membuak buak
dalam diri tatkala melihat orang tersayang
yang rapat dengan diri ini dikhianati oleh insan
tersayang yang bergelar SUAMI ..
Kadang-kadang aku tak faham
kenapa dan mengapa seseorang lelaki
yang bergelar suami sanggup menduakan
isterinya.. dengan alasan yang sangat bodoh..
"saja suka-suka" katanya..
walaupun telah memiliki keluarga yang bahagia
isteri yang sempurna.. kehidupan berkeluarga
yang sempurna yang tiada cacat celanya
tetapi bila tiba tiba hadir seorang 'betina' laknat
yang sanggup menjadi duri dan menghancurkan
kebahagiaan orang lain atas kepentingan dirinya
sehingga lelaki yang dianggap malaikat oleh
keluarganya itu lalai dan leka dengan kebahagiaan
dunia yang menjerumus dirinya ke neraka jahanam..
sungguh aku tidak boleh maafkan lelaki seperti ini
yang menjadi syaitan bertopengkan manusia
yang berlagak alim tetapi durjana
yang tiada otak dalam menjalankan tanggungjawabnya
sebagai ketua keluarga
berilah seribu alasan sekalipun
memang aku benci!
maaf?
mungkin boleh dimaafkan
tetapi jauh disudut hati mungkin penerimaannya
tidak akan sama dengan keadaan sebelumnya
kerana hati seorang wanita itu
umpama besi yang bengkok..
walaupun cuba diketuk namun tak mungkin
akan kembali ke bentuk asal..
p/s: Maaf kerana menulis entry yang agak emo wahai lelaki kerana hanya wanita saja yang memahami perasaan wanita yang lain ..
8 comments:
erm..tapi tak semua kan kak
@ JIJI YU > ye ji, tak semua lelaki camtu..cuma segelintir saja yang leka dengan keseronokan duniawi..
lagi dibendung lagi bertambah kecurangan x pasti apa sbb kdg2 kmi sndri yg lelaki ni pun x faham ...
kalau betullah hanya wanita yg boleh memahami perasaan wanita lain, kenapa tergamak bercinta dengan suami org? Alasan tak tahu, tp ada je yg dari awal tahu namun ttp meneruskan hubungan. . .huhu.
emm..jgnlaa perkara sebegitu berlaku kepada kakak i..kakak baru jer bernikah..tapi memang bengang laa kalo berdepan dgn situasi mcm ni terjadi terhadap org yg rapat dgn kita..tp jgnla smpai membawa kpd perpisahan hendak nyer...
aku... akan marah kan 'betina' itu... macam dah takde lelaki lain... huh
lelaki - biasa la... klu ada yg menggoda... habis la... walau pun kopiah lekat atas kepala tiap2 hari...
ibarat ikan depan mata sekor kucing - takkan biar je... kan?
*komen ini pn berunsur emo*
Kalau sy, sy akn pegi kerjakan betina tu! X larat sndiri, siap ajak geng... tp, seblum tu, sy 'kerjakn' dulu la yg jantan x sedar diri tu...
Memang sy prnah buat poonnn.... sbab mangsanya pn org yg tdekat dgn sy.... huhu
Sabar aje la... Ya Allah, jauhknlah dugaan spt ini drp menimpa diriku.... Amin....
HARAP2 TAKDELAH BENDA2 NI SEMUA TERJADI PADA MUNNA DAN AHLI KELUARGA MUNNA
Post a Comment