nuffnang

Saturday, August 3, 2013

Berbuka di Jeddah

Jauh benar bunyinya .. hehe

Semalam pergi berbuka kat satu restoran masakan arab ni. Restoran Jeddah namanya. Feeling mak arab betul bila makan nasi arab kat restoran yang namanya sebijik kat tanah arab gitew ..
Dalam pukul 7 dah sampai di sini . Ekeli tengahari tu aku dah pergi booking dulu. Kalau tak booking alamatnya tak dapat masuk nak berbuka la jawabnya. Memang full dengan mereka yang masing-masing nak try makanan di restoran yang baru di buka ni.. 
Kami dapat meja di tingkat atas restoran. Dalam bilik VIP tuu.. masuk-masuk meja dah siap berhidang camni..
Ni la rupa nasi arab kat sini . Yang ni nasi mandy ayam. Ada yang lauk kambing juga. Nasi kabshah pun ada. Tapi i lupa nak snap gambar. 
Salad untuk nasi. Ada 2 jenis. Yang atas ni namanya Fatoush. Sedap jugak rasanya sebab ada roti pita yang digoreng dalam tu. Krup krap krup krap i makan. Yang kat bawah ni Lebanese Greed Salad namanya. Salad campur biasa biasa jer. Ada timun, tomato dan daun salad yang digaul bersama..
 
Kuah dalca dan sambal untuk nasi
Aku order air oren dan mangga. Satu jag harganya RM15. Air mangga tu sedap. Pekat sangat..
Berbuka dengan family my sis in law .. kak efa. 
Anak-anak
Baca doa dulu sebelum berbuka yer .. boboy sila mulakan...
Menu dan harga .. for me makanan kat sini boleh tahan la sedapnya.. harga pun reasonable
     
 
 
So.. for those yang nak mencuba makanan di restoran Jeddah ni boleh la pergi ya.. i dah share semua menu, harga dan lokasi restoran ni untuk memudahkan uols.. 

~Selamat berbuka~

2 comments:

me suya said...

balik raya nt nak terjah.hubby suka sgt makan nasi arab

Lynn Damya said...

wahhh saya sukeeee makan nasi arab, hari tu first time try dekat Rnr mana entah, mmg sedap gila, harga pon lebih kurang...adoi, ni yg mengidam nk makan lagi ni, tp jauhnya, uhuk2...

(selamat hari raya)