Assalamualaikum Tarikh penting utk muslimin muslimat : Hari ni 5 okt 2013 sabtu mlm ahad (Maghrib) = 1 zulhijjah 1434Hijrah Semua yang terlibat dgn ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Apabila kamu telah melihat anak bulan zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya." (Hadith Riwayat Muslim) Isnin 14 Okt = Hari Arafah 9 zulhijjah. Jom kita puasa ramai2. Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi) Takbir raya Aidil Adha selepas Subuh hari ke 9 Zulhijjah (14 Okt) dan berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah. (masuk magrib 14 zulhijjah tamat) Selasa 15 Okt = 10 Zulhijjah Eidul Adha Solat Raya Bawa semua anak , isteri termasuk yg uzur/haid. Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak ada amal yang dilakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah melebihi amal yang dilakukan di tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Oleh kerana itu, perbanyaklah membaca tahlil, takbir, dan tahmid pada hari itu.” (HR. Imam Ahmad)
1 comment:
insyaAllah mari kita sama2 amalkan dalam bulan zulhijah ni
Post a Comment