Kenangan semasa ke Stadium Shah Alam pada 3 November 2013 (Ahad) untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara Kelantan vs Pahang bagi merebut Piala Malaysia tahun 2013.
Rasanya masih belum terlambat untuk kita ucapkan tahniah kepada team Tok Gajah kerana menjuarai piala yang berprestij ini.
muka suci sebelum berlemuih otw ke stadium :D |
Sememangnya aku punya mood nak ke
stadium pada kali ni tak begitu teruja sangat tapi memandangkan Encik
Faris takde peneman nak ke sana, nak tak nak terpaksa la ku temankan
jugak. Lagipun tiket free dah ada kat tangan walaupun dapat ku bayangkan
dari awal lagi seksanya kena masuk stadium Shah Alam tu seawal petang
lagi semata mata nak berebut tempat duduk dengan puluhan ribu penonton yang
lain. Dah la kena meredah jem dan jalan kaki dari tempat letak kereta .. dengan sakit kaki betisnya yang sedia ada adooi laa seksa tul kak ton ari tu..#padan muka kak ton .. ekekeke
dari luar ke dalam semuanya serba merah ..
kereta pun warna merah kata kau... hee
Ber 'selfie' tak abis abis dua orang ni di dalam kereta.
Al maklumla tengah stuck dalam jem. Sabor jer laa..
Haaaa... tu dia ... kemain panjang nyer kereta berbaris baris nak stadium. Tapi seronok betul tengok semangat penonton masing-masing dengan bunyi hon nya bila bertemu penyokong negeri masing-masing..
Suasana dalam stadium seawal jam 6 petang..
Belah kiri tu penyokong pasukan Pahang dengan jersi kuning nya
Tergezut veruk aku bila masuk dalam stadium tengok lautan manusia yang penuh sampai takde tempat duduk woii
Last last kena bertenggek kat tangga jer .. coii!!
Dah la kena berasak asak nak masuk ke dalam tu.. huh
Penyokong The Red Warrior yang pasif.. macam dah tau jer nak kalah. Penyokong Pahang kemain bersemangat bersorak dengan lagu Tok Gajah nya dari petang lagi .. yang belah TRW ni melawan tak sampai 2 minit terus senyap .. yang belah Tok Gajah tu tak berenti renti bersorak sampai tamat perlawanan .. pfftt
Kesian kami laki bini .. mampu duduk kat celah tangga jer ... dah la team TRW main tak best malam tu.. nak bersorak pun takde semangat .. nasib baik bekalan makan minum cukup .. aku siap tapau sandwich Subway dengan air lagi bawak masuk dalam tu :D
GoMo KeLaTe Gomo !!
Takpe la kalah pun .. adat bertanding ada menang ada kalah ..
Team Tok Gajah layak menang malam tu dengan corak permainan mereka yang bersungguh ..
The Red Warrior tetap di hati !
No comments:
Post a Comment