nuffnang

Saturday, February 26, 2011

Hari Memanjakan Diri

bob-cut-hairstyle
Jeng..jeng..jeng..apa kena mengena gambar model ni dengan entry aku ari ni? ceteka..ceteka..hehe..

Ekceli aku baru potong rambut sejibik  sebijik cam model ni.. rambut je la.. muka aku ngan die lain..lawa aku jauhhh..hahaha *lempang*

Lepas bekpes pagi tadi terus aku bersiap untuk ke salon.. dari semalam lagi lagi aku dah niat nak potong rambut ni dek tidak tertahan lagi dengan kegatalan kulit kelapa eh..silap..kepala yang dah mencapai tahap maksima aku kira (ke kepala aku ni dah ternak kutu apa..hihi).. lagipun aku dah tak tahan dengan ‘kepanasan’ berambut panjang melepasi bahu ni dan masalah keguguran rambut yang ku alami.. nak tak nak terpaksa la aku ambil keputusan untuk mencaras rambut ku walaupun rasa sayang tu masih menebal dalam diri ni (apa ayat aku pakai neh).. :P

Ok..habis citer pasal rambut. Dari kul 11 hingga pukul 2 tengahari aku kat salon tu.. dah naik lenguh bontot rasa dok kat kerusi disitu..magazine pun tak tau berapa bijik abih ku baca dan khatam..keke..

So, lepas siap set rambut semua aku pun trus memandu ke pusat kecantikan lain pulak untuk menunaikan hajat yang ke dua iaitu facial muka. Ni pun satu lagi aktiviti yang wajib aku wat tiap-tiap bulan dan kalau ada masa terluang ^_^
facial3113555Memang best la time facial ni kan.. muka dan separuh badan kita dibelai-belai dan diurut-urut oleh jari jemari yang sangatla halus dan lembutnya.. aaahhh.. hilang stress seketika..sambil berehat  dan tenangkan fikiran..hmm.. kalaulah mak aku tokey salon kan bagus.. bole hari2 wat facial.. hihi ~dush~

Pukul 4.30 petang baru semuanya selesai.. puas hati la hari ni.. memanjakan diri dari hujung rambut ke hujung kaki..eh bukan! hujung dagu je la..pasal tak sempat gi manicure n pedicure semua.. so belum sampai hujung kaki lagi la..kan? kan? =)

8 comments:

Unknown said...

pergh..cm best je sis!;)

Unknown said...

chah..mmg best :)

EnciK AxixOu said...

sy pown bru potong rmbut gk..sbjk cm mamat neh..haha..botal sexy an haha

sugar2 kapas strawberry said...

kalau pergi spa..ad org urut badan..best

Misz-ella said...

kc esok nk gi dewi sri spa kat plaza damas. Jom nur ..

Ce'gu JAERA said...

peeewwwittt.. hehehe

me suya said...

hehehe cam makin comel jek kak nur potong rambut cam ni.. gaya remaja tu.. hehehe muda 10 tahun arr ni.. caya la kak nur.. Jom, esok pergi sauna plak

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

As salam..bestnya klu dpt g merawat diri kan!
Ala ,atie masak main campak2 jer..hihik