Hari ni adalah hari kedua aku bercuti kerana menjaga si boboy bersunat.. Serius aku rasa bosan yang amat bila tak masuk ofis.. Bukan kerana tak suka menjaga anak di rumah, tapi maksudnya dah menjadi rutin aku di sibuk dipejabat sepanjang hari menjadikan aku rasa macam eh aku tak boleh la kalau tak kerja.. Otak aku jadi tepu dan rasa macam nak gila, tau tak? :p
Kepala aku dah naik pening bila tak de benda nak buat lepas uruskan anak aku ni selain mengadap galaxy tab ni.. Badan pun rasa macam nak demam je.. Tambah tambah dengan suasana di rumah yang bising dengan karenah budak budak (termasuk anak sedara aku) yang dok pasang tv citer kartun 24 jam boleh buat kepala aku weng sepanjang hari..
Ni baru dua hari, aku takleh imagine kalau berbulan aku kat rumah macam orang cuti bersalin tu maunya aku rasa gila nak ke pejabat dan buat kerja aku macam biasa..hehe
Ke aku ni jenis workaholic person?? Entahlah labuuu!
Published with Blogger-droid v2.0.1
1 comment:
otak tak bole fikir lagi aktiviti yg nak kena buat klu dirumah... sabar... ;p
Post a Comment