nuffnang

Thursday, December 22, 2011

Kisah PMR aku..

Hari ni result PMR kua ek? ok aku baru tu.. ni pun lepas bukak internet tengok pengumuman sana sini pasal result PMR keluar hari ni.. pastu kat fb pulak ibubapak semua dok canang kebanggaan anak masing-masing dapat full A dalam result PMR depa.. terus aku teringat kenangan masa amik PMR 18 tahun yang lalu.. jeng jeng jeng *keluar adegan filem hitam putih macam flashback kisah lampau gitu..ekekeke*

Kisahnya.. masa sekolah-sekolah dulu aku ni bukannya jenis bijak sangat.. belajar pun malas.. selalu kalau amik test or exam result pun so so ajerla.. buku tu bukan teman setia aku.. bab pikir masa depan pun memang takde langsung dalam kepala aku ni kot.. lagi pun dalam pemikiran aku kalu setakat PMR tu takyah la kau study maut sangat pun.. bukan boleh mintak keje pun dengan PMR tu.. padahal sedikit sebanyak dengan PMR tu lah yang bakal menentukan masa depan kau ye tak?? teruk btul pemikiran aku ni kan? jenis berpikir tahap minda kelas ketiga macam ni la kot.. hehe..

So aku pun takde la nak study rajin sangat macam kawan2 aku yang lain.. setakat pegi kelas tuisyen tu ada la.. tu pun sebab follow member2 dalam kelas yang cerdik pandai.. tapi bab buat study grup atau diskasyen dengan geng bijak ni memang aku tak join pun.. lagi pun masa tahun nak exam tu aku sibuk dok ngorat budak senior form 4 yang aku rasa hensem nak mampus padahal dia tak pandang pun aku masa tu..hahah! ok.. tak leh citer lebih2 sebab aku maluuu *tutup muka dengan kain tudung*

Oh, ya! lupa nak gitau yang aku adalah diantara batch pertama yang amik PMR.. masa tu tahun 1993.. tu yang rasa cam bengong je bila nak kena ngadap format baru dalam exam baru ganti SRP ni.. 

Dipendekkan cerita.. 

Bila result PMR kua.. seperti yang dijangka > result setakat cukup makan orang kata.. hehe.. macam aku cakap tadi la.. aku ni bukan dalam kategori student yang bijak pandai tu.. belajar pun malas..berangan je lebih.. tak reti lagi nak pikir bab masa depan ni..

After that bila tengok sorang demi sorang member dalam aku dapat result cemerlang baru la aku terasa.. mula menyesal sebab malas study dan jadi bijak pandai macam diaorang.. pastu tengok ada pulak yang dapat tawaran belajar di sekolah berasrama penuh dan MRSM.. masa tu baru la aku rasa sentap dan sedih dengan result PMR aku yang tak seberapa dan tak membawa aku kemana-mana pun... (padahal ramai lagi geng sekelas yang senasib dengan aku pun...) sudahnya aku stay kat sekolah yang sama je masa form 4 tu..

Masa naik form 4 tu la baru aku bertekad dan berazam untuk belajar bersungguh-sungguh.. segala yang dah lepas tu aku buang jauh2.. tak nak pikir ke belakang lagi dah.. yang penting aku kena hadap untuk exam SPM yang lebih besar pulak lepas ni..

Dan 2 tahun kemudiannya.. kesungguhanku itu akhirnya membuahkan hasil.. Alhamdulillah.. dan aku bersyukur pada tuhan kerana telah menyedarkan aku dari tidur yang lena.. kerana tuhan telah memberi aku peluang kedua untuk membuktikan kepada semua bahawa aku sebenarnya bukanlah 'bodoh' cuma aku malas berusaha..

Terima Kasih Ya Allah..terima kasih juga buat arwah abah dan ma yang telah banyak berkorban untuk kejayaanku.. jasamu tidak mampu ku balas walaupun hingga ke akhir hayatku.. 
 
Moral of the story: buat adik-adik diluar sana, anak2 dan anak sedara ku.. jangan malas nak belajar.. ingat masa depan korang..takde orang lain yang boleh mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri yang mengubahnya.. kalau tak nak rasa menyesal jangan bermimpi di siang hari..ok? belajar pandai2 supaya korang boleh jadi macam apa yang korang nak.. 

Kepada yang dah berjaya tu tahniah akak ucapkan! Ingatlah bahawa kejayaan tu bukan atas usaha kita saja tapi atas usaha ibubapa, guru-guru dan rakan-rakan juga..
 
Sekian...Majulah Sukan untuk Negara.. eh??!! ada kena mengena ke tagline ni? :P

2 comments:

Lizan said...

nasib baik tersedar dari mimpi...hehe

me suya said...

hehehe seb baik.. Suya plak... malas gak nk berusaha.. Tapi orang kata nasib tu baik dan rezeki tu ada.. :)