Sebelum entry ni jadi pekasam dalam draf ni baik aku publish cepat ..huhu
Seingat aku last time ke Hatyai Thailand ni dalam 10 tahun lepas. Masa tu si boboy still baby lagi. Baru umo 4-5 bulan kot. Tu pun sebab ada arwah abah. Dia la yang jadi pemandu pelancong bawak kami sekeluarga ke sana dengan kereta sendiri. Since kejadian bedil membedil di Selatan Thailand tu buat kami sekeluarga macam cuak nak masuk ke sana. Kang silap haribulan kita yang kena bedil atau bom kat sana siapa yang susah? tak nak mati katak ooii.. tak rela mak jemah... >_<
Kami bertolak pada ke sana pada hari Jumaat 25 Oktober 2013. Sebenarnya tak plan langsung pun nak ke sana. Tetiba jer encik faris call dari ofis pagi Khamis tu tanya 'nak gi jalan ke Hatyai tak? kawan abang ada yg nak pegi .. jom kita ikut dia' .. Aku pun terus cakap 'nakkkkkk' .. apa lak tanak nya .. dah lama tak kesana.. lagipun selalu tengok kawan2 dan sedara mara selamba je masuk ke sana selamat jer pergi dan baliknya.
Petang Khamis tu jugak aku ke bank mintak surat kebenaran bawa masuk kereta ke Thailand. Kereta masih dibawah hakmilik bank katakan.. kena la minta surat kebenaran dulu. Itu prosedur yang perlu dipatuhi di pintu Imigresen kat sini.
Masuk Thailand ikut pintu Imigresen Rantau Panjang. kalau nak masuk ikut pintu Imigresen Pengkalan Kubur pun boleh. Tapi belah sini lebih dekat rasanya.
Muka ceria asal boleh berjalan keke..
Boleh tahan jauh perjalanan ke Hatyai ni. Makan masa 5 jam la jugak. Keras punggung aku dok dalam kereta lama lama..Tapi kan.. sepanjang jalan kat negara Thailand ni memang best tau. Sebab jalanraya kat sana lurus jer. Takde bengkang bengkok macam jalanraya kat Malaysia ni. Dah la jalan dia cantik dan smooth. Driver kemain bawak laju sampai cecah 180-200km/jam .. hahah
Singgah bandar Pattani jap isi minyak n masuk toilet. Saja snap gambar kat sini sebab toilet dia nampak menarik dan bersih..
Berhenti makan sebelum masuk ke jalan menuju bandar Hatyai ... dah lapar sangat masa ni . Dah hampir jam 1tghari dah.. ko bayangkan la dari pkl 7 pagi bertolak tak makan apa apa.. just makan sandwich dengan naget jer dalam kete..
Kedai makan muslim ni allocated sebelum jejantas masuk ke hiway Hatyai .. ni Heng (yg pakai baju ijo tu) la bawakan sebab dia dah biasa ke sini .. makanan boleh tahan la sedap.. tapi semua rasa macam nak sama jer .. macam tomyam jer semua.. aku oder sup tulang pun rasa tomyam ...haha
makan kenyang kenyang ye anak2.. nanti nak travel lagi .. kat hujung tu Heng n Yasin dengan famili masing-masing. Kami konvoi 3 kereta .. sronok gak berjalan ramai ramai ni .. tak rasa cuak sangat kat negara orang..
Dah sampai kat bandar Hatyai. Boleh tahan sesak jalan kat sini . Kita cari hotel dulu untuk check in then baru kua jalan-jalan okeh?! settt!
Kami check in kat hotel Regency. Betul-betul kat Hatyai town. See? banyak kete dari Malaysia park kat hotel ni .. yang masuk dari utara pun ramaii..
Dalam toilet |
view of Hatyai City from our room .. rasanya ni pemandangan dari belah belakang hotel .. boleh tahan besar bandar Hatyai ni ..
1 comment:
Salam, wahh...xsabar nk tggu next entry, sbb xpernah pegi and xtau ape yg best di hatyai nih..hihi :D
Post a Comment