nuffnang

Saturday, May 19, 2012

Petua Masuk Rumah Baru

Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.

Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 x.

sumber: facebook
Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 17, 2012

Outstation..

Subuh subuh lagi akak dah terpacak kat airport.. Ngantuk giler siott.. Pukul 9.30 pagi nanti ada mesyuarat di kementerian.. Jadi terpaksalah ambil flight seawal pagi camni untuk sampai nun di putrajaya sana.. Tak lama sangat pun perjalanannya.. Dalam 55 minit sampai la kt KLIA.. Tapi yang paling akak nyampah dan mencik bila time kena hadir mesyuarat ni haruslah bangun seawal 4.30 pagi bersiap-siap dan drive lonely menuju ke airport..

Bila dah kena bangun awal awal pagi ni kau paham je la kan yang malamnya jangan harap la kau nak tido sedap.. Sebabnya takut terlepas kapalterbang.. Jadinya waktu tidur tu macam skejap terjaga tengok jam..skejap bangun skejap bangun macam ayam tido orang kata *tapi aku rasa ayam pun sempat berdengkur...hihi*

Oklah..dah calling2 tu..kena masuk flight sekarang..babaii!
Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, May 4, 2012

Lawak: Seluar Dalam

Seorang budak perempuan menemui ibunya di dapur rumah dengan tegesa-gesa.

Anak: Ibu, tadi uncle joe suruh saya panjat pokok kelapa. Lepas saya panjat uncle kasi saya RM2 (sambil menunjukkan duit itu kepada ibunya)

Ibu: Apa! lain kali kalau uncle suruh naik pokok kelapa jangan naik. Dia hanya mahu tengok seluar dalam kamu saja.

Budak perempuan itu berlalu pergi. Pada hari yang lain pula, budak perempuan itu sekali lagi datang menemui ibunya yang sedang menjemur baju dengan tergesa-gesa..

Anak: Ibu! Ibu! Tadi Uncle Joe suruh saya panjat pokok kelapa lagi. Kali ni dia kasi saya RM10!
(sambil menunjukkan duit not 10)

Ibu: Kan ibu dah cakap, jangan ikut cakap uncle Joe. Dia nak tengok seluar dalam kamu saja.

Anak: Takpe ibu. Kali ni saya dah main-mainkan uncle Joe. dia dah tak boleh tengok seluar dalam saya.

Ibu: Macam mana kamu buat? (dengan muka hairan)

Dengan bangganya budak perempuan itu beritahu:
"Saya tak pakai seluar dalam!!!…"
Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.