nuffnang

Sunday, October 30, 2011

Teka teki

Selamat malam..

Dah makan? Mesti korang tengah mengadap blog tu kan? Sambil nonton masterchef di astro ria ke.. Heheh..

Sambil2 tu meh kita layan teka teki nak? Jom..

Soalan : Apa beza daun betik ngan tangan perempuan?
Jawapan: Daun betik boleh melembutkan daging yang keras, tangan perempuan dapat mengeraskan daging yang lembut.

Soalan : Haiwan apakah yang pertama sampai ke bulan?
Jawapan: Burung punai (Neil Armstrong punya)

Soalan : Apa beza tayar kereta dengan kondom?
Jawapan: Tayar kereta kalau bocor boleh menghilangkan nyawa, kondom plak kalau bocor boleh menambahkan nyawa.

Soalan : Apa yang mahal pada BMW?
Jawapan: Huruf W. Cuba tukarkan W ngan X. Jadi BMX. Kan murah tu…

Soalan : Rumah apakah yang gunakan banyak air?
Jawapan: Rumah terbakar

Soalan : Apa nama sudirman masa kecil?
Jawapan: Sudirboy

Ĥǻĥǻĥǻĥǻĥǻĥǻĥǻĥǻ

Sumber: BBM

Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

5.35 ptg..

Masih dalam miting.. ngantuk dan boring semuanya ada *banyak isu yang tak berkaitan* ekekeke..


Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Sure Heboh yang sangat heboh!

Assalamualaikum..
Buat apa petang petang ni sahabat sekalian? Aku kalau petang camni mula la mengantuk.. rasa nak peluk bantal je.. tapi takleh tido la.. baru nak lelap mata budak budak buat bising la pulak.. saja je tau takmo kasi peluang mak dia nak terlelap sekejap sebab dah tau mak dia ni memang kaki tido…ekekeke
Biasa kalau hari sabtu camni mesti aku dengan encik suami rajin bawa anak-anak keluar tapi hari ni terasa malas yang amat.. lagipun malam ni ada siaran langsung perlawanan Piala Malaysia kan.. jadi harusla rehat secukupnya untuk bersorak pada pasukan yang menang hihi… ssshhh..aku sokong pasukan hobin jang hobin.. korang? ;)
Panjang pulak intro ni.. nak citernya hal lain ekceli.. citer ke pesta Sure Heboh semalam.. aku sebenarnya tak rajin sangat nak kPublish Poste sana.. tapi di sebabkan anak anak yang beria nak pergi maka kami suami isteri layankan je la kehendak anak anak walaupun dalam keadaan cuaca musim tengkujuh ni.. tapi tak sangka pulak sambutannya begitu meriah.. maklum la, dua hari je kan.. promosi kat tv ngan internet pun kemain heboh.. maka habisla rakyat seluruh pelosok kelantan ni berpusu pusu keluar nak menyaksikan sendiri apa yang heboh di jom heboh tu..hihi
image
image
image
Ni antara picture yang sempat aku snap masa kat sana.. masa mula mula nak sampai tu dah cuak dah rasa.. dengan jalan jem yang amat dan kena parking kete jauh jauh.. pastu berjalan kaki pulak dalam 1.5 km ke tapak pesta..
Sepanjang jalan berjumpa dengan ramainya orang.. ada yang baru nak pergi dan dan ada yang dah nak balik dengan paper bag yang pelbagai ditangan..
Bila sampai kat sana tu.. aku tengok.. masyaallah.. punya la ramai manusia.. nak berjalan pun takleh ni.. kat segenap ceruk orang ramai dengan keluarga.. dengan pasangan.. dengan kawan kawan.. sampai aku dengan encik suami kena pegang anak anak dengan kejap masa berasak dicelahan manusia yang ramai tu.. nak singgah jenguk jenguk di setiap gerai pun tak kuasa dah dengan suasana hingar bingar yang memekakkan telinga sebab semua pakat dok berkempen produk masing-masing dan kena berasak asak masa nak tengok satu satu tempat tu..
image
cer tengok.. takde celah pun nak tengok tengok gerai jualan dengan aman.. aku cari fasha sandha pun tak nampak bayang.. ingat nak la tengok si fasha bertudung dari jarak dekat..hihi .. tapi yang aku dapat tengok si Akim AF dengan Tomok je.. tu pun dari jarak jauh yang mana masa tu we all stop untuk 2 minit je ambik gambar masa diaorang tengah buat show..
image
image tak kuasa nak berasak camni.. huh!
image sempat snap pic bebudak kat sini je..
Lepas tu cepat cepat aku heret anak anak keluar.. pujuk diaorang beli aiskrim kat luar.. selamat la poket aku walaupun habis RM20 jugak beli jajan MisterPotato ngan Chipsmore yang dijaja di situ..
Masa jalan nak ke kereta tu boboy cakap ‘ma, menyesal rasa datang kat sini kan? orang ramai sangat.. nak jalan pun tak leh..’
Mama dia ni jawab.. ‘tau takpe.. kan mama dah cakap? sekarang rasakan sendiri penat nak jalan kan?’ ;)

Friday, October 28, 2011

takde tajuk..

Tak tau nak letak tajuk.. Dahla gila malas nak update.. Tak tau nak citer pasal apa..

Minggu ni mood adalah swing yang amat..dengan pelbagai kejutan berita pasal keluarga dan kerja..kedua duanya bercampur baur..

Cuaca pula adalah mendung, dingin dan suram je.. Musim tengkujuh semakin menghampiri.. Cuma tak sampai ke tahap banjir lagi kot sebab hujan berhenti berselang seli dalam sehari dua ni..

Hari ni adalah cuti macam biasa..bebudak dah bising mengajak ke pesta 'sure heboh' yang sedang berlangsung di kota bharu selama dua hari ni. Macam pesta dalam hujan pulak rasanya bila kena keluar rumah dalam cuaca mendung sebegini..

pagi tadi hujan lebat mencurah curah sampai aku rasa malas nak bangun tapi mengingatkan janji dengan makcik urut tu kena paksa diri untuk bangun tapi tersangatla hampes bila makcik tu tak muncul tiba sebab hujan gamaknya..

Now kena bersiap untuk ke jemputan kenduri dulu..pastu baru fikir program nak berheboh heboh tu.. Kalau menarik aku citer kedian..

Ok bai.. Thanx sudi baca.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, October 25, 2011

Gambar eksiden..

Jgn tengok kalau lemah semangat-Gambar kematian Marco GP dari jarak dekat yg dpt diambil dgn mengunakan kamera blackberry kelmarin....

sungguh menyayatkan hati...hihihi

Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 24, 2011

Trip to Lojing-part 2

Sambung dari part 1 yang lepas..
jom tengok projek tanaman sayur di Lojing



















Ok..dah banyak sangat dah picture aku tampal kat sini.. Kesimpulannya.. `pertanian adalah perniagaan`. Boleh gitu? :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, October 23, 2011

Nama je pompuan tapi..

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia..

Lepak depan tv sambil update sambil tengok citer pramugari bas 'awan dania'..

Sebenarnya aku tengah pening kepala ni..kepala rasa weng semacam..

Ni kes terhidu bau badan manusia yang tak reti nak menjaga tubuh badan diri sendiri pagi tadi..

Nama je pompuan tapi aromanya.. Masyaallah.. Pening kepala aku sampai kepala rasa berdenyut denyut..

Ceritanya masa dalam taklimat bajet di auditorium pagi tadi..

Tengah kusyuk aku mendengar taklimat tetiba je hidung aku ni terhidu perfume original yang sangat segar dan semerbak baunya..

Aku ingat ada hantu pari dah lalu kat situ tapi tak logik la kan sebab masa tu pagi lagi beb..

Lepas diamati aku rasa macam ada yang tak kena je sampai aku kena tahan pernafasan macam dok dalam air la pulak..

Sejurus kemudian aku kena ejas pulak kedudukan aku ke depan.. Nak bersandar kat kerusi tu aku dah rasa tak mampu dah nak mengawal pernafasan..

Dalam hati dok menyumpah nyumpah.. 'Pompuan jenis apa la ni jenis tak reti nak jaga badan sendiri.. Woi laki kau tak tegur ke woi.. Rumah engkau camana la kalau badan pun bau camni woi!'

Kan?! Tak pasal2 aku dapat dosa..

Habis hilang konsentrasi aku dalam dewan tu tadi.. Cis!

Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Majlis Penerangan Bajet 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Pagi-pagi lagi saya sudah berada di sini:

Majlis Penerangan Bajet 2012 kepada Kakitangan Kerajaan/Pemimpin Masyarakat/ NGO
di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Kelantan.

Taklimat disampaikan oleh YB Dato' Dr Awang Adek B Hj Hussin, Timbalan Menteri Kewangan II.

Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, October 21, 2011

A Trip to Lojing-Part 1

Ok .. Dalam entri semalam aku janji nak citer pasal my trip ke Lojing kan? Ekceli Lojing ni bukanlah tempat pelancongan yang cantik seperti korang bayangkan yang ada air terjun bagai .. Tempat ni terletak nun jauhhhh di pedalaman antara gua musang dengan cameron highlands. 

Jarak diantara Lojing dengan Cameron tak sampai sejam la ..kalau pi sana biasa aku naik ke cameron tapi kali ni aku tak pegi pasal malas aa sebab dah selalu ke sana kan ;-) 

Tempat ni merupakan kawasan pertanian dan perkampungan orang asli moden dah aku tengok sebab diaorang ni semua tinggal kat rumah batu PPRT.. Tapi ada lagi segelintir masyarakat asli ni yang masih tinggal di rumah lama mereka (sebab taknak pindah kot) .. 

Tujuan aku ke sana? Sudah tentu atas urusan kerja sebab jabatan tempatku kerja ada Pusat Latihan Pertanian di sana dan menjadi tanggungjawab aku untuk memantau Pusat Latihan dan pelatih beliatani di sana.. Biasanya aku pergi ke sana dalam tempoh 2bulan sekali camtu :-) 


Perjalanan masuk ke sana.. Menyusuri perkampungan orang asli di sana ..jauh la jugak melalui jalan berselut camni..dalam 7km camtu..letih woo.. Jumpa anak2 org asli yang baru balik dari sekolah.. Aku tengok yg rambut rebonding pun ada..hahaha


Anak anak orang asli dikampung mereka


Balai sewang tempat depa berkumpul


Kenderaan kami kena menyeberangi sungai ni..jambatan baru dalam pembinaan


Dah sampai ke pusat latihan..cuaca adalah hujan


Jalan masuk






Sekitar pemandangan di pusat latihan.. Udara kat sini tersangatttla nyaman dan sejukkkk.. Takde beza sangat dengan cuaca kat cameron sinun..kali pertama kena air kat sini pasti kau menjerit kesejukan hehe.. Dan tido di malam hari juga adalah sejuk ;-)


Chalet penginapan dalam pagar pusat latihan


blok kuliah

Dah penat dengan perjalanan selama 5 jam lebih.. Sampai je di sana kami berehat kepenatan.. Esok baru pegi tengok projek sayur.. Nanti kita sambung ye..okbai.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, October 20, 2011

A Trip to Lojing

Satu

Dua

Tiga

Okeh..ni gambar intro dulu.. Nanti esok2 aku citer ek..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Menangis tak berlagu..

Kejadian berlaku lebih kurang pada jam 4.30 petang bila mangsa mendapati buah rambutan kegemarannya habis di makan oleh adik dan sepupunya.. Mangsa yang frust menonggeng terus meraung tak hengat donia.. Penyudahnya apabila ibu mangsa menelefon sibapa dan menyuruh dia membelikan 2 kilo rambutan untuk si anak. p/s: lepas ni aku nak wat kebun rambutan plak kat kawasan rumah ni..Gggrrrr

Published with Blogger-droid v1.7.4

Breakfast..

Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday: Sejuk Hati Ibu..

Alhamdulillah..

Sejuknya hati mama melihat boboy rajin bersolat tanpa disuruh dan dipaksa ..


Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 17, 2011

Blog dah pulih.. Malware berjaya dibuang ;)

Alhamdulillah .. mujurlah blog aku dapat diselamatkan semula lepas diserang malware semalam .. naik pening kepala aku mencari jalan penyelesaian nak hadapi masalah negara ni .. akhirnya jumpa gak tips dalam blog ayie .. terima kasih ye ayie sebab kongsi tips  nak buang malware ni .. dah banyak blog aku singgah tapi tak reti buat dan cubaan membuang malware tu nampaknya tidak menjadi .. akhirnya blog ayie ni yang ku jumpa dan kekdahnya tidak sia sia ;) *thumbs up*

Korang nak tau kekdahnya? Mudah sajer .. cuma buang icon pada blog korang sebagaimana yang ditunjukkan dalam gambar di bawah ..


Sungguh mudah kan ? ok .. itu saja tips untuk hari ni .. sekian.

Sunday, October 16, 2011

Tolong Saya!!


Bila aku buka blog di skrin komputer ofis pagi ni tetiba keluar skrin ni limanambelas kali.. weh! apa dah jadi ngan blog aku ni? aku tak reti la nak mengadap benda alah ni.. sapa boleh tolong? tolong la jampi jampi blog aku ni atau bagi la apa-apa link yang boleh membantu aku mengatasi masalah ni plisss!! Makaceh ye..

Saturday, October 15, 2011

Besday adik pulak...

Semalam dah citer kat sini sambutan besday si abang a.k.a boboy yang jaraknya cuma satu hari je dengan si adik..

Hari ni plak si adik merayu mintak kek besday sebijik untuk dirinya..

Okla anak..mama dan papa layan je la ;-)

Selamat harijadi ye sayang..semoga membesar sebagai anak yang solehah dan baik sekali mama doakan.. Amin.

Published with Blogger-droid v1.7.4