nuffnang
Wednesday, October 31, 2012
Tangkuban Perahu, Bandung
Kenangan semasa di Tangkuban Perahu, Bandung pada 15 Jun 2012 .. isshh.. dah lama giler balik dari bandung ni baru nak update.. memang dasar pemalas sungguh aku ni .. hihi..
So layankan aje la gambar-gambar tu..
Kitaorang sampai kat atas ni dah waktu petang.. ekceli pagi lagi dah bertolak nak ke atas sana tapi bila sampai di pertengahan jalan tu jalan tetiba stuck dengan jem.. rupanya ada ekspedisi apa tah oleh budak-budak sekolah sana nak naik ke atas tu menyebabkan jalan sesak.. so pak supir cadangkan weols pegi main air terjun dulu kat Ciater Hot Spring (nati citer kedian) dan petang baru naik ke sini..
Waktu kami sampai petang tu cuaca adalah redup dan udara adalah sangatt nyaman...
Nampak tak gambar sekumpulan lelaki kat sebelah kiri atas tu?
Diaorang ni la wat aku pening kepala masa kat sana.. masa mula-mula sampai tu diaorang sibuk nak tolong kami ambik gambar satu famili.. ye lah.. sebab nampak sangat aku dan famili eksaited nak pose sana sini dengan pemandangan yang cantik di situ.. jadi adalah diantara mereka yang 'ada udang disebalik mee' menyibuk ofer diri nak tolong snap kan gambar.. pastu jual key chain yang mahal nak mampos pulak kat aku yang dah tertipu ni.. jadi hati-hati ye korang yang pegi sana.. jangan mudah terpengaruh dengan iklan-iklan murahan disitu.. hehe
Yang si adik dengan boboy tu pulak merengek nak beli strobery.. mula-mula aku malas nak layan.. tapi dah sipenjual tu dok hulur suh try dan lepas try tu terus terpikat dengan buahnya yang manis dan sedap maka aku pun terr beli jugak dalam 3 peket untuk budak 2 orang ni.. terus ngap sampai abih time tu jugak.. :) buah strobery tu tak mahal sangat.. dalam 4-6 hengget je sepeket rasanya (aku tak brapa ingat dah)
Kami berada kat atas tu dalam 40 minit.. tak turun ke bawah pun sebab cuaca mendung dan hujan renyai-renyai..
Beli souvenir lebih kurang dan chow ke Restoran Kampung Daun untuk makan sebab perut dah lapar yang amat..
Tuesday, October 30, 2012
Diner
Monday, October 29, 2012
Raya Haji 2012
Wednesday, October 24, 2012
Uzur
Semalam dia dah bagi hint nak datang
peha mula lenguh dan pinggang dah sakit sakit
malam tadi makin menjadi jadi sampai aku tak lena tido
sakitnya tuhan aje yang tau..
Pagi tadi pun sama
rasa nak nangis terasa urat peha cramp
macam nak putus
lepas mandi terus sapu krim panas dan telan ubat paracetamol
punch card dah sah sah la merah waktu sampai di ofis pagi tadi
Cuba bertahan sampai tengahari
and after lunch hour aku dah tak larat nak kembali ke ofis
macamana nak duduk kalau pinggang rasa cam nk putus dan peha tegang semacam?
Mampu tersadai atas tilam dirumah je la sampai ke petang..
*sigh*
Acaiberry
Ekceli aku dah lama nak try makan pil acaiberry ni tapi tak menjadi nak oder.. Last week kebetulan masa gi facial dan borak borak dengan owner salon tu cik kak tu gitau dia jual benda ni tapi takde stok.. Aku yang sememangnya alah dengan benda ni terus la oder.. Dia janji stok akan sampai keesokan harinya..
Esoknya dia sms gitau takde stok lagi dan tunda satu hari lepas tu..aku ok lagi walaupun dah rasa bengkak dengan orang yg berbisnes camni..
Tapi bila dah dekat seminggu tunggu oder tak dapat terus aku sms gitau tak jadi ambik barang tu.. Dah lama sangat aku oder sampai berkurun kan..mana leh tangguh2 beb.. Tambah spesis macam aku ni jenis takleh bersabar.. Oder hari ni nak esokk jugak sampai depan mata... Kalu tak resah gelisah tak tido malam ler jawabnya..
Alih-alih tengahari tadi tetiba dia sms gitau stok dah ada.. Oklah..sementelah mood aku tgh baik aku pun ofer kat member dan anak buah di ofis sapa nak kirim meh I nak beli.. So ada dua orang yang mengirim.. tengahari tu terus gi kedai ambik 3 botol..
Then when I came back to ofis and talk to my frens some of them condemned.. Eh acaiberry ni dalam 70-80 je sebotol..apahal u beli mahal sangat sampai RM100?! And I macam 'what da....??'
Rasa macam kena tipu hidup-hidup.. Cek details dalam internet n fesbuk.. A'aa ye la.. 80 hengget je pun.. Apsal aku bodo x study dulu harga produk ni??
Eh, bukan aku tak study ok.. Tapi aku dh cakap kt budak tu nak acai yang tulis 'plus collagen' tu..
Alih2 tgk kotak yang dia hulur kat kete tadi *aku nk cepat masa tu* yang dia jual ni jenis biasa jer.. Tapi aku tak sure la harga yg ni berapa RM..
Tak puas hati lagi ni..
Terus sms dia komplen 'barang awak jual ni mahal sangat..beza dgn beli online'
Tapi dia jawab suh I hati-hati takut beli yang tak origional..
Helo sis.. I dah cek ok..yang jual dalam fb tu pun ori la..dia siap bagi tips lagi nak cam produk yang mana ori dengan tak ori.. Tak payah nak berdolak dalik dgn I lagi..
Aku beli 3 botol tapi sikit pun tak bagi diskaun.. Takpelah.. Kalau nak jual mahal sangat aku ambik sbotol jer.. Esok 2 botol lagi I return balik okeh?!
Beli online lagi bagus! Lagi murah!
Daa...
Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, October 22, 2012
Nasi Ayam
Thursday, October 18, 2012
Ice Cool Blog yg ohseeemm
ice cool blog vanilla smoothies yang mmmmmm..
tak dapat menahan diri walaupun cuaca hujan... hehe
Published with Blogger-droid v2.0.6
Macam Siti Saleha eh?!
korang dah lunch? aku dah ..
just jamah semangkuk sup sayur je ..
Alhamdulillah kenyang ..
*jaga bodyla katakan .. ekekeke*
Petang ni nak tayang gambar close up sket ..
i memang suka upload pic kat Instagram yang diri sendiri perasan macam comeyyy gitu
*sambil kelip2 mata*
nak tengok ?? sila la scroll down ke bawah ye ..
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
nak tayang tudung fareeda yang baru jer ekceli .. hahah ..
tapi serius memang i rasa nak pitam bila ada yang komen
muka i sama dengan artis ...
*apakah matanya rabun atau ... ??*
dan membuatkan i rasa OMG!!
tolongg2 ... akak rasa nak pitam ni .. hahah!!
korang baca la sendiri komen budak @mohdnajib94 tu :D
yang i rasa kelakar bangat pic tu bukan yang pertama taw..
before this dah ada satu insiden yang sama berlaku ..
ni gambar satu lagi .. dan i dikaitkan dengan artis yang sama ..
>
>
>
>
>
>
>
eh.. korang kenal tak Siti Saleha tu sapa ?
rasanya semua orang kenal kot ..
pelakon glemer dalam citer NORA ELENA tu la ..
ala .. yang berlakon dalam citer di TV3 tiap2 Isnin - Khamis jam 6.30 ptg beberapa bulan lalu
hero citer tu tak lain tak bukan abang Aaron Aziz yang hensem nak mam**s tuu ..kahkah..
kalau tak kenal meh akak tunjuk gambar2 Siti Saleha tu..
>
>
>
>
>
bukan adik yang dok tiup belon belah kiri tu ... hehe ..
oh Siti Saleha .. kau memang cantikkk bangat ..
tapi kalau ada orang yang samakan muka aku dengan ko
dah sah2 la mata dia tu rabun kot .. hehe
sebab sah2 aku bukannya secantik kau Siti Saleha ..
sesungguhnya gambar2 tu aku kasi tacap skittt jer ..
ye la sekali sekala..
nak jugak feeling lawa macam retiss ..
boleh kann ?? kah kah !
Published with Blogger-droid v2.0.6
Tuesday, October 16, 2012
Poor my boy :(
then i bawak dia pegi jumpa cikgu Penolong Kanan sekolah
kenalkan diri dan bagitau yang Muhammad Adib Fahmi dari kelas 4A ni sakit
Alhamdulillah.. cikgu melayan kami dengan baik sekali
borak-borak lebih kurang rupanya keluarga kami dah kenal sebelum ni
lagi pun Encik Faris adalah salah sorang AJK PIBG sekolah tu
Sunday, October 14, 2012
Al Fatihah..
Usai sudah urusan pengebumian arwah ayah su..beliau merupakan bapa saudara bongsu keluarga sebelah suami saya..
Semalam kami sekeluarga menghadapi saat-saat getir..dari jam 6 petang hingga 8 malam saya dan encik faris berasa disisi beliau di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian bersama isteri, keluarga dan rakan-rakan menziarahi beliau yang tenat dan semakin kritikal..
Kira-kira jam 7.50 malam beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana jangkitan kuman pada hati berpunca dari penyakit Hepatitis B..beliau juga mengalami komplikasi jantung dan darah tinggi..
Sudah janji Allah..setiap yang hidup pasti akan kembali padaNya..Al Fatihat buat ayah su..semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh..
Buat cik su dan anak-anak..semoga kalian tabah dengan ujian Allah yang maha esa ini..Redholah dengan pemergian ayah su..sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang..
Al Fatihah kepada Che Hamid b Che Hassan..
Saturday, October 13, 2012
Hepi Besday my children!
Boboy lahir pada 13 Oktober manakala adik pula 14 Oktober
Tahun jer lain-lain
Pandai betul mama dan papa mereka ni merancangkan? Hihi..
Selamat Hari Ulangtahun yang ke-10 buat boboy dan ke-7 buat adik..
Mama dan Papa sentiasa doakan yang terbaik buat anda berdua..
Semoga menjadi anak yang baik, taat pada orang tua dan rajin-rajin belajar tau..
Minggu depan dah nak exam akhir tahun.. Nanti bulan November ni kita pegi Langkawi :)
Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, October 12, 2012
Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2012 – Kelantan VS Selangor
Sememangnya semua penyokong Kelantan mahupun Selangor pastinya berdebar debar dengan keputusan penentu pasukan mana yang layak ke peringkat akhir Piala Malaysia 2012 menentang pasukan ATM yang telah menewaskan LionsXII pada 5 Oktober 2012 yang lalu.
ps: harap-harap Kelantan yang menang..huhuhu
Bertemu Lagi..
berangan nak lompat setengah jam sehari sebab terbaca kat fb member
yang dia ni boleh lompat sampai 1000x sehari..
sekali balik try tadi.. 5 minit pun aku dah mengah..hahaha...
tapi takpe.. tu baru permulaan..
tengok la esok cane...
*kalau tak tali skipping ni tergantung je la kat belakang pintu bilik...ekekeke*