nuffnang

Wednesday, November 30, 2011

Ole ole dari Vietnam

yang mana satu..??
Hmmm...
semua cantik cantik ni...
nak pilih yang mana satu ye..
ada oren, hitam, shocking pink, softpink


p/s: kawan sepejabat bagi.. 

Tuesday, November 29, 2011

Bila Lapar..

Mujurlah ada NESVISTA .penyelamat perut ketika kebulur .. Hehe

Pagi tadi makan kat jamuan di salah satu bahagian kat ofis ni pukul 11 pagi.. Tengahari dah tak makan .. Konon perut masih kenyang .. Tapi tak sampai pukul 4 petang perut dah bergurindam lagu keroncong, rap dan sewaktu dengannya..

Tengah pikir2 nak order makanan kat cafe terpandang pek nesvista ni kat meja tepi dalam bilik ofis.. Terus amik speket dan kacau ngan air panas..

Alhamdulillah.. perut yang berkeroncong tadi terus diam menyanyi ;)

Monday, November 28, 2011

Kenapa Perlu Curang?!

Salam..
tetiba je aku rasa nak buat entry ni
dek kerana kemarahan yang membuak buak
dalam diri tatkala melihat orang tersayang
yang rapat dengan diri ini dikhianati oleh insan
tersayang yang bergelar SUAMI ..

Kadang-kadang aku tak faham
kenapa dan mengapa seseorang lelaki
yang bergelar suami sanggup menduakan
isterinya.. dengan alasan yang sangat bodoh..
"saja suka-suka" katanya..
walaupun telah memiliki keluarga yang bahagia
isteri yang sempurna.. kehidupan berkeluarga
yang sempurna yang tiada cacat celanya

tetapi bila tiba tiba hadir seorang 'betina' laknat
yang sanggup menjadi duri dan menghancurkan
kebahagiaan orang lain atas kepentingan dirinya
sehingga lelaki yang dianggap malaikat oleh
keluarganya itu lalai dan leka dengan kebahagiaan
dunia yang menjerumus dirinya ke neraka jahanam..

sungguh aku tidak boleh maafkan lelaki seperti ini
yang menjadi syaitan bertopengkan manusia
yang berlagak alim tetapi durjana
yang tiada otak dalam menjalankan tanggungjawabnya
sebagai ketua keluarga
berilah seribu alasan sekalipun
memang aku benci!

maaf?
mungkin boleh dimaafkan
tetapi jauh disudut hati mungkin penerimaannya
tidak akan sama dengan keadaan sebelumnya
kerana hati seorang wanita itu
umpama besi yang bengkok..
walaupun cuba diketuk namun tak mungkin
akan kembali ke bentuk asal..

p/s: Maaf kerana menulis entry yang agak emo wahai lelaki kerana hanya wanita saja yang memahami perasaan wanita yang lain ..

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah

Ya Allah, seketika di akhir tahun ini InsyaAllah muncul tahun baru yang ceria. Engkau muliakan & sayangi penerima ucapan ini, berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkan drp fitnah, penganiayaan & penghinaan, suburkan benih keimanan dgn penuh rasa kasih sayang serta taqwa. Makbulkan cita2nya yang murni. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Salam Maal Hijrah 1433H

Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, November 25, 2011

Nasihat Kubur

Buat renungan kita bersama..
1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menghimpitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan himpitan itu dgn SOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dg PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimat "LAILAHAILALLAH"...

Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday:Ini Pesan Arwah Abah

Insyaallah abah.. Pesan abah akan kami ingat hingga ke akhir hayat..

PS:Tulisan arwah abah di notice board kat dapur umah mak..

Tuesday, November 22, 2011

Banjir Oo Banjir .. Kampung Kita Naik Air Ooo..

Sila nyanyikan lagi ‘Banjir” nyanyian Harun Salim Bachik .. heheh ..
Hujan berterusan bermula dari malam kelmarin hingga ke saat ini .. masa aku keluar rumah menuju ke pejabat pagi ni begini la keadaannya di sekitar kawasan rumah dan dalam perjalanan ke ofis .. huhu ..nurhayati air melimpah di atas padang dan disekeliling rumah jiran
image tengok .. ni baru je hujan semalaman ..
image imagedalam perjalanan ke pejabat .. cuaca mendung dan hujan lebat  menyukarkan perjalanan
image pukul 8.00 pagi still on the road .. suppose dah sampai ofis
image hujan lebat masa tiba di ofis .. masa ni air kat longkang dah melimpah keluar .. tapi mujurla tenghari tu hujan reda skit .. kalau tak memang dah banjir agaknya kat dalam ofis huhu..
imageHarap harap tidak terjadi banjir besar macam 2 tahun lepas.. kalau tak, jenuh nak kena berangkut barang barang di dalam pejabat ni .. huhu

Monday, November 21, 2011

Terima $ Persekolahan Anak..

Aku kat sekolah anak sekarang.. Sedang dalam majlis penyampaian bantuan khas awal persekolahan untuk anak sebagaimana yang di war war dalam bajet 2012 oleh PM..

Terima kasih Kerajaan Malaysia kerana menyediakan kemudahan ini buat pertama kali kepada semua rakyat Malaysia.. Harap2 tahun depan pun ada rezeki camni untuk anak anak kita lagi.. Walapun aku berkemampuan tapi sebagai rakyat yang prihatin, aku rasa bantuan ni sangat bermakna kepada ibubapa yang mempunyai ramai anak dan kurang berkemampuan.. macam aku ni kira menumpang senang je la.. Dah orang nak bagi buat apa kita nak tolak kan? Terima je la ;)

Wednesday, November 16, 2011

Malam ni dapur masterchef tak berasap

Disebabkan masterchef penat nak masak maka acara makan malam kita di restoran la jawabnya incik suami ya..

Tak susah pun nak makan untuk 2 mulut ni je.. Anak anak memang dah makan awal petang lagi sebab diaorang ada kelas mengaji quran belah malam.. Jadi acara berdating di kedai makan pada waktu malam adalah biasa bagi kami berdua ni yang sama sama bizi dan pulang lewat petang..

Lepas makan pegi round round dulu sementara tunggu anak2 abis kelas.. Pukul 10 baru budak keluar.. huhuhu..

Wordless Wednesday: Mata Panda

Dah macam adik beradik panda dah nampak ni.. Tak cukup tido ke terlebih tido korang rasa? Ceteka :p

7 Kalimat yg harus dibiasakan..

Tujuh kalimat yg harus dbiasakan..

1. بِــــــــــسْمِ الَّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـم

Setiap hendak melakukan sesuatu. ↑

2. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْـعَالَمِيْـن
Setiap habis melakukan sesuatu.↑

3. اَسْتَغْفِرُاللَهَ الْعَظِيْمِ
jika melakukan sesuatu yg buruk. ↑

4. اِنْشَاءَ اللَّه
jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.↑

5. لاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَاِلاَّبِاللَّه

bila tidak bisa melakukan ssuatu yg agk berat/melihat hal yang buruk.↑

6. اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

jika melihat/menghadapi musibah. ↑

7. لاَاِلَهَ اِلاَّاللَه مُحَمَّدَالرَّسُوْلُ اللَه

bacalah siang & malam sebanyak2nya.↑

Rasulullah bersabda

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang
menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala...amin

Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, November 15, 2011

Mujur Ada Pak Mail..

Paip rosak? Syiling Bocor? Pintu rosak? Lampu terbakar? Buat Pagar? Buat rumah?

Semua Pak Mail boleh buat!

Mujurla rumah Pak Mail dok depan umah aku.. So apa apahal terus aku seru Pak Mail.. Tak kira siang tak kira malam.. Hihi

Nota Kaki: Pak Mail sedang baiki paip sinki dapur kat umah ma yg tetiba beronar takleh tutup..huhu

Sunday, November 13, 2011

layan cekodok sambil nonton bola


Aik? dah nak abis? tak sedar dah nak abis cekodok ni baru terlintas nak snap gambar hehe..

petang petang ni best jugak layan cekodok lemak manis sambil nonton perlawanan bola sepak sukan SEA Malaysia menentang Kemboja di astro..

harapannya semoga Malaysia menang dalam game petang ni.. ayuh Malaysia..chaiyok!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, November 12, 2011

Ops Buang


operasi menyelongkar dan memeriksa stok barang dapur dari dalam peti rumah.. tak sangka semua stok ni dah expired! yang dah basi dalam tahun 2009 pun ada.. huhuhu..

p/s: ni la jadinya bila banyak membeli tapi jarang memasak.. tambahan lak rumah ni jarang di diami :-(

Published with Blogger-droid v1.7.4

cuti 3 hari

Selamat tengahari..
Dah lunch?
Aku dah.. Baru makan nasi dengan sup perut,
udang goreng ngan telur dadar je..
Hidangan yang cukup simple..
Sup perut tu pun beli kat kedai je..
Punyalah hazab keluar cari lauk rini sebab
Banyak kedai makan tutup..
Rakyat kelantan bercuti menyambut
Hari Keputeraan Sultan Kelantan yg ke-42
Jadi minggu ni otomatik dapat cuti 3 hari..yeay!

Kebetulan aku rasa kurang sihat dan
tak de mood nak masak..
so ajak encik suami keluar cari lauk
Lepas tawaf satu bandar baru jumpa kedai
Yang jual sup perut tu..huhu
Tapi tak berbaloi la..
Sebab sup nya tak berapa ummpphh
Tapi Alhamdulillah sebab dh selamat masuk dalam
Perut ni.. Heheh

Kalau semalam penuh dgn agenda
Majlis kenduri kawin,
Hari ni lak takde ke mana mana
Just stay kat umah mak ni je..
Petang sket planningnya nak balik
Ke rumah sendiri..
Jadi haruslah mengangkut bagasi
Ke sana ke mari macam biasa
*for ur info umah aku tu jadi cam
weekend homestay je*

esok ada 1 hari lagi untuk duduk
lepaking di rumah..
minggu depan pun sama..
dapat 3 hari cuti weekend sebab
bersambung dgn cuti awal muharam..
heavennya rasa..

lalalalalalala..

sekian.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Assalamualaikum, Salam 1Malaysia n gud morning semua!

Still kat atas katil..
Celik mata terus teringat.. Eh? Ari ni 11.11.11 laa.. Nak kena buat entry ni! *padahal tak tau nak citer apapun* heeee~

Apa istimewanya tarikh ni? Mestila la special kan.. 6 bijik nombor 1 tuu.. Aku syak ramai pasangan yg melangsungkan pada hari ni.. So tahniah la kepada yg bersanding hari ni ye! Akak pun dapat banyak undangan kenduri ari ni.. Sampai 4-5 buah rumah nak kena tuju ni.. tak tau nak g yang mana satu dulu lepas jumaat karang huhuhu!

Kebetulan tarikh ni juga jatuh pada hari Jumaat yang mulia.. Yang buat majlis kesyukuran sempena daging korban tak abis lagi pun ada nampaknya.. Contoh terdekat: jiran sbelah umah aku..hehe

Tapi kan 11.11.11 ni cuma satu tarikh dan nombor yang cantik je pada aku sebab ia berdasarkan kalendar omputih tu je bukannya kalendar Islam kita yang mana ada juga tarikh istimewa lagii berkat macam 1 Ramadhan dan 10 Zulhijah setiap tahun.. Tak gitu? ;)

Sekian entry merapu dari aku di pagi 1.11.11 ..

Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, November 10, 2011

Desert petang2..

Fruit cocktail untuk nyamankan tekak yang haus..

MmmmmmMmmmm!!

Wednesday, November 9, 2011

Budak eksaited naik kapal terbang..

Gambar gambar semasa dalam flite pulang ke Kota Bharu semalam (7 Nov 201 1@5.50 pm)..

Ni bukan kali pertama diaorang naik kapalterbang.. Dah berkali kali ekceli.. Tapi biasala budak budak.. Keterujaannya lebih skit nak lagi kalu dapat dok tepi tingkap dan tengok sayap kapal terbang tertutup terbukak.. Hihi..

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha..

Nasi Dagang dan kuzi ayam dengan roti sebagai juadah di hari raya..

Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Adha semoga pengorbanan itu mendapat petunjuk dan tanda bersukur kepada Allah swt. Amin.

Friday, November 4, 2011

Beraya di KL..

Bersiaran dari KB epot .. Orang lain sibuk nak balik ke kampung tapi kami satu family sibuk nak gi beraya di KL .. Hehe..

Maklumlah mak kita dah jadi orang KL skrang.. Raya ni pun dia tak balik kampung sebab dok jaga baby adik aku yang baru berusia 2 bulan.. Lagipun orang KL dapat cuti raya haji 1 hari je kan?

Kami sefamili akan berada di KL selama 5 hari.. Ok la tu.. Boleh melepas rindu pada ma dan beraya dengan adik beradik dan sanak sedara yang tinggal di sana ;)

Eh, sapa yang dok KL dan tak balik beraya kat kampung raya ni sila angkat tangan?! Uols boleh rojer kami sekeluarga yek.. Nak gi ngabiskan daging korban kat umah korang kalu ada.. Ekekeke ..

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday.. Jaga exam..




Published with Blogger-droid v1.7.4

Wordless Wednesday..




Sedang mengawasi exam kepada calon pegawai kerajaan..

Ssshhhhhh!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, November 1, 2011

Aku Stress..

Ekceli dua tiga hari aku rasa macam stress la .. asyik sakit kepala je .. Tapi bukan dalam kepala sangat tapi di pangkal kening yang mana bila kita picit akan terasa kesakitannya .. Doktor kata kalau sakit di sini maknanya kita dalam keadaan stress ..

Stresskah aku?
Mmmm ..
Mungkin! Ya .. Aku pasti aku stress ..

Puncanya bila secara tiba-tiba cawangan tempatku bertugas distrukturkan semula menjadi unit yang lebih kecil. Bilangan staf juga dikurangkan ... Malah kami juga dikehendaki berpindah pejabat ke ruang yang lebih kecil ..

Kadang-kadang aku tak faham mengapa pihak pengurusan terburu buru membuat keputusan tanpa melalui perbincangan dan tolenrasi ? Padahal bukannya payah untuk memanggil pegawai berbincang dan bermusyawarah melihat pro dan kontranya bila sesuatu keputusan hendak dibuat ..
Sungguh aku tak faham!

Sudahnya aku dijadikan tempat meluahkan perasaan oleh pegawai pegawai bawahan yang tidak berpuas hati dengan keputusan pihak atasan .. Sukar juga tersepit dalam keadaan sebegini sebab bukannya aku membantah secara totally keputusan pihak pengurusan kerana sebagai sebagai Pegawai Kumpulan A aku faham kehendak, matlamat dan halatuju jabatan tetapi ..??

Mungkin sebab tu aku stress!!


Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.