nuffnang

Friday, March 30, 2012

I'm Back

Salam Jumaat..

Lamanya tak update blog ni.. Sampai dah bersawang2.. Huhu.. Kesian kan? Nak kata tuan punya blog sibuk sangat pun tak juga.. Tapi mood nak menaip tu tak datang2.. Tambahan lak kena virus M (malas) yang amat.. Sudahnya blog terbiar walaupun tuan tanah masuk ke sini setiap hari tapi just merayau ke entry kawan2 saja.. teruk betul la I ni kan? Hihi..

Nak cerita apa ya? Ni la masalahnya..asal je nak menaip kat blog terus blank tak tau nak citer apa.. Nothing insteresting to share with uols..nak ulas berita or gosip kat dada akhbar pun malas bila tengok blogger lain dh tulis macam2 sampai kita pun dok baca citer sama je.. ♡hϱϱ♡hϱϱ♡hϱϱ♡"̮ lagipun kita malasla nak bergosip2 ni..cukupla dengan kewujudan wartawan dan mama paparazi yg tak bertauliah di dunia blog ni :P

Ok..panjang sangat dah membebel dan melalut.. Ni ahkak nak tolong war2kan kepada readers yang dok kat kelantan yang berminat ke PESTA BUKU KELANTAN 2012.. Jom pakat gi ramai ke PBK yang bermula pada 28 Mac hingga 3 April 2012 di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu.. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk mendapatkan pelbagai koleksi buku yang menarik dari seluruh penerbit di tanah air Malaysia kita.. Datanglah beramai ramai sementara stok masih ada..eh silap! Sementara pesta buku tengah ada daa..

Ok chow dulu..nak gi makan megi ketam..kalau rajin ahkak update lagi yek!
Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, March 20, 2012

Petua Mencuci Hati

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3 kali.

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 16, 2012

Jumaat di Pusara Abah

Salam Jumaat..

Memandangkan abang yi masih ada di Kelantan kerana balik bercuti maka kami sepakat untuk mengujungi pusara abah di pagi Jumaat yang mulia ini..


Menghadiahkan Yassin, tasbih dan zikir kepada arwah abah bersama keluarga..

Incik faris, kak ira dan bonda bergotong royong membersihkan sekitar kubur abah..

Al Fatihah buat arwah abah.. semoga tenang di sana.. AMIN..

Thursday, March 8, 2012

SBPA Batal.. Terima Kasih PM!

Pastinya semua penjawat awam telah maklum dan akur dengan keputusan pihak kerajaan bagi pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak sebentar tadi. Diantara Intipati ucapan PM diperhimpunan khas penjawat awam pada hari ini adalah pembatalan SBPA sebagaimana berikut:

1. SBPA BATAL
2. Penubuhan suruhanjaya Khas Penambahbaikkan SSM
3. Pelarasan gaji-Gred 1-54>13%-Gred khas A/B/C-9%-Turus 2 dan 3-8%-turus 1 dan KSN -7%
4. Kekal SSM dengan Jadual gaji matrik diganti dengan Jadual gaji min-max dengan kenaikan tahunan 
    RM80-320.Jusa -kekal ikut kenaikan SSM.
5. COLA kawasan B dan C naik RM50(150/250)
6. Insentif wilayah,pendalaman dan kritikal diteruskan
7. Pegawai pendidikan dikekalkan time based..

Kataku: Akur dengan keputusan ini dan menganggapnya sebagai adil dan terbaik!