nuffnang

Thursday, March 8, 2012

SBPA Batal.. Terima Kasih PM!

Pastinya semua penjawat awam telah maklum dan akur dengan keputusan pihak kerajaan bagi pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak sebentar tadi. Diantara Intipati ucapan PM diperhimpunan khas penjawat awam pada hari ini adalah pembatalan SBPA sebagaimana berikut:

1. SBPA BATAL
2. Penubuhan suruhanjaya Khas Penambahbaikkan SSM
3. Pelarasan gaji-Gred 1-54>13%-Gred khas A/B/C-9%-Turus 2 dan 3-8%-turus 1 dan KSN -7%
4. Kekal SSM dengan Jadual gaji matrik diganti dengan Jadual gaji min-max dengan kenaikan tahunan 
    RM80-320.Jusa -kekal ikut kenaikan SSM.
5. COLA kawasan B dan C naik RM50(150/250)
6. Insentif wilayah,pendalaman dan kritikal diteruskan
7. Pegawai pendidikan dikekalkan time based..

Kataku: Akur dengan keputusan ini dan menganggapnya sebagai adil dan terbaik!

1 comment:

Miss PIJAOSIX said...

salam,

terbaik kan kak..:)