nuffnang

Saturday, June 30, 2012

My Name is Zorro

IMG-20120629-02384

Helllooooo…

Nama saya ialah Zorro.. comel tak saya? Smile

Ekceli baru je semalam saya berkeluarga angkat dengan famili Princess Nur dan anak-anaknya iaitu si boboy dan zahra. Mama nur beli saya dengan tuan asal iaitu Khairi yang tak sampai dua bulan pun saya tinggal dengan dia… kesian saya kan? umo saya baru je masuk 4 bulan tapi dah bertukar tuan sebanyak 3 kali..

Khairi kata dia nak jual saya sebab dia nak beli ibu kucing betina yang baru..*takpatutbetulakhairini* agaknya sebab saya ni nakal sangat kot.. semalam pun saya dah terloncat loncat masa sampai di rumah baru mama.. anak-anak mama pun kemain lagi seronok bermain dengan saya bila saya gigit-gigit manja tangan diaorang..hehe

IMG-20120629-02391

tengok tu.. yaya seronok betul bermain dengan saya… dia cuba test samada saya ni menikus ke tak.. dia tak tau yang saya ni memang aktif bab bab tangkap objek ni.. kat umah tuan lama pun saya kejar lipas dan tikus tu sampai diaorang tak berani keluar.. baka maine coon la katakannn… memang hebak la saya ni ekekeke…

IMG-20120629-02397IMG-20120629-02394

sampai ke malam pun saya aktif lagi bermain..

IMG-20120629-02401

teruk betul saya di ragging oleh yaya dan boboy ni.. diaorang asyik suh saya kejar tali je manjang… memang capek la saya… pheww!

IMG-20120629-02385

Penat la main… nak relaks la dulu.. baru hari pertama dengan tuan baru ni stress la jugak rasanya.. makan pun tak berapa lalu lagi.. huhu

Tudung Untuk Dijual

jelita9519

Cantik tak? Tudung keluaran jelita sara ni saya baru je saya beli

beberapa minggu lepas dan masih belum di pakai…

peachblkg

Saya nak jual sebab takde baju yang mecing dengan tudung ni..

nak cari baju baru tapi tak berkeinginan lagi.. lagipun

saya ada beli selai lagi patern dan corak yg sama

dengan tudung ni..

 

Taaarraaaaa…..hijaublkg

ni la dia tudung yang dimaksudkan… kaler hijau lumut..

yang ni saya pakai sebab ada baju yang mecing dengan tudung ni.

So kalau ada yang berminat nak beli tudung kaler peach tu boleh

email saya di nurhayati.mohd@yahoo.com ok?

Harga asalnya RM110.. boleh nego lagi  kalau nak ^_^

 

Selamat Berhujung Minggu!

Saturday, June 23, 2012

Petua Untuk Merampingkan Badan

Daripada 'ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA:

1. Berjalan kaki, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika asyik naik lif di pejabat atau rumah, cubalah naik dan turun dengan tangga.

2. Minum air kosong lapan gelas sehari. Ia membantu membuang toksin daripada badan. Segelas air kosong juga boleh diambil sebelum makan kerana ia memberikan rasa kenyang sekali gus menghindarkan diri daripada rasa lapar berlebihan.

3. Sarapan setiap pagi usah diabaikan. Mereka yang tidak bersarapan cepat lapar dan mendorong diri untuk makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

4. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia baik untuk sistem pencernaan serta dapat menurunkan kadar kolesterol badan.

5. Jangan makan hingga perut sudah kenyang. Jika sayang makanan berlebihan, ia boleh disimpan.

6. Kawal diri supaya tidak makan makanan berlemak dan bergoreng secara berlebihan. Makanan dikukus atau direbus lebih elok untuk kesihatan.

7. Tidur dapat mempercepatkan kadar metabolisme badan sebanyak 40 peratus. Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur secukupnya setiap hari.

8. Senaman yang sesuai mengikut bahagian badan elok dilakukan setiap kali bangun di waktu pagi. Apabila bangun pagi, rajinkan tangan membersihkan rumah. Mungkin ia tidak sehebat senaman di luar tetapi aktiviti berkenaan tetap membantu dari segi pembakaran kalori dalam badan.

9. Jangan berlapar. Makanan memberi anda tenaga dan apabila anda menggunakan tenaga kurang daripada apa yang anda ambil, tubuh akan terkejut. Bila anda tidak tahan berlapar, anda akan makan dengan lebih banyak.

10. Amalkan yang pahit. Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini tekak akan berasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

11. Elakkan minuman bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 7 hingga 8 sudu gula dan ia tidak baik untuk kesihatan tubuh.

12. Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat badan disebabkan air.

13. Ambil sarapan pagi. Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, orang yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding orang yang mengambilnya. Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

14. Makan Perlahan-lahan. Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Sebab, apabila anda makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

15. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan, kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

16. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit, daripada makan hanya sekali dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

17. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa “mint” atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

18. Kurangkan pengambilan marjerin atau mentega dalam makanan anda.
20. Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren. Ini kerana, minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

19. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral, serat dan kandungan lemak yang rendah.

20. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.


21. Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili atau biji sawi, boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

22. Banyakkan bijiran dan kekacang. Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

23. Tumpukan perhatian anda untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

24. Cara memasak paling baik untuk mengurangkan jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, June 19, 2012

Entry Warming Up..

Kesian kau ye blog.. *Sambil usap2 blog ni*
dapat tuan yang malas giler nak update
nak wat camano.. tuannya ni asyik takde mood je
time nak update mood dia pun terusss ke laut
tak pun ke bulan.. pastu naik ke bintang pulak
hehe...
 
wahai cik puan nur..
mengaku jer la yang kau tu tak pandai mengarang
bakat blogger langsung takde dalam diri tau dok
*marah2 sambil cekak pinggang*
 sebab tu la kau selalu takde idea time nak update

orang lain bukak blog terus tap tup tap tup
laju jer tekan keyboard..
idea mencurah-curah macam air terjun niagara waterfalls..

tapi hakuu??????
kosong!
kering!

sebab?
otak selalu tak stabil..

sibuk dengan kerja..
 
stress memanjang..
 
mood takde..
 
letih.. penat.. mengantuk..
 
heheh...alasan!
 
tapi betul la beb.. aku perasan aku nye mood berblogging ni
tak macam masa muda2 dulu.. *ayat tak leh blah*
dulu rajin gak nak menghapdate walaupun entry merapu raban
even semua entry macam sampah! *sigh*

takpela..
kalau ada member yang baca atau singgah sini
tolong kasi semangat skit kat akak ni ye
bagi tips skit macamana nak rajin update..