nuffnang

Tuesday, November 30, 2010

Sudah2 la Didie Alias ooi..


Pinjam gambar kat beautiful nara skejap..hehe..
tergezut akak tengok penampilan DD ni
agaknya dia nak try jadi lady Gaga Malaysia la pulak
aduhai cik DD
sudah2 laa
awak tu dah kerepot berumur
rumah kata pegi kubur kata mari
bawak2 la bertobat yer

nak tengok picture dia lagi? klik kat SINI

Lakukan Seks Bersaksi Mayat?? Errkkk...

Salam..lama btul rasanya tak bersiaran...rindu plak pada rakan2 bloggers sekalian..sory yer frens..keadaan sangat tidak mengizinkan lantaran keuzuran + kesibukan keje yang memanjang... :(((

By the way, me dah ok sket la..Alhamdulillah..cuma batuk2 still tak hilang agi..plus..aaii..ada plus2 lagi?? yup..pewot ni..aduss...sakitnya tak hilang lagi..dah 3-4 hari dah kena gastrix tahap gaban ni..susah btul la nk jaga pewot gastrix ni kan? lapar pun sakit..kenyang pun sakit..huhu...

Okeylah..tanak cakap pasal diri ini lagi..nanti uolls boring lak..ni haa..nak bercerita pasal berita yang aku baca kat KOSMO ari neh..tajuk dia 'SEKS SELEPAS BUNUH ISTERI' ..fuh bukan main besar lagi terpampang kt dada akhbar ari ni..

Kisahnya si suami yang curang dan telah membunuh isterinya lalu diletakkan di dalam almari dalam bilik tidur rumahnya..kemudian dia bawak balik teman wanitanya dan membuat hubungan seks di dalam bilik tidur mereka ketika mayat masih ada!!

Kesian dengan isterinya tu kan? agak2 dia ampunkan tak dosa2 suaminya tu di akhirat sana? hmm..entahlah..suaminya ni telahpun di dakwa di mahkamah dan proses perbicaraan sedang dijalankan. Kejadian berlaku pada 30 Disember 2009..

Astagfirullahalazim..aduhai..donia..donia..apa nak jadi? macam2 kisah terbit lately..bukan kat negara lain..tapi kat negara kita yang tercinta MALAYSIA...bukannya orang lain..tapi bangsa MELAYU seperti kita..bukan agama lain tapi orang ISLAM seperti kita..jadi..sapa yang nak jawab??

bak kata si Nabil..lu pikirla sendiri..eehhh?? jangannn begitu >>sama-samala kita  fikirkannya!!.

Thursday, November 25, 2010

Aku keuzuran lagii..



Sungguh aku demam. Kepala bengang dan ting tong sangat2. Ubat-ubat itulah buktinya. Sebab tula kalau korang tengok entry aku 2-3 hari ni ala-ala aje. Semalam kul 4 petang aku dah keluar dari opis. Sudah tidak tahan dengan kesejukan aircond di dalam ofis. Sepanjang hari aku berselimut jer di dalam bilik ku (di ofis) dan melayan internet sepanjang hari. Nak buat kerja pun langsung takde mood. Tak taula apa staf aku cakap. Tatkala diaorang redah masuk ke bilik boss dia ni nampak aku berfesbuk dan berblogging jer..huhu..staf aku di pun satu, nak masuk bilik boss main redah jer. Kang aku sekeh baru tau. Aparaaa..isshh.

 Kalau dicongak-congak apalah sangat keje yang aku buat dalam minggu ni melainkan menandatangani dokumen penting yang wajib aku lakukan setiap hari dan menghadiri mesyuarat (maklumlah..’boss’ katakan..).

Entahlah..akhir-akhir ni aku rasa kesihatan ku agak merosot. Asyik rasa nak demam dan kerap batuk2. Rasa stress pun ader. Efeknya? Aku tidak berapa rajin nak wat kerja. Tapi mujurlah..dipenghujung tahun ni kerja-kerjaku tidak berapa menimbun. Cuma ada satu dua job lagi yang harus ku selesaikan sebelum akhir tahun ni. 

Berbalik pada masalah kesihatanku tadi..walaupun keuzuran melanda aku tetap pegi ke ofis. Aku malas sebenarnya nak ambik cuti atau MC. Selagi aku rasa boleh bergerak, aku gagahkan jugak diriku ke tempat kerja. Lagipun kalau aku bercuti pun bosan jugak dok kat umah. Asyik fikir pasal kerja ataupun mendengar dua orang anak2 kesayanganku tu ‘berperang’ sepanjang hari. Padahal aku tidak betah melayan tetamu yang sering berkunjung keluar masuk ke dalam bilik ofisku setiap hari. Jadi aku tidak mahu menunjukkan diriku uzur dan aku bertahan aje la. Tunjukkan muka manis seolah2 diriku sihat walafiat padahal aku dan tuhan jer la yang tau..

Harap-harap sehari dua lagi aku akan okey. Bersungguh-sungguh aku makan ubat yang diberi oleh doktor semalam. Sebab? Besok aku terpaksa outstation ke KL pulak. Yang tak bestnyer kali ni kena naik bas sebab ikut rombongan (biasa dapat jugak naik fight sebab ada kelayakan kan..) Dah mintak excuse dengan boss atas sebab kesihatan tapi tak boleh jugak. Boss kata kena pegi jugak sebab dah dijemput sebagai jemputan kehormat untuk ke Expo MAHA 2010 di Serdang yang akan berlangsung pada 26hb hingga 5 disember ni. Nak wat cam manakan? Terpaksa la aku gagahkan diri jugak. 

Tak apalah..demi kerja..memang aku sayangkan kerjayaku ini..dan aku cuma pegang pada slogan kerjaku sebagai penjawat awam iaitu “SAYA YANG MENURUT PERINTAH” dan “BERKHIDMAT KERANA NEGARA”..

hmmm. Apa-apa jerla labu..


Wednesday, November 24, 2010

Kita Minum Duluuu..

Dah nak masuk waktu rehat ni..
Cuaca pun mendung manjang....
Dok dalam opis kesejukan..
mata pun mula la kuyu kan?

jommm.. minum kopi..
akak belanja..heheh..


Model Kopitiam tak berbayar

Tuesday, November 23, 2010

Air Tangan Orang Yang Tak Solat


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. 


Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." 


Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. 

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. 


Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. 


Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. 


Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .

Sejadah Corak Babi??

Astaghfirullahalazim...

sebab tu la kita harus berhati2 semasa membeli sesuatu barang agar tidak menyentuh sensitiviti kita sebagai umat Islam..

nak tau cerita selanjutnya sila klik DISINI.

A cute cup cakes from my officemate..



Thanks yer buat CIK ILA dan CIK ISS LINA di atas hadiah cup cake yang comel ini sempena harijadi saya semalam...saya sukaaa sekali..tq3!!

Monday, November 22, 2010

Award dari P.I.J.A


Salam frens..

Ekceli dah lama dah nak post AWARD ni
tapi almaklumla..sebab baru menceburkan diri
dalam dunia blog ni kan
so akak tak reti la bab tag mengetag ni..hehe..

by the way
thank u very2 much to adik kita >> PIJA
sebab menhadiahkan akak award ini
sungguh terharu rasanya
ooohhhhh!!

Thanks yaa..

~lots of love~

Today is my birthday..hepi besday to me!!


Hepi beday to me..
hepi besday to me..
hepi besday to me
hepi besday to meeeee....

hehe..
dah takde orang nak nyanyi
aku nyanyi ler sendirik..
aci tak?
aci lar ek..

*berdiri atas pentas lagak artis tersohor tanahair-CT Nurhalija*

ok..firstly saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada..
suami saya yg tersayang sebab belikan besday kek awal2 dan celebrate besday saya awal2
kira2 2 ari sebelum besday memandangkan beliau nk meninggalkan saya
sebab pegi berkursus...hhuuuaaaa..

then kepada teman2..yang wish besday via SMS dan fesbuk..
(bertalu2 besday wish kt fb aku ari ni sampai tak sempat nak jawab..huhu)

dan kepada sahabat2 blogger skalian yg wish hepi besday kat aku di bawah komen entry ini
(kalau ada larr..hikhik)..

jutaan terima kasih kepada anda semuaa...
semoga tuhan merahmati anda juga
dipanjangkan umur dimurahkan rezeki
Insyaallah...

terima kasih3x..
i love uollss...

mmmuuuuaaahhh!!

Sunday, November 21, 2010

Mak Andam Terlampau..

Salam frens..

Hehe..tajuk membunuh tuu..
exceli..dua tiga ari lepas..
Masa raya lembu korban tu kan..
Akak jadi bidan mak andam terjun kejap..

atau dengan kata lainnya..
jurumekap tak berbayar..
bukan kepada pengantin pun..
tapi untuk adik akak jer..hihi..

Korang ingat akak tak reti ker bab mekap2 ni?
jangan ingat akak tak reti tau..
sebab kalau diberi lipstik, eyeshadow, blusher, compact powder..
tangan akak ni laju jerr..

Tapi..kalau bagi bawang ker, senduk ker, kuali ker,
Lesung batu, ikan, ayam dan sewaktu dengannya tu..
akak slow ler sikit..hehe..
Korang paham2 sendiri la ek? *_^

Eh2..banyak citer plak kan? dah ler..jangan buang masa..jom kita layan gambar2 kat bawah nii..

sebelum..
Haa...ni dia model tak berbayar akak yang bakal dikerjakan mukanya
sebentar lagi...emmm..kalau ditenung2 ni..bahagian idung tu complicated sket..eheheh

Dia ni adik akak..
Jadi malam tu dia nak pi Dinner kt otel
untuk majlis kawin kawan dia n dapat tugas jadi dayang la kononnyer kt majlis tu..

So dia mintak la akak dia yang 'xpert' ni tolong mekapkan..

ko diam2 jer dik...kat idung ni kena touch up lebih nii..kasi mancung skett..he2..

bukan main gigih lagi kakak dia ni mengerjakan muka adiknya..nak wat make over la konon..hik2..

'aaaa'..nganga..nganga..
hmmm...akhirnya lepas penat bertungkus lumus mengerjakan muka adik ku ini..

daaahhh...sssiiiaappp!!
ni la hasilnya..

tttaarrraaaaa
alamak..takde gambar zoom in la plak tang muka dia ni
pasal dia nak cepat..
so tak sempat snap gambar..huhu

cantik kan baju dia?? di taja oleh 'Butik Mama'

pose2..pheewitt..

ni gambar bonus..masa kat wedding malam tue..

woohoo..cantikkan??

Amacam?? boleh wat bisnes tak akak? hehe..

Nampak gaya lepas ni bleh la bukak salon..berangan ler ko...ececece..

Tapi kalau tak cantik tu ko jangan marahkan akak pulak yer dik
Sebab bukan salah akak pun kalu tak cantik..
Tapi sebab…????
Hehehe…..jangan mareee….*wink*wink*

Friday, November 19, 2010

Karaoke Sengal > Dan Sebenarnya..(YuNa)



Video ni akak belum penah kongsi kat mana2..so korang layan je la karaoke sengal akak dengan adik akak ni..jangan gelak pulak yer.. ^_^

Thursday, November 18, 2010

Cerita Raya Semalam..

Selamat hari raya semua..

Amacam sambutan raya uolls semalam? banyak tak dapat daging free? agak2 dah tak muat ke peti ais kat umah tuu..hihi..

Raya akak kali ni takde la meriah sangat pasal sanak sedara yang jauh2 tak balik kampung.. pasal cuti  satu ari jer kan.. so diaorang beraya kat tempat masing2 jer laa..

Okeh..jom layan picture raya akak semalam...

ni diaa..pose mengader di pagi raya dengan adik akak..heheh..

"'kerongsang sapa yang lebih panjang dan bling2? hihi.."

ni pulak picture dengan anak dara akak yang shomelll sekali..dia ni gatal nak pakai tudung sebab tengok semua orang pakai tudung..pastu tak sampai setengah hari tudung dia tu melayang ntah ke mana dah..hikhik..


anak gadisku yang comel dan manja.> a.d.i.k
Pagi raya tu lepas sembahyang di masjid bersama kaum keluarga terus ke kubur arwah abah skejap..sedih sangat pasal raya kali ni abah sudah tiada lagi bersama..masa raya puasa lepas abah masih ada :(((

bonda di pusara abah

akak dan anak2

Lepas tu terus ke tempat penyembelihan untuk menunaikan ibadah korban..

AWAS!! jangan tengok picture ni kalau tak sanggup yer..

tak sanggup nak nengok tapi terpaksa jugak sebab kena niat masa darah tu mengalir kan ..
pening tengok darah yang banyakkk...

Alhamdulillah..dah selesai ibadah korban akak tahun ni...

chopp!! nak jugak pose depan kandang lembu tuu..hehe

macam la lawa sangat view kat belakang tu..hihi

Dah habis nyawa lembu yang dikorban tu.. maka kerja-kerja melapah pun dilakukan oleh pakar2..




tulang dinasour???
 

 Sementara tunggu daging siap di lapah tu akak sekeluarga ambik la kesempatan untuk menziarah nenek sebelah hubby.. ni la satu-satunya nenek kami yang masih tinggal.. yang lain semuanya sudah meninggal :(

nenda sebelah hubby > sila abaikan kaki nenek yang sexy itu yer..

Dah selesai semuanya maka daging dan bahagian2 tulang dan perut lembu tu pun di bawa balik..maka bonda akak dan bibik pun mengerjakanlah daging2 itu.. masak singgang sikit pastu goreng sikit.. selebihnya simpan dulu dalam freezer untuk jamuan arwah abah minggu depan...

goreng pun sodapp..
Lepas makan tengahari tu tak pegi memana dah.. lepak kat umah jer..pastu krrossshhhh...dek kekenyangan makan daging banyak sangat...hehe

Itu jela cerita raya akak semalam..korang?? emm..last sekali nak pesan ni..jangan makan daging banyak sangat nanti kena darah tinggi pulak...okeh?


Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha...

gambar ihsan dari En Googles
Salam frens..

Maka pada esok, hari Rabu bersamaan 10 Zulhijjah 1431H kita semua ummat Islam sekali lagi akan menyambut hari raya Qurban di mana Ummat Islam merayakan Aidil Adha sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi dimana kemenangan yang bukan sahaja terkandung dalam ibadah haji itu sahaja, tetapi lebih dari itu ialah mempunyai hubungan dengan sesuatu peristiwa yang berlaku pada tahun yang kesembilan hijrah. 

Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.

Sebagaimana kita lihat, Hari Raya Aidil Adha ini tidak dapat dipisahkan daripada ibadah korban. Ibadah korban ini adalah kemuncak takwa kepada Allah Taala. Hari ini yang sebenarnya kita merayakan ulang tahun pelancaran gerakan tahunan korban. Gerakan ini telah dimulakan sejak ribuan tahun dahulu dan dimulakan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. Khalilul Allah.

Ia bermula dengan pergorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. ketika Baginda hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Inilah pengorbanan teragung dalam sejarah manusia. Telah diketahui bahawa Nabi Ismail adalah anak kesayangan nabi Ibrahim dan Baginda mendapat anaknya ini dalam usia yang telah lanjut. Tatapi bila diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya ini, Nabi Ibrahim telah bersedia melaksanakan tugas ini dan Nabi Ismail pula penuh kerelaan dan sabar menurut perintah Allah s.w.t. Hal ini telah dirakamkan dalam Al-Quran dalam Surah al –Shaafat ayat : 102 - 107.

Peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih putera Baginda dan kepatuhan Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah tersebut memaparkan kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu kita contohi. Dari itu peliharalah iman di dalam dada kita dengan sebaiknya. Sesungguhnya iman adalah dasar penting yang menjadi paksi kehidupan manusia. ia merupakan asas pemerimaan sesuatu amalan dari Allah s.w.t. hanya amalan yang dilakukan kerana Allah sahaja yang akan mendapat penilaian di sisinya.

Darjat Aidil Adha Lebih Tinggi Dari Aidil Fitri

Aidil Adha atau hari raya korban ini sebenarnya lebih besar ertinya  dan lebih tinggi nilai darjatnya berbanding dengan Aidil Fitri. Sejajar dengan kedudukan itu masa bertakbir dipanjangkan bermula dari malam hari raya hinggalah ke hari yang keempat raya, iaitu hari ketiga belas Zulhijjah yang dinamakan hari-hari tasyrik

Di samping bertakbir ummat Islam melakukan ibadah korban pada hari-hari  tersebut.  Demikian pula bagi ummat Islam yang berada di tanah suci menunaikan ibadah haji pada tiga hari tasyrik itu, ialah hari bagi mereka melontar jumrah di Mina. Mereka meneruskan kerja-kerja ibadah haji dengan iringan talbiah :

"Labbaikallahumma labbaik. Labbaikala syarika laka labbaik. Innalhamda wanni'mata laka walmulk. La syarikalak."

"Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada pemerintah mu, Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu, kami sahut seruan-mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu."

Okey..Itulah serba sedikit coretan akak untuk entry kali ini..semoga dengan perkongsian ini akan dapat meningkatkan pemahaman kita berkenaan sejarah dan keistimewaan Hari Raya Qurban  yang akan kita sambut esok dan pada tahun-tahun depan..Insyaallah..

Eh..macam Ustazah pulak akak ni..ada bakat ker?? .hehe..
okeylah frens...renung2kan dan Selamat Beramal...

P/S: Hari ni genap 40 hari pemergian arwah abah akak..sedih sangat2 sebab dia tiada bersama pada pagi raya esok :(( 

Monday, November 15, 2010

Tanda2 demam mula menjelma...

Memang akak rasa tak selesa sangat ari ni..Dari semalam tetiba sakit dalam tekak..tanda2 demam selsema mula menjelma..asyik bersin, batuk2 dan badan rasa tak sedap..pejam mata terasa panas.. dari pagi tadi nak makan pun rasa takde selera.. tu pun kul 11.30 baru la makan nasik lemak yang staf tolong belikan..yang tak tahannya dia siap cakap "bos jangan komplen kalau tak sedap" hihi....

Kul 1 tadi kua jemput anak2 dari skolah..masa nak amik air semayang (zohor) tu tetiba tekak rasa gatal dan loya..apa lagi..bweekkk laa kat dalam toilet..keluar segala isi perut..huhu..

Back to office @ 2.30 pm..menahan pening sementara balik ni..tampal koyuk kat kiri kanan dahi..esok nak cuti ke tak? serba salah rasa..lusa dah nak raya..harap2 tak melarat la demam ni..

Sekarang muka dah pucat macam mayat..malas nak mekap. Mujur takde supplier datang opis..kalau tak letih nak melayan..mesti diaorang pun takut kalau tengok muka akak camni..mata pun dah merah macam ikan tak segar dalam pasar.. huhu..

Nota Kaki: Jangan2 ada isi..takkanlah???? haishhh...

JOM BERKENALAN..KHAS BUAT BLOGGER BARU


Salam Frens..
Selamat datang dan selamat berkenalan..
exceli akak adalah blogger yang baru nak menapak dalam dunia blog ni..
sangatlah memerlukan sokongan, tunjuk ajar dan perkongsian ilmu dengan korang semua
bak kata orang2 tua.. ibarat bayi yang baru belajar merangkak..*wink2*..

so jangan malu2 nak berkawan dengan akak
dan lepak kat blog akak yang sempoi ni ;)
kunjungan dan salam persahabatan anda semua sangatlah dialu2kan..
tq!tq!tq!

Oppsss..lupa nak cakap..thanx to En Ben kita yang sudi menyediakan platform
kepada blogers baru macam akak ni menonjolkan diri..hehe..
harap2 kita pun akan jadi macam En Ben jugak satu hari nanti..Insyaallah.

salam ukhuwah.

Jangan Lakukan 24 Perkara ini..

Salam frens..

Akak baru terbaca satu artikel dalam fb yg dirasakan sangat menarik untuk dikongsi bersama..Jom kita kongsi sama-sama:

by Ahlan Wasahlan سيتي فاطمه on Thursday, November 4, 2010 at 7:51pm
Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S.W.T.

2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)

6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.

7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.

8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10- Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.

11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan kerana boleh merosakkan silaturrahim.

14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S.W.T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula apabila gagal.

15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.

17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S.W.T.

19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S.W.T tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Hal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadaNya.

24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'JANGAN' sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S.W.T itu lebih mengetahui.

~ Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari ALLAH juga tetapi disandarkan kepada kelemahan hambaNya. Bersama-samalah kita ambil pengajaran dari peringatan ini, inshALLAH~

Saturday, November 13, 2010

Laptop daku pulak masuk klinik :(

Salam 1 Malaysia frens..

Bengang tul..hukhuk..'Ferrari'ku pulak yang rosak..ekceli dah 2-3 hari dia wat onar..tak masuk bateri caj. Padahal baru cukup umo stahun....Tadi bawak pi cek kat service centre. Confirm adaptor dia rosak.
Budak tu kata within 2 weeks baru siap. Huuaaaa..nampaknya bleh online dari opis jer la sminggu dua ni.
Tu pun kalau line opis tu tak meragam...huk~

Now curi pinjam lappy bro kat umah ni. Bleh la numpang hapdate kejap.. Kalu tak aser macam tidur tak lena mandi tak basah..sebab? tak leh bukak blog..tak leh merayau (blogwalking), takleh bukak fb..dan macam2!!

Oklah frens..got to go..tak bleh ngomel panjang2..tuan punya barang sudah bising..
mau guna  maa..wokeh2..siaappp...ambiklaaahhh...kedekut!! bweekk..
muhahaha!!

Friday, November 12, 2010

Salam Pagi Jumaat..


Jom berzikir dipagi yang mulia ini..semoga kita sama2 beroleh keberkatan darinya..amin.

Thursday, November 11, 2010

Bila handphone daku tertinggal di rumah..

ni laa HP cikai aku..tertinggal satu ari kat umah haru biru dibuatnyer..

Balik umah tadi ingat nak tido lar skejap..tapi bila capai handphone daku yang tertinggal pagi tadi, tengok2 banyak la pulak sms dengan miss call yang aku dapat ari nih..

Alahaii..kadang2 dalam satu hari hp tu tak berbunyi pun ader tapi alih2 ari ni sampai 5-6 miss call pulak yang melekat..sms pun buleh tahan jgak..antaranya ialah:

Miss kol dari:
1. Pak mentua aku
2. Mak aku
3. Klien opis
4. No dari KL yang aku tatau sapa dia
5. Hubby

Tekan pulak bab SMS..hmm.bleh tahan jugak..antaranya..

Mesej Kawan No.1
>Salam..dah dapat detect ker bola dgn bip netball dok kat mana?

Mesej Kawan No.2
>Salam..mana gambar cium Piala Malaysia? hehe..

dan..yang paling aku haru skali bila baca mesej nii...

"boboy tertinggal wallet dalam kete abang..ayang tolong drop by kat skolah.Kasi duit makan.."


Pokoknya mesti ditebang aku baru baca sms ni kul 4.30 petang...maknanya????????

hhhuuuaaaaaa..kesian anak aku..tak makan la dia nampaknya kat skolah tadi..huhuhu...

BEN ASHAARI komen Fesbuk aku?? hhuuaaa...

Siapa dia nih? Majistret? doktor? ahli muzik? (pinjam ayat ibu mertuaku kejap..hehe) atau guru silat?? hahaha..bukan2..dia adalah di antara Blogger2 yang 'fofular' dalam dunia blog ni..dia punya follower dah mencecah lebih 4 ribu orang..ramai tuu..

Exceli aku pun terserempak ngan dia secara tak sengaja masa 'walking down the street' dalam dunia blog nih..then aku jadi follower dia..dia punya entry memang best..aku ari2 parking kat blog dia..baca tips sebagai bloger, info terkini dan macam2 cerita la kat blog dia tu..kalau korang nak berkenalan dengan En Ben yang ensem macam Yusry KRU ni jom klik di sini http://www.benashaari.com/.

Aku macam tak percaya bila En Ben ni tetiba menyampuk kat FB aku ari ni..hehe..aku gosok mata aku 2-3 kali..eh betul ke Ben Ashaari komen aku ni? betul ker? betul ker? kalau korang tak caya jom tengok kat bawah:


huaaa..terharunya akuu..lepas ni En Ben tolong la promote blog kita pulak yer..macam bloger lain yang En Ben dah promote tuu..jeles kitaa dibuatnya...huk~ kita tunggu masa jer nii..hehe..tqvm!!

Hari yang Tenat..

Salam 1 Malaysia..


Cuba korang tgk picture kat atas tu..itulah gambaran keadaan aku ari ni..bermalas-malasan di dalam opis..hehe.sebab?? seme keje x leh wat..system break down dan line tenet kt PC aku asyik wat hal..skejap bleh bukak..skejap takleh bukak..dan yang geramnya dia kacau google n blogspot jer..apakah??

 
kalau ari2 camni nampak gaya dah bleh buang ke laut la kamoo ;)

Dalam seminggu dua kerap jadi camtu..skrang ni dah ok..tapi tengok la petang nanti..mesti dia wat hal lagi membuatkan aku bisa jadi begini..


giler marah tahap gaban..

Dia jeles kat aku kot..sebab tengok peminat ku makin bertambah walaupun tak sampai sebulan blog ini ditubuhkan (betul ker perkataan aku guna ni)..ekekeke..

hhmm..rasanya baik tenangkan perasaan saja dengan begini...

sungguh comel model daku ini :)   

dan...bila tiba jam 3.30 ptg aku pun..





P/s: esok dan lusa CUTI...yeayyy!!

Wednesday, November 10, 2010

Nama-nama Jepun..

Salam 1 Malaysia..

korang pandai cakap Jepun? atau penah sampai ke Jepun? ari ni aku nak kongsi sket nama-nama Melayu yang dipopularkan ke bahasa Jepun..aku jumpa masa aku merayau dalam internet ni tadi..hehe..jom kita tengok:

1. Yang Pemarah-KEJI CACIMAKI
2.Yang Suka Berjimat-SAYORI SUKAMURA
3. Yang Bisu-KIETA TADASORA
4. Yang Suka Makan Nasi-NANACHI KASIBANYA
5. Yang Suka Layan Blues-APO NADIKATO
6. Yang Suka Belajar-ASHIKO ULANGKAJI
7. Yang Kerap Bikin Kacau-WAKASI HURUHARA
8. Yang Sangat Kedekut-MATIMATI TAMOKASI
9. Yang Suka Sangat Tidur-ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang Suka Mengintai-HINTAI AKUSOKA
11. Yang Tua-TARAGIGI PADANMUKA
12. Yang Kena Tinggal Bini-SUSAHATI BINILARI
13. Yang Suka Merempit-SAJA CARIMATI
14. Yang Suka Bersumpah-SAIFOO BAUKARI
15. Yang Lembab-AYUMI SIPUTBABI

Amacam?? lawak tak? hahaha...gelak larr!! Okes..aku sudamau pulang..dah jam 5.15 sekarang..adioss..ARIGATO GOZAIMAS..HAAIITT!!

Sunday, November 7, 2010

Aku MALAS..


Asal Ahad jer mesti MALAS

MALAS nak gi keje
MALAS nak wat keja
MALAS dan MALAS dan MALAS..
nak update blog pun MALAS..

sememangnya aku MALAS
MALAS dengan segala2
tak tau kenapa
sindrom MALAS ni menguasai diriku

bila mau RAJIN?
hhmmm...

Saturday, November 6, 2010

Berapa kali mau tukar maa..

Masuk kali ni tak tau brapa kali dah blog aku ni bertukar rupa..dah jadi macam binatang sumpah2 lak blog aku ni..haha

nak wat camana kan..tangan asyik gatal jer..godek sana godek sini..yerla tengah belajar jadi blogger la katakan..ngeh3..

jangan marah yer kengkawan..bukannya nak mengelirukan korang..tapi sebab masih dalam proses pembelajaran orang kata..so kena la berani mencuber..ye tak?*wink*wink*

Friday, November 5, 2010

Semoga adik Awwab Hakimi ditemui kembali..

Dia merupakan anak sepupu saya yang baru mencecah usia 7 tahun. Berita mengenai tragedi beliau bersama rakan karibnya yang berusia 9 tahun dihanyutkan arus deras banjir di Sungai Tanjung Bendahara, Alor Setar, Kedah telah terpampang di akhbar2 utama hari ini dan turut disiarkan di Buletin Utama TV3 malam tadi.

Hari ini masuk hari ke-2 kehilangannya dan sehingga ke saat ini jasad mereka berdua masih belum ditemui walaupun usaha mencari giat dijalankan. Pihak polis, bomba dan JPA3 telah bertungkus lumus menyelam ke dalam sungai dan mencari tetapi masih tiada apa2 petanda ditemui setakat ini. Sanak saudara saya yang jauh dan dekat juga telah bergegas ke sana untuk memberi sokongan moral kepada keluarganya.

Sesungguhnya saya turut merasai kesedihan ini kerana saya juga mempunyai anak lelaki yang hampir sebaya usianya..tetapi apakan daya, saya tidak dapat ke sana untuk bersama2 ibunya (sepupu saya yang dpanggil Kak Eni) itu kerana menemani bonda yang masih lagi berkabung pada hari ke-29 di atas pemergian ayahanda tercinta.

Harapan dan doa saya agar Kak Eni tabah dan redha dengan ujianNya. Apalah daya kita sebagai hambanya untuk melawan takdir serta qadak dan qadar Allah S.W.T..sama2lah kita berdoa semoga adik Awwab Hakimi dan rakannya ditemui selepas ini.

Wassalam.

Thursday, November 4, 2010

TAHNIAH BARISAN NASIONAL


 Tahniah kepada calon Barisan Nasional, Galas-Aziz Limau & Bt.Sapi-Linda. Selesai pengiraan undi petang tadi maka berakhirlah segala drama parti pembangkang untuk menawan kawasan ini. Tuhan dah bagi petunjuk kepada mereka supaya berubah. Jangan bagi rasuah kerana daging dari sumber yang haram tidak akan mendapat barakah didunia mahupun akhirat. Bekerjalah dengan ikhlas untuk rakyat bukan untuk habuan wang semata. Adakah selepas ini orang-orang yang tidak mengundi PAS akan tertulis namanya di neraka? Nik Aziz tolong jawabkan kerana telah berjaya mengIslamkan 3orang orang asli di Galas.

Kepada calon Barisan Nasional yang menang, jangan lupa tanggungjawab masing-masing. Ingat janji-janji yang telah diberi, jangan pandai janji kerja tak jalan. Kerjalah dengan seikhlas mungkin dengan tujuan untuk memajukan Malaysia. Beri keutamaan kepada rakyat sebelum rakyat menolak kerajaan kembali. Semangat!

Wednesday, November 3, 2010

Anak Bujangku di Dera..

Iyyerr..anak bujangku telah didera dengan dipaksa memakai tudung oleh kakak2 sepupunya..menjadikan dia yang bernama boboy bertukar kepada gegirl sekejap..kuikuikui..jom tengok pic di bawah..TTAARRAA...
bila boboy menjadi gegirl..
Kejadian berlaku di dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang ke kampung. Mangsa di katakan tersepit dengan tindakan kakak2 sepupunya yang kesemuanya perempuan dan tidak dapat berbuat apa2 selain merelakan diri diperlakukan sedemikan rupa..hua..hua.hua..

Mangsa yang keletihan terus tertido keletihan selepas kejadian tersebut  ^_^.
 krroosshhh...zzzzzzzzz
Sekian, laporan dari bilik berita di Kota Bharu.
Berita ditulis oleh- Bernama.

Tuesday, November 2, 2010

Pak Google ilang..

huhuhu...tensen..memang tensen..mana taknyer..line tenet aku kt opis ni wat hal pulak..tiba2 takleh googles..fesbuk ok..webmail ok..tetiber jer takbleh nak google..yang lebih parahnyer nak berbloging pun takleh pasal seme address blogspot takleh masuk...huk~


Aku dah kol Unit IT and diaorang dah antar rombongan untuk meminang membaikpulih PC aku..tapi nampaknya tak berhasil..sebabnya..pagi tadi ok kejap..pastu ko..pastu ok..pastu ko balik...dan ko..dan ko..

hmm..camner nak wat nii ek?...adehh..tensen2..

nota kaki: ssib baik ada laptop+brokbeng sendiri...huhu..

Ron 97 naik harga lagi..

hmm..naik lagii..ish..tak patut..memang tak patut..
walaupun 5 sen menjadikannya RM2.15..itu sudah cukup memberi kesan yang besar kepada kita semua
betul tak uolls?

walaupun tiada pengumuman dibuat tetapi pihak pemilik stesen minyak sudah menerima arahan mengenainya.
Tujuan kenaikan adalah untuk mengurangkan subsidi kerajaan. Nasib baik harga RON 95 dan diesel masih tidak berubah..tak tau lar esok lusa camana ek..

Nasib baik lar jugak kereta saya pakai minyak RON 95 jer..tapi kadang2 ada gak buh RON 97..nampaknya lepas ni kena pkir 2x laa sbelum isi minyak tu..:))

Monday, November 1, 2010

Percubaan minum Teh Serai Wangi..


Agak2 bila dengar namanya dah boleh bayangkan rasanya camner yer tak uolls? hihi..

ni nak citer sket uolls..
2 ari lepas kita terasa gatal la nak cuber produk ni
bukan aper..pasal kita memang tak bleh nengok produk2 baru kt pasaran neh
tambah2 bila baca bab khasiat yg derang tulis tu..mula la gatal miang nak mencubanyer
sampai terbawak ke alam mimpi..heheh..

so kita pun beli la satu peket
bawak balik umah truss rendam satu sachet

tapi bila sampai masa nak minum tu..
BBWWEEEKK!!
punyerla tak sedap rasa dier..
sampai nak termuntah..kekeke
..
ye lar..dah namanya pun SERAI
memang lar rasa SERAI takkan nak rasa OREN plak kan?!
nngeeeeeeeee!!