nuffnang

Thursday, November 25, 2010

Aku keuzuran lagii..



Sungguh aku demam. Kepala bengang dan ting tong sangat2. Ubat-ubat itulah buktinya. Sebab tula kalau korang tengok entry aku 2-3 hari ni ala-ala aje. Semalam kul 4 petang aku dah keluar dari opis. Sudah tidak tahan dengan kesejukan aircond di dalam ofis. Sepanjang hari aku berselimut jer di dalam bilik ku (di ofis) dan melayan internet sepanjang hari. Nak buat kerja pun langsung takde mood. Tak taula apa staf aku cakap. Tatkala diaorang redah masuk ke bilik boss dia ni nampak aku berfesbuk dan berblogging jer..huhu..staf aku di pun satu, nak masuk bilik boss main redah jer. Kang aku sekeh baru tau. Aparaaa..isshh.

 Kalau dicongak-congak apalah sangat keje yang aku buat dalam minggu ni melainkan menandatangani dokumen penting yang wajib aku lakukan setiap hari dan menghadiri mesyuarat (maklumlah..’boss’ katakan..).

Entahlah..akhir-akhir ni aku rasa kesihatan ku agak merosot. Asyik rasa nak demam dan kerap batuk2. Rasa stress pun ader. Efeknya? Aku tidak berapa rajin nak wat kerja. Tapi mujurlah..dipenghujung tahun ni kerja-kerjaku tidak berapa menimbun. Cuma ada satu dua job lagi yang harus ku selesaikan sebelum akhir tahun ni. 

Berbalik pada masalah kesihatanku tadi..walaupun keuzuran melanda aku tetap pegi ke ofis. Aku malas sebenarnya nak ambik cuti atau MC. Selagi aku rasa boleh bergerak, aku gagahkan jugak diriku ke tempat kerja. Lagipun kalau aku bercuti pun bosan jugak dok kat umah. Asyik fikir pasal kerja ataupun mendengar dua orang anak2 kesayanganku tu ‘berperang’ sepanjang hari. Padahal aku tidak betah melayan tetamu yang sering berkunjung keluar masuk ke dalam bilik ofisku setiap hari. Jadi aku tidak mahu menunjukkan diriku uzur dan aku bertahan aje la. Tunjukkan muka manis seolah2 diriku sihat walafiat padahal aku dan tuhan jer la yang tau..

Harap-harap sehari dua lagi aku akan okey. Bersungguh-sungguh aku makan ubat yang diberi oleh doktor semalam. Sebab? Besok aku terpaksa outstation ke KL pulak. Yang tak bestnyer kali ni kena naik bas sebab ikut rombongan (biasa dapat jugak naik fight sebab ada kelayakan kan..) Dah mintak excuse dengan boss atas sebab kesihatan tapi tak boleh jugak. Boss kata kena pegi jugak sebab dah dijemput sebagai jemputan kehormat untuk ke Expo MAHA 2010 di Serdang yang akan berlangsung pada 26hb hingga 5 disember ni. Nak wat cam manakan? Terpaksa la aku gagahkan diri jugak. 

Tak apalah..demi kerja..memang aku sayangkan kerjayaku ini..dan aku cuma pegang pada slogan kerjaku sebagai penjawat awam iaitu “SAYA YANG MENURUT PERINTAH” dan “BERKHIDMAT KERANA NEGARA”..

hmmm. Apa-apa jerla labu..


10 comments:

norh said...

bos kena bg contoh kat anak buah, tak boleh sesuka hati nak mc..tak gitu? :)

me suya said...

semoga kak nur cepat sembuh

kakchik@ella said...

mkn ubat eh. jgn lupa tau.

nora said...

siannye dia, semoga cepat sembuh ye

BLADE EDGE said...

salam akak...

whatever pun, jgn la push sgt..takut makin xsihat pulakk..tambah2 lg keadaan cuaca negara menjelang hujung tahun ni..xmenentu sgt..

kalo outstation, jgn sampai KO pulak, dah la jalan jauh.. :-)

so jaga la kesihatan tu..get well soon :-D

p/s: tgk gmbr n tajuk, ingatkan kot2 la nak tambah sorg lg pulak .. hahahahaha :-DDDD

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam
moga cepat sembuh ye.amalkan minum madu tiap hari dan kurma juga.

Cikmin said...

salam...sabar lah ye nur..semoga cepat sembuh ye.. :) cikmin doakan yang terbaik buat rakan2 blogger...

hans said...

moga cepat sembuh
banyak2 berehat

P/S : Nak Ambil Aku Kau Lupa! Bila Tiba Bab Duit Cepat Pula Kau Ingat! Hahahaha!

rATu kEBaYA said...

harap cepat sembuh sis.. klu demam kepala mesti berat je..

cikbedahlaser said...

smoga cpt smbuh....jgn lupe mnum air masak
skrg nih..musim la.. sy pon tgh selsema n batuk nih.. uuhuhuhu