Dia merupakan anak sepupu saya yang baru mencecah usia 7 tahun. Berita mengenai tragedi beliau bersama rakan karibnya yang berusia 9 tahun dihanyutkan arus deras banjir di Sungai Tanjung Bendahara, Alor Setar, Kedah telah terpampang di akhbar2 utama hari ini dan turut disiarkan di Buletin Utama TV3 malam tadi.
Hari ini masuk hari ke-2 kehilangannya dan sehingga ke saat ini jasad mereka berdua masih belum ditemui walaupun usaha mencari giat dijalankan. Pihak polis, bomba dan JPA3 telah bertungkus lumus menyelam ke dalam sungai dan mencari tetapi masih tiada apa2 petanda ditemui setakat ini. Sanak saudara saya yang jauh dan dekat juga telah bergegas ke sana untuk memberi sokongan moral kepada keluarganya.
Sesungguhnya saya turut merasai kesedihan ini kerana saya juga mempunyai anak lelaki yang hampir sebaya usianya..tetapi apakan daya, saya tidak dapat ke sana untuk bersama2 ibunya (sepupu saya yang dpanggil Kak Eni) itu kerana menemani bonda yang masih lagi berkabung pada hari ke-29 di atas pemergian ayahanda tercinta.
Harapan dan doa saya agar Kak Eni tabah dan redha dengan ujianNya. Apalah daya kita sebagai hambanya untuk melawan takdir serta qadak dan qadar Allah S.W.T..sama2lah kita berdoa semoga adik Awwab Hakimi dan rakannya ditemui selepas ini.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment