nuffnang

Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal 2012!

Assalamualaikum..

Dah di penghujung tahun 2012 rupanya kita..

Begitu cepat masa berlalu ..
tak terasa rupanya esok kita akan melangkah ke tahun baru 2013 ..
~Gambar Ihsan dari Googles~
Terlalu banyak pengalaman pahit dan manis yang telah aku tempuhi sepanjang tahun ini .. dan sudah pastinya yang pahit adalah lebih banyak dari yang manis .. dari hal kehidupan, kerjaya dan rumahtangga .. semuanya telah aku tempuhi dengan tabah dan redha ..

Bersyukur pada Yang Maha Esa kerana masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan sebagai insan kerdil di muka bumiMu Ya Allah..

Semoga tahun baru yang bakal menjelang esok akan menjanjikan seribu kemanisan .. meredakan kepahitan dan kepayahanku dalam melalui liku-liku kehidupan ini ..

Selamat tahun baru kepada uols! terima kasih kerana sudi singgah di blog ini :)


Friday, December 28, 2012

Resepi megi kari ala johor

Ok.. Disebabkan aku takde mood nak mengupdate sebab sedang bercuti makanya aku tepek je video resepi yg menarik dan mudah disediakan ni. Kebetulan tengok kat fb Scha Al Yahya - dia kongsikan resepi ni untuk peminat di fbnya. Aku memang penggemar laksa johor. Terbayang bayang kesedapannya yang ohh... tersangatla sedapnya. Ni kalau buat megi pun for sure sedap dap dap. Kena try ni. Esok cari ikan tenggiri hehe..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, December 25, 2012

Pure Marine Collagen Ungu Gred AAA

Ni yang dah siap direbus dengan daun pandan. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti ais. Setiap pagi cedok antara 2-4 sudu letak dalam gelas dan campur dengan sedikit air panas. Kacau hingga hancur dan campur je dgn jus apa2 yang korang suka. Macam i suka campur dengan jus oren segera jenama twister tu. Memang sdap dan tak rasa apa2 pun. Kaya dengan vitamin C lagi..

Khasiat dia? Untuk cantikkan kulit dan kasi muka nampak glow2 gitu.. Cubalah :)

Sent from my BlackBerry Torch9800® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 24, 2012

Sekali try pasti tak nak lagi!

Tadi lepas hantar anak2 pegi kelas ngaji Quran sempat singgah beli megi sup kat satu kedai makan ni. Ekceli dah 2 3 hari aku intai kedai yg baru di buka ni sebab tengok banner dia kemain menarik dengan gambar pelbagai jenis mee dan tagline nya 'cepat dan sedap..sekali try pasti nak lagi!'

Amboii..
Konfiden betul nampaknya tuan kedai ni kan? Kemain lagi nak tarik perhatian pelanggan yang mudah terpengaruh dengan iklan macam aku ni.

Sekali masuk ke dalam kedai tu dan tengok bahan masakan macam tak berapa ada je. Tapi tak nak pikir negatif la kan. Terus oder 'megi sup satu.. Bungkus ye!'

Padahal perut aku petang ni bukannya lapar sangat. Saja je nak menerai sebab macam tertarik jer nk singgah kedai ni.

Sampai di rumah solat asar dulu then bukak la bungkusan plastik megi tu letak dalam mangkuk..

Sekali tengok alahai sedihnyaa.. Kau bayangkan la..megi sup yang berharga RM4 tu cuma ada telur, cili api, bawang dengan daun bawang!
Ayam? Langsung takdee!!

X_Xhadoº°˚˚˚˚°ºohhX_X .. Memang terkena la aku kali ni. Mujurla aku makan kat rumah. Kalau makan kat kedai tu maunya aku lingkupkan mangkuk megi tu kat atas meja kedai time tu jugak.. Sial!

Aku rasa megi yang aku masak sendiri kat rumah 10x jauh lebih sedap dari kedai minah ni!

Menyesal betul berenti beli tadi padahal perut tak lapar pun.. Saja jer mengada.. Kan dah terkena!

Kepada semua yang berniat nak berniaga atau bukak kedai makan tu aku nasihatkan tak payahla teruskan niat tu kalau kau tak pandai masak. Lepas tu pasang banner depan kedai dengan tagline yg over konfiden bagai.. Sebab kau punya modus operandi ni memang hampess! Tak lama lagi engkau jgak yang malu sebab kedai kau pasti tak lama nyer akan lingkup!

Sebab?

'Sekali try pasti tak nak lagi!'

Puii...

Sent from my BlackBerry Torch9800® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Bye Bye Samsung Galaxy Note .. Galaxy Note 2 pls come to mama!

Semalam dengan rasminya galaxy note kesayanganku ini telah bertukar hakmilik.. huk huk
sedihnyaaa *sob sob*
casing kuning tu baru jer beli 2 minggu lepas.
Ok.. aku dah jual galaxy note kepada kawan my hb
Sebab? 

Sebabnya ialah jeng jeng jeng ....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Aku nak beli Galaxy Note 2 pulak... ekeke

dasar tak pernah puas kannn ..

tapi sebenarnya tak planning langsung la nak jual note lama tu
sebab baru je dalam 7 bulan pakai
tapi encik suami pulak beriya iya nak belikan kita note 2 ni
siap ofer lagi nak tak? nak tak ? hihi

dah orang ofer kenn
tunggu apa lagi.. zass jer laaa..
*pucuk dicita ulam mendatang*

10 Ciri Menarik Samsung Galaxy Note 2 :
  1. Ciri-ciri terbaik Galaxy Note 2 antaranya paparan 5.5- inci HD Super AMOLED Plus menawarkan kecerahan skrin yang luar biasa . Dengan skrin kadar paparan 16.9 ia memastikan tayangan untuk tontonan video lebih mengujakan kerana ia menawarkan skrin bersaiz besar. 
  2. Lebih menarik, Galaxy Note II direka bentuk supaya lebih nipis dan ringan meningkatkan kemampuannya untuk membantu tugasan pengguna.
  3. Kelebihannya yang ketara ialah pengguna Pen S dan ciri-ciri dipertingkatkan memberi inspirasi kepada pengguna. Ciri S Pen yang menakjubkan ialah pengguna boleh menyempurnakan tugasan dengan mudah dan dengan menggunakan kreativiti idea. Mereka boleh menggabungkan tulisan tangan dengan kandungan digital terus kepada skrin . Selain itu, butang S Pen ia boleh digunakan untuk pelbagai tugasan termasuk menyunting gambar dan serta menambah warna , dan menulis nota dengan tulisan berkenaan.
  4. Air View -Letakkan S Pen pada skrin tanpa pelru menyertuhnya bagi melihat e-mel. Fail gambar atau video
  5. Easy Clip- Anda boleh memilih imej kesukaan dengan pantas dengan merangka dan menekan butang S Pen
  6. Quick Command- Lancarkan aplikasi dan fungsi serba pantas menggunakan short cut
  7. Dengan prosesan 1.6GHz Quad-Core dan HSPA Plus , peranti ini memudahkan penggunaan dengan pelbagai tugasan dan perayauan mudah serta cara memulakan operasi lebih pantas
  8. Dengan platform Android™ 4.1, JellyBean ,peranti ini juga menawarkan tugasan grafik yang menarik.
  9. Ciri-ciri seperti Smart Stay pada kameranya penting bagi mengelakkannya berkeadaan mod tunggu sedia semasa mengesan pengguna di hadapannya
  10. Ciri AllShare® Play membolehkan pengguna berkongsi kandungan peranti ini dengan menyambungkan kepada peranti lain seperti televisyen Samsung HD telefon, tablet dan laptop pada rangkaian yang sama. Menerusi AllShare Group Cast pula pengguna boleh berkongsi pelbagai fail dokumen dan gambar pada masa sebenar.
ps: tak sabar nak beli .. tapi tunggu harga turun skett lagi .. minggu depan kot ;)

Saturday, December 22, 2012

Kenduri dalam hujan

Selamat petang..

Baru balik dari kenduri kawin sedara belah mak aku. Adoii la penat .. Dengan hujan lebatnya sejak dari pagi tadi sampai sekarang masih belum berhenti. Kereta bersusun di jalanan tu takyah cerita aah.. Memang memenatkan.

Tapi mujur la makanan kat kenduri tadi sedap2... Berbaloi jugak pergi walaupun terpaksa mengharung air sampai buku lali dari tempat parking nak sampai ke rumah pengantin. Siap ada hidangan char kuetiaow yang dimasak panas panas, aiskrim, nasi dan lauk pauk yang menyelerakan.. Yummy!*aku bab makan memang no.1 hihi*

Paling kesian tengok semua keluarga rombongan sebelah pengantin lelaki terpaksa mengharung air dan meredah hujan dengan payung sambil bawa bekas hantaran sekali.. Aduhaii.. Kesian2..

Moral: jangan wat kenduri musim hujan..

Sent from my BlackBerry Torch9800® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 21, 2012

Durian Crepe vs Blueberry Crepe

Salam Jumaat..

Orang lain dah lama tayang durian crepe dalam blog memasing tapi aku baru ada peluang untuk tayang desert tu hari ni. Before this after dapat je order terus bukak bekas dan ngappp.. tak sempat dah nak capture gambar semua:-D

Semalam kawan aku na wasap tanya nak kirim beli crepe ke tak . . aku pun apalagi.. pucuk dicita ulam mendatang la kann...

Tapi sedih skit sebab tak dapat beli dua bekas.. ingat nak perasa durian 1 blueberry 1 tapi nasib tak baik pulak sebab yang blueberry tu dah habis :-(

Tapi (eh berapa banyak tapi daa) kawan aku ni dia baik hati. Dia dapat beli yang blueberry tu 1 bekas.. then dia bagi semula dengan durian crepe dalam bekas aku tu.. so bila dah mixed tu jadila 2 bekas mcm kat bawah ni dan masing2 dapat merasa 2 jenis crepe ni tanpa kompromi..hihi

Blueberry Crepe memang sedaplah! aku suka rasa dia masam masam manis manis. Kalau yang durian tu sah sah la rasa durian kan.. tp yang blueberry ni rasanya sedapp jer sebab tak masam sangat.. so i prefer this crepe compare to the other one (ceh.. speaking english la pulakkk...kehkeh)

Oh ya.. orang kelantan boleh try beli crepe ni dari fesbuk 'zinie aziz' ye...crepe dia memang sdap dan terbaekk.. kulit dia lembut.. isi dengan krim dia pun sedappp.. gebu gebas jerr..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, December 20, 2012

Makanan musim hujan: ubi kayu rebus dan putu halba

Korang .. kat Kelantan sekarang ni dah masuk musim hujan tau ..start minggu lepas lagi cuaca asyik hujan jer .. pastu berenti dan cerah skejap .. then hujan balik .. gitulah tetiap hari.. asyik tak menentu je cuacanya...mak-mak yang nak keluarkan kain jemuran pun tensen .. ish!

Cerita pasal musim hujan ni aku nak tayang pasal makanan yang femes tatkala cuaca dingin yang membuatkan semua orang rasa nak tido jer sepanjang hari .. lebih indah kalau lepas bangun tido tu pegi ke dapur kedian bukak tudung saji ngintai apa yang boleh dimakan dan melantak sampai kenyang pastu sambung tido balik ...waahhh... sedapnya engkauu ... dah tak reti2 nak pegi keje??? buat taik mata je kerja nya ya?! *tetiba berleter macam mak aku .. eh? ;)*
Ini ubi kayu ..*bukan batang kayu ye*
 isi dia lembut bukan keras macam batang kayu sebab dah direbus dengan masaknya ..
orang kelate kalau musim hujan sibuk jer semua pegi gali ubi ni kat belakang rumah ..
kalau takde sanggup pegi cari kat gerai-gerai tepi jalan atau pasar dekat2 rumah tu
confirm ada punya sebab dah jadi macam jadi wajib pulak kalau hujan lebat kena makan ubi kayu..
sebabnya? nikmatnya hanya kau yang tahu ..hooooiiii
nak nak kalau pekena dengan kopi panas .. memang terangkat lah!
Semalam aku letak gambar putu halba kat Instagram..
tak sangka pulak ramai yang suka dengan putu halba ni
laju je komen dengan like masuk.. hehe

putu halba yang staf aku beli semalam ni sedap sangattt..
eh, ada yang tak kenal dengan putu halba ke? kalau nak tau putu halba ni dibuat daripada ubi kayu yang diparut, halba dengan gula melaka.
cara makan pulak kena cicah atau gaul dengan kelapa parut yang digaul dengan garam

tapi kena makan time hujan lah..
sebab kalau tak hujan macam tak sedap..
aura dia takde .. hihi

Published with Blogger-droid v2.0.6

Well done kakak!

Hari ni result PMR dah keluar..

Dan..

Semua famili aku terutama ma berdebar debar nak tau keputusan PMR cucu sulung dia sorang tu.. Alya Nabihah Amrina @ kakak..

Pagi tadi mamanya terus sms ke nombor untuk semakan keputusan PMR kakak.. and the result is..

6A2B!

Well done kakak! Eventhough u don't get 8A's pun mama, matok, ciknur, ayah su, ciksu dan famili semua tak rasa ralat pun dengan result kakak.. Sebab 2B yang kakak kecundang tu pun subjek Sejarah dan Geografi jer.. So don't be sad okeh? Syarat untuk kemasukan ke MRSM pun kakak dah cukup. So don't worry too much!

Mama dah siap sms ayah su, ciknur n ciksu untuk sediakan hadiah.. Okey laa.. Benda kecik jer tuu.. tunggu eh? Nanti ciknur suruh Mr Santau Claus hantar malam krismas ni.. Siap dengan pokok dan lampu dia sekali..boleh??! Hee..


Sent from my BlackBerry Torch9800® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 19, 2012

Mulut Tempayan

Salam..

musim hujan ni kita kasi topik yang hot sikit ..
"mulut tempayan budu" . boleh?

mulut tempayan dengan mulut longkang
lebih kurang sama la tu bunyi nya kan?

maksudnya orang yang tak boleh
simpan rahsia atau dipercayai
kalau bagitau dia citer yang hot
cepat jer dia pegi sampaikan kat orang lain

aku memang geram dengan orang macam ni
nak nak time kita bercerita kat dia kononnya
untuk berkongsi rasa dan meluah perasaan
tapi dia ni jenis tak amanah pulak
cepat jer pegi cerita kat orang lain
dalam versi sendiri pulak tu..

biasanya mulut tempayan ni kerap dikaitkan
dengan golongan wanita
eh, lelaki pun ada jugak yang  mulut tempayan tau
tak caya cuba gi kaji kat luar sana tu
ekekeke..

tapi benarla kata orang kan..
mulut orang ni mana la boleh ditutup
sedangkan mulut kita sendiri pun
susah nak kontrol time berkata-kata
apalagi nak jaga mulut orang lain kennnn...

apa pun kena beringat
jaga mulut sewaktu berkata-kata
jangan sampai terlajak bicara
nanti buruk padahnya..

bak kata pepatah
terlajak perahu boleh diundur'
terlajak kata buruk padahnya ..

Sekian, pesanan dari khidmat pelanggan ini dibawakan oleh ...


Saturday, December 15, 2012

Budak Kacamata

Ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasi..

Mak dia ni dulu dari darjah 2 lagi dah kena pakai spek sebab suka mengadap tv.. skrang anak bujang yang darjah 3 dah kena suruh pakai spek jugak oleh tuan doktor disebabkan masalah yang sama - rabun silau.

Macamana la tak rabun.. Siang malam pagi petang asyik mengadap playstation, tab atau laptop.. Tu je la kerjanya tetiap hari. At last mengadu pening dan aku nampak mata dia ni asyik berperip semacam. Terus buat appointment dengan pakar optometris dan seperti yang dijangka memang kena pakai spek!

Nak buat macammana kenn.. Budak2 zaman sekarang.. Sebab mak dia ni tak suka anaknya bermain diluar rumah dan bercampur dengan budak2 tak tentu arah.... Jadi nak tak nak terpaksa laa.. Hrmm.

Sent from my BlackBerry Torch9800® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 13, 2012

Ombak Rindu..

Lokasi : Pantai Melawi, Bachok, Kelantan
Tarikh : 7 Disember 2012
Peserta : Anak-anak dengan anak buah from kelate n kl
wooohoo.. bestnya mandi lauuuttt




kami yang comel ^_^
kecik pun nak swimming jugak.. teheee
very nice caption dari auntie effa.. boleh wat gambar poskad tak pic ni? :)
aktiviti wajib gegurls .. main pasir dengan periuk senduk
pic ni aku tak tau nak kata apa .. ok apa kata kita letak 'budak kl teruja boleh panjat pokok kelapak' boleh? hehe..
Sent from my BlackBerry Torch9800® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 12, 2012

Pekerjaan dinilai sebagai satu Ibadah

SETIAP pekerja perlu merasakan tugasan yang mereka setiap hari itu sebagai amanah yang perlu dilaksanakan dengan sempurna.

Ia penting supaya gaji yang diterima setiap bulan halal, bersih dan mendapat keberkatan daripada Allah.
Pekerja yang amanah meletakkan syariat Islam sebagai pegangan utama supaya Allah sentiasa melindungi setiap rezeki yang mereka peroleh.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan baik, sempurna lagi teliti” (Riwayat al-Baihaqi).

Kita perlu bijak, ikhlas dan jujur dalam menyelesaikan tuntutan kerja seharian di pejabat.

Dalam suasana kerja hari ini, ada sebilangan pekerja yang melakukan kerjanya dengan sambil lewa atau mencari jalan ‘mencuri tulang’ untuk melakukan penyelewengan.

Ia menggambarkan seseorang itu tidak ikhlas dan cuba berlaku khianat. Ingatlah setiap gerak-geri kita sentiasa diperhatikan Allah. Curi tulang boleh berlaku dengan cara mengabaikan tugas yang diberikan, melengahkan masa kerja atau tidak membuat langsung kerja dengan memberikan pelbagai alasan tidak munasabah.

Pasti wang gaji yang diterima pastinya tiada keberkatan. Oleh itu, kita perlu sentiasa memohon keampunan dari Allah sekiranya ketika menjalankan tugasan harian secara sedar atau tidak kita pernah mencuri masa dengan melakukan perkara di luar bidang tugas.

Pekerjaan sebenarnya dinilai sebagai ibadah apabila ia memenuhi syarat dan panduan yang ditentukan syariat. Di situlah letaknya keunikan Islam sebagai cara hidup.

Matlamat terakhir kenapa pekerjaan itu perlu dilaksanakan adalah bagi memperoleh keredaan dan keberkatan Allah. Tidak dinafikan setiap orang mengharapkan balasan bersifat duniawi seperti bayaran gaji dan ganjaran terhadap kerja yang dilakukan.

Alhamdulillah, jika ada timbul perasaan bimbang mengenai halal atau haram, berkat atau tidak pendapatan yang diperoleh memberi petanda baik dalam diri kita masih ada iman.

Nabi memberi jaminan kebaikan buat mereka yang menjauhi syubhat dalam kata-katanya yang bermaksud: “Barang siapa yang menjauhi syubhat, selamatlah agamanya dan kehormatannya, barang siapa yang menyertai syubhat, ia seolah jatuh dalam yang haram” (Riwayat Muslim).

Pensyarah Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Mohd Shahrizal Nasir berkata Islam menganjurkan umatnya berusaha mencari rezeki yang halal dengan kudrat sendiri.

“Umat Islam dilarang bergantung harap kepada Allah semata-mata tanpa berusaha memperoleh rezeki sendiri. Rasulullah pernah ditanya: “Pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda menjawab: Pekerjaan terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua jual beli yang dianggap baik.” (Hadis riwayat Ahmad).

“Setiap manusia sudah ditetapkan rezekinya oleh Allah. Mereka hanya perlu berikhtiar lebih sedikit bagi mendapatkan rezeki itu malah Islam melarang umatnya minta daripada orang lain.

“Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu mengambil talinya (keluar mencari kayu), kemudian dia memikul seberkas kayu api di atas belakangnya, lalu dijualnya, maka dengan itu Allah memelihara air mukanya adalah lebih baik daripada ia meminta-minta daripada orang lain, sama ada diberi atau tidak.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

“Dalam usaha mencari rezeki, kita tidak boleh lupa tatacara atau garis panduan yang ditetapkan. Antara perkara yang perlu dititik beratkan adalah soal halal atau haram pekerjaan yang kita lakukan,” katanya.

Beliau berkata dalam Islam jika rezeki yang kita cari itu sumbernya halal maka kehidupan kita akan diberkati dan setiap usaha mencari rezeki itu bakal mendapat ganjaran pahala.

“Sebaliknya, jika rezeki yang kita cari itu datangnya dari sumber haram maka kehidupan kita jauh dari keberkatan Allah ditambah pula dengan dosa yang dipikul.

“Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling kecewa (rugi) pada hari kiamat adalah orang yang mencari harta secara tidak halal, lalu ia masuk ke neraka bersama hartanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

“Berbicara soal keberkatan, perkara yang perlu dijaga adalah bagaimana menjamin keberkatan dalam rezeki yang kita dapat. Terdapat sesetengah orang yang secara zahir, pekerjaannya halal, tetapi rezeki yang diperoleh tidak berkat.

“Antara sebabnya adalah terdapat perkara syubhah dalam urusan pekerjaan yang dilakukannya,” katanya.

Mohd Shahrizal berkata fenomena negatif seperti ‘curi tulang’ ketika waktu bekerja perlu dijauhkan.

“Golongan ini lebih suka berbual kosong, melayari internet tanpa faedah, keluar makan pada waktu kerja dan menggunakan peralatan pejabat untuk kegunaan peribadi.

“Ia perlu dielakkan dan berusaha dari sekarang untuk mengurangkannya. Sebab itu, ada di kalangan mereka yang gaji bulanannya mencecah puluhan ribu, namun kehidupannya masih serba kekurangan, keluarganya tidak harmoni dan dilanda pelbagai masalah.

“Itulah sebahagian tanda rezeki itu tidak mendapat keberkatan daripada Allah,” katanya.

Beliau berkata masalah itu boleh diatasi sekiranya setiap pekerja berusaha mendapatkan kepuasan hasil kerja mereka sendiri.

“Tanamkan perasaan gembira apabila tugasan yang diberikan majikan berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Dalam laporan Asean Conference on Civil Service Matters pada 1993 menyatakan pegawai (penjawat awam) perlu digalakkan bukan saja melaksanakan tanggungjawab mereka tetapi perlu mendapatkan kepuasan peribadi selepas berjaya melaksanakan tugas yang diberi,” katanya.

Rasulullah pernah menyatakan bahawa Allah menyayangi hamba-Nya yang sentiasa melakukan kerja dengan cara yang terbaik dan bersungguh-sungguh,” katanya.

Menurutnya setiap pekerja Muslim perlu sedar mereka perlu berubah dan berusaha memperbaiki mutu serta prestasi kerjanya.

“Islam menyediakan ruang bagi menebus kesalahan yang dilakukan. Sebab itu kita ada zakat yang wajib dan sedekah yang sunat.

Inilah antara alternatif terbaik bagi menjamin rezeki kita diberkati Allah.

“Zakat dan sedekah itu pembersih kepada rezeki yang kita peroleh,” katanya.

Beliau berkata umat Islam wajib menjauhkan diri daripada perkara yang nyata pengharamannya dalam Islam antaranya rasuah.

“Rasuah adalah sogokan wang atau sebarang hadiah atau manfaat sebagai ganjaran balas terhadap sesuatu hajat yang sudah, tengah atau bakal ditunaikan dengan cara salah.

“Penggunaan perkataan duit kopi, hadiah, sumbangan ikhlas, upah atas pertolongan dan duit proses sering digunakan bagi mengaburi mata orang ramai menghalalkan rasuah.

“Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sudah kami lantik untuk memegang sesuatu pekerjaan, yang sudah kami tetapkan pula pendapatannya, jika dia mengambil lebih daripada (pendapatan) yang ditetapkan itu (iaitu dengan cara rasuah), dia adalah pencuri.” (Hadis riwayat Abu Dawud).

“Sebagai seorang pekerja Muslim, kita perlu bersyukur atas anugerah pekerjaan yang kita ada sekarang. Tidak salah berusaha meningkatkan taraf hidup dengan mencari pekerjaan yang lebih baik namun ia bukan penyebab untuk kita bersikap acuh tak acuh dengan pekerjaan yang kita lakukan sekarang.

“Setiap pekerja perlu berfikiran positif dan proaktif dalam menunaikan tanggungjawabnya. Apa saja perbuatan yang dilakukan, walaupun di luar pengetahuan majikan tetapi ia tidak sekali-kali berada di luar pengetahuan Allah,” katanya.

Firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu di atas segala yang diperintahkan, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara ghaib dan nyata. Kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Taubah, ayat 105).

Credit to: Harian Metro, 16/2/2012


Wordless : Nasi Lemak Bonda


Paling sedap di dunia :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, December 11, 2012

Burger Bakar

Malam tadi masa keluar cucuk duit kat ATM tetiba terlintas nak cari gerai burger bakar ni.. dah lama aku perasan banting dia kat tiang-tiang lampu jalan tu tapi tak berkesempatan nak cari lagi..kan sebelum ni semua orang sibuk dok citer kesedapan burger bakar ..jadi harusla kita try jugak supaya tak ketinggalan kata ko... heheh ..

'dik, beger satu ek'
'boleh kak tapi lambat la skit..'
'lambat? mmm.. lama mana?'
'setengah jam jugakla.. lambat skit nak bakar daging dia ni kak.. sebab tebal ..'

mak oii .. beger sebijik pun makan masa setengah jam nak siapkan? kalau oder 5 bijik macammana agaknya eh? 5 jam? *sambil wat muka duckface*

'ok lah dik... akak tunggu lah' >_<
Gerai burger bakar Pak Abu depan HUSM Kubang Kerian ... gigih betul budak 2 orang ni berniaga .. terkagum aku tengok gerai diaorang ni laris betul .. lepas sorang-sorang datang oder beger ..
 
ni la rupa burger bakar tu .. ooo macam ni rupanya ek .. 
mak aaii.. tebalnya.. camana nak geget ni?? erkk..
 kasi zoom sikitttt... ehem ehem ...
banjir dengan sos .. ada mayonis, sos lada hitam, fries dan sayur mayur ..
rasanya? mmmmmmm...yummeh.. dap dap 
daging tu memang rasa terbakar sangat
*sebab dia bakar atas arang*
ishh .. tak cukup pulak sebijik ni
nak wat camna.. berebut sampai 4 orang makan .. hahah!


takpe lah.. nanti esok esok kita gi beli lagi .. okeh?!
 lagipun ingat nak try jer tadi
kang beli banyak tak abis lak ;)

Sent from my BlackBerry Torch9800® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 10, 2012

Bye bye P1wimax !

Aku dah terminate akaun P1wimax yang aku pakai sekarang..

Dah hampir 3 tahun aku guna P1 ni . Dalam tempoh 2 tahun pertama guna service dia agak memuaskan walaupun kadang-kadang sangat hot dengan coverage dia yang kerap wat hal terutama time cuaca hujan. Memang out of service terus macam TV Astro !

Selepas 2 tahun, customer care dia call aku ofer sambung kontrak. Siap ofer tambahan 5G dari plan asal 3G. Kadar bayaran bulanan pun tak banyak beza dengan plan asal. Cuma tambah RM10-RM20 jer camtu. Bincang dengan hb dan dia setuju sebab nampak banyak kelebihan *kununnya* berbanding dengan plan asal.

Dalam 5-6 bulan tempoh lepas sambungan kontrak ni aku mula nampak yang P1 nya servis ni macam menipu dan hampes. kata bagi 5G tapi tetiap bulan aku kena top up usage quota sebab asyik tak cukupppp jer . Ini memang aku bengang . Cuba kau bayangkan, aku guna internet kat rumah tu waktu malam jer . Bukak internet pun setakat layan fesbuk dengan google je . Takkan la 5G tu boleh luak dengan cepat sekali ? Kadang-kadang tu baru je reset akaun seminggu dah tinggal 40% dia nya usage quota. Tak ke bengang aku ??

Lepas bincang dengan encik suami kami berpakat untuk terminate pakai P1wimax dan beralih ke wireless broadband Maxis. Aku rasa Maxis punya ofer lagi bagus . Ambik plan 8G dengan kadar RM68 sebulan. Lagipun modem dia lebih kecik . Senang aku nak bawa ke mana mana lepas ni. Boleh guna untuk Samsung Tab sekali. Tak payah plug in macam P1.

Harap2 keputusan yang aku buat ni betul. Sebab aku dah lama kecewa dengan P1wimax. Kena bayar penalti RM200 pun aku rela. Malas dah nak serabut dengan data plan dia yang mengarut tu .. huh!

Saturday, December 8, 2012

Mee Bandung for lunch

Tajuk dalam BI memang tak leh blah.. hiks..

Tengahari ni aku tolong ma masak mee bandung.. nak masak sendiri rasa tak konfiden la nak bagi makan ramai ramai ni. Minggu ni rumah ma macam hotel.. bilik semua penuh sebab anak cucu yang dok KL dengan Johor balik kampung. Rumah adalah riuh rendah dengan budak budak yang sedozen ramainya tuh. Pendek kata rumah matok diaorang ni meriah betul nak nak lagi time makan.. penuh meja kata kauu.. masak pun harusla 2-3 kali sehari. Pagi menu lain, tengahari lain dan malam pun lain jgak. Tapi aku tengok ma memang tak jemu la bab layan anak cucu dia makan ni. Kalau boleh semua menu dia nak masak. Itulah yang aku kagum dengan mak kesayanganku ni.

Eh.. nak tayang mee bandung jer la.. banyak pulak ngomelnya ni.. jemput makan semua..Bismillah...


Thursday, December 6, 2012

Pesta Durian di Ofis

Baru balik dari jamuan pulut durian... Berpesta durian betul la opis aku hari ni.. Mentang-mentang la musim durian tahun ni menjadi sampai kat ofis pun boleh buat jamuan perdana pulut durian lagi.. ♡hϱϱ♡hϱϱ♡hϱϱ♡"̮..

Start jam 11 pagi tadi beratus ratus biji durian telah dikopek dan dihidang dengan pulut santan.. Buah rambutan dengan manggis pun ada.. Semua makan sampai senak perut termasuklah aku.. skrang badan dah rasa sdikit panas..penangan durian agaknya nih.. dah benda free sedap pulak tu.. makan jer la sampai tak ingat hihi...
Sent from my BlackBerry Torch9800® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, December 4, 2012

Parcel dah sampaiii

2-3 hari ni tetiap hari aku terima parcel kat ofis .. mana taknya .. bila tengok jer produk yang menarik perhatian skit tangan ni cepat jer taip 'book' , 'pm' dan 'email saya'.. ni la besarnya godaan dgn pengaruh produk2 yg dijual secara online di blog mahupun fb ..tergoyah iman akak .. bila dah sedar sampai 3 item dah beli dan wallet pun dah terkopak baru la nak ingatkan diri supaya sudah2 la membelinya makcik oii..kang kena makan ikan kering bilis dengan kicap je sampai ujung bulan ni sapa yg hazab?? engko jugakk... heee
ni 1st parcel yang diterima hari Khamis lepas.. cer tengok add pengirim tu ? boleh teka tak dari mana tu? ahaaa... ni parcel dari blogger SEPET okeyy ... nak tengok pebenda yang aku beli ngan dia ? .. meh nak tunjuk ..
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
tarrrraaaa ... produk yang sedang laris macam goreng pisang sejak akhir2 ni .. losyen Felinna Inchoss untuk kempiskan perut buncit dan vitamin c plus pure collagen keluaran Felinna jugak ...

Losyen tu aku dah start guna .. memang best sebab bau dia wangi jer
tak bau ubat macam losyen yang kita biasa beli sebelum ni ..
panas dia pun hangat2 manja jer ... pastu sejuk je ..
memang rasa selesa la time pakai ..
harap2 ada result yang positif lepas habis sebotol ni ..  :)

Vitamin C tu belum start makan lagi ...
malam ni la start makan ..
penat la 2-3 hari ni sampai nak telan vitamin pun bleh lupa
wat rugi jer beli .. isshh
beli losyen dengan vitamin c dapat hadiah percuma lagi dari SEPET .. baik hati betul la budak comel tu
thanks banyak2 la adik comel ye .. akak memang suka dengan beg merah tu .. cantik bangat .. maacihhh :)
Ni parcel yang sampai pagi ni lak ...
ambik kau .. 2 sekali datang tu haa ..
apa kebenda agaknya dalam dua-dua parcel ni eh?
nak tengok ??
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


jeng .. jeng .. jeng .. kang dah kua gambar sexy tu haa... ni la kalau dah pompuan .. mudah tergoda dengan macam2 .. tengok corset nak corset .. padahal dah bermacam jenis beli dalam almari tu haaa.. tapi nak jugak beli lagi ntah kan pakai ntahkan idok .. nak body ramping ler katakan .. hihi

DAN


sepasang kurung moden kuning corak batik ... amacam? cun tak ? 
dah lama berkenan dengan baju kaler kuning cuma belum ada koleksi ..
dah berkenan kita oder je laa ..
harga ? 
dalam RM200+ camtu .. ok la kan? ;)   

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, November 28, 2012

Bengkel KPI 2013


Pssttt..
Hari ni sehari suntuk saya berada di dewan hotel untuk Bengkel Petunjuk Prestasi Utama (KPI) agensi bagi tahun 2013.

Dah lama tak duduk dalam sesi brainstorming ni.. otak macam beku dan mata asyik nak kuyu jer.. bila penceramah start buka mulut aku yang kat belakang ni mula la berat mata dan stim garlfield.. rasanya kalau tongkat dgn batang mancis pun boleh patah...kihkih...

Ni baru lepas waktu lunch.. perut kenyang dan matapun segar bugar la skejap.. jap lagi ada yang tido rasanya dalam bengkel ni.. hehe..
Published with Blogger-droid v2.0.6