nuffnang

Sunday, June 23, 2013

Al Fatihah buat Pak Kob!

Assalamualaikum..
Pagi ni mendapat perkhabaran yang jiran saya Pak Kob telah meninggal dalam tidur semalam. Sejak kebelakangan ni memang nampak beliau agak uzur. Nak bangun pun dah tak larat. Mungkin disebabkan usianya yang menjangkau lebih 80 tahun saya kira menyebabkan beliau semakin uzur. Sementelah arwah isterinya Mak Mah telah banyak tahun pergi meninggalkan beliau.

Dulu Pak Kob lah yang sering menemani abah di bawah porch depan rumah untuk sarapan bersama-sama. Arwah abah sering mengajak Pak Kob untuk sarapan pagi bersamanya. Dia kata kesian dengan Pak Kob sebab dia kesunyian. Pak Kob ni pendiam orangnya. Tak banyak bercakap. Lagipun pendengaran dia sudah kurang. Arwah abah je yang rajin menemaninya.

Jika ada makanan yang lebih abah akan bawa kepada Pak Kob. Sebelum meninggal abah pernah berpesan supaya jangansesekali  lupakan Pak Kob walapun dia telah tiada. Sebab tu ma seringkali ingat pesan arwah abah supaya sentiasa berbuat baik dengan orang susah seperti Pak Kob. Seringkali waktu pagi bibik siti akan ke rumahnya untuk menghantar sarapan yang dimasak oleh ma walaupun sepinggan nasi goreng atau mihun. Semalam bibik siti cerita Pak Kob nampak dah tak larat nak bangun semasa dia hantarkan makanan untuknya. Nampak sangat yang beliau dah semakin uzur.

-Gambar Hiasan-

Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah SWT  dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Salam takziah kepada anak-anak, menantu dan cucunya..

Al Fatihah!


Mi Kari Ketam






2 kali tambah..

Now tengah lepak kekeyangan sampai berdengkur dengkur laki aku...

Gara gara penangan mi kari ketam hehe..

Tq mak bonda sebab masakkan mi kari yang maveles ni.. tercapai hajat aku nak makan mi kari ni.. dah lama mengidam mengalahkan orang mengandung..hihi
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, June 16, 2013

Cucur Bilis Simpel




Petang ni terasa nak makan cucur bilis. Balik keje campak henbeg..bukak tudung.. terus masuk dapur. Suruh bibik keluarkan bahan bahan untuk wat cucur - gandum..daun bawang..bawang besar..ikan bilis (tumbuk sket).. telur dan garam. Laju-laju bancuh tepung tu dengan air panas campur air sejuk. Tunggu setengah jam baru digoreng. Dah... siap!! Boleh jamu perut bonda dan anak2. . :)
Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, June 15, 2013

Breakfast di Kopitiam



Hari ni baru la sempat menjengah ke kopitiam ni semula .. oh! I dah rindu sama roti titab dia... sedappp woo.. tak jumpa kat kedai lain..

Bawa ma dan anak anak jer hari ni. Terpaksa drive sendiri sebab encik suami outstation... huhu
Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, June 14, 2013

Makan di Chef Lanz Restaurant


Semalam lepas drop budak budak kat kelas mengaji aku bawa mak ke restoran ni. Ni kali ke-2 aku datang ke sini . Boleh tahan cantik kedai dia. Presentation makanan pun ok tapi ari segi rasa agak kurengg kot. Insyaallah aku dengan family takkan datang lagi ke sini lepas ni. Harga makanan ok tak mahal. Tapi kalau korang rasa nak mencuba makanan di sini boleh la datang..

spagethi for my mum. Tak tau la apa mimpi dia tetiba feeling western gi order spagethi ni. Aku suggest order ciken chop jer sebab restoran ni banyak offer menu western. Tapi agaknya mak aku dah jemu makan ciken chop so dia ambik la spagethi ni. Macam biasa sos spagethi tentula rasa masam. Ada 3 biji meatball dan rasa nya so so aje. Yang tak bestnya pelayan dia angkat spagethi ni dulu sebelum air. Lama jugak kami tunggu air tu sampai. Kalau pegi kedai lain for sure dia angkat air dulu kan? ni tak .. tetiba datang spagethi sepinggan gedebuk kat meja lepas tu kau kena tunggu berjam jam lagi air nak sampai. Padahal customer tak ramai pun masa tu. Meja kami je yang ada. Memang lembab betul la...puii!

Kuetiaw kung fu aku punya. Mujur banyak lauk. Ok la.. habis ku makan :)

white coffee. Pun aku yang punya. Mak bonda order bandung cincau.
Kat bawah ni salad popia. Disebabkan rasa tak puas makan spagethi tu aku suruh la mak order menu lain.
Pilih pilih tengok gambar popia macam sedap jer. So kami order la sepinggan.
Tapi yang geramnya popia yang dia angkat ni lain pulak dengan dalam gambar. Dah la jenis popia tak masak camni pastu sos berjejer jejer pulak dalam tu dengan mayonis bagai. Makin kembang la anak tekak kami dua beranak makan .. pffttt


Encik suami yang terus menyinggah dari ofis semasa aku kat sana. Order nasi goreng ayam kat dia. Mujurla boleh tahan sedapnya. Kalau tak kesian la abang sayam ni... hek hek..

posted from Bloggeroid

Thursday, June 13, 2013

Pak guard jumpa hantu??

Semalam tetiba keluar cerita hot di ofis..
Cerita pak guard terserempak dengan entiti berbaju putih dengan rambut separas kaki bisa menaikkan bulu roma aku sampai rasa nak demam hehe..

Kisahnya begini..
Macam biasa pak guard yang baru ni buat rondaan sekitar jam 3 pagi di kawasan dewan auditorium di ofis aku. Masa sampai kat dewan tu dia rasa nak terkencing lalu masuk ke tandas wanita bersebelahan dewan tu. Tetiba masa keluar tandas tu kedengaran bunyi apatah macam soseh soseh camtu..

Disebabkan naluri ingin tahu tu tinggi si pak guard ni pun menjengukla kat dinding yang dikesan bunyi datang dari arah situ..

Dannnnnnn

Satu entiti berbaju putih dengan rambut separas kaki dilihat berdiri memandang ke arah beliau..

Aku tanya budak yang bercerita pasal cerita ni .. 'cantik ke hodoh?'

'Eh..cantikkkk' katanya..

Fuh....serius seram ahkak dengar...

Naik segala bulu wooo!!

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/f/fc/Anak_pontianak.jpg/200px-Anak_pontianak.jpg

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 11, 2013

Kursus Kumpulan Inovatif dan Kreatif

Program berlangsung selama dua hari dari 10-11 Jun 2013 
di Hotel New Pacific Kota Bharu.
Alhamdulillah.. selesai satu tugas aku selaku pegawai penyelaras program .. 
Lepas ni nak ngadap program Amalan 5S pulak... alahaii... letih mak >_<
Lebih kurang 50 peserta mengikuti program ni .. 
kalau ikutkan bilangan ahli KIK ofis aku melebihi 80 orang..
tapi sebab kursus berbayar dan terhad kena limitkan peserta la kan..
Alhamdulillah kali ni dapat penceramah yang bagus.. Encik Zukarnein Wook dari Innotech Consultant.. best cara penyampaian ceramah dia.. ada unsur unsur humor dan mudah difahami oleh peserta .. nampak peserta pun takde stress stress sepanjang program..
Pelbagai teknik digunakan sepanjang kursus berlangsung.. ada sesi ceramah, bengkel dan simulasi
Kemain masing-masing serius dan beri tumpuan penuh semasa kursus ;)
Acara games yang menguji kreativiti pun ada jugak ... eh kenapa gambar terbalik ni eh? sory yaa... dah takleh rotate kat sini ... aku post melalui smartphone tadi.. hihi
ni pun satu lagi pic terbalik... peserta lelaki beria ia membuat percubaan merungkaikan tali tu dari tangan hehe..
komunikasi dua hala antara peserta dan penceramah menceriakan program :)
sesi pembentangan pun ada.... cayalah Pn Hasneeda!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, June 8, 2013

Mengemas Istana Hinggap



Alhamdulillah hari ni sempat pergi mengemas dan membersihkan istana aku yang beberapa minggu terbiar ni .. Semalam call budak mesin rumput minta dia datang hari ni untuk mesin rumput kat rumah kitaorang. Bik siti pulak macam biasa ditugaskan untuk vakum dan mop rumah.. basuh bilik air dan segala.. Dalam 4 jam jugaklah nak selesaikan kerja kerja membersihkan tu.. Entah bila agaknya nak mendiami rumah ni secara tetap.. hmm
Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, June 7, 2013

ELAK KECURIAN, DI ROMPAK DAN DI ROGOL DALAM RUMAH SENDIRI.

Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.

Tips menghalang kecurian.

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).

Salam Ukhuwah..~

#Kopipes dari facebook :)



Testing letak keek dalam blog



ok dah berjaya... tq to ceeramon! kalau korang nak try letak video camni pegi blaja kat blog ceera ye! byee



Nasi Lemak Sambal Sardin

Assalamualaikum...

Lama betul tak update kan
Biasa la..aku ni kan pemalas
Yang rajinnya pegi lepak2 kat blog orang pastu jadi silent reader...kekekeke

Blog sendiri tak kisah l nak berupdate ke tidok sebab bukannya ada orang nak rindu pun dengan blog busuk ku ini..huhu

Disebabkan takde cerita yang menarik nak diceritakan jadi marila kita tayang gambar makanan...

Nasi lemak dengan sambal sardin air tangan bondaku.. sedap gilos uols!

Semalam kemain plan nak gi bekpes kat kopitiam. . Tetiba bangun pagi ni nasi lemak dah siap terhidang kat atas meja..

Mak kata tak jadi nak gi bekpes kt luar sebab sambal sardin yg dia masak semalam ada lagi.. jadi dia terajin masak nasi lemak untuk makan pagi ni...

So..? Pucuk dicita ulam mendatang laa...
posted from Bloggeroid