nuffnang

Tuesday, June 11, 2013

Kursus Kumpulan Inovatif dan Kreatif

Program berlangsung selama dua hari dari 10-11 Jun 2013 
di Hotel New Pacific Kota Bharu.
Alhamdulillah.. selesai satu tugas aku selaku pegawai penyelaras program .. 
Lepas ni nak ngadap program Amalan 5S pulak... alahaii... letih mak >_<
Lebih kurang 50 peserta mengikuti program ni .. 
kalau ikutkan bilangan ahli KIK ofis aku melebihi 80 orang..
tapi sebab kursus berbayar dan terhad kena limitkan peserta la kan..
Alhamdulillah kali ni dapat penceramah yang bagus.. Encik Zukarnein Wook dari Innotech Consultant.. best cara penyampaian ceramah dia.. ada unsur unsur humor dan mudah difahami oleh peserta .. nampak peserta pun takde stress stress sepanjang program..
Pelbagai teknik digunakan sepanjang kursus berlangsung.. ada sesi ceramah, bengkel dan simulasi
Kemain masing-masing serius dan beri tumpuan penuh semasa kursus ;)
Acara games yang menguji kreativiti pun ada jugak ... eh kenapa gambar terbalik ni eh? sory yaa... dah takleh rotate kat sini ... aku post melalui smartphone tadi.. hihi
ni pun satu lagi pic terbalik... peserta lelaki beria ia membuat percubaan merungkaikan tali tu dari tangan hehe..
komunikasi dua hala antara peserta dan penceramah menceriakan program :)
sesi pembentangan pun ada.... cayalah Pn Hasneeda!

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments: