nuffnang

Monday, March 18, 2013

Ulangtahun arwah abah..

Pagi ni adik wasap gitau yang hari ni adalah ulangtahun kelahiran arwah abah yang ke-72.

Sedih sangat rasanya.
Walaupun dah lebih 2 tahun abah meninggalkan kami namun sebagai anak melupakannya sama sekali adalah tidak.

Abah..
Kami semua sangat menyayangi mu.
Doa kami sentiasa bersamamu abah..

Al Fatihah!

posted from Bloggeroid

Sunday, March 17, 2013

Takziah buat sahabatku

Salam..

Sesungguhnya tak dapat saya ucapkan dengan kata-kata..

Berita yang diterima dari Cik Na sungguh mengejut dan menyedihkan..

Kami semua sangat bersimpati dengan apa yang menimpa keluargamu zita.. bertabahlah! Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka..

Hampir semua akhbar menyiarkan berita kemalangan yang menimpa keluarga sahabatku ini dimana ibu, anak, adik dan pembantu rumahnya meninggal dalam kemalangan tersebut. Suami dan seorang lagi anaknya yg berumur 5 thn masih lagi dirawat di hospital..

Al fatihah!
Gambar 1:
Anak kecil ini telah dijanjikan sebagai bidadari syurgaNya..
Gambar 2:
Empat maut nahas di Merapoh
Gambar 3:
Kenangan semasa kami keluar lunch bersama pada bulan november tahun lepas. Masa ni zita (paling kanan) ditempatkan sementara di ofis Kota Bharu..