nuffnang

Wednesday, November 28, 2012

Bengkel KPI 2013


Pssttt..
Hari ni sehari suntuk saya berada di dewan hotel untuk Bengkel Petunjuk Prestasi Utama (KPI) agensi bagi tahun 2013.

Dah lama tak duduk dalam sesi brainstorming ni.. otak macam beku dan mata asyik nak kuyu jer.. bila penceramah start buka mulut aku yang kat belakang ni mula la berat mata dan stim garlfield.. rasanya kalau tongkat dgn batang mancis pun boleh patah...kihkih...

Ni baru lepas waktu lunch.. perut kenyang dan matapun segar bugar la skejap.. jap lagi ada yang tido rasanya dalam bengkel ni.. hehe..
Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, November 27, 2012

Jumpa Besties Lama..

Lamanya plan nak keluar lunch sama-sama .. tup tup hari ni baru menjadi .. 

dah dekat sebulan si Zita ni dok usha-usha kitaorang ajak lunch sesama since dia kena transfer ke ofis Kota Bharu selama sebulan .. eh sebulan ke 2 bulan ek ? aku lupa sudaah .. heee *sory ye mc ta* tapi esok dah last day kan ko kat KB ni jadi hari ni nak tak nak kena jadi jugak ler kita keluar lunch sesama .
Restoran pilihan ialah Sri Chengmai di Jalan Seri Cemerlang Kota Bharu .. memula ingat nak gi makan nasi ulam tapi pikir2 kot terr bau budu la pulak time nak masuk opis balik nanti makanya pilihan restoran yang menghidangkan masakan tomyam dan sebagainya adalah yang paling seswaii ..
yang duduk di sebelah kiri adalah cik na dan yang disebelah kanan tu adalah cik puan hazita .. cik na still single n available .. cik puan zita tu dah tak available dah .. cik puan yang tudung ijau tu pun tak available jugak dah  >_<  .. aku kenal diaorang sejak di tingkatan 2 lagi di SM Tumpat, Kelantan .. pernah naik basikal sama-sama time pegi balik sekolah, kelas tuisyen dan ronda bandar tumpat .. hee *sweet memories sangatt*
 manisnya pertemuan yang berlangsung hampir 2 jam .. sambil makan dan bercerita .. macam-macam perkara yang dibualkan .. maklumla jarang-jarang sekali berjumpa ... bila jumpa sesekali tu macam macam cerita ada .. dari zaman sekolah hinggalah cerita pasal famili dan kerjaya masing-masing ..

Apa yang penting ikatan ukhuwah ini tidak pernah terputus sejak dari zaman sekolah lagi .. time ada peluang kita cuba aturkan masa untuk berjumpa dan bermesra .. 

Insyaallah semoga berkekalan ..

p/s : sedih pulak bila geng lain tak dapat ikut serta - mc jea, mc da n mc anie tak dapat join us hari ni sebab masing-masing ada hal yang tak dapat dielakkan :( 


Published with Blogger-droid v2.0.6

Majlis Perkahwinan yang Memalukan


NAZURAH dan Nazli terpaksa bergaya di pelamin dalam keadaan perasaan mereka remuk selepas majlis kenduri perkahwinan tercemar dengan sajian basi.

BALIK PULAU – Kemeriahan majlis persandingan satu pasangan pengantin di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang di sini kelmarin bertukar kecoh apabila lauk-pauk yang disajikan didakwa telah basi dan berbau busuk manakala nasinya pula mentah.

Kejadian itu menyebabkan lebih 1,000 jemputan majlis perkahwinan Nazurah Romai, 21 dan suaminya, Nazli Che Amat, 22, kakitangan sebuah syarikat swasta, terpaksa pulang dengan perut kosong.
Hidangan itu ditempah menerusi pakej sebuah syarikat perancang perkahwinan yang mengenakan bayaran RM17,000 untuk sajian, sepasang persalinan untuk majlis akad nikah, pelamin, fotografi dan cenderamata.

Difahamkan, pasangan itu telah menjelaskan bayaran sebanyak RM14,000 kepada syarikat berkenaan.
Nazurah yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta di sini berkata, peristiwa yang memalukan itu disedari sewaktu mereka mahu menjamu beberapa orang tetamu pada majlis tahlil kira-kira pukul 10 pagi.

Sumber: Akhbar Kosmo
 
PN: Tajuk yg dipaparkan di akhbar Kosmo ialah 'Kenduri Saji Lauk Basi' .. Kesian sangat dengan pasangan pengantin ni .. dah la hari bersejarah bagi dia .. sepatutnya diisi dengan kenangan manis tapi sebaliknya .. aku rasa syarikat perancang perkahwinan tu lingkup pasni .. takde orang dah nak wat bisnes dengan dia .. huhu

Cuti cuti Langkawi Day 2: Naik Cable Car

Sambungan cerita cuti-cuti ke Langkawi 2 minggu lepas..
Aku ni bab-bab update slow skit .. maklumla kena ikut mood .. hehe

Entry kali ni penuh bergambar okay .. jadi sila tarik nafas anda dalam-dalam sebelum scroll down ke bawah .. ekeke..
Pagi-pagi seawal jam 8 kami dah gerak dari apartment .. budak-budak pun kemain semangat bangun awal nak menaiki kete kabel katanya .. kami singgah makan di restoran berdekatan apartment tu je .. depan Hotel Langkasuka .. asal ada nasi lemak, mee goreng, nasi goreng kira ok la untuk alas perut di waktu pagi
kereta sewaan selama 4 hari di Langkawi .. 2 buah kete proton wira auto dengan rate RM100 sehari .. condition kereta ok.. bersih dan yang penting aircond sejuk :)
perjalanan ke Oriental Village @ Stesen Cable Car tu memakan masa stengah jam la jugak .. sebelum sampai kat atas tu sempat singgah di Perdana Quay ni .. sambil mengisi minyak kereta di Petronas kt situ sempat le snap gambar ni .. amacam? cantikkan view kat sini ?
ok .. dah sampai kat Stesen Cable Car .. jom snap gambar dulu sebagai bukti kita sampai sini ... ngeh3..
kami diantara yang sampai awal pagi disini .. jadi tak ramai lagi orang yang que untuk beli tiket .. lepas turun dari Cable Car tu masyaallah .. orang beratur panjang sampai stengah kilometer .. hihi
dah beli tiket jom ler kita naik ke atas .. eh? rupa2nya dah ramai orang yang beratur daa .. penat jugak tunggu nak masuk dalam cable car tu ... mak bonda duduk kat kerusi dulu .. bila dah dekat sampai barula dia masuk que dok kat depan .. hehe
Encik Faris dan boboy buat muka rileks padahal gayat tuu... ekeke...
ma, adik n me .. ni pun gayat gile masa naik .. tengok talinya makin tinggi dan tinggi dan tinggiiii....
dah sampai ke puncak ... kami turun di stesen kedua .. stesen pertama tu malas nak turun.. lagipun jambatan gantung di tutup pada hari tu .. tak tau kenapa ..
snap snap pic luuu ...
 
si abang boboy kemain bergaya di puncak gunung machincang ..
marilah kita bergambar beramai ramai .. oyehh ... *atam puting tak lepas nyot2*
kat puncak gunung pun ada orang jual eskrim apa .. pedulikan pasal harga.. yang penting dapat makan eskrim tu .. dap woo...
bukti kita berada di puncak ;)
ni masa tunggu cable car nak turun .. jumpa makcik2 lebanon yang baik hati ni .. borak2 tanya diaorang dan ambik gambar dulu .. dia siap tanya lagi tudung i tu beli kat mana ..berkenan katanya ..hee
memory dengan makcik2 lebanon ...baik dan peramah sgt diaorang ni semua ..
masa turun lagi la gayat ... ma tak abis2 baca ayat quran .. hee.. boboy suh matok peluk dia >_<
 gambar kenangan kami sekeluarga naik cable car .. ni cameraman dia snap sebelum naik .. waktu turun tu beli dengan harga RM30 kalu tak silap .. harus beli sebab tak tau bila lagi sampai Langkawi ni dan kalau sampai pun belum tentu kami naik cable car ni lagi hehe ..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, November 25, 2012

Emergency Leave



Hari ni terpaksa ambik EL disebabkan kesakitan yang amat dan mampu berbaring je. Pagi tadi saya cuba gagahkan diri untuk bangun tapi pangkal peha saya terasa begitu ngilu, pinggang kejang dan lenguh yang amat.. rasa tak kuat untuk bersiap ke tempat kerja.. sudahnya saya baring semula dan bangun pada jam 8.30 pagi... itupun selepas cuba kuatkan diri untuk mandi, breakfast skit dan telan ubat..

Lepas bertungku ni barula rasa reda sikit sakit ni.. beginila saya setiap bulan semasa 'ia' datang... harap2 esok dapat kembali bekerja macam biasa... huhu..
Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, November 23, 2012

Besday Kek yg ke..

Semalam tayang bunga.. Hari ni tayang besday kek pulak >_<

Kalau waktu pagi tu saya disepraiskan dengan sejambak bunga ros merah pink dari encik faris, petangnya pulak dia pulang dengan sebiji kek yang putih mulus ni..

Kek ni belum terusik lagi tau.. Sebab semalam encik faris lorat nak pegi oustation ke terengganu.. Rasa tak syok la makan dengan anak-anak je kan.. Jadi kita tunggu la dia balik esok dan rasmi kek ni sama-sama :)

Hadiah? Err.. Rahsia .. Hee..

Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, November 22, 2012

34 Sudah...




22 November 2012..

Alhamdulillah .. hari ni genap usia saya 34 tahun .. Encik Faris telah membuat kejutan dengan menghantar sejambak bunga mawar ke ofis .. kebetulan yang sungguh manis sebab pagi ni saya masuk kerja pun dah agak lambat ... kebetulan ada sedikit hal yang perlu diselesaikan pagi tadi .. 

Time saya masuk ofis tu anak-anak buah dah mengusik .. 'nampak bos berseri-seri jer pagi ni..' saya kata 'eh.. apa lak.. saya macam ni je selalu.. ' *lupa rupanya hari ni besday sendiri* hihi..

Cik kerani saya, kak noor pun pandai je main sorok-sorok bunga ni dulu .. sebelum masuk ke bilik saya kami borak-borak dan kemudian baru la dia keluarkan bunga ni .. saya macam terpana seketika sebab tengok di kad tu rupanya bunga ni dari Encik Suami .. sebelum ni tak pernah pun dia buat seprais macam ni pada saya kecuali beli kek, bawa makan malam dan beli hadiah lepas sambut besday saya .. terharu jugak rasanya dapat bunga ni .. sebab sebelum ni saya pernah gitau dia 'takyah la beli bunga-bunga ni ... buat membazir je .. bukannya boleh makan pun .. baik abang belikan ayang gelang mas' hehe..

Terima kasih lah wahai suamiku di atas kejutan ini ...ayang saya sangat menghargainya ..

DAN...

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang Engkau telah berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima Kasih dengan kelahiran anak-anak yang Engkau Amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepada ku tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu..Ampunkanlah daku hambamu yg hina ini...Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday : Doa Buat Suami





Cuti Cuti Ke Langkawi : Day 1

Cerita cuti-cuti Malaysia kami dua keluarga ke Langkawi pada minggu lepas..

Awal-awal lagi aku dengan keluarga abang jae dah berunding untuk bawa keluarga masing-masing bercuti bersama ke Langkawi pada musim cuti persekolahan ini memandangkan bulan november ni ada cuti 'free' yang amat panjang.. pada tarikh 9 hingga 17 November 2012 tu aku cuma perlu apply 1 hari cuti kerja je dan yang selebihnya 8 hari lagi adalah weekend plus public holiday.. Cuti panjang ni hanya rakyat Kelantan je yang dapat sebab kebetulan Hari Keputeraan Sultan, Deepavali dengan Awal Muharram adalah bersambung-sambung dengan hari minggu .. memang heaven la kan? ;)
Hari pertama perjalanan ke Langkawi .. muka budak dua orang yang eksaited nak naik feri .. matok pun ada sama sebab dia la yang beria-ia nak ke sana sekali .. dah lama benar tak pijak bumi Langkawi katanya.. pegi yang last pun berbelas-belas tahun dulu kot ... okey la ma.. no problem .. anak-anakmu akan menghiburkan hati ma setakat yang mampu .. tapi sampai kat Langkawi nanti kena la kawal nafsu skit ye ma .. banyak barang cantik dan murah-murah.. jangan sampai mabuk sudah .. hehe

bagasi untuk 2 famili.. tengokla masa balik nanti .. berapa beg lagi yang akan beranak pinak .. huhu
Dalam feri masa bertolak dari Jeti Kuala Perlis .. pukul 6 petang dah waktu ni.. kami sampai di jeti Kuala Perlis jam dah hampir pkul 4.30 petang .. tak sempat ambik feri pukul 4.30 tu dan terpaksa la tunggu sehingga pukul 6 ..  letih woo .. dah la perjalanan dari Kota Bharu sewal jam 7.30 pagi lagi .. *pfftt*

Sampai di Jeti Kuah dah waktu maghrib .. buat urusan sewa kereta dulu (ni pun aku dah booked awal-awal jadi takde masalah sangat) .. dapat kereta terus gi cari kedai makan .. masing-masing mak, bapak dengan anak-anak dah kebulur ..
eh.. ni pic masa singgah kat RNR Gurun .. makan tengahari sebelum sampai di Jeti Kuala Perlis tu ..
Dah siap diner terus gi cari apartment yang kami booked sebagai tempat menginap ..

Aku book 'Kuah Town Service Suite Apartment' atau lebih dikenali sebagai Century Suria Service Apartment melalui agoda.com .. apartment ni terletak belakang Hotel Grand Continental kat Pekan Kuah tu jer .. kalau dalam GPS korang set jer 'Suria Apartment' gerenti ado..
Apartment Service ni memang ok .. ada 3 bilik katil besau-besau . Sesuai la dengan keadaan kami 2 famili dengan bebudak yang 4 orang tu.. siap ada mesin basuh lagi .. malam2 balik berjalan sempat basuh baju dan sidai dalam tu .. senangkan? 

Harga dia pun tak mahal sangat .. dalam RM280 je semalaman .. untuk 3 bilik tu .. so aku share dengan abang jae just RM140 je sorang semalam .. murah la kan? dan apartment ni pun ada pool besar jugak .. bolehla layan budak-budak mandi kalau ada masa ..
Waktu cek in dah pukul 9 malam .. jadi semua adalah penat dan ambil masa untuk mandi dan rehat secukupnya dulu .. esok kita akan mula redah bumi Langkawi ye anak-anak .. wohoo!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, November 19, 2012

Betul lah kata pepatah..

Terlajak perahu boleh diundur..
Terlajak perkataan dan perbuatan buruk padahnya..

Kepada insan-insan tersebut yang telah tergamak melakukan dan melukakan hati ini aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih..

Pengalaman ini cukup untuk menyedarkan aku bahawa tiada manusia yang boleh dipercayai di dunia ini melainkan diri sendiri..

Hanya kepada Allah tempatku mengadu dan berserah..

Kerana Dia lebih mengetahui..

Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, November 7, 2012

Tudung harga RM300 ? Errkk

Alahai mahalnya..
Tau la jenama paling tersohor buat masa ni.. Design cantik, kalerful macam agar agar dan stok pun terhad .. Tapi kalau harga sampai wat aku rasa tercekik tulang ikan nak beli baik tak payah la ek.. Setakat RM250 tu aku beli lagi la sebab dah nak sangat ken.. Tapi bila dah naik sampai RM300 ni rasa mcm melampau la pulak.. Baik beli barang dapur kat umah tu haaa..boleh borong sampai dua troli lagi.. Macam macam bleh angkut dengan RM300 tu... Kan Senah kan? Heheh..

Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, November 5, 2012

Mengidam

Mengalahkan orang mengandung..

Ni gara-gara tertengok gambar dalam fesbuk..
Siap tulis bawah gambar tu 'megi pecah telo asam laksa' .. Fuhhh..

Aku yang memang alah dengan megi ni pun mula meroyan..
Dok terbayang-bayang kesedapan menghirup kuah megi asam laksa yang masam2 tu..
Kecur liur beb!

Balik keje tadi terus singgah 7Eleven.. Beli jenama Maggi 1, Mamee 1..

Tamakkan?! ♡hϱϱ♡hϱϱ♡hϱϱ♡"̮..
Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, November 3, 2012

Lunch hari ni

Hari ni terlebih rajin skit.. jadi kita rasa nak bermesra dengan periuk, kuali, lesung dan segala kat dapur tu.. kalau tak jangan harap makcik ni nak masuk dapur sebab aktiviti biasa dihujung minggu ialah bawa mak dan anak anak makan di luar.. *nampak sangat dasar pemalas kannn* .. tapi minggu ni rasa macam takde mood nak keluar.. lagipun minggu depan kami sekeluarga nak pegi bercuti cuti malaysia.. jadi minggu ni kita lepak kat umah jer la ek..


Gulai kicap ayam jer untuk makan tengahari ni.

Masakan yang simple, senang dan anak anak boleh makan sebab tak pedas..

Resepi?

Errr..google je la eh.. sebab main campak campak je ni asaljadi dan sedap..hihi

eh..sedap ke? sedapla kot..anak kata laa ;-)
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, November 1, 2012

Pak Pandir dan Mak Andeh

Nak dijadikan cerita, anak pak pandir ni bekerja di luar negeri.

Pada satu hari dia pulang ke rumah untuk bertemu pak pandir dan mak andeh.

Keesokan harinya si anak ni terpaksa pulang semula ke negeri tempat dia bekerja kerana ada emergency call dari bos dia.

Kerana terlalu bergegas untuk pulang, si anak ni tertinggal le handphone dia.

Mak andeh : " Ayahnya, anak kite tertinggal handphone dia ".

Pak pandir : " Abis tu awak nak saya wat ape? "

Mak andeh : " Takde la, masalahnye saya da mesej anak kite, saya da bagitau handphone die tertinggal. Tapi dia tak balas pun mesej ".

Denga selambanya pak pandir menjawab.

Pak pandir : Mengeluh." Awak ni bengap, kalu awak da mesej dia tak balas, cuba la call dia!!!"

~LOL~

sumber: facebook
Published with Blogger-droid v2.0.6