nuffnang

Friday, December 30, 2011

Pagi Jumaat Akhir 2011

Salam Jumaat..

Bangun pagi semua bersiap dan pakai cantik cantik..

Nak pegi kenduri kat rumah rakan encik suami..

Kira brunch terus la ni.. Ehehe

Bye2!

Wednesday, December 28, 2011

Jom Tonton: SBPA


Masih lagi dengan isu hangat oleh penjawat awam pada masa kini iaitu SBPA.

Sedang bersiaran langsung di astro 501 dari jam 8.15 malam dan siaran 502 pada jam 10.00 malam..

Tan Sri Abu Bakar selaku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sendiri yang mengupas isu ini kepada penjawat-penjawat awam yang masih kabur mengenai sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ni..

PS: aku dah sign opsyen ni semalam.. Tak menyesal langsung malah bergembira dengan sistem baru yg diperkenalkan oleh pihak kerajaan ni..
Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, December 27, 2011

Seluar Setim..

Dah seminggu lebih order mende alah ni.. tapi disebabkan masa tu takde stok jadi haruslah kena sabar dan tunggu lebih seminggu sampai aku pun hampir lupa yang aku ada beli benda ni.. hehe

Tup tup tengahari tadi staf gitau seluar dah sampai (aku guna alamat opis) dan amat mengejutkan sebab kotaknya telanjang bulat sehingga menggambarkan isinya.. ish..ish..ish.. tak dibungkusnya langsung produk ni.. dah la aku wat alamat opis.. sib baik yang terima parcel ni staf pompuan.. kalu la staf laki yang terima harusla merah muka i ni menahan malu.. :P

Seluar sauna order di fesbuk.. tak sabar nak try ni..
Nak tengok rupa sebenar dia? jom kita skodeng..

Jeng.. jeng.. jeng...
-
-
-
-
-
-
-

macam besauuu je??
Hanya RM99.. tu dia... seluar setim atau dengan nama sopannya sauna pants.. kegunaan adalah untuk melengkapkan sesi slimming anda di rumah.. kalau ada diantara korang yang rasa sekitar perut, peha dan punggung dah makin tembam dan melebar macam aku ni boleh la cuba sauna pants ni di rumah ye..

Secara spesifiknya fungsi sauna pants ni adalah seperti berikut:
1) Menyingkirkan selulit (kulit2 berkedut) sekitar punggung, peha dan perut

2) Fungsi sama seperti bertungku - menyingkirkan lemak2 terbonjol sana sini yang kurang menyenangkan

3) Mencantikkan bentuk badan- fit semula yang menggeleber

Cara-cara penggunaan dijelaskan di luar kotak
Selain dari sauna pants tu sendiri, korang juga ada dapat produk istimewa bila beli produk ni ye..

air buah delima, tali inchi dengan krim chili hot ... 
tu dia.. krim panas untuk disapu semasa bersauna, tali inci untuk ukur tahap kekempisan perut korang lepas bersauna dan air buah delima untuk menghilangkan haus tekak akibat pembakaran lemak semasa bersauna.. bak kata si Saida AF.. ok ler teww!! kan????? ^_^

Sunday, December 25, 2011

Kenduri..

Baru balik dari makan kenduri..tak jauh pun.. kat rumah jiran sebelah rumah ni je. Hari ni kemain berangan kononnya tak yah masak tengahari ni sebab makcik nah jiran aku ni buat kenduri kawin anak dia..  sekali bila tengok ramai tetamu datang tak putus-putus ke rumahnya dari tengahari sampai ke petang terasa naik segan lak kami nak pegi makan.. ingat nak tunggu orang reda dulu tapi tengok tetamu tak reda2 kat umah dia ni dari pagi sampai ke petang makanya aku dan encik suami pun redahlah pegi jugak..  dengan muka setebal 10 inci.. hehe.. lagipun perut dah start buat live konsert dah..



simple but nice.. cantik pelamin kat rumah pengantin ni


sempat lagi snap picture hantaran ni ;)

Cenderahati kepada tetamu..cantikkan? ceteka apadia :)




Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, December 23, 2011

Lawak Budak Sekolah :D

Guru : Ok murid². Hari ni, kita akan belajar matematik.

Murid² : Baik cikgu.

Guru : Jika makcik kamu memberikan kamu 3 biji gula², di tambah lagi dgn 5 biji gula², jawabnya apa, murid²??

Murid2 : "TERIMA KASIH, MAKCIK".

Guru : ........ ????*bengang*
Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Roti Titab? Camana tu..?

Baru balik breakfast di kopitam.. first time try menu ni.. Eh eh sedaplah!

Roti disapu dengan marjerin kemudian dibakar atas pan roti canai.. Then dia letak telur separuh masak kat tengah2.. Kat bucu2 roti tu ada kaya pandan..

Eemmmmm.. Sedapp! Lawan pulak dengan teh tarik ;)

Thursday, December 22, 2011

SBPA kena tangguh??

Baru baca berita ni kat utusan..

Perdana Menteri setuju tangguh SBPA - Omar Osman

22/12/2011 12:53pm

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.
Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.
Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN

Adoyaiii... aku baru berangan dengan gaji baru.. member opis semua dok sibuk buat keje siang malam sampai nak demam dok kejar due date SBPA ni tetiba kua announcement gini pulak??


CUEPECS oh CUESPECS!

Kisah PMR aku..

Hari ni result PMR kua ek? ok aku baru tu.. ni pun lepas bukak internet tengok pengumuman sana sini pasal result PMR keluar hari ni.. pastu kat fb pulak ibubapak semua dok canang kebanggaan anak masing-masing dapat full A dalam result PMR depa.. terus aku teringat kenangan masa amik PMR 18 tahun yang lalu.. jeng jeng jeng *keluar adegan filem hitam putih macam flashback kisah lampau gitu..ekekeke*

Kisahnya.. masa sekolah-sekolah dulu aku ni bukannya jenis bijak sangat.. belajar pun malas.. selalu kalau amik test or exam result pun so so ajerla.. buku tu bukan teman setia aku.. bab pikir masa depan pun memang takde langsung dalam kepala aku ni kot.. lagi pun dalam pemikiran aku kalu setakat PMR tu takyah la kau study maut sangat pun.. bukan boleh mintak keje pun dengan PMR tu.. padahal sedikit sebanyak dengan PMR tu lah yang bakal menentukan masa depan kau ye tak?? teruk btul pemikiran aku ni kan? jenis berpikir tahap minda kelas ketiga macam ni la kot.. hehe..

So aku pun takde la nak study rajin sangat macam kawan2 aku yang lain.. setakat pegi kelas tuisyen tu ada la.. tu pun sebab follow member2 dalam kelas yang cerdik pandai.. tapi bab buat study grup atau diskasyen dengan geng bijak ni memang aku tak join pun.. lagi pun masa tahun nak exam tu aku sibuk dok ngorat budak senior form 4 yang aku rasa hensem nak mampus padahal dia tak pandang pun aku masa tu..hahah! ok.. tak leh citer lebih2 sebab aku maluuu *tutup muka dengan kain tudung*

Oh, ya! lupa nak gitau yang aku adalah diantara batch pertama yang amik PMR.. masa tu tahun 1993.. tu yang rasa cam bengong je bila nak kena ngadap format baru dalam exam baru ganti SRP ni.. 

Dipendekkan cerita.. 

Bila result PMR kua.. seperti yang dijangka > result setakat cukup makan orang kata.. hehe.. macam aku cakap tadi la.. aku ni bukan dalam kategori student yang bijak pandai tu.. belajar pun malas..berangan je lebih.. tak reti lagi nak pikir bab masa depan ni..

After that bila tengok sorang demi sorang member dalam aku dapat result cemerlang baru la aku terasa.. mula menyesal sebab malas study dan jadi bijak pandai macam diaorang.. pastu tengok ada pulak yang dapat tawaran belajar di sekolah berasrama penuh dan MRSM.. masa tu baru la aku rasa sentap dan sedih dengan result PMR aku yang tak seberapa dan tak membawa aku kemana-mana pun... (padahal ramai lagi geng sekelas yang senasib dengan aku pun...) sudahnya aku stay kat sekolah yang sama je masa form 4 tu..

Masa naik form 4 tu la baru aku bertekad dan berazam untuk belajar bersungguh-sungguh.. segala yang dah lepas tu aku buang jauh2.. tak nak pikir ke belakang lagi dah.. yang penting aku kena hadap untuk exam SPM yang lebih besar pulak lepas ni..

Dan 2 tahun kemudiannya.. kesungguhanku itu akhirnya membuahkan hasil.. Alhamdulillah.. dan aku bersyukur pada tuhan kerana telah menyedarkan aku dari tidur yang lena.. kerana tuhan telah memberi aku peluang kedua untuk membuktikan kepada semua bahawa aku sebenarnya bukanlah 'bodoh' cuma aku malas berusaha..

Terima Kasih Ya Allah..terima kasih juga buat arwah abah dan ma yang telah banyak berkorban untuk kejayaanku.. jasamu tidak mampu ku balas walaupun hingga ke akhir hayatku.. 
 
Moral of the story: buat adik-adik diluar sana, anak2 dan anak sedara ku.. jangan malas nak belajar.. ingat masa depan korang..takde orang lain yang boleh mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri yang mengubahnya.. kalau tak nak rasa menyesal jangan bermimpi di siang hari..ok? belajar pandai2 supaya korang boleh jadi macam apa yang korang nak.. 

Kepada yang dah berjaya tu tahniah akak ucapkan! Ingatlah bahawa kejayaan tu bukan atas usaha kita saja tapi atas usaha ibubapa, guru-guru dan rakan-rakan juga..
 
Sekian...Majulah Sukan untuk Negara.. eh??!! ada kena mengena ke tagline ni? :P

Wednesday, December 21, 2011

Wordless:SBPA oh SBPA!

Satu demi satu pekeliling berkaitan SBPA ni keluar.. Satu pun tak sempat nak kaver lagi.. Semua ni berkait rapat dengan my task..Huhuhu

Tuesday, December 20, 2011

The way i read ur blog..


via my blackberry..

via my galaxy tab

Aku sebenarnya taksub sangat dengan blog korang ni so that i will read ur update everytime i bukak my gajet ni percaya tak? ;-) Disebabkan minat yg lebey dengan blog ni jugak makanya aku install semua gajet dengan application greader yang mana memudahkan dan menjadikan pembacaan blog korang lebih menarik ;-) Dats y aku jarang tinggalkan komen kat blog uols... tapi aku nak korang tahu yang aku memang selalu baca update korang ok?! n of kos i love all my gajet ni sooo much!! Memang takleh dipisahkan walau sehari.. ehehe.. sampai begitu sekali?!! ;-)
Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, December 19, 2011

Tidur berkualiti itu penting..

Salam sejahtera, selamat pagi dan salam 1Malaysia uols!

Alhamdulillah.. pagi yang membahagiakan.. walaupun cuaca hujan dan mendung.. tapi hati ni ceria.. lalalala.. hepi la sangat.. mana taknya? pagi-pagi dah dapat SMS dari bank gitau dah gaji masyukk.. plus bonus separuh bulan skali :) ok la tu kan? lepas la untuk menampung perbelanjaan awal tahun yang agak banyak ni.. maklumlah dah ada anak-anak yang bersekolah ni perbelanjaan pun harus lebih la sikit ;)

Pagi ni nak bercerita bab tidur yang berkualiti.. tiba-tiba dapat idea nak tulis topik ni sebab semalam aku dapat tidur dengan nyenyak sekali.. Alhamdulillah.. letak kepala pukul 10 lebih terus lena dibuai mimpi.. hampir jam 12 tengah malam tu terkejut sekejap..tengok jam dan sambung tido semula sampai ke pagi..

Minggu lepas ada aku mengeluh kat blog ni sebab tak dapat tido malam.. lately aku macam dapat penyakit susah nak tido malam.. rasa macam kena penyakit imsomnia pulak.. bila terjaga tengah malam susah nak lena balik sampai 2-3 jam baru la dapat tido balik.. kesannya kepala jadi bingung sampai nak berfikir pasal kerja pun tak bleh.. fikiran rasa terganggu, susah hati, nak nanges semuanya ada.. dengan kata lain aku dah kena stress!!

Before this aku tak pernah pun kena camni.. aku tau kenapa.. puncanya lepas aku telan sejenis ubat herba yang dikatakan boleh mengurangkan berat badan yang mana aku baca kat internet orang lain makan sangat mujarab.. tapi bila aku sendiri yang beli dan telan kena kesan macam ni la pulak.. aku ingatkan simptom biasa dalam proses rawatan tapi bila face problem camni sampai berminggu dan buat aku stress serius aku give up.. semalam aku dah campak botol tu kat tepi dinding.. biar la dulu.. maybe ubat tu tak sesuai dengan metabolisme dalam badan aku ni.. nak salahkan ubat tu tak bleh jugak sebab tengok orang lain makan ok je kesan dia.. mungkin tak sesuai dengan aku kot.. hmmm..

OK, back to the topic.. the  question is 'kenapa tidur berkualiti itu penting?'

Tidur yang berkualiti baik penting bagi kita semua, muda atau tua, lelaki atau wanita. Kajian penyelidikan menunjukkan bahawa kualiti tidur kita di malam hari menentukan sama ada tubuh dan minda kita berupaya untuk berfungsi secara optimum dan cekap di siang hari. Kekurangan tidur merehatkan menyumbang kepada masalah fizikal, mental dan psikologi, seperti sentiasa kelesuan, mengantuk di siang hari, sukar untuk fokus atau menumpu kepada satu tugasan dan meningkatkan kejengkelan. Apabila kita tidak memperolehi tidur yang merehatkan, besar kemungkinan kita akan mengalami banyak masalah kesihatan lain seperti sakit kepala, penurunan prestasi memori dan fizikal, sakit belakang dan kesakitan otot. 

Menurut www.layarsukses.com mendapat tidur yang baik dan mencukupi adalah sangat penting kepada sesiapa sahaja. Banyak manfaat yang akan diperolehi dengan jika anda mendapat tidur yang baik dan mencukupi.

1) Menenangkan Fikiran Yang Banyak Masalah

Setiap hari anda pasti akan dibebani dengan pelbagai masalah dalam hidup ini. Ada masalah yang kecil, dan ada juga masalah yang besar. Itu sememangnya menjadi lumrah kehidupan seorang manusia yang tidak dapat lari dari sebarang masalah. Ianya bergantung kepada seseorang itu bagaimana mereka akan menangani masalah yang dihadapi itu.

Dengan pelbagai masalah yang dihadapi sudah tentu ia akan membebankan fikiran anda. Ada banyak perkara yang anda perlu fikiran dan mahu diselesaikan. Jadi anda perlu merehatkan fikiran anda dengan mendapat tidur yang secukupnya. Jika mendapat tidur yang cukup fikiran anda akan merasa lebih tenang. Dan anda sudah tentu akan mempunyai keyakinan dalam diri untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi apabila dapat berfikir dalam keadaan yang tenang.

2) Merehatkan Tubuh Badan Yang Keletihan

Badan kita akan merasa penat apabila banyak melakukan kerja. Waktu siang hari adalah waktu untuk anda keluar mencari rezeki bagi menampung kehidupan anda. Sudah tentu anda kadang-kadang tidak sempat untuk berehat kerana bekerja kuat untuk mencari rezeki. Apa sahaja kerja yang anda lakukan sudah tentu akan membuatkan tubuh badan anda merasa penat.

Ambillah waktu untuk merehatkan tubuh badan anda yang keletihan dengan mendapatkan tidur yang secukupnya pada waktu malam. Jangan sia-siakan waktu rehat anda di malam hari ini dengan melakukan aktiviti yang menyebabkan anda berjaga sehingga larut malam. Elakkan dari menonton televisyen sehingga larut malam. Akibatnya, tubuh badan anda akan bertambah penat jika tidak mendapat tidur yang mencukupi.

3) Mengembalikan Semula Tenaga

Tenaga yang ada dalam diri kita pasti akan berkurang apabila kita banyak melakukan kerja. Biasalah semakin banyak anda melakukan kerja mesti tenaga banyak digunakan. Sudah tentu tenaga anda akan semakin berkurang. Takkan  la tenaga akan semakin bertambah kan?

Tidur adalah masa terbaik untuk berehat dan mengembalikan tenaga dalam diri kita. Satu amalan tidur yang baik adalah tidur sekejap pada waktu tengahari akan dapat mengembalikan tenaga anda untuk terus bekerja dalam keadaan yang baik sehingga ke petang. Pada waktu malam pula adalah waktu yang paling baik untuk memulihkan tenaga dalam diri anda supaya dapat memulakan hari baru pada keesokannya berada dalam keadaan yang kembali bertenaga.

4) Mengembalikan Semangat Baru

Apabila berlalunya masa seharian banyak perkara yang anda lakukan untuk menghabiskan aktiviti harian anda. Setiap perkara yang anda lakukan pasti akan meninggalkan kesan kepada diri anda. Ada yang meninggalkan kesan baik dan ada juga yang meninggalkan kesan negatif.

Biasanya semangat seseorang akan mulai pudar jika mereka berada dalam keadaan yang letih dan penat. Ini kerana apabila tubuh badan berada dalam keadaan yang penat, ia akan mempengaruhi fikiran anda. Fikiran anda yang lemah akan menyebabkan semangat anda juga semakin berkurangan. Jadi, untuk mengembalikan semangat dalam diri anda maka anda perlulah mendapatkan rehat yang secukupnya. Ambillah masa rehat pada waktu malam untuk dapatkan tidur yang cukup supaya apabila anda bangun pada keesokannya anda akan mendapat semangat yang baru.

5) Mengatasi Stress Dalam Diri

Stress ataupun tekanan yang muncul dalam diri seseorang adalah disebabkan oleh masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian mereka. Contoh masalah yang biasa dihadapi adalah masalah kewangan, masalah perkerjaan, masalah pelajaran, hubungan dengan pasangan masing-masing dan banyak lagi.

Ada banyak cara untuk anda menangani stress yang berlaku dalam diri anda. Salah satu cara untuk mengurangkan stress adalah dengan mendapatkan tidur yang cukup. Tidur adalah penting bagi merehatkan badan dan fikiran anda. Apabila mendapat tidur yang mencukupi, badan dan otak anda akan dapat berfungsi dengan baik. Jika kedua-dua ini dapat berfungsi dengan baik, ia akan mampu memberikan satu kekuatan yang hebat dalam diri anda yang akan dapat membantu anda menangani masalah stress yang anda hadapi.

6) Mengelakkan Masalah Sakit Kepala

Apabila tidak mendapat tidur yang cukup, masalah utama yang boleh berlaku adalah masalah sakit kepala. Namun awas, jangan terlebih tidur dalam tempoh masa yang agak lama. Tidur yang terlalu lama juga tidak baik untuk kesihatan anda. Terlebih tidur menyebabkan anda akan bangun dalam keadaan yang tidak bermaya, letih dan kurang semangat seterusnya menyebabkan anda sakit kepala.

Waktu tidur yang ideal bagi seseorang adalah diantara 6-7 jam pada malam harinya. Ianya bergantung kepada  keperluan seseorang individu itu juga. Apabila mendapat tidur yang cukup anda akan bangun dalam keadaan yang segar dan dapat mengelakkan dari mendapat sakit kepala. Disamping itu mendapat tidur yang cukup adalah penting untuk mengelakkan diri anda dari sebarang masalah penyakit lain yang boleh berlaku berpunca dari masalah tidur anda.

Sebagai kesimpulan, kita hendaklah menjaga kesihatan diri kita dengan mendapat tidur yang secukupnya supaya dapat memberikan kebahagiaan dalam hidup kita. Manfaatkan waktu tidur yang kita ada dengan sebaik-baiknya supaya ia tidak akan membawa sebarang masalah kepada diri kita di kemudian hari.

Sunday, December 18, 2011

Kes eksiden semalam dah dianggap selesai..

Semalam aku ada citer kat sini pasal kete aku yang kena langgar masa parking kat satu shopping hypermart tu..

Ni pic keadaan pintu kereta kami yang kemek tu..


Nampak takde la teruk sangat kan? ok fine.. memang tak de la teruk sangat tapi bila aku dengan encik suami pegi ke workshop yang kami biasa cat kereta tu semalam dia cakap takleh cat kat sebelah pintu tu je tapi kena cat sebelah bahagian kete tu.. kalau tak warna dia tak sekata..kos cat semula makan dalam RM600 la jugak.. erk? biar betul??

yup..'U tak bleh cat sebelah pintu saja, nanti warna dia jadi tak selari.. kena cat overall side.. baru balance..' tokey cina kata..

Kasi zoom sket..
pintu kereta ku yang kemek..

Sebagaimana yang dijanjikan semalam.. pagi ni aku dengan encik suami pun bawak la kete kami ke workshop yang dicadangkan oleh ostat dan abangnya yang langgar kete kami tu.. nak tengok berapa kos pembaikian yang akan dikenakan termasuk ketuk body dan cat sebuah pintu..

Budak kat workshop tu tilik tilik kemudian gitau dia boleh buat dan siapkan dalam masa setengah hari.. ketuk body dan cat sekali dengan kos lebih kurang 200++ je..

Budak ni biar betull?? Semalam aku dengan encik faris pegi kat worksyop cina tu dia kata habis dalam 600.. tak bleh cat sebuah pintu tu je tapi kena cat semua sebelah side kete tu kalau nak bagi nampak macam baru semula.. tak boleh main cat sebelah sebelah tau tak?? bahagian atas pintu tu pun nak kena ketuk balik sebab dah tak sama macam asal kalau dilihat dari pandangan sisi..

Lagipun cina ni yang encik faris dah kenal lama.. kami memang sangat berpuas hati dengan servis dia.. kereta kami yang kecik tu pun cat kat workshop dia walau habis beribu pun tapi keje dia memang tip top..

Ni kau nak buat kete kami dengan kos 200+ camtu je? kalau aku tak puas hati kau nak bayar lagi tak?

Konpius..

Oklah.. camni, sekarang ni kami nak baiki sendiri kat tempat yang kami pilih tu.. apa apa perbezaan kos tak apalah kami bayar.. sebab kalau buat kat sini belum tentu terjamin kami puas hati dan takkan ustaz nak bayar lagi kos lain yang timbul selepas ni kan?? Sekarang ni saya minta ustaz bayar dalam 350 je la.. kira kos cat untuk sebuah pintu' kata encik Faris..

Pujuk-pujuk dia tak nak bayar jugak.. dia kata sanggup bagi RM250 je.. sebab dia pun bukan ada keje tetap..setakat ustaz sandaran kat sekolah tahfiz je..

Lama juga dok negotiate kat situ.. kalau ikutkan memang kami boleh claim je insurans dia ikut prosedur biasa tapi aku dengan encik suami malas la nak buat.. leceh dengan police report bagai.. pastu makan masa berbulan jugak nak settle semua..

Finally aku cakap 'takpela ustaz.. kira saya halalkan je la.. dah kalau ustaz cakap boleh bagi RM250 je saya terima jer la nak kata apa lagi? biarlah walau saya kena bayar sampai RM600 pun baiki kete ni akibat kete ustaz yang langgar..'

Dia hulur RM250..

En Faris pun hulur tangan dan salam... pastu kami pun blah.. malas la aku nak bincang lama-lama.. buang masa je.. dah dia pun bukannya reti nak mintak maaf sebab langgar kete orang.. buat alasan kat situ tempat parking motor.. padahal tempat kami parking tu memang semua kete dok parking elok jer bersusun kat situ..  encik faris masuk parking kat situ pun sebab budak jaga parking dok tunjuk tunjuk suh masuk parking kat situ sebab masa tu petak parking semuanya full..

Orang lain yang undur kete elok je boleh keluar tak langgar pun kete orang lain kat situ.. ni engkau undur buat alasan tak lepas sebab ada kenderaan lain kat sebelah tu.. pakai lesen beli ke apa? mata engkau tak tengok cermin ke masa undur tu? main agak2 lepas je? 
Nasib baik kete aku buatan Malaysia je.. kalau BMW ke Mercedes harus aku claim NCB insurance dia tu sampai licin.. baru puas hati..

Saturday, December 17, 2011

2 cerita duka

Salam..

Hari ni merupakan hari yang agak sedih dalam hidupku
ada dua cerita duka yang ingin dikongsi bersama di sini

Cerita 1:

Tengahari tadi kereta kami dilanggar semasa berada
di parking lot di sebuah pusat membeli belah
masa tu aku dan encik suami sedang membeli keperluan
dapur dan kami tidak tahu bila dan siapa yang melanggar
kereta tu.. tengok2 bila kami sampai di parking lot tu
pintu belakang kereta sebelah driver nampak kemek.. 

kemudian datang penjaga parking berbangsa India
memberi nombor telefon dan nombor kereta orang yang
melanggar kereta kami tu..

bila aku call rupa-rupanya dia seorang ustaz
tapi gaya bercakap macam tak nak mengaku dia buat salah
bincang2 dia suruh aku pegi rumah dia petang tadi
tu pun still tak nak bayar lagi gantirugi kereta kami
akhirnya kami sepakat nak ke worksyop bersama-sama
pagi esok untuk tinjau kos pembaikian kereta aku tu..
tu pun lepas suami aku cakap kalau dia tanak bertanggungjawab
kami akan guna prosedur undang2 untuk claim kos pembaikian 
kereta kami yang dia langgar tu

harap2 dia tidak lepas tangan cam tu je sebab dah terang2
dia yang salah kan.. entahlah aku pun tak paham dengan
sikap manusia ni.. tengok orang nampak alim tapi sikapnya tu..
ishh... tak payah cakap la..kang nak terkutuk dah.. 
tak pasal2 dapat dosa kering
*padahal dah terkutuk tadi kat fesbuk* :P


Cerita 2:

Masa tengah bincang pasal kereta aku kena langgar tu
terima satu sms dari sahabat rapat ku di ofis
mengatakan ibunya baru meninggal
terkejut aku sebab tak dengar pun cerita ibunya sakit tenat
kebelakangan ni.. dia bagitau ibunya masuk hospital petang
semalam akibat komplikasi darah tinggi dan jantung
pukul 5.50 petang tadi meninggal..
Lepas maghrib tadi terus aku dengan encik suami
ke rumahnya menziarahi jenazah ibunya
tergambar kesedihan yang amat di wajahnya
yang membuatku rasa turut bersedih di atas
pemergian bondanya yang tersayang

Al Fatihah buat sahabatku Ismalina Ismail
semoga beliau tabah dan banyak2 bersabar 
dengan dugaanNya yang sangat berat ini
sesungguhnya Allah lebih menyayangi ibumu Iss
semoga arwah tenang di sana dan rohnya 
ditempatkan bersama-sama orang yang soleh..

Amin..

Tuesday, December 13, 2011

Jalan-jalan ke Pekan Golok

Cerita hari Jumaat last week *baru terhegeh-hegeh nak hupdate* hehe..

Tetiba je en suami buat plan nak gi jalan-jalan ke Sungai Golok, nun di selatan Thai menyeberangi sempadan Rantau Panjang..

'buat apa? '

'saja je jejalan..dah lama benar tak ke sana..'

a'aa.. memang dah lama sangat la tak ke sana.. seingat aku dah 7-8 tahun kot .. masa muda-muda dulu (ayat takleh blah) selalu jugak kitaorang ke sana.. pegi jalan jalan cari makan sambil shopping pakaian lebih kurang..

but since kejadian bom mengebom a few years lately kami dah tak berani nak melangkah masuk ke sana..ye la, maunya berani nak pegi? skali kena bom karang.. hancussss! idok ler berani nye teman..hihi


tapi bila tengok macam dah selamat balik tempat ni barula kami rasa ada berani skit nak ke sana..hmm

apa yang best sangat kat pekan Golok ni ye? ok, selain daripada beberapa restoran makanan thai yg awesome, ada beberapa kedai menjual pakaian dan aksesori untuk kaum wanita yang anggun bergaya macam hamba macam mak datin celup gitew... hahaha..

nak tengok?? meh akak bawak korang pegi kedai mana la yang best tu.. meh!
depan kedai 'Boom'- butik eksklusif untuk wanita2 yg anggun bergaya..pheewitt!
jalan2 di deretan kedai yang menjual pelbagai jenis handbag & selipar yang colourfulllllll
mak ooii.. banyaknya seliparr...cantik2 pulak tuu.. tak tau nak pilih yang mana satu?!
macam-macam ada..try jangan tak try..
amacam? santek tak? santek kan? ;)
syorgaaaa henbeg & kasut..

muka pening.. tak reti nak pilih aar.. banyak sangat..hehe
Amacam? tergoda tak tengok pic tu? kalau rasa tergoda boleh la singgah ke pekan Golok ni kalau datang ke Kelantan.. alang-alang dah ke Rantau Panjang tu boleh la pegi ke Pekan Golok sekali.. borong handbag dan kasut warna warni yang murah murah buat koleksi satu almari.. hehehe..

Monday, December 12, 2011

Baru 2 hari bercuti aku dah pening..

Salam..

Hari ni adalah hari kedua aku bercuti kerana menjaga si boboy bersunat.. Serius aku rasa bosan yang amat bila tak masuk ofis.. Bukan kerana tak suka menjaga anak di rumah, tapi maksudnya dah menjadi rutin aku di sibuk dipejabat sepanjang hari menjadikan aku rasa macam eh aku tak boleh la kalau tak kerja.. Otak aku jadi tepu dan rasa macam nak gila, tau tak? :p

Kepala aku dah naik pening bila tak de benda nak buat lepas uruskan anak aku ni selain mengadap galaxy tab ni.. Badan pun rasa macam nak demam je.. Tambah tambah dengan suasana di rumah yang bising dengan karenah budak budak (termasuk anak sedara aku) yang dok pasang tv citer kartun 24 jam boleh buat kepala aku weng sepanjang hari..

Ni baru dua hari, aku takleh imagine kalau berbulan aku kat rumah macam orang cuti bersalin tu maunya aku rasa gila nak ke pejabat dan buat kerja aku macam biasa..hehe

Ke aku ni jenis workaholic person?? Entahlah labuuu!

Published with Blogger-droid v2.0.1

Pukul 4 pagi

Mata masih terkebil kebil Pusing kiri tak kena Pusing kanan tak kena Kepala pula berat semacam Hujan lebat diluar mencurah curah Anak anak lena dibuai mimpi indah Ya Tuhan..ku pohon ihsanmu Agar lelapkan mataku ini Berilah aku nikmat tidur Sebagaimana hambaMu yg lain Ketika ini.. Amin.
Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, December 11, 2011

Gud nite

Kepala adalah pening dan sangat mengantuk.. Gud nite and sweet dream uols ;-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Boboy dah selamat berkhatan..

Alhamdulillah.. Boboy dah selamat berkhatan semalam dalam satu majlis secara beramai di KBMC pada jam 10 pagi.

Seawal jam 7.40 pagi kami dah berada disana untuk urusan pendaftaran. Waktu kami sampai tu nampaknya dah ramai ibubapa yang telah mendaftar untuk anak masing-masing. Selesai urusan pendaftaran kami diberi nombor giliran dan boboy dapat nombor 10.. Mujurla dapat awal, jadi takde la kena menunggu sampai tengahari baru boleh masuk ke bilik doktor.

Acara dimulakan dengan perarakan beramai-ramai sambil berselawat dan membawa bunga manggar mengelilingi kawasan hospital diirimgi oleh kakitangan dan ahli jawatankuasa masjid yang dijemput bersama anak2 yang bakal dikhatankan.

Majlis kemudian disusuli dengan bacaan doa selamat dan acara menyuap pulut kuning dari ibubapa kepada anak yang hendak dikhatankan.

Sebenarnya budak boboy ni kemain girang bila mama gitau dia nak disunatkan sebelum ni.. Dia nye eksaited semacam je sampai ke pintu bilik doktor.. Takde tunjuk rasa cuak sikit pun.. Sampai depan bilik bedah pun sempat lagi berjoget joget he..he

Tapi masa kena buat tu menangis nangis la jugak tapi still under control..mamanya yang temankan dia masuk ni pun tak sanggup nak menengoknya eh.. Nak nak bila terpandang darah dan doktor dok cepit cepit anu dia rasa kesian yang amat bila boboy ni menangis..huhu.. Doktor kata dia punya isi tu ke dalam skit , jadi doktor kena cari dulu, tu yang buat dia rasa sakit skit kot..

Dalam pukul 10.30 pagi semuanya dah selesai. Sampai kat umah terus mama masakkan sup ikan haruan dan suap kat dia.

Masuk hari kedua ni boboy still mengadu sakit tapi nampak tak serius sangat la.. Petang semalam dan malam tadi pun dia tido dengan lena nampaknya. Mama pantau masa untuk suapkan dia ubat agar tak terlupa n hope he will recover quickly..

Today im still on leave.. Esok pun.. Kesian pulak nak tinggalkan dia dengan bibik siti je kat rumah.. Kalau ada matok lain sket tapi nak wat camna time ni matok takde sebab pegi umah mama cikna kat KL.. :-(

Papa pun ambik cuti panjang jugak minggu ni.. Pakat temankan boboy dengan adik kat rumah. >Published with Blogger-droid v1.7.4
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, December 10, 2011

Petua Penawar Kepenatan Oleh Rasulullah S.A.W

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Cubalah! :)

Sumber
Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 9, 2011

Macam Bagus?

Utusan Malaysia Online - Hiburan

Komen aku: hek elehhhh..Macam la dia ni bagus sangat..ke ada album dia yg meletup sebelum ni eh?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, December 3, 2011

Shopping Back to School

Update sambil tunggu papa tengah que membayar..

Fuh! Ramai betul orang.. Sibuk membeli belah keperluan sekolah anak macam we all jugak.. Ingatkan tak ramai lagi yang keluar shopping sebab sekolah pun lambat lagi nak bukak kan..
tapi masing-masing buat persiapan awal nampaknya.. Ye la, dekat2 nak bukak sekolah nanti tentu lagi sibuk shopping mall ni dengan ibubapa yg membeli keperluan anak untuk back to school kan..

Makanya (bahasa indo la pulak..hahah) mama sama papa bercadang untuk membeli persiapan boboy sama adik awal2 agar tidak kecelaruan bila tibanya musim sekolah nanti.. Koknya adik pun udah mau masuk ke darjah satu ya.. Udah tentu semua keperluan dari baju, kasut, stokin dan sebagainya haruslah yang baru..hihi

Aduh..capek bangat mama memilih keperluan anak2 ni ya.. Tapi tak apalah sebab ongkosnya papa yang bayar.. Mama tukang pilih saja..ekeke..

Friday, December 2, 2011

Ini Lawak: Robot Pengesan Tipu :D

Ayah membeli sebuah robot mengesan penipuan. Kalau ada penipuan robot tu akn tampar org tu. Jadi Ayah test robot tu masa mkn mlm:

Ayah: Alim pergi mana mse skolah td?

Alim: Kt skolah lah(pang!!..robot tampar) Ok,Alim gi tengok wayang!

Ayah: Citer ape?

Alim: Harry Potter(robot tampar lagi!)

Alim: Ok,Alim tgk cite 18SX

Ayah: Apa?Masa ayah
sebaya Alim, ayah xpnah tau pe itu benda2 lucah smua!(robot tampar ayah)

Mak: Hahahaa! Mmg terbukti Alim tu ank awk!(robot tampar mak).

Hehehe..maknanya semuanya PENIPU!! Kahkah..

Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

::Fadhilat Surah di Dalam Al Quran::

Salam Jumaat..

Mari kita berkongsi fadhilat surah surah di dalam Al Quran bila kita membacanya..

۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

۞ Surah Yasin dapat menghi lan gkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

۞ Surah Al-Waqi'ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-

۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...

۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.

۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.

۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.

۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....

Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.

۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.

۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!

Jadi tunggu apa lagi? Mari lah sama sama kita sebarkan untuk kebaikan semua..

Sumber: BBM
Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 1, 2011

Geram dengan CELCOM!


Salam..

Tengahari ni rasa hot je.. walaupun cuaca mendung.. harap harap ada la yang buat delivery pizza dengan air sejuk kat aku lepas ni ye.. hehe ..

Kenapa marah marah yek?

Camana la akak tak marah.. berukbeng akak ni problem lar bila nak connect.. cucuk kat laptop ok.. 

Tapi bila cucuk kat desktop kat ofis ni takleh connect pulak.. signal je hijau tapi haram takleh klik 'connect' ..huh!

Bila call selekom careline tu.. dah la kemain lama nak sambung situ sini.. buat rugi bill hp akak je.. pastu bagi ajaran sesat pulak.. ada ke patut dia suh bukak sim kad pahtu cucuk kat hp pulak.. dah la akak tak bawak hp spare arini.. sebab tu la nak marah sangat ni!! huhuhu

Kalau susah2 sangat camni akak campak je la berukbeng tu kat tong sampah!

Guna wifi lagi baik... huh!