nuffnang

Thursday, December 26, 2013

Hatyai Klong Hae Market

Kemain lama nak update sambungan dari entry ni ... 
ni nasib baik la aku terajin nak publish jugak
kalau  tak memang tak laa dengan tahap kerajinan tuan blog dan mood yang swing sokmo ni .. huhu
lagi pun blog sendu n suam suam kuku memang camni hahah ..


Ok dah sampai di Klong Hae market selepas perjalanan lebih kurang stengah jam menaiki tuk tuk dari hatyai city. Mula mula tu driver siam tu bawak kitaorang kat tempat lain bila kami gitau nak ke 'floating market'. 
Korang tau di bawak weols ke pasar apa tah .. dia ingat kami nak beli lauk pauk memasak agak nya hahah.. bila sampai kat pasar yang dah macam tutup tu jenuh lak bagi tau yang kami ni nak ke float market yang ramai orang jual makanan atas boat boat tu ... baru la driver tu paham .. hehe
masuk je kat entrance pasar dalam kampung ni dah terjumpa bermacam macam makanan pelik camni .. korang tengok jer la ..


then baru la jumpa akses ke seberang sungai ke klonghae floating market ni ..
see ? kawasan dalam kampung jer dengan sungai yang x berapa bersih tapi tak berbau diaorang boleh berniaga dan jadikan kawasan pelancongan... agak2 kat Malaysia ni boleh ker wat camni ?
ubi keledek dan jagung rebus pun ado ..
haa.. dah sampai pun kitaorang berjalan ke sini .. seronok tengok orang thai muslim di sini berniaga ..
majority jual halal foods .. tapi kami pilih skit skit jer la beli .. lagipun perut tak lapar sangat petang tu
gelas gelas tembikar pelbagai rupa yang menarik ..
diaorang jual air kelapa, laici, buah etc dalam tembikar ni dengan harga 20 ke 30 bath jer 
(dalam 2-3 RM je la)
budak budak ni kemain seronok dapat beli dan minum air kelapa dalam bekas hello kitty dan batang buluh ..
mak nya pun apa kurengnya... beli aiskrim dalam bekas bentuk ayam lagi ko .. hahah
seronok lepak lepak kat sini ..
selain dari jualan makanan dan minuman ada tarikan lain jugak disini ..
ada la sorang budak thai yang menyewakan burung helang dia ni untuk bergambar ..
budak budak siam buat show binatang n ala cowboy pun ada
tapi style biasa biasa je la .. takdela show macam kat sunway or A farmosa tu .. kekeke
sorang kena caj RM3 kot untuk bergambar dengan sekor eagle ni .. lupa dah aku brp budak tu caj
papanya pun nak jugakk .. bila ku tanya tuan dia yang jantina burung ni laki ke betina .. sepatah harem pun dia tak paham soalan aku dan tak reti nak jawab ... hahah!!
bergambar sebelum balik ..
surau pun ada untuk muslim solat di sini :)

Terguris

Assalamualaikum..
Mood kerja sangat ke laut hari ni
maklum lah.. plan awalnya nak cuti
tapi terpaksa datang sebab dapat panggilan masuk mesyuarat pula..




Ni gambar dua hari lepas .. petang sebelum balik dari kerja..
saja melayan perasaan bengang dengan orang orang di sekeliling
yang semakin hilang hormat pada kita walaupun kita bergelar bos kecik di sini..
Senyum je la.. kalau ikutkan rasa amarah gunung berapi ni maunya meletus
tetapi ku cuba bertahan dengan istighfar semoga Allah membuka pintu hati
mereka yang menyakitkan hati ku itu..
senyum je la selagi mampu.. sesungguhnya senyum itu pengubat duka :)

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 24, 2013

Jangan Bersedih Tidak Dihargai

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sesuci embun malam

Apabila seseorang itu membuat kebaikan atau pun sebarang pekerjaan, adalah normal kalau dirinya terasa berguna apabila dihargai. Lagi-lagi kalau pekerjaan yang dilakukan itu dengan sungguh-sungguh, disambut pula dengan penghargaan yang baik, maka akan berbungalah hatinya. Itu biasa, bahkan akan mendorong dirinya untuk buat yang lagi terbaik pada masa hadapan.

Tetapi, manusia akan rasa sedikit ‘turun’ apabila usaha yang dilakukan dengan sedaya upaya itu tidak dihargai bahkan diperkecil-kecilkan. Itu juga adalah biasa bagi makhluk yang bernama manusia. Malah kadang-kadang akan membuatkan seseorang itu merasa tidak berguna dalam apa jua pekerjaan yang dilakukannya.

Kalau tidak mahu terluka, jangan mengharap lebih-lebih. Senyum.


Jangan Merasa Hairan Tidak Mendapat Penghargaan
Apabila anda buat sesuatu kebaikan, anda buat pekerjaan dan menolong orang lain dengan sedaya upaya. Dengan harapan, moga dengan apa yang telah anda usahakan, orang lain itu akan lebih baik keadaannya. Tetapi, sebaliknya pula berlaku. Orang yang anda tolong itu sudah dalam keadaan yang baik, namun anda pula disisihkan jauh-jauh seperti orang yang tidak dikenali. Tidak cukup dengan itu, ada pula yang akan memusuhi anda seolah-olah anda itu pernah membunuh ahli keluarganya. Maka, janganlah merasa hairan dan sedih.

Sifat manusia memang pelupa dan suka melupakan sesuatu.

Apabila dibelek-belek kembali lembaran sejarah dan kejadian yang berlaku dimuka bumi ini, banyak sejarah mencatatkan perkara seperti ini. Sebagai contoh, ibu bapa yang penyayang dan telah mengasuh anak-anaknya dengan penuh kasih dan sayang. Memberikan pendidikan dan menempatkan di sekolah yang baik. Akhirnya, apabila si anak itu tadi berjaya, lupus segala jasa kedua orang tua dalam dirinya.
Jelik sungguh sifat sebegini.

Anda rasa, apa perasaan kedua ibu bapa itu tadi? Sedih dan kecewa, sudah tentu.

Kisah lain, seorang guru sedaya upaya membimbing anak didiknya menjadi seorang yang berguna. Hampir pada setiap masa memikirkan anak muridnya dan setiap kali sujud terakhir, ada doa diselitkan untuk anak didiknya. Tetapi, esok-esok telah berjaya, maka anak murid itu tadi akan melupakan sang guru serta menghinanya pula.

Dan, janganlah hairan sekiranya seorang sahabat sanggup bersusah payah demi sahabatnya yang lain, tetapi akhirnya, sahabat yang dibantu itu akan memulaukan anda malah mencaci anda pula. Ditambah lagi, anda pula difitnah dengan bermacam-macam fitnah yang satu pun anda tidak buat.

Kecewa? Memang ada.

Saya sendiri, pernah juga terasa seperti ini. Setelah apa yang saya telah buat, akibatnya, saya sendiri diserang dan diburukkan dari belakang.

MashaAllah. Hebat sungguh manusia dalam bab tidak menghargai.
Saya diam sambil memerhati keadaan sekeliling. Kenapa patut ada rasa kecewa? Sedangkan pada mula-mulanya, sudah memasang niat untuk buat sesuatu itu kerana ALLAh. Maka, penghargaan dari ALLAH itulah yang perlu dipandang dengan lebih.

Kenapa?

Penghargaan dari manusia bermusim. Sedangkan penghargaan dari ALLAh itu sentiasa ada, hatta untuk penzina sekalipun. Begitu juga seperti kasih sayang diantara manusia, ada pasang surutnya, sedangkan, kasih sayang ALLAh itu sentiasa pasang bagi orang-orang yang dalam hatinya masih ada perasaan kasih.
Makanya, apabila berhadapan dengan manusia macam ini. Rawatan awal yang anda boleh buat, adalah dengan, SENYUM.

Ya, Senyum.

Mari, Pujuk Hati
Ya, saya tahu. Banyak benda boleh melukakan hati manusia. Dan ini adalah salah satunya. Maka, adalah tidak berguna bila anda bersedih dengan perangai manusia yang mahir dalam bab tidak tahu menghargai.
Biarkan ia berlalu bagaikan angin.

Sebenarnya kan, anda tidak perlu pun merasa sedih apabila anda tidak dihargai. Sebab apa? Sebab disisi ALLAh sebenarnya, anda sudah mendapat penghargaan yang lebih besar sekiranya anda memang ikhlas melakukan sesuatu pekerjaan kerana ALLAh SWT.

Apa yang penting bagi anda adalah, jangan kerana orang-orang yang tidak tahu menghargai segala usaha anda, maka anda pula akan berhenti memberi kebaikan kepada orang lain. Eh, jangan begitu.

Masih ingatkah kepada sirah dakwah Nabi SAW? Baginda SAW melakukan segala usaha untuk membawa manusia pada zaman itu untuk kembali pada akidah yang benar. Semua yang dilakukan oleh Baginda SAW adalah kerana sifatnya yang kasih pada umatnya. Tetapi, Baginda SAW juga mendapat tentangan, diasingkan, tidak dihargai malah diburu untuk dibunuh oleh musuh-musuh agama.

Anda ingin dapat ketenangan dalam setiap pekerjaan? Maka, fikirkan ALLAH!

Mari kita cuba. Kita mencuba untuk melakukan segala apa yang kita hendak lakukan dimulai dengan niat, melakukan kerana ALLAh SWT. Dengan itu, anda akan merasa tenang hatta ada orang yang dengki dengan segala perbuatan anda. Sebab apa? Sebab, anda dilindungi oleh ALLAh dari perasaan yang resah akibat gangguan dari orang lain. InshaAllah.

Anda pernah mendengar kata-kata seperti, “tangan yang berada di atas, lebih baik dari tangan yang berada di bawah”, “tangan yang memberi, lebih baik dari tangan yang menerima”. Saya pasti dengan ayat-ayat ini.

Orang yang memberikan atau melakukan sesuatu kerana ALLAh, dan kerana perikemanusiaan, pasti akan merasa tenang. Kerana, keberkatakan daripada perbuatan sangat cepat dirasai apabila manusia mendidik hati untuk lebih ikhlas dan tidak mengharapkan pujian orang semata-mata.

Andainya suatu hari nanti, anda memberikan sebuah kereta kepada seseorang. Maka tidak mustahil sekiranya orang itu akan melanggar anda menggunakan dengan kereta yang anda berikan sehingga anda lumpuh.

Anda bersedih? Anda akan rugi.
Anda senyum, maka anda akan bahagia.
Manusia itu, harus juga bijaksana dalam buat kebaikan. Wallahu’alam.
Untuk diri saya sendiri terutamanya.
Semoga ALLAh merahmati.

Credit to:  http://cintailahi.com/











Saturday, November 16, 2013

Seloka Cuti Sekolah

Esok sekolah mula cuti....
Ayam itik ..lembu mula dibeli...
Untuk buat lauk kenduri..
Kenduri kahwin atau masuk jawi...

Esok sekolah mula cuti...
Rilek skejap kerja cikgu cikgi...
Dapat berehat serta menziarahi..
sanak  saudara di luar negeri...

Esok.sekolah mula cuti..
Budak sekolah paling suka sekali...
Dapat bermain petang pagi..
Tak buat kerja sekolah yg cgu beri....

Esok sekolah mula cuti...
Ramai yang bekwoh dan kenduri...
Ada yg dapat bini atau suami...
Kawen lewat ada yg kesali..

Esok sekolah.mula cuti...
Anak anak asrama mula balik mari...
Letih mok masok dan basuh cuci..
Tidur awal tersengih suami..

Esok sekolah mula cuti..
Mok pok mula serabut diri..
Nok wi makan anok malam .siang dan pagi..
Licin awal doh duit gaji..

Esok sekolah mula cuti..
Hok nilah sedap sekali..
Bawok anok jale luar negeri..
G makan angin dan joli..

Esok sekolah mula cuti..
Gaji.nov.lambat lagi...
Duit hok ado cukup pakai 2 hari...
Duit dalam bank dah tadak baki...

Esok sekolah mula cuti...
Kene buat persiapan sekolah.bulan januari....
Harapkan bonus huhhh stengah bulan gaji..
Beli gotu goni pade lekat celah gigi...

Esok sekolah mula cuti....
Sokmo sokmo lah lagu ni...
Moga moga.ada inovasi..
Tahun depan yg kan dihadapi...

Esok sekolah mula cuti...
Cgu cgu Harap cola dapat ditambahi..
Agar hidup.tak dibebani..
Oleh cukai baru GST...

Hahahaha..selamat bercuti.
gi sejid dan surau sucikan hati....
Sumber: whatsapp

Friday, November 15, 2013

Trip to Hatyai Part 1

Sebelum entry ni jadi pekasam dalam draf ni baik aku publish cepat ..huhu

Seingat aku last time ke Hatyai Thailand ni dalam 10 tahun lepas. Masa tu si boboy still baby lagi. Baru umo 4-5 bulan kot. Tu pun sebab ada arwah abah. Dia la yang jadi pemandu pelancong bawak kami sekeluarga ke sana dengan kereta sendiri. Since kejadian bedil membedil di Selatan Thailand tu buat kami sekeluarga macam cuak nak masuk ke sana. Kang silap haribulan kita yang kena bedil atau bom kat sana siapa yang susah? tak nak mati katak ooii.. tak rela mak jemah... >_<

Kami bertolak pada ke sana pada hari Jumaat 25 Oktober 2013. Sebenarnya tak plan langsung pun nak ke sana. Tetiba jer encik faris call dari ofis pagi Khamis tu tanya 'nak gi jalan ke Hatyai tak? kawan abang ada yg nak pegi .. jom kita ikut dia' .. Aku pun terus cakap 'nakkkkkk' .. apa lak tanak nya .. dah lama tak kesana.. lagipun selalu tengok kawan2 dan sedara mara selamba je masuk ke sana selamat jer pergi dan baliknya.

Petang Khamis tu jugak aku ke bank mintak surat kebenaran bawa masuk kereta ke Thailand. Kereta masih dibawah hakmilik bank katakan.. kena la minta surat kebenaran dulu. Itu prosedur yang perlu dipatuhi  di pintu Imigresen kat sini.
Masuk Thailand ikut pintu Imigresen Rantau Panjang. kalau nak masuk ikut pintu Imigresen Pengkalan Kubur pun boleh. Tapi belah sini lebih dekat rasanya.
Muka ceria asal boleh berjalan keke.. 
Boleh tahan jauh perjalanan ke Hatyai ni. Makan masa 5 jam la jugak. Keras punggung aku dok dalam kereta lama lama..

Tapi kan.. sepanjang jalan kat negara Thailand ni memang best tau. Sebab jalanraya kat sana lurus jer. Takde bengkang bengkok macam jalanraya kat Malaysia ni. Dah la jalan dia cantik dan smooth. Driver kemain bawak laju sampai cecah 180-200km/jam .. hahah
Singgah bandar Pattani jap isi minyak n masuk toilet. Saja snap gambar kat sini sebab toilet dia nampak menarik dan bersih..
Kat dinding toilet jer pun .. tapi cantik jer kan..
Berhenti makan sebelum masuk ke jalan menuju bandar Hatyai ... dah lapar sangat masa ni . Dah hampir jam 1tghari dah.. ko bayangkan la dari pkl 7 pagi bertolak tak makan apa apa.. just makan sandwich dengan naget jer dalam kete.. 
Kedai makan muslim ni allocated sebelum jejantas masuk ke hiway Hatyai .. ni Heng (yg pakai baju ijo tu) la bawakan sebab dia dah biasa ke sini .. makanan boleh tahan la sedap.. tapi semua rasa macam nak sama jer .. macam tomyam jer semua.. aku oder sup tulang pun rasa tomyam ...haha

makan kenyang kenyang ye anak2.. nanti nak travel lagi .. kat hujung tu Heng n Yasin dengan famili masing-masing. Kami konvoi 3 kereta .. sronok gak berjalan ramai ramai ni .. tak rasa cuak sangat kat negara orang..
Dah sampai kat bandar Hatyai. Boleh tahan sesak jalan kat sini . Kita cari hotel dulu untuk check in then baru kua jalan-jalan okeh?! settt!
Kami check in kat hotel Regency. Betul-betul kat Hatyai town. See? banyak kete dari Malaysia park kat hotel ni .. yang masuk dari utara pun ramaii..
Hotel ni kira ok la.. untuk bilik standard camni harga dia just RM140 semalam..
Dalam toilet

view of Hatyai City from our room .. rasanya ni pemandangan dari belah belakang hotel .. boleh tahan besar bandar Hatyai ni ..
Camwhore duu sebelum keluar balik ... nak tau kami pegi mana? tunggu next entry ek.. 

Hot Burger Fizo Omar Depan JPJ Panji

Memang hot betul promosi hot burger fizo omar ni kan..

Kat Kelantan ni gerai hot burger muncul macam cendawan tumbuh lepas hujan
sana sini pegi mesti ada gerai hot burger ni ..
pelanggan pun hot jugak.. 
seronok jer tengok bila lalu depan gerai hot burger tengok ramai customer dia tunggu
macam nak beli putu halba musim hujan ... hehe

yang ni cawangan hot burger depan JPJ Panji

aku pun tak nak lepaskan peluang untuk try hot burger abang fizo kita ni
bila encik faris balik gitau ada gerai burger baru buka depan JPJ Panji tu aku dah agak..
ni mesti gerai Hot Burger yang tengah hot tu..

malam esoknya terus ajak encik faris ke situ ..


kemain laris burger dia kata kau..
maklumla produk baru kan...
pengasas nya pun abang fizo yang tengah top dan hot jugakk
jadi burger nya harus la hot kennn ..
sampai customer pun sanggup menunggu nak try hot burger ni

macam-macam jenis burger ada.. harga pun tak mahal sangat .. 

ni yang aku beli .. chicken cheese burger ..
rasa dia ok laa... sedapp ... resepi tersendiri fizo omar ..
sos dia .. daging dia semua dari jenama hot ....
sila kan try uols ..
Insha Allah sedap :)


Thursday, November 14, 2013

Tahniah Kak Ngah!


Alhamdulillah ... finally kak ngah dapat 5A dalam UPSR tahun ni. Cik Nur tumpang gembira la kak ngah.. turn boboy tahun depan tak tau la camana huhu...

pagi-pagi lagi dah whatsapp kat famili grup tanya result kak ngah...
mamanya kata belum cek lagi. tak lama kedian terus mamanya forward result yang disemak melalui sistem sms di whatsapp > 5A's!



kat big family grup pun semua pakat whatsapp tanya result anak beranak yang menduduki UPSR tahun ni. nampaknya semua terror dapat 4A dan 5A jer semua... fuyo.. cayalah! terror betul budak budak sekarang yer.. zaman aku dulu dapat result UPSR tu terus sorok dalam beg skolah .. malu nak tunjuk kat kawan kawan.. balik rumah pun tak bagitau mak .. sampai mak abah aku tanya baru la gitau.. hahah! #result cukup makan ler katakannn...
kak ngan dan mama nya :)

Congrats again to kak ngah.. nanti cik nur kasi hadiah baik punya okeh... xoxo.



Saturday, November 9, 2013

Tonton Piala Malaysia 2013



Kenangan semasa ke Stadium Shah Alam pada 3 November 2013 (Ahad) untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara Kelantan vs Pahang bagi merebut Piala Malaysia tahun 2013.

Rasanya masih belum terlambat untuk kita ucapkan tahniah kepada team Tok Gajah kerana menjuarai piala yang berprestij ini.
muka suci sebelum berlemuih otw ke stadium :D
Sememangnya aku punya mood nak ke stadium pada kali ni tak begitu teruja sangat tapi memandangkan Encik Faris takde peneman nak ke sana, nak tak nak terpaksa la ku temankan jugak. Lagipun tiket free dah ada kat tangan walaupun dapat ku bayangkan dari awal lagi seksanya kena masuk stadium Shah Alam tu seawal petang lagi semata mata nak berebut tempat duduk dengan puluhan ribu penonton yang lain. Dah la kena meredah jem dan jalan kaki dari tempat letak kereta ..  dengan sakit kaki betisnya yang sedia ada adooi laa seksa tul kak ton ari tu..#padan muka kak ton .. ekekeke
Laki bini yang bersemangat warrior..
dari luar ke dalam semuanya serba merah ..
kereta pun warna merah kata kau... hee


Ber 'selfie' tak abis abis dua orang ni di dalam kereta. 
Al maklumla tengah stuck dalam jem. Sabor jer laa..

Haaaa... tu dia ... kemain panjang nyer kereta berbaris baris nak stadium. Tapi seronok betul tengok semangat penonton masing-masing dengan bunyi hon nya bila bertemu penyokong negeri masing-masing..



Suasana dalam stadium seawal jam 6 petang..
Belah kiri tu penyokong pasukan Pahang dengan jersi kuning nya
Tergezut veruk aku bila masuk dalam stadium tengok lautan manusia yang penuh sampai takde tempat duduk woii
Last last kena bertenggek kat tangga jer .. coii!!
Dah la kena berasak asak nak masuk ke dalam tu.. huh

Penyokong The Red Warrior yang pasif.. macam dah tau jer nak kalah. Penyokong Pahang kemain bersemangat bersorak dengan lagu Tok Gajah nya dari petang lagi .. yang belah TRW ni melawan tak sampai 2 minit terus senyap .. yang belah Tok Gajah tu tak berenti renti bersorak sampai tamat perlawanan .. pfftt 


Kesian kami laki bini .. mampu duduk kat celah tangga jer ... dah la team TRW main tak best malam tu.. nak bersorak pun takde semangat .. nasib baik bekalan makan minum cukup .. aku siap tapau sandwich Subway dengan air lagi bawak masuk dalam tu :D

Muka penyokong tegar TRW yang frust .. ye ker bang? hihi
GoMo KeLaTe Gomo !!
Takpe la kalah pun .. adat bertanding ada menang ada kalah ..
Team Tok Gajah layak menang malam tu dengan corak permainan mereka yang bersungguh ..

The Red Warrior tetap di hati !