nuffnang

Monday, February 28, 2011

Salah Aku ke Salah Bantal?


Bangun pagi ni tetiba takleh nak angkat kepala 
dan leher rasa tegang semacam.. 
arghh.. apsal pulak ni?
dah sah kena salah bantal la ni..
meraung aku skejap masa nak bangun
nak pandang kiri kanan pun takbleh dah
truss jerit mintak tolong en suami
angkatkan badan ni masa nak bangun

pastu suh bibik urutkan
lepas setengah jam baru la okey
then telan ubat painkiller
barulah rasa lega sikit

now stil sakit lagi
nak buat camana ek?
korang ada petua tak?
 sian i..huk~

kang jadi macam member kita kat bawah ni
susah la pulak..
maunya aku berjalan dengan tengkuk macam ni
sampai setahun...hehe..
tak sanggupp!!
-
-
-
-
-
-
-
-
cakkk?? aaaaa...


Saturday, February 26, 2011

Hari Memanjakan Diri

bob-cut-hairstyle
Jeng..jeng..jeng..apa kena mengena gambar model ni dengan entry aku ari ni? ceteka..ceteka..hehe..

Ekceli aku baru potong rambut sejibik  sebijik cam model ni.. rambut je la.. muka aku ngan die lain..lawa aku jauhhh..hahaha *lempang*

Lepas bekpes pagi tadi terus aku bersiap untuk ke salon.. dari semalam lagi lagi aku dah niat nak potong rambut ni dek tidak tertahan lagi dengan kegatalan kulit kelapa eh..silap..kepala yang dah mencapai tahap maksima aku kira (ke kepala aku ni dah ternak kutu apa..hihi).. lagipun aku dah tak tahan dengan ‘kepanasan’ berambut panjang melepasi bahu ni dan masalah keguguran rambut yang ku alami.. nak tak nak terpaksa la aku ambil keputusan untuk mencaras rambut ku walaupun rasa sayang tu masih menebal dalam diri ni (apa ayat aku pakai neh).. :P

Ok..habis citer pasal rambut. Dari kul 11 hingga pukul 2 tengahari aku kat salon tu.. dah naik lenguh bontot rasa dok kat kerusi disitu..magazine pun tak tau berapa bijik abih ku baca dan khatam..keke..

So, lepas siap set rambut semua aku pun trus memandu ke pusat kecantikan lain pulak untuk menunaikan hajat yang ke dua iaitu facial muka. Ni pun satu lagi aktiviti yang wajib aku wat tiap-tiap bulan dan kalau ada masa terluang ^_^
facial3113555Memang best la time facial ni kan.. muka dan separuh badan kita dibelai-belai dan diurut-urut oleh jari jemari yang sangatla halus dan lembutnya.. aaahhh.. hilang stress seketika..sambil berehat  dan tenangkan fikiran..hmm.. kalaulah mak aku tokey salon kan bagus.. bole hari2 wat facial.. hihi ~dush~

Pukul 4.30 petang baru semuanya selesai.. puas hati la hari ni.. memanjakan diri dari hujung rambut ke hujung kaki..eh bukan! hujung dagu je la..pasal tak sempat gi manicure n pedicure semua.. so belum sampai hujung kaki lagi la..kan? kan? =)

Tuesday, February 22, 2011

Entry Sebelum Tido..

Pukul 10.35 malam..

Brrppp..Alhamdulillah..kenyang. Baru lepas pekena megi goreng + telur mata kebau. Bibik aku yang watkan..hehe..tadi rasa kenyang ingat tanak makan sebab petang tadi dah makan nasi kat majlis maulidur Rasul kat opis. Now mata dah kuyu cam garfield..tunggu nak masuk kelambu je..hikhik.. tengah menunggu en suami dan anak bongsu balik..they all pegi majlis maulud kat rumah pakcik aku. Aku tak ikut pasal si boboy tak sihat..tanda-tanda nak kena demam selsema pulak nampaknya dia. Asyik mengadu sakit tekak je..huhu..kesian betul la kat anak laki ku sorang ni..

Esok pagi mamanya ni nak kena outstation ke Lojing pulak..korang  tau kat mana? nun.. di pedalaman Gua Musang tu.. kat Pos Brooke a.k.a kampung orang asli.. buat apa? eerr..Jabatan aku ada pusat latihan kat sana.. so nak gi menjenguk ke tapak projek untuk program latihan di samping memantau belia penanam sayur di sana.. kalau sempat aku nak naik minum teh kat Cameron Highlands..hehe..

Oklah..mataku dah tak larat sangat..baju belum packing lagi..nanti aku update lagi k..gud nite n sweet dream uols..

Seminar Penghayatan Dasar-dasar Kerajaan..20 Feb 2011

Gambar-gambar semasa seminar dua hari lepas..
mengiringi ketibaan YBhg Dato' Shahlan B Ismail, Setiausaha Politik PM

Peserta-peserta tekun mendengar ceramah

Dato' Shahlan sedang berucap

peserta wanita..

Dato' Shahlan dan KSU MOA, Dato' Hashim sedang beramah mesra

Ucaptama oleh Dato' Mohd Hashim b Abdullah - KSU Kementerian Pertanian

sesi perasmian seminar..

Dato' Hj Mohd Shukri b Abdull..Timb.Ketua Pesuruhjaya SPRM

Dato' Shukri sedang memberi ceramah 'Integriti dalam Perkhidmatan Awam'


sidang akhbar bersama KSU dan Pengurus Besar KADA

Ustaz Wan Jaapar dari JAKIM dgn ceramah 'Nilai2 Murni'

Alhamdulillah..majlis berjalan lancar tanpa cacat celanya.. kepenatan yang dirasai dari persiapan awal program akhirnya hilang lah sudah..satu pengalaman yang cukup berharga aku lalui di sebalik program ini. ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua rakan AJK yang terlibat dalam menjayakan program ini.. terima kasih juga kepada peserta-peserta yang telah menunjukkan komitmen yang baik sepanjang program ini berlangsung. Semoga anda semua mendapat manfaat dari apa yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang hebat semasa seminar ini.

Saturday, February 19, 2011

Persiapan Akhir

PN kat ofis ni..
sedang membuat persiapan akhir 
menjelang seminar esok

Sebab tu la jarang update lately
sungguh PN sibuk
dengan urusan persiapan seminar ini
maklumlah.. bila dilantik sebagai setiausaha program
sudah tentu banyak tugas yang perlu dibuat
tapi takpe..
sebab PN memang suka kerja2 yang mencabar gini
Okey..Sedikit maklumat berkaitan seminar ini:
Tajuk: 'Seminar Penghayatan Dasar-dasar Kerajaan'
Tarikh: 20 Februari 2011
Tempat: Kelantan Trade Centre, KB.
Masa: 8.30 pagi-5.30 ptg
Bil Peserta: 400 orang (Gred 22 ke atas)
Penceramah:
1. YBhg. Dato' Mohd Hashim bin Abdullah
(Ketua Setiausaha Kem.Pertanian & Industri Asas Tani)
Tajuk: Dasar-dasar MoA
2. YBhg. Dato' Shahlan bin Ismail
(Setiausaha Politik Perdana Menteri)
Tajuk: Konsep 1Malaysia
3 YBhg. Datuk Hj Mohd Shukri bin Abdull
(Timb. Ketua Pesuruhjaaya Operasi SPRM)
Tajuk: Intergriti dalam Perkhidmatan Awam
4. YBrs. Ustaz Wan Jaapar bin Wan Ahmad
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Tajuk: Penghayatan Nilai-nilai Murni

Diharapkan program yang akan diadakan esok akan berjalan lancar
dan semua peserta akan mendapat manfaat darinya. Amin..

Okey kengkawan..PN nak sambung keje lagi.. ada beberapa perkara lagi yang perlu disiapkan. Malam ni nak turun ke Dewan pulak.. nak pantau petugas untuk buat persiapan dewan :)
Sayangg uolss..

Wednesday, February 16, 2011

Sakit Mata..aargghhh...

gini la lebih kurang mata kita hari ni :(
Bangun pagi tadi tetiba rasa cam ada gam melekat kat mata.. dah la perut memulas di pagi hari.. nak gi toilet mata tak leh bukak la pulak, Terpaksa la aku berjalan macam kucing mata buta sebelah..Then basuh muka.. sapu air kat mata.. eh? napa mata aku banyak taik pulak ari ni? dah sah aku kena sakit mata ni.. tengok kat cermin.. confirm! mata merah menyala macam ikan buruk kat pasar.. adusss.. nape begini dong? aku in tengah nyibuk menguruskan seminar yang akan berlangsung hari ahad ini.. tetiba kena sakit pulak.. aduhhh... ya Tuhan..aku mohon engkau sembuhkan sakit ku ini secepat mungkin.. amin3..amin ya rabbal alamin..

Korang ada petua tak nak hilangkan sakit mata ni? tolong share ye..tq kawan2..

Tuesday, February 15, 2011

Menunggu..

 Menunggu (Aishiteru)

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali
kembali ke *)

PN: Penantian itu satu penyiksaan..

Jangan Kau Berdamping Dengan Aku..

DampingMalamDVD
Baru abis nonton citer ni. Petang tadi masa keluar shopping kat KB Mall, aku ternampak la DVD ni dijual di satu kedai vcd di situ. Teringatkan si boboy yang beriya-iya nak tengok citer ni di Astro First minggu lepas. Tapi aku tak kasi sebab baru je ‘beli’ Ngangkung minggu sebelum. Kang melambung bil Astro bising la pulak papanya nak kena bayar..hihi..

Sampai umah terus DVD tu di pasang..satu family mengadap tv nonton sama-sama. Oh.. best jugak cerita ni..unsur-unsur seram yang dipaparkan bisa membuat jantung berdegup kencang.. jalan ceritanya pun tidaklah berat sangat.. mudah difahami berbanding kita baca sinopsis dia yang berbelit-belit tu :)

Mesej disebalik cerita ini: “JANGAN AMALKAN ILMU HITAM.. KELAK IANYA AKAN MEMAKAN DIRI SENDIRI.. TIADA GUNANYA KITA BERKAWAN DAN BERDAMPING DENGAN SYAITAN KERANA DIA ADALAH MUSUH YANG NYATA”

Sekian, terima kasih.

PN: yang aku rasa nak gelak si boboy siap jadi pengulas pulak masa citer tu tengah main.. aku tanya, “boboy tengok kat mana?mama tgk boboy tau semua je jalan crita ni? “dia jawab ‘kat youtube..’ laa..rupa2nya dia mengoogle laptop mamanya ni sebab nak sangat tengok citer ni..hihi..

Sunday, February 13, 2011

Kebodohan yang Melampau


Cuba tengok video ni..

Seorang pemuda menggadai nyawa untuk merakam aksi yang gila iaitu baring di bawah keretapi. Video yang dirakam sendiri menunjukkan seorang pemuda yang berpakaian menutup kepala serba hitam baring meniarap di atas rel keretapi sambil menunggu keretapi lalu.

Rakaman yang luar biasa menunjukan pemuda tersebut baring memanjang di antara rel dan kereta api dengan bunyi yang bising lalu di atas kepalanya.Dia hanya berjarak beberapa inci dari kematian ketika dia menekan dirinya erat ke tanah semasa keretapi lalu di atasnya. Dalam video 73 saat itu ,pemuda tersebut mendongak gugup ke kamera sesaat sebelum keretapi melalui atasnya.

Setelah menghabiskan 20 saat genting terakhir, pemuda itu dengan selamba memeriksa dirinya yang tidak cedera, melompat, mengambil kameranya dan lari di saat itu kedengaran bunyi keretapi yang berhenti mendadak.

Video dari youtube:

PN: Dah takde kerja gamaknya..hehe..

Saturday, February 12, 2011

Jangan Lupa Tengok Siti Malam Ni..

Akak dah terpacak depan tv ni
tak sabar nak tunggu siaran
rancangan Dato’ Siti
di Astro Ria
nak tengok dia interview
Tun Dr Mahathir

i likeee..
both of them
kedua-duanya ada karisma tersendiri
jom tonton kejap lagi
Pukul 9 malam @ Astro 104

Tukar Lagi?! isk3..

Untuk kali ke-800
aku telah menukar lagi
template blog ini
hehehe..

ni pun penyakit jugak namanya
penyakit suka menggodek
tapi malas nak hapdate..
hmm..boleh ke camtu eh?
ngeeee~

Friday, February 11, 2011

Home Sweet Home!

home

home2

Sedang berehat di sini..

Inilah istana persinggahan akak.. Eh? kenapa persinggahan pulak? ye la.. sebab rumah ni belum di diami sepenuhnya.. padahal dah siap dari tahun 2006 lagi.

So.. apasal tak pindah? sebab kat rumah orang tua takde orang lain.. jadi kena stay la  dengan  mak. Sebelum ni ayahanda sakit.. selalu keluar masuk hospital.. jadi bila dia meninggal hujung tahun lepas tinggal lah mak bonda sorang-sorang kat rumah tu..

Perancangan untuk tinggal di rumah ni sepenuhnya? Insyaallah.. dalam masa terdekat ni. Mungkin tahun ni la kot.. now datang berweekend kat sini pada hari jumaat dan sabtu je la nampak gayanya..

Sad smile

Laksa Kelantan

laksakelantan

Tengahari ni makan laksa kelantan yang mom buat

dah lama tak masak sendiri katanya

laksa yang mom buat memang sedaplah

kuah pekat tak bleh blah nyer

Jom makan..nyum2!

Ally Iskandar pun minat Fasha Sandha? Baru ku tahu..

Tak minat sangat nak tau citer pasal artis ni
tapi terbaca berita tu kat SINI
rasa kelakar la jugak…hehe
Ingatkan zaman Azwan Ali je yang tergila-gilakan artis
rupa-rupanya si Ally pun sama jugak
bukan calang-calang artis pulak tu
hmmm..takpe la En Ally..
asalkan bahagia ek..

PN: Ukur baju di badan sendiriSmile

Cubaan berblogging dgn WLW

Penguins
Kalau rasa gembira tepuk tangan
Kalau rasa gembira tepuk tangan
Kalau rasa gembira katakan pada saya
Kalau rasa gembira tepuk tangan
Pap! Pap! Pap!
Yeaayyy!!
Akhirnya berjaya juga
Menginstall dan guna
Windows Live Writer ni…
wohoo~

Tungku Moden

Sedang bertungku di pagi jumaat ini
badan  rasa sakit-sakit dan seram sejuk
tapak kaki sangatlah  sejuk
mujurla  ada tungku ni
tak payah susah-susah nak kena
cari makcik tukang urut :)


sangat mudah digunakan
tak payah nak kena letak atas dapur
cajkan saja macam handphone
5 minit je dah panas
tahan lama pulak tu..

tak rugi beli tungku ni
kat SINI pun ada jual :)

Thursday, February 10, 2011

::Demong Beach Resort::

Baru balik dari sini tadi..semalam pegi. Ada bengkel di sini. Tapi bukanlah bengkel membaiki kereta atau seumpama dengannya tetapi sesi berbengkel bagi menyediakan kertas cadangan kursus untuk tahun 2011. Tak ramai pegawai yang terlibat.. lebih kurang 25 orang sahaja :)

Jom tengok picture sekitar pemandangan di resort ni..Namanya Demong Beach Resort. Emm..Demong? kenapa Demong? bukan Doraemon? atau apakah ia diambil sempena nama kartun Doraemon? hehe..bukanlaa.. nama Demong adalah bersempena dengan nama tempat tersebut iaitu Tanjung Demong.. letaknya di Daerah Besut, Terengganu. 

Resort ni cantik tau.. baru 1st time pegi terus jatuh hati.. memang sesuai sangat la tempat ni untuk pergi berkursus atau bercuti bersama family.. 

Picture ni diambil direct dari Blog DEMONG BEACH RESORT.. jom cuci mata..


depan reception.. guna konsep bali.. cantik.

Dewan Seminar.. tempat kami berbengkel semalam
bilik pun besar dan luas..ada tv lcd lagi..

kolam mandi untuk anak2..besau le sangat..
ni pool untuk orang dewasa..
Amacam? cantik tak? nanti kalau uols pegi terengganu boleh la singgah di sini.. cantik apa tempat dia.. caj bilik murah.. dalam RM100++ je. Sangat sesuai untuk berkursus atau bercuti bersama keluarga..

Monday, February 7, 2011

GEGAR 1000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

 Nak jugak join segmen BA yang ini.. rasanya kalau tak join tak sedap hati la pulak..hihi ^_^

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

jom pakat join ramai-ramai..join jangan tak join :)

Sunday, February 6, 2011

Dari Blog ke Alam Nyata..Terima Kasih kepada Fifiey dan Delegasinya yang Sudi Melawat Boboy di Hospital..

Pertemuan yang langsung tidak diduga dan dirancang.. sebelum ini kami hanya mengenali diri masing-masing
melalui dunia tulisan ini ..

Tidak disangka-sangka pula bahawa kami akan bersua muka dalam masa yang singkat ini tatkala anakandaku dimasukkan ke wad pada malam CNY yang lepas..

Us..
Adik Raja Tengku Puteri Farhanis Shafifi bt Raja Sazali - baru berusia 18 tahun, beliau adalah seorag gadis yang sungguh manis dan cantik orangnya. Bertubuh kecil molek dengan sikapnya yang ramah membuatkan diri ini berasa sungguh bertuah mengenalinya. 

Pertemuan kami langsung tidak dirancang kerana dia terus mengatakan akan datang melawat boboy sebaik saja membaca status PN di twitter yang menyatakan boboy telah dimasukkan ke wad kerana sakit perut dan muntah-muntah pada hari Jumaat yang lepas. Bukannya senang untuk berjumpa dengan adik Fifiey ni kerana dia bukannya tinggal di Kelantan sepenuhnya kerana menetap di Jakarta bersama-sama adindanya. Jadi peluang berjumpa kali ini dirasakan cukup manis dan indah buat kami semua :) . Fifiey dan adinda serta saudaranya datang beramai-ramai melawat boboy siap membawa buah tangan lagi.. buat susah-susah aje fiey.. p/s: lain kali bawakla lagi.. hehe..

keadaan boboy semasa fifiey dan adik2 serta dua orang saudaranya datang melawat

merakamkan kenangan manisbersama-sama sicomel abby dan adik :)
Gambar-gambar ini telah di tag oleh ffiey di facebook saya..
Walaupun pertemuan itu cuma seketika tetapi ia cukup menggembirakan kami dan menguatkan lagi ukhuwah yang terjalin ini. Baru saya sedar bahawa dunia blog ini sungguh indah jika kita pandai mengaplikasikannya. Diharap selepas ini saya dapat bersua juga dengan rakan bloggers yang lain yang sering bertegur sapa di sini..Insyaallah..

Buat FIFIEY LYCHEE MARATION - terima kasih banyak-banyak dari kak Nur sekeluarga diucapkan.. Insyaallah jika ada peluang, knur dan keluarga akan menjenguk fifiey dan adik-adik di Jakarta pulak. Nanti boleh la bawak kami berjalan-jalan di sana ye? *wink2*

Friday, February 4, 2011

Raya kat Hospital..

Banyak juga limau masam yang aku dapat tahun ni..hehe
Firstly aku nak ucapkan GONG XI FA CHAI kepada semua kaum cina yang menyambutnya dengan ucapan "banyak ke stok limau tahun ni?"..hehe

Secondly aku nak bagitau yang cuti raya ni takde maknanya sebab dari malam raya sampai sekarang me n family stay kat ospital sebab my son-boboy masuk wad pada malam raya cina tu.. sian dia sakit perut tak tau
apa punca sampai muntah-muntah banyak kali.. now dah masuk 2 hari bermalam kat dalam wad  di KBMC..  nasib baik kami tak plan pegi memana cuti Chinese New Year ni..huhu (kalau tak sure hangus tiket flight for all family)

boboy in the ward..tangan tu dr inject utk masukkan air dalam badannya
Hopefully boboy will be better soon..please pray or him..tq.

Thursday, February 3, 2011

Cerita di Langkawi - part 2

Lama betul tak update blog dek kesibukan yang melampau dan badan rasa tak sihat ditambah penat yang amat lepas balik dari Langkawi ari tu.. maka semangat menghupdate pun jatuh merudum bak saham di papan basikal BSKL.. hehe..

Okeh..nak sambung citer ke Langkawi minggu lepas..biar pun citer basi tapi nak tulis jugak sebagai kenangan terindah semasa ke sana..chewahh... 

Jom checkidaout aktiviti PN masa kesana...


1. Membeli belah di Idaman Suri 
Rasanya kalau orang pompuan musti tau tempat ni kan? kalau pegi Langkawi tapi tak sampai di sini memang rugi la yang teramat wahai cik kak cik kak dan makcik-makcik sekalian...sebab apa? pelbagai jenis pinggan mangkuk, cawan gelas dan sewaktu dengan dijual dengan harga yang amattt la murah dan cantikkk bangat rekabentuknya membuatkan kita rambang mata nak memilih yang mana satu.  PN pun ada beli sampai 4 set cawan kat situ.. ingat nak beli banyak lagi tapi susah  la nak bawak  masa naik feri nanti..huk~

murah2..cantik2..

ni salah satu set yang dibeli..cantik tak? :)

 2.  Shopping Bagasi
Ni satu lagi tabiat yang susah nak buang kalau pi Langkawi - membeli beg kat kedai HJ ISMAIL GROUP kat pekan Kuah tu. Beg-beg pakaian yang dijual kat situ sangat la murah yang amat.. jadi kalau aku pegi 10x maknanya 10 bijik beg yang telah dikumpul dari kedai pakcik Semail tu.. hik2..


amacam..cantek tak? kalau ikut perasaan rasa nak borong je beg2 tu..tapi sapa la yang nak heret beg2 ni untukku? kekeke..

3. Misi Menaiki Kereta Kabel
Hari pertama sampai ari tu sempat la PN dan officemate menyewa kereta round satu Pulau Langkawi. Ekceli kitaorang berhajat nak menaiki kereta kabel di sana. Jauh juga la tempat tu dengan pekan Kuah. Dalam 40 km la jugak sampai kita orang tersesat jalan masa nak ke sana. hihi..

Tapi frust gila uols, bila sampai kat sana cabel car takleh operate pasal cuaca ujan.. padahal renyai2 je.. frust menonggeng mak kat situ..mujur tak tertonggeng tak dapek naik cabel car.. huhu..

ambik gambar je la..buat kenangan dan bukti sampai kat sini

mujurla kat situ banyak kedai souvenir dan pemandangan yang indah dengan tasik-tasik dan kolam yang luas mata memandang.. what a beautiful scenery i ever seen.. tak rugi la walaupun jauh nak sampai ke tempat ni..

my 2 officemate yang sporting bawak i berjalan kat sana..


ni picture daku n frens sedang memberi ikan-ikan makan di tasik kat situ..banyak giler ikan kat dalam tasik tu.. semuanya besau-besau maklumla ramai pengunjung yang datang ke situ rajin memberi makan ikan-ikan tu gamaknya..p/s: makanan ikan tu kena beli tau.. kaya orang yg jual tu..hihi

memosing sambil memberi makanan ikan ^_^

Pastu kitaorang round-round lagi kat kedai souvenir.. round je.. tak beli banyak pun.. cuma beli topi je sebijik sorang wat pakai melaram time ujan..

jalan2 kat tasik sambil memosing..


ni kat dalam kedai souvenir..ceteka ular apakah itu? jawapannya... ular kayu!..hihi

kat pintu masuk ke stesen

4. Misi Mencari Laksa Kedah
Dah abis meround dan memosing kat stesen kereta kabel tu.. then kami meneruskan misi yang seterusnya iaitu nak makan laksa kedah... korang tau.. tengok nama je dah kecur air liur i menengoknya.. kebetulan masa lalu kat pantai disana terjumpa la gerai yang menjual laksa dan pasembor.. so kitaorang terus berenti makan dan menikmati pemandangan yang indah di situ..

laksa kedah & pasembor


kasi zoom sket.. tengok tu..nampak sedap kan? kuah pekat dan rasanya sedappp..

Itula cerita-cerita menarik semasa PN ke Langkawi last week.. lepas tu masuk hari kedua dan ketiga tu dipenuhi masa terkurung di Hotel untuk berkursus je la.. tapi sempat lagi petang tu skejap keluar round2 kat pekan Kuah for 2nd time..hehe


Ni gambar pemandangan kat jeti masa nak balik dah..cantikkan? tak jemu-jemu datang ke sini walaupun dah banyak kali sampai.. target this year nak bawak anak-anak dan encik suami pulak ke sini..Insyaallah..