nuffnang

Thursday, February 3, 2011

Cerita di Langkawi - part 2

Lama betul tak update blog dek kesibukan yang melampau dan badan rasa tak sihat ditambah penat yang amat lepas balik dari Langkawi ari tu.. maka semangat menghupdate pun jatuh merudum bak saham di papan basikal BSKL.. hehe..

Okeh..nak sambung citer ke Langkawi minggu lepas..biar pun citer basi tapi nak tulis jugak sebagai kenangan terindah semasa ke sana..chewahh... 

Jom checkidaout aktiviti PN masa kesana...


1. Membeli belah di Idaman Suri 
Rasanya kalau orang pompuan musti tau tempat ni kan? kalau pegi Langkawi tapi tak sampai di sini memang rugi la yang teramat wahai cik kak cik kak dan makcik-makcik sekalian...sebab apa? pelbagai jenis pinggan mangkuk, cawan gelas dan sewaktu dengan dijual dengan harga yang amattt la murah dan cantikkk bangat rekabentuknya membuatkan kita rambang mata nak memilih yang mana satu.  PN pun ada beli sampai 4 set cawan kat situ.. ingat nak beli banyak lagi tapi susah  la nak bawak  masa naik feri nanti..huk~

murah2..cantik2..

ni salah satu set yang dibeli..cantik tak? :)

 2.  Shopping Bagasi
Ni satu lagi tabiat yang susah nak buang kalau pi Langkawi - membeli beg kat kedai HJ ISMAIL GROUP kat pekan Kuah tu. Beg-beg pakaian yang dijual kat situ sangat la murah yang amat.. jadi kalau aku pegi 10x maknanya 10 bijik beg yang telah dikumpul dari kedai pakcik Semail tu.. hik2..


amacam..cantek tak? kalau ikut perasaan rasa nak borong je beg2 tu..tapi sapa la yang nak heret beg2 ni untukku? kekeke..

3. Misi Menaiki Kereta Kabel
Hari pertama sampai ari tu sempat la PN dan officemate menyewa kereta round satu Pulau Langkawi. Ekceli kitaorang berhajat nak menaiki kereta kabel di sana. Jauh juga la tempat tu dengan pekan Kuah. Dalam 40 km la jugak sampai kita orang tersesat jalan masa nak ke sana. hihi..

Tapi frust gila uols, bila sampai kat sana cabel car takleh operate pasal cuaca ujan.. padahal renyai2 je.. frust menonggeng mak kat situ..mujur tak tertonggeng tak dapek naik cabel car.. huhu..

ambik gambar je la..buat kenangan dan bukti sampai kat sini

mujurla kat situ banyak kedai souvenir dan pemandangan yang indah dengan tasik-tasik dan kolam yang luas mata memandang.. what a beautiful scenery i ever seen.. tak rugi la walaupun jauh nak sampai ke tempat ni..

my 2 officemate yang sporting bawak i berjalan kat sana..


ni picture daku n frens sedang memberi ikan-ikan makan di tasik kat situ..banyak giler ikan kat dalam tasik tu.. semuanya besau-besau maklumla ramai pengunjung yang datang ke situ rajin memberi makan ikan-ikan tu gamaknya..p/s: makanan ikan tu kena beli tau.. kaya orang yg jual tu..hihi

memosing sambil memberi makanan ikan ^_^

Pastu kitaorang round-round lagi kat kedai souvenir.. round je.. tak beli banyak pun.. cuma beli topi je sebijik sorang wat pakai melaram time ujan..

jalan2 kat tasik sambil memosing..


ni kat dalam kedai souvenir..ceteka ular apakah itu? jawapannya... ular kayu!..hihi

kat pintu masuk ke stesen

4. Misi Mencari Laksa Kedah
Dah abis meround dan memosing kat stesen kereta kabel tu.. then kami meneruskan misi yang seterusnya iaitu nak makan laksa kedah... korang tau.. tengok nama je dah kecur air liur i menengoknya.. kebetulan masa lalu kat pantai disana terjumpa la gerai yang menjual laksa dan pasembor.. so kitaorang terus berenti makan dan menikmati pemandangan yang indah di situ..

laksa kedah & pasembor


kasi zoom sket.. tengok tu..nampak sedap kan? kuah pekat dan rasanya sedappp..

Itula cerita-cerita menarik semasa PN ke Langkawi last week.. lepas tu masuk hari kedua dan ketiga tu dipenuhi masa terkurung di Hotel untuk berkursus je la.. tapi sempat lagi petang tu skejap keluar round2 kat pekan Kuah for 2nd time..hehe


Ni gambar pemandangan kat jeti masa nak balik dah..cantikkan? tak jemu-jemu datang ke sini walaupun dah banyak kali sampai.. target this year nak bawak anak-anak dan encik suami pulak ke sini..Insyaallah..

2 comments:

norh said...

best kan cable car tu :)

Princess Nur said...

tak sempat naik ler noh..hari hujan..huhu