nuffnang

Wednesday, November 21, 2012

Cuti Cuti Ke Langkawi : Day 1

Cerita cuti-cuti Malaysia kami dua keluarga ke Langkawi pada minggu lepas..

Awal-awal lagi aku dengan keluarga abang jae dah berunding untuk bawa keluarga masing-masing bercuti bersama ke Langkawi pada musim cuti persekolahan ini memandangkan bulan november ni ada cuti 'free' yang amat panjang.. pada tarikh 9 hingga 17 November 2012 tu aku cuma perlu apply 1 hari cuti kerja je dan yang selebihnya 8 hari lagi adalah weekend plus public holiday.. Cuti panjang ni hanya rakyat Kelantan je yang dapat sebab kebetulan Hari Keputeraan Sultan, Deepavali dengan Awal Muharram adalah bersambung-sambung dengan hari minggu .. memang heaven la kan? ;)
Hari pertama perjalanan ke Langkawi .. muka budak dua orang yang eksaited nak naik feri .. matok pun ada sama sebab dia la yang beria-ia nak ke sana sekali .. dah lama benar tak pijak bumi Langkawi katanya.. pegi yang last pun berbelas-belas tahun dulu kot ... okey la ma.. no problem .. anak-anakmu akan menghiburkan hati ma setakat yang mampu .. tapi sampai kat Langkawi nanti kena la kawal nafsu skit ye ma .. banyak barang cantik dan murah-murah.. jangan sampai mabuk sudah .. hehe

bagasi untuk 2 famili.. tengokla masa balik nanti .. berapa beg lagi yang akan beranak pinak .. huhu
Dalam feri masa bertolak dari Jeti Kuala Perlis .. pukul 6 petang dah waktu ni.. kami sampai di jeti Kuala Perlis jam dah hampir pkul 4.30 petang .. tak sempat ambik feri pukul 4.30 tu dan terpaksa la tunggu sehingga pukul 6 ..  letih woo .. dah la perjalanan dari Kota Bharu sewal jam 7.30 pagi lagi .. *pfftt*

Sampai di Jeti Kuah dah waktu maghrib .. buat urusan sewa kereta dulu (ni pun aku dah booked awal-awal jadi takde masalah sangat) .. dapat kereta terus gi cari kedai makan .. masing-masing mak, bapak dengan anak-anak dah kebulur ..
eh.. ni pic masa singgah kat RNR Gurun .. makan tengahari sebelum sampai di Jeti Kuala Perlis tu ..
Dah siap diner terus gi cari apartment yang kami booked sebagai tempat menginap ..

Aku book 'Kuah Town Service Suite Apartment' atau lebih dikenali sebagai Century Suria Service Apartment melalui agoda.com .. apartment ni terletak belakang Hotel Grand Continental kat Pekan Kuah tu jer .. kalau dalam GPS korang set jer 'Suria Apartment' gerenti ado..
Apartment Service ni memang ok .. ada 3 bilik katil besau-besau . Sesuai la dengan keadaan kami 2 famili dengan bebudak yang 4 orang tu.. siap ada mesin basuh lagi .. malam2 balik berjalan sempat basuh baju dan sidai dalam tu .. senangkan? 

Harga dia pun tak mahal sangat .. dalam RM280 je semalaman .. untuk 3 bilik tu .. so aku share dengan abang jae just RM140 je sorang semalam .. murah la kan? dan apartment ni pun ada pool besar jugak .. bolehla layan budak-budak mandi kalau ada masa ..
Waktu cek in dah pukul 9 malam .. jadi semua adalah penat dan ambil masa untuk mandi dan rehat secukupnya dulu .. esok kita akan mula redah bumi Langkawi ye anak-anak .. wohoo!

Published with Blogger-droid v2.0.6

4 comments:

maszmadi said...

lamaaa dah x pi langkawi... tingin nak pi lagi..

QasehTercipta said...

seronoknya g jejalan... niat nak bawa husband ke sana 1 hari nanti :)

ALoNa CintamaniszLite said...

sy penah nginap kat century ni...tp ikut trip kompeni tempat suami keje. Tiap2 unit lain2 tuannya walaupun kitorang gi dlm 15-20 famili dan amek 20 unit apartment kat century tp isi dlm dia lain2. Ada yg komplit ngan dapur, mesin basuh...ada yg satu bilik aje katil queen yg lain2 katil single..
Mcm kitorang dpt apartment yg biliknya cukup katil tp takde pulak dapur dan mesin basuh, huhu.

sinchan store said...

macam mane nak booking century yang ada mesin basuh ni kak????? tolong sy dapatkan contact no. dia....