nuffnang

Sunday, June 23, 2013

Al Fatihah buat Pak Kob!

Assalamualaikum..
Pagi ni mendapat perkhabaran yang jiran saya Pak Kob telah meninggal dalam tidur semalam. Sejak kebelakangan ni memang nampak beliau agak uzur. Nak bangun pun dah tak larat. Mungkin disebabkan usianya yang menjangkau lebih 80 tahun saya kira menyebabkan beliau semakin uzur. Sementelah arwah isterinya Mak Mah telah banyak tahun pergi meninggalkan beliau.

Dulu Pak Kob lah yang sering menemani abah di bawah porch depan rumah untuk sarapan bersama-sama. Arwah abah sering mengajak Pak Kob untuk sarapan pagi bersamanya. Dia kata kesian dengan Pak Kob sebab dia kesunyian. Pak Kob ni pendiam orangnya. Tak banyak bercakap. Lagipun pendengaran dia sudah kurang. Arwah abah je yang rajin menemaninya.

Jika ada makanan yang lebih abah akan bawa kepada Pak Kob. Sebelum meninggal abah pernah berpesan supaya jangansesekali  lupakan Pak Kob walapun dia telah tiada. Sebab tu ma seringkali ingat pesan arwah abah supaya sentiasa berbuat baik dengan orang susah seperti Pak Kob. Seringkali waktu pagi bibik siti akan ke rumahnya untuk menghantar sarapan yang dimasak oleh ma walaupun sepinggan nasi goreng atau mihun. Semalam bibik siti cerita Pak Kob nampak dah tak larat nak bangun semasa dia hantarkan makanan untuknya. Nampak sangat yang beliau dah semakin uzur.

-Gambar Hiasan-

Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah SWT  dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Salam takziah kepada anak-anak, menantu dan cucunya..

Al Fatihah!


1 comment:

Razfira said...

semoga arwah dicucuri rahmat