nuffnang

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha...

gambar ihsan dari En Googles
Salam frens..

Maka pada esok, hari Rabu bersamaan 10 Zulhijjah 1431H kita semua ummat Islam sekali lagi akan menyambut hari raya Qurban di mana Ummat Islam merayakan Aidil Adha sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi dimana kemenangan yang bukan sahaja terkandung dalam ibadah haji itu sahaja, tetapi lebih dari itu ialah mempunyai hubungan dengan sesuatu peristiwa yang berlaku pada tahun yang kesembilan hijrah. 

Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.

Sebagaimana kita lihat, Hari Raya Aidil Adha ini tidak dapat dipisahkan daripada ibadah korban. Ibadah korban ini adalah kemuncak takwa kepada Allah Taala. Hari ini yang sebenarnya kita merayakan ulang tahun pelancaran gerakan tahunan korban. Gerakan ini telah dimulakan sejak ribuan tahun dahulu dan dimulakan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. Khalilul Allah.

Ia bermula dengan pergorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. ketika Baginda hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Inilah pengorbanan teragung dalam sejarah manusia. Telah diketahui bahawa Nabi Ismail adalah anak kesayangan nabi Ibrahim dan Baginda mendapat anaknya ini dalam usia yang telah lanjut. Tatapi bila diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya ini, Nabi Ibrahim telah bersedia melaksanakan tugas ini dan Nabi Ismail pula penuh kerelaan dan sabar menurut perintah Allah s.w.t. Hal ini telah dirakamkan dalam Al-Quran dalam Surah al –Shaafat ayat : 102 - 107.

Peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih putera Baginda dan kepatuhan Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah tersebut memaparkan kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu kita contohi. Dari itu peliharalah iman di dalam dada kita dengan sebaiknya. Sesungguhnya iman adalah dasar penting yang menjadi paksi kehidupan manusia. ia merupakan asas pemerimaan sesuatu amalan dari Allah s.w.t. hanya amalan yang dilakukan kerana Allah sahaja yang akan mendapat penilaian di sisinya.

Darjat Aidil Adha Lebih Tinggi Dari Aidil Fitri

Aidil Adha atau hari raya korban ini sebenarnya lebih besar ertinya  dan lebih tinggi nilai darjatnya berbanding dengan Aidil Fitri. Sejajar dengan kedudukan itu masa bertakbir dipanjangkan bermula dari malam hari raya hinggalah ke hari yang keempat raya, iaitu hari ketiga belas Zulhijjah yang dinamakan hari-hari tasyrik

Di samping bertakbir ummat Islam melakukan ibadah korban pada hari-hari  tersebut.  Demikian pula bagi ummat Islam yang berada di tanah suci menunaikan ibadah haji pada tiga hari tasyrik itu, ialah hari bagi mereka melontar jumrah di Mina. Mereka meneruskan kerja-kerja ibadah haji dengan iringan talbiah :

"Labbaikallahumma labbaik. Labbaikala syarika laka labbaik. Innalhamda wanni'mata laka walmulk. La syarikalak."

"Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada pemerintah mu, Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu, kami sahut seruan-mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu."

Okey..Itulah serba sedikit coretan akak untuk entry kali ini..semoga dengan perkongsian ini akan dapat meningkatkan pemahaman kita berkenaan sejarah dan keistimewaan Hari Raya Qurban  yang akan kita sambut esok dan pada tahun-tahun depan..Insyaallah..

Eh..macam Ustazah pulak akak ni..ada bakat ker?? .hehe..
okeylah frens...renung2kan dan Selamat Beramal...

P/S: Hari ni genap 40 hari pemergian arwah abah akak..sedih sangat2 sebab dia tiada bersama pada pagi raya esok :(( 

5 comments:

aNaYaNa said...

selamat ari raya korban kak comei..:)

Princess Nur said...

hehe...malu iii.. *wink2*

ila haron said...

jalan2 ke blog awak....
salam perkenalan......

{ finieViolet} said...

salam..

princess nur.. ada tag award untuk kamu..nanti ambil yer kat blog saya.. :)

rieyana ynn said...

dari blog ben tadi ajak singah minum kan...ahaks...;D