nuffnang

Sunday, October 14, 2012

Al Fatihah..

Alhamdulillah..
Usai sudah urusan pengebumian arwah ayah su..beliau merupakan bapa saudara bongsu keluarga sebelah suami saya..

Semalam kami sekeluarga menghadapi saat-saat getir..dari jam 6 petang hingga 8 malam saya dan encik faris berasa disisi beliau di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian bersama isteri, keluarga dan rakan-rakan menziarahi beliau yang tenat dan semakin kritikal..

Kira-kira jam 7.50 malam beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana jangkitan kuman pada hati berpunca dari penyakit Hepatitis B..beliau juga mengalami komplikasi jantung dan darah tinggi..

Sudah janji Allah..setiap yang hidup pasti akan kembali padaNya..Al Fatihat buat ayah su..semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh..

Buat cik su dan anak-anak..semoga kalian tabah dengan ujian Allah yang maha esa ini..Redholah dengan pemergian ayah su..sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang..

Al Fatihah kepada Che Hamid b Che Hassan..



Published with Blogger-droid v2.0.6

2 comments:

Mrs Sweet said...

Al-Fatihah...
semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.. Aminnnn..

me suya said...

alfatihah.. kembali kepada maha kuasa.. Moga keluarga kaknur tabah dan arwah ditempatkan di kalangan mukmin yg soleh