nuffnang

Friday, October 12, 2012

Bertemu Lagi..

Dah sebulan rupanya blog ni tak ber update..
sebenarnya aku ni bukanlah sibuk sangat..
tapi tahap kemalasan tu berganda-ganda..
sejak bertukar ke unit baru di tempat kerja tu.. aku rasa rileks skit..
tak macam dulu.. dengan kerja dan planning yang tak penah habis..
lepas satu-satu task nak kena buat..
maklumlah jaga Unit Latihan tu bukan macam keje
kat bahagian lain.. sebab melibatkan orang lain dan semua keje
dah ada fixed date yang nak kena kejar..

dah.. malas nak citer pasal keje..
memandangkan hari ni cuti sempat la bukak blog ni dan ngomel2 skit..
ni gambar pagi tadi masa on  the way ke kopitiam .. 
having breakfast dengan famili.. dah jadi satu kemestian buat kami sekeluarga..
dalam sebulan ada la 2-3 kali kami makan kat luar.. 
biasanya hujung minggulah..
sebab anak-anak memang suka bab makan kat restoren ni..
bukannya mak dia tak reti masak hokeyy..
tapi sometimes nak bertukar selera jugak :))

ni hobi mak.. bercamwhore je dalam kete di mana-mana..
bajet macam artis... keh keh..
gambar anak?? non hado.. 

telur separuh masak dengan roti kaya bakar.. 
ni jer yang aku makan pagi tadi.. berdiet la katakan...
lepas makan singgah supermarket kejap..
beli buah, sayur dan makanan skit..
susu rendah lemak dan yogurt.. adoi terbalik pulak gambar ni..
sorry, i tak reti nak pusing.. silap tak rotate sebelum upload..
menda ni semua aku baru belajar nak minum/makan..
selepas sedar diri yang badan ni dah gemuk.. sob.. sob

haa.. tu dia.. beli tali skipping sekali..
berangan nak lompat setengah jam sehari sebab terbaca kat fb member
yang dia ni boleh lompat sampai 1000x sehari..
sekali balik try tadi.. 5 minit pun aku dah mengah..hahaha...
tapi takpe.. tu baru permulaan..
tengok la esok cane...
*kalau tak tali skipping ni tergantung je la kat belakang pintu bilik...ekekeke*

2 comments:

Unknown said...

ader jugak tali skipping...smpi skang xpnnah guna..hihi

THE GREEN said...

salam akak....

tgk foto pakai spek dah nmpk mcm mak datin..hahaha

:-D